Klik Yer!! Mekasih...

Friday, February 5, 2016

Selamat Berpantang 44 hari Manjer!

Salam Jumaat..hari ni baru ada semangat nak update blog..Selasa hari tu aku demam, besok tu Raiisah pulak demam menjangkit dengan aku..memang sekarang musim kan..kat school Raiisah pon ramai kawan2 dia demam..semalam aku mc lagi badan still sakit2 kat bahagian perut..nak duduk mengadap pc pon tak selesa..ingat nak baring je..tengahari cabut balik pegi klinik check perut rasa macam tak selesa kat bahagian rahim..

Doktor check semalam kata bukan bahagian rahim, usus perut ada bengkak sikit..bila doktor tekan2 kat bahagian usus memang sakit..doktor cakap mungkin salah makan..aku pon rasa salah makan sebab demam hari tu aku masak udang gulai lemak, letak sayur kacang panjang..banyak pulak tu makan..mungkin sebab tu la kot badan banyak angin..sayur kacang panjang tu kan macam berangin sikit..semalam pergi berurut bagi keluarkan angin kat perut semua tu baru la ok pagi ni bangun nak pergi kerja..kalau tak 2 3 hari badan rasa lemau jer..

So berbalik pada tujuan asal cerita kita..hehehe hari tu pegi melawat Yana kat rumah dia..kat hospital hari tu kan tak dapat dukung anak Yana so aku ngan Eira repeat tengok anak Yana kt rumah dia..

Sampai2 terus menunu ke bilik Yana tak sabar nak tengok anak Yana..Sampai2 Yana baru lepas menyusukan Raef..Raef tengah tidur masa aku sampai tu..

Tunjukkan Raiisah baby Raef..terpingga-pingga Raiisah tengok baby depan mata dia..

Lama jugak die tenung tengok Raef, lama2 baru ok.."Raiisah baby laaa, Raiisah kan suka main ngan baby..pegang la baby Raef" pegang pon cuit2 jer..hahaha

Alololo awak ni homei angat ni napa?? gigit kepala tu nak..hahaha Rasa2 Raef ikut muka siapa?? muka Yana kan..sebijik hidung mata ikut Yana..harusla kan baby boy ikut muka bonda dia..sejuk mata melihatnya..

Nama penuh saya Tengku Raef bin Tengku Mohd Khairul Shah..tu dia tergeliat lidah nak menyebut nama bapak Raef, panjang bebenor..nasib nama Raef 4 ketul tu je, kalau tak sian Rafe nak tulis nama kat buku sekolah nanti..hehehe

Tangan kecil ni nanti sekejap je besar..

Dalam perut pon dah pandai tujuk aksi gusti dia..dah keluar pon sama..hahaha nampak stoking Raef pakai tu, berapa kali aku pakaikan tetap tercabut..bedung pon sama..balut2 tu dia tangan terjulur keluar..baru seminggu awak ni kuat benor tenaga awak ni..

Aku kat dalam bilik Yana tengah syok main ngan Rafe..Raiisah ngan Bun terkekek-kekek kat luar..

Pandai angat ni acah2 ngan Bun..Raiisah nak adik ekkk..bile tanya dia "Raiisah nak adik"??? "No" jawapan dia..hahaha Bila nampak baby kemain bersungguh2 macam nak adik..

Bagus Raef ni tak dengar langsung dia menangis ke apa..senang nak jaga dia..malam pon sama tak meragam sangat..cuma suka berjaga nak menyusu sebab Yana kata masa mengandungkan dia malam2 mesti nak mengunyah..

Aunti Eira tengah sendawakan Raef..kuat gak Raef menyusu..kat berapa minit sembang ngan Yana dia tak abis2 menyusu lagi..baby boy memang kuat menyusu sikit kan..Raiisah dulu menyusu tak kuat sangat..sampai bengkak2 nenen, susu tak banyak keluar..huii kalau ingat balik pernah bengkak susu tu macam mana, memang tak boleh tidur malam weiii..

Lepas menyusukan Raef..Yana tema kami makan bee hun goreng..Bee hun goreng suami Yana masak tau..Jangan main2 seminggu lepas Yana beranak Shah la yang masak lauk pantang untuk Yana..kagum aku tengok Shah sedia dan  masakkan lauk pantang untuk bini dia, sup lobak putih ok untuk Yana..dasyat ni! mana nak jumpa suami zaman sekarang macam ni..hehehe

Oh teringat Yana cerita pasal hari pertama Raef sampai rumah..biaserla first day baby sampai rumah, tak biasa suasana rumah kan..masa tu Raef menangis sebab baru lepas berak..Yana lak tengah berurut masa tu..Shah la yang tukarkan pampers Raef..siap tengok kat youtube lagi cara2 nak pakai pampers..lawak weii takleh bayang sebelah tengok youtube sebelah pegang anak nak pakai pampers.. Dah siap pakai tersalah pulak..yang kat depan pegi belakang, yang belakang pergi ke depan..hahaha Dah macam mana pulak rupa Raef pakai pampers terbalik tu..hahaha Sori Shah tercerita pulak kat sini.. >_<  ampunnn...

Yana kata dah 3 kali berurut baru badan ok sikit, baru  boleh bangun kalau tak, nak bangun sakit gile kat bahagian peranakkan ngan tulung pinggul..

Sayang benor dia ngan Bun..suka main ngan Bun..ni belum ada Yun lagi..Keisha tak ikut, last minit Eira kata Keisha tak nak ikut sebelum tu beria2 nak tengok baby Raef..

Larat ke awak nak dukung Bun tu..

Homei sangat..bayangkan Raiisah pegang adik dia macam tu.. T_T

Tq manjer & Shah masak beehun goreng and jamu buah-buahan untuk kami..

Rupa Yana macam bukan lepas beranakkan..berseri muka..aku dulu masa dalam pantang macam kak Senah pulang petang..

Dah kenapa nak buat muka senget macam tu..pose kesukaaan Raiisah sekarang ni..mulut mucung senget sebelah..hahaha

Tak kasi chan langsung mummy ngan mummy Yana pose sama2..buat muka pulak tu..

Kacau lagi...

Laju2 Shah ambik gambar kitaorang..

Cubaan uncle Shah pujuk suruh Raiisah naik tangga..konon2 nak ambik gambar dia..rambut mekcha tu saja aku blow nak bagi nampak kemas kalau jangan harap la dapat rambut ikal mayang macam tu..

Ok cepat2 ambik gambar sebelum Raiisah sampai ke sini..hahaha Lawak masa ni tengok aksi mekcha kacau nak bergambar masa ni..

Bye sayang Raef..nanti mummy Kathy datang melawat awak lagi ok..cepat menyusu banyak2 tau bagi badan bambam lagi..hehehe Ok manjer jaga kesihatan tau..tak sabar nak tunggu ko abis pantang..lama lagi ke rasa?? hihihi..sabar aku tau azab bedah nak tunggu abis pantang tu macam mana..hehehe kang tau2 eh eh dah last day pantang 44 hari dah..yehuuu!! Luv u manjer..

piece : kathyjem

3 comments:

Yana Libra said...

tak nampak mcm org tgh pantang pun..huhu..comel je baby :)

ain.ya.nun. said...

Berseri muka Yana.

Orang kata, kalau betul cara urutnya, muka memang naik seri sebab semua kotor-kotor time bersaling dah buang.

miss eimanhikmah said...

comel nama raef..dulu mak nak cucu dia nama raef tp x jadi..jd nama affan je..hehehe