Klik Yer!! Mekasih...

Monday, December 7, 2015

Jogoya, Japanese Buffet Restaurant w Manjer's

Lama tak bersushi dengan manjer's..macam biasa la kitaorang kalau nak makan suhsi dengan geng2 perempuan sajer la kan sebab laki2 kami tak makan sushi..eh laki Eira je Ciput makan Suhsi..Affan dengan husband Yana memang tak makan langsung sushi..Ni pon Yana yang teringian nak makan sushi..Kebetulan aku pon gidam jugak maka berjemaah la kami bertiga makan sushi..behehehe

Sebenarnya plan nak makan shusi dekat Sushi King tapi Eira bagitau dia ada tempat makan best kat Starhill nama restoran tu Jogoya..masa mula2 Eira bagitau Jogoya aku ngan Yana ingat Eira salah type ke apa..Mungkin nak taip Jogoya tertaip Nagoya kan..Tak la bukan Nagoya, Jogoya kat dalam Starhill Gallery..Aku pernah makan buffet ngan Ciput kat situ, pernah masuk dalam blog..haaa oo situ..ok2 ingat..cun kita makan sushi kat situ ek..

Balik kerja berdesup terus ke Starhill tapi kami parking kat Pavilion..Tak jauh pon dari Pavi nak Starhill..Dalam Starhill tak sure nak parking mana..

Sebelum nak ke Starhill shi shi siap2..hahaha kan nak makan 2 jam nanti takde masa nak pergi toilet..2 jam hoii mana sempat nak makan semua..pandai2 la nak telan semua sushi dalam masa 2 jam..hahaha

Celfie dulu..awat mata aku merah tu??

Sampai2 jer terus terjah bahagian suhsi..tu dia depa bagi tempat duduk nun jauh daripada makanan..dah macam bilik karaoke pon laluan dia..gelap jer..hahaha jenuh bangun duduk bangun duduk bangun nak pi ambik makan nun jauh di sana..besar gak tempat dia..kebetulan kiteorang datang memang ramai orang..

Tak pasti ikan apa ni sebab pakai snap jer.. hahaha

kupan..

Aneka salmon..nak salmon putih, nak salon pink pekat, nak salmon pink cair semua ada..ambik jer..

Makanan disediakan kat sini secara buffet..so kalau kita nak sesuatu, kita boleh ambik je berapa banyak nak ambik..jangan tak makan sudah..membazir pulak nanti..

Teruja gile buffet kat sini..ko macam2 jenis mak nenek shusi ada..

Nak ambik ni penuh satu pinggan pon boleh..

Paling ku suka baby octopus..

Pelik nau rupa telur tu tapi sedap gak..

Kebanyakkan makanan kat sini kuantiti kecik2 je..buat macam ni supaya tak membazir..tak silap ada 200 hidangan kot..

Mak buyung yang kehepian dapat makan sushi..

Tuan blog pon hepi jugak sampai dah rambang mata tak tau nak ambik yang mana..nampak kat atas pinggan tu dah nak penuh dah tu..ambik sikit2 Kathy sat lagi kenyang dah takleh rasa makanan lain..baik!

Udang dia nampak fresh tapi macam tak lalu pulak nak ambik..hahaha Kalu goreng, bakar sedap tu..

Eh ada oyster ada..sat lagi nak ambik..feveret ni..makanan orang kaya harusla kena makan sikit..hihi

Abalone..

Ketam besaq kepala..hahaha tipu haihh, giler mana ada ketam besaq kepala.. =P

Restoran Jogoya ni lebih kepada makanan dari Jepun dan juga campuran makanan barat dan tempatan..So takde la melantak Suhsi jer nak makan steak pon ada jugak..

Orang kata kat Jogoya ni syurga sushi..memang ye pon..


Ok first round aku ambik yang ni dulu..

Ni Yana punye..

Eira punya..

Sedap weii yang ni..nanti datang sini kena ambik banyak2 ni tau sedap..

Senyum sampai ke telinga dapat makan suhsi ye manjer..

Besar sushi dia nampak tu..

Heaven gile dapat makan sushi kat sini weii..kalah Shusi King & Sakae Sushi..eh!

Nak oder goreng2 pon ada jer..Ni Eira yang oder spaghetti carbonara..Tempat letak spaghetti carbonara ni unik..walaupon kite biar lama sikit still rasa panas lagi..

Geng manjer's..

Chinese food pon ada jugak..

Konsep restoran ni menarik..susunan pon teratur jer..sushi bahagian depan, western ngan chinese food bahgian tengah..desserts and minuman bahagian belakang sekali..

Kebanyakkan yang datang sini memang pencinta makanan..ada tu aku tengok ambik makanan macam 10 tahun tak makan..hahaha Giler penuh atas pinggan..macam mana la agaknya dorang abiskan habiskan tu..maybe ambik untuk kawan2 kot..ok bersangka baik..hehe

Glass noodles &  stir black mussel..

Ikan siakap..pilih nak goreng macam mana..dorang boleh masakkan..

Dim sum! paling disukai..

Telur separuh masak..sedappp tapi sayang die letak kicap cair tu banyak sangat spoil nak makan..

Soba mee jepun..suka mee jepun tapi makan sikit nanti kang dah takleh makan yang lain kang..

Aku ambik ni pastu jap lagi tawaf lagi..portion dorang bagi comel2 je..

Ambik udang besar tapak untuk Yana..sian Yana masa dia nak ambik udang ada amoi tu amik sampai abis udang tu..hahaha Takper manjer jap lagi mesti dorang topup, jap ngi aku ambik untuk ko..jangan sedih2 okey..Ibu mengandung ni kalau bab makan jangan main2 memang boleh sedih 44 hari tau..hahaha


Salmon letak cili ke apa tah, tak sedap..pelik benor rasanya..belut tu sedap..erkk!

Besarkan udang dia..puas hati la dapat makan..tapi aku makan seketul jer..dah tak larat dah weiii..udang besar tapak tangan ke besar rumah ke memang dah tak mampu telan..

Tak tau apa benda alah ni tapi yang benar sedap nak mamp..hehehe

Hujung2 baru nak makan oyster..kembang tekak tapi layan jugak..

Ketam masak merah..ni pon sedap..

Layan aku dengan Eira makan..sedap kan manjer..krapp kruupp krapp!

Shark fin soup dia biaser2 ajer..

Miso soup dia pon sama, biaser2 ajer..

Klip yang dorang bagi ni untuk oder yang goreng2 ajer..153 tu nombor meja..klip ni dorang bagi dalam 6 biji kot tak silap aku..

Macam hari tu nak makan dim sum aku letak klip dalam mangkuk yang ada tertera makanan mana yang kita nak..

Contoh macam atas ni..letak la klip atas box tu..nanti makanan yang kita oder tu dorang akan hantar atas meja..depan box tu ada gambar makanan..ada sup, tomyam, mee, semua tu..pilih mana yang nak..

Aku rasa paling menarik perhatian aku adalah ni ha..Air kelapa dalam frezer..selalu tengok kat supermarket jer..ni depan mata hang, hang boleh minum berapa bijik hang nak minum..tak dak sapa nak maraih..aku minum sebiji pon dah cukup dah..kalau sapa boleh minum 2 3 biji hang memang hebat!

ABS pelbagai topping pon dah tak larat makan..

Buah-buahan..

Pelbagai minuman jus yang ada..

Haa bahagian ni paling tak boleh tahan..macam2 dessert yang ada..haiyoo pening pulak nak ambik yang mana?? semua pon nampak menarik..

Aiskrim New Zeland Natural pon ada jugak..wow! berbaloi la dengan harga dia kan..hehehe

Nampak macam menarik, rasa tak boleh telan weii..yang ada macam susu tu rupanya santan dengan gula melaka dan satu lagi tu puding honeydew pon sama kureng jugak..

Sushi dah tak leh telan nak makan dessert pulak..

Aiskrim haagen dazs pon ada uolsss..

Siapa lepas makan nak minum coffee pon ada jugak..minum la banyak mana nak minum takde siapa pon kisah..

Sedap kek ni!

Waffle versi dip n dip pon ada jugak..hahaha pon sedap jugak..aku ni tak abis sedap ermm sedap ermm sedap..eh memang sedap la..kalau tak sedap aku cakap tak sedap..bab makan ni kena harus jujur kawan2..hehe

Yaaa amponn menangis dapat makan aiskrim haagen dazs ni..dua2 ni Eira yang ambik..terbaik la wa cakap..

Ni Yana ambik..pon sama tak sedap jugak..sama macam aku tak abis..rasa pelik la takleh telan..

Haaa ni lagi terbaik..new zealand natural ice cream..yang hijau tu green tea dan yang putih tu rasa lime masam2..terus kecuq liuq..

So kami sangat berpuas hati makan di sini..Makan la banyak mana korang nak makan sushi ke apa ker tapiiii ingat hanya 2 jam sajer masa diberi..So sebelum nak makan dalam kepala dah set jap lagi nak makan ni, lepas ni nak makanni, supaya takde buang masa  nanti..hehehe dan juga jangan lupa baca bismillah.. =D

Hasil selepas 2 jam, terus mata ke atas..hahaha..kenyang giler!!!

Masing2 dah kekenyangan..Alhamdulillah..lagi2 Yana kenyang sampai sengkak perut..hahaha

Oh lupa nak bagitau satu kepala hari tu kiteorang makan dalam 60 ringgit..Eira kata ada diskaun..hari tu die makan dengan Ciput dalam RM80..tak tau sebab apa dorang bagi diskaun..

Jom teman Eira cari barang makeup pulak..kat escalator pon jadi nak berselfie..baik2 kang tersungkur depan escalator tak pasal2..

Asal nampak tempat boleh berposing laju2 masing2 memberi pose yang terbaik..giteww

Abis berangan jom cari toilet mak buyung dah tak tahan dah tu..

Eira tau la Ciput tak ikut jangan la macam tu..jeles Ciput nanti tau..kakakaka Nasib aku baik hati Eira tak letak gambar ko satu lagi tu..

Nampak Eira gedik ngan mamat tu nak jugak berdiri sebelah dia..kekeke Nasib gambar kalau betul la teman idak ler nak buat lagu tu..

OOoo Ooo OO TD..hahaha

Alhamdulillah Yana nak masuk 7 bulan dah..kan manjer..bulan depan 8 bulan dah..dup dap dup dap..debor tak?? giler tak debor kan..

Kesayangan nak manjer-manjer..

Eira bising..ko ni Kathy dah nak hujung2 escalator baru nak ambik gambar..tersadung kan tak pasal2..hahaha

Bukti di hujung escalator..hahaha macam mana tak kena maki ngan Eira..awal2 tak nak di keluarkan kamera tu..

Sekian cerita kami bertiga..hahaha

Nah mesti ada yang nak mai Jogoya Buffet ni kan..ni address dia..

T3, Relish Floor, Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: + 603-2142 1268 Fax: + 603-2148 8171
Email: contact@jogoyarestaurants.com

piece : kathyjem

8 comments:

FadMN said...

memang best jogoya ni.i ingat first time pegi ,boss belanja sempena cny.best ,makan sampai boncet.ayaq nyoq tu pun queue panjang jer .masuk situ jadik tak keruan semua pun nak makan.hahaha

Yana Libra said...

banyaknye mknn...mmg puas hati sgt ni..tp tak leh bwk anaklah kan...huhu..membazir nanti buffet tu~

Shafina Zuhairi said...

Jogoya memang tengah bagi discount untuk ladies sampai end of December x salah..
tapi memang best makan situ...kene perut kosong and kaki pemakan yang makan situ baru berbaloi..hehehe

miss eimanhikmah said...

WOW! mmg tergoda arrrrrr

adda syuhada said...

sdpnya ... nyum3

wong meimot said...

penah makan gak kat sini tapi dah lama giler.. Tapi banyak2 foods kat sana. eskem yang jadi perhatian..xtau kenapa..

Lina Mn said...

nak cuba..tapi tgk review dkt fb dia..ramai yg complaint kena food poisoning, diarrhea n vommitting..

kathy jem said...

Lina Mn : yeker so far kami makan ok jer..hehehe