Klik Yer!! Mekasih...

Monday, November 2, 2015

Allah swt Menentukan Segalanya...

Salam semua..hari tu jumpa Yana..Ya Allah lamanya kami tak berjumpa..Jumpa jer tau2 Yana dah pregnant..sedihnya hanya Allah jer yang tahu..Bayangkan hampir 7-8 bulan kami tak berjumpa..ni kali pertama tak berjumpa Yana paling lama dalam hidup kami..Tak pernah kami tak berjumpa lama2 macam ni..Tak jumpa seminggu dua minggu pon kami dah rindu macam orang bercinta..kalau tak jumpa lama macam apa jer rasa sebab sibuk macam mana pon kami pasti akan bertanya khabar..

Kenapa kami lama tak berjumpa?? susah la nak cerita kat korang..tak tau macam mana benda ni semua boleh terjadi..biasa la kita manusia sentiasa lemah, sentiasa rasa diri tu betul, cepat melenting, cepat terasa, cepat tersentap..Benda kecik sepatutnya jangan dibesar-besarkan..Sesuatu masalah bukannya tak boleh diselesaikan..syaitan sentiasa bisik kat telinga kalau kita lemah dan hasut menghasut ni memang kerja dia..kita manusia yang lemah ni mudah terikut..

Kenal Yana dengan Eira dari tahun 2005..Macam mana aku kenal Yana dengan Eira?? masa tu kerja kat Bandar Sunway..masa tu first time kami bekerja dan mencari pengalaman berkerja di situ..dari situ la aku kenal Yana dengan Eira..Masa tu Eira bos aku..Aku ngan Yana pekerja bawahan jer..Cewah! Eira boss masa tu..hahaha Bos la sangatkan Eira..hehehe Lepas setahun berkerja di Bandar Sunway tu aku dapat offer kerja di syarikat advertising sebelum bekerja di SYABAS dan Yana pulak dapat offer kerja di Karangkraf..masa tu la kami berpisah..Eira masa tu masih berkerja di Bandar Sunway..Walaupon kami tidak berkerja di bawah satu bumbung, sebulan 3 4 kali wajib kami berjumpa untuk share apa sajer yang kami nak share..takde selindung2..

Dari zaman kami tak ada apa2, tak pandai bergaya, tak cukup duit nak makan, tak cukup duit nak isi minyak kereta, karok pon kat KTV jer, dengar RED Box dalam mimpi jer la memang tak mampu..hehehe ingat lagi kadang tu makan kongsi2..Yana selalu bawak bekal..aku ngan Eira selalu tapau bawah ofis makan sama2 lauk yang Yana bekalkan..Belakang rumah Yana banyak tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan..Family Yana jenis suka bercucuk tanam..kalau musim rambutan hari2 Yana bawak rambutan..Kalau musim pisang, hari2 Yana bawak pisang, cekodok pisang la, pengat pisang la, lepat pisang la, gulai lemak pisang la..hehehe

Nak katakan hari2 jugak la Yana bawak pisang kat ofis..selagi pisang kat rumah dia tak abis selagi tu Yana sumbat kat mulut kawan2 dia..hahaha Kan manjer kadang tu sampai muntah nak tengok pisang ko bawak tu..mau tak 2 minggu berturut2 kot kau bawak pisang jer kan..hahaha takleh boleh bla kalau ingat moment tu..Rindu kat arwah Mak Yana..Dulu masa arwah Mak Yana ada selalu tidur rumah Yana sampai satu family Yana aku kenal and family Yana pon kenal mak bapak aku..even kakak Yana pon aku kenal and rapat..Nyah rindu kat Nyah lama tak jumpa..bila nak belanja karok ni Nyah..hehehe Jumpa Nyah last masa kita pergi Tokyo sama2 tu..huhuhu

Pernah tak korang bergaduh dengan kawan baik yang paling rapat serapat dengan korang, tiba2 satu hari kawan yang paling baik paling rapat bertukar menjadi tidak baik?? tak syok tau macam ni..yerla siapa yang kata best kalau dah bergaduh dengan kawan baik yang kita kenal bertahun-tahun..mesti la tak bestkan..

Sesetengah orang tak kisah sangat pasal kawan datang dan pergi ni..Ada setengah tu dendam sampai nak mati..Bagi aku memang la kita kecik hati, bengang, marah nak bagi penumbuk semua tu..tapii sampai bila kita nak rasa dendam macam tu?? cuba kita ingat balik saat2 kita susah senang bersama kawan baik kita tu..InshaAllah lama2 hati kita yang begang yang keras hati tahap batu simen benci tu pon akan cair dan lupa sikit2, nak bagi penumbuk pon tak sampai hati, lama2 akan hilang jugak..Ingat nabi pernah memaafkan umat dia yang buat salah..apa tah lagi kita manusia biasa ni..

Jadi kita muhasabah diri..doa banyak2 kat Allah..mungkin ada sebab kenapa jadi macam ni..Yang penting kawan tu biar ikhlas..Allah pon redha..Dan apabila redha, persahabatan tu pon InshaAllah akan sentiasa diberkati..Bukan macam sesetengah orang bila rasa perlu baru terfikir kawan..jangan time senang jer cari kawan, time susah pon kena ingat jugak kawan kita..Yang lepas tu lepas la, takyah difikirkan..Masa yang belum nak lepas ni la kita perlu hargai kan??

So korang boleh fikir..adakah kita tergolong dalam orang2 yang suka berkawan untuk kepentingan diri sendiri ataupon, kita berkawan sebab kita ikhlas nak berkawan dengan dia tanpa niat apa2 pon..Atau kita berkawan sebab kita takde kawan, atau kawan sebab kita rasa selesa bersama dia tanpa niat yang lain..Kalau kita bergaduh sebab orang ketiga..orang ketiga ni tak kisah la manusia ke setan bertopeng manusia ke apa, tapi yang penting selalunya orang gaduh sebab salah faham..salah faham yang sangat sukar untuk difahamkan..tu la yang dimaksudkan orang ketiga tu..haha faham ke tak tu.. =P

Kesimpulan jika kita mengharapkan Allah swt memaafkan kesalahan kita yang besar, macam mana kita tak boleh maafkan kesalahan orang lain?? Mungkin kesalahan orang tu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tapi cuba jangan berdendam..Cuba kita belajar memaafkan..Mesti kita akan merasa kesan pada jiwa kita apabila kita memaafkan orang itu..

Dah la tak nak la cerita sedih lagi..harap lepas ni jangan ada yang tanya lagi pasa benda ni semua..Aku sentiasa berdoa moga persahabatan aku, Eira dan Yana akan berkekalan sampai bila2..ni la yang aku selalu doakan dari mula kami berkenalan hingga sekarang..ada hikmah kenapa Allah jadi kan kami macam ni..Mungkin Allah nak kami tahu tahu kesilapan dan kekurangan yang ada pada diri selama ni untuk diperbaiki..

Dah la tamo cite sedih2..mari kita cite benda2 happy pulak.. =)

Lipstik merah mak ngah yang kami pakai ni di sponser oleh Kekra a.k.a KaK Ceera..Tengok Eira borong beli lipstik ni terus nak beli jugak..cantik2 kaler lipstik brand La Girl Matte ni..

Happy tak terkata aku ngan Yana dapat berborak, bergosip, bergelak, berbebel..eh berbebel?? suka hati ko guna perkataan berbebel..rosak bahasa..hahaha Rasa macam satu perasaan yang dipendam selama berbulan akhirnya dikeluarkan..Ya Allah Subhanallah!

Kathy, Yana dan Eira..

Muncung sikit mummy to be ni..

Selamat menjadi Ibu manjer Yana..

Lamanya tak peluk Yana..

 Nak peluk baby sekali..tak sabar nk tunggu dia keluar..hehehe

Nanti kita shopping barang baby okey manjer..

Macam tak percaya Yana dah pregnant..Hampir 4 tahun kami tunggu saat2 ni..Ya Allah mula2 tengok perut Yana ada baby terus aku menangis..aku ngan ngan Yana meraung2 menangis macam apa jer masa tu..yerla 7 bulan kami tak jumpa..tau2 Yana dah mengandung..Rasa bersalah sangat buat Yana macam ni..masa tu kami jumpa kat Bangsar Village sebab parking kat bawah tu..Jumpa depan Pandora nangis sampai peluk2 kami berdua..sampai pekerja Pandora tu tengok jer aku ngan Yana..hehehe Eira : ok2 dah jomm pergi toilet dulu..hehehe Nasib Eira ada situ..kalau aku ngan Yana jer berdua jer kat situ sampai ke malam tak gerak2..hahaha

Perut Yana homel sangat kecik jer..dah 6 bulan kot..nampak macam baru 3 4 bulan kan..kalau aku 6 bulan masa ni dah ghuper macam orang tunggu nak bersalin jer ghupernya, perut besar sangat..Ingat lagi masa pregnant kan Raiisah 6 bulan masa tu, mesti orang ingat aku pregnant 7 8 bulan..padahal baru 6 bulan..

 Eh eh baby dalam perut bergerak la..Dia suka mummy Kathy niiii!! hehehe betul serius masa nak ambik gambar ni baby dalam perut Yana menari..hahaha terkejut mummy ko..

Rasa2 baby boy ker girl?? jeng jeng jeng!!! hahaha mesti ramai yang dah agak baby apa kan?? hehehe tu tunggu yang announce okey..

Alhamdulillah dan Terima kasih atas doa kalian semua untuk aku, Eira dan Yana, baby dalam perut sekali..

Tiba2 nak letak gambar zaman huha huha..hahaha Teringat masa ni aku sorang jer suka makeup bagai..Yana ngan Eira jenis simple orangnya..Aku la ajar dorang macam mana nk makeup tebal 10inci..kekeke >_<

piece : kathyjem

20 comments:

Afidah Azmi said...

biasala tu kak..fida pun..tetiba sentap dgn kawan fida...dah berbulan tak bercakap...Dia pulak jarang masuk opis..tak tahu kenapa.

Zaza Abdul Latif said...

God bless you all..
biasalah dalam persahabatan ni mcm org bercinta juga kann ;)

Shafura Rahman said...

alhamdulillah,akhirnya korang bersama semula,suka sangatt!!tahniah yana nak ada baby da!!sedih baca entry kathy ni,teringat plak kat bff sy ayuni n zara..persahabtan kitrg da dkt 15thn n blum pernah lagi gaduh2 ni,harap berkekalan smp akhir hayat..amin..

Cik Saa said...

Saya pun selalu follow blog kak katy...tertanya2 jgk kemana kak yana sebab lame x de cerita akak ngan diorg... ape2 pun semoga persahabatan akak dan kawan2 kekal sampai bila2 yerrr...

Mimy Hamid said...

Alhamdulillah...friendship is back

sueMY said...

Alhamdulillah...sedih plak baca entry ni..sbb mmg dpt detect mcm ada samting wrong sbb bila meet up je betiga without yana.tp mls nk kepochi sbb x knal rapat just blog follower uoll berempat je..
Tp ni nk kepochi jap.Ayu mana ayu...hehehehe..u all mmg x lengkap kalau tak berempat tau...moga lepas ni persahabatan uolls bekekalan till jannah.

PeRdU cINta said...

Yang lepas biarkan pergi...moga ukhuwah kalian terus erat..terus berkasih sayang ye...

ummi_khalish said...

alhamdulillah..akhirnya...moga sahabat sampai syurga..amin ya rabb....
(selalu baca blog yana dlu..skrg dia dh senyap...x sangka dh mengandung..mabruk yana...berserii mommy to be)

Ubj Jahan said...

Alhamdulillah.. eh mana sorang lagi geng manjer u alls?

Taty Hasbi said...

ok, mcm touching jgk baca entry akak ni..tetiba mata mcm masuk habukk..teringat dgn sume kawan2 yg penah rapat suatu masa dulu..tp skrg dh mcm gitu2 je..sediihhhh...

yana yassin said...

Touching plak . Memang ada kawan baik past tue tak bertegur akibat salah faham . Hati keras pulak nak baik balik . Kena bertabah dah berbaik semula jawabnya .

YieN said...

Suke sangat tengok persahabatan THE MANJERS ni, hikhik... ! Moga kekal selamanya ye, aminnn~~

sijarikontot said...

sedihnye kak baca.. patutla berbulan takde cite pasal kak yana, rupanye ada kejadian. Nak tanya rasa tak tergamak.. neway tahniah kak kathy n yana! suka tgok uolsss!!!!

Ilyana AS said...

patutla lama tak nampak yana kat blog kathy ni...harap2 persahabatan manjers kekal sampai bila2

Usmi Hikma bt Rusfan said...

Alhamdulillah...
biasalah tuh... tapi takpe korang dah baik pun akak dah seronok Manjers semua... jangan gaduh2 lama2 lagi ye.. gaduh2 manja2 xpe...
to Yana: akak happy akhirnya awak dah pregnant n nak jd mommy to be... semoga segalanya dipermudahkan untuk awak juga yer...

Mya said...

Sedih lah baca entry ni sob sob.
Akak harap lepas lepas ni semoga persahabatan korang terus kekal bahagia.
Tahniah yana :)

freezal said...

Tulah perasan gak lama Yana tak muncul kt blog Kathy. Huhu Tp takdalah fikir apa pun.

Tp yg pasti mmg suka tgk diorg berempat ni kan. Mmg happy friends sgt theyols. Huhu

I doakan nnt rezeki Ayu plak InsyaAllah

Nor Hafizah said...

alhamdulillah..x cukup sorang lg..klw cukup lengkap 4 org manjer..huhu
semoga segalanya kesedihan Allah gantikan dengan kebahagiaan dan rezeki yg melimpah ruah..

Nur Aishah said...

kathy!! tak tahan..terjurai juga airmata.
baca entry ni, rasa keinsafan sangat ada a few friends yang kita terabai/diabai after married. rindu semuaaaa. tq kathy for the nice entry....sangat menusuk ke qolbu... nak2 orang sakit mcm saya ni, fikir ada ke hari esok tuk ku kembalikan menaup kembali tali persahabatan... tq kathy..smoga ukhuwah persahabatan kalian kekal mengharum subur d hati..ameen

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
pa pe pon smoga oersahabatan uols kekal hingga jannah aamiin :)

tahniah buatt sis yana juga..
akhirnya..