Klik Yer!! Mekasih...

Friday, July 22, 2016

Doakan Kami Berjaya Bersama

Setiap orang mesti ada cita-cita dan impian kan? Macam cerita puteri impian tu tapi tu dah over sangat tiba-tiba jadi princessss.. haha untungla kalau camtu kan..

Aku selalu bayangkan nak ada bisnes sendiri..teringin nak ada produk sendiri and of course nak berjaya la tapi untuk membina kejayaan mesti kita akan melalui pelbagai dugaan dan cabaran..

Aku pernah jual macam-macam barang dulu. kek batik, laksa, kuih raya, product kosmetik eyeliner, lipstick, tudung, kasut, baju macam-macam la cuba nak berniaga..orang kata meniaga suka-suka and ambik pengalaman..aku memang suka cuba-cuba menjual ni..saja nak tengok sejauh mana aku boleh pergi dalam business kecil-kecilan..mana tau yang kecil-kecilan tu lama2 akan jadi besar-besaran..cewah berangan! hehe

Selain dari nak cari pengalaman dan pendapatan sampingan aku suka jual menjual ni sebab salah satunya dapat jumpa customer macam-macam ragam..kebanyakkannya bertukar jadi kawan aku haha.. Alhamdulillah..bertambah lagi kawan2..

Tapi aku terfikir bila kita capai benda yang kita nak..mesti lagi syok and bermakna kalau kita raikan kejayaan dengan orang lain..sama-sama berjaya..susah senang sama-sama..kan best camtu?

So keluar lah idea nak berniaga sama-sama dengan Yana..Aku dengan Yana memang dari dulu selalu berangan nak ada produk sendiri sebab kitaorang suka sangat dunia kecantikkan maka terlahir la produk Kaay Cosmetics..berbulan-bulan jugak la kami rancang strategi macam mana nak mulakan perniagaan ni..

Yana memang banyak pengalaman meniaga so dari situ kiteorang plan and ambik sikit2 pengalaman yang ada..Alhamdulillah apa yang kitorang rancang akhirnya berjaya juga walaupon masih baru lagi dalam business produk kecantikkan ni and banyak lagi kena belajar ni..baru launch 1 produk sama-sama and aku harap kitorang dapat berjaya bersama go through cabaran dugaan meniaga ni.. meniaga bukan senang kan..harapnya semua berjalan lancar..yang penting kena kerja keras dan rajin berusaha lagi dan lagi..

Bagi aku berjaya bersama ialah sama-sama susah, sama-sama senang tak kisah la sampai mana pun kita pergi as long as sama-sama harungi semua..itulah kunci kejayaan bagi orang untuk berjaya kan..Bagi korang kan "Berjaya Bersama" tu apa? Apa kata korang join 2 contest dari Great Eastern Takaful ni untuk korang share pengalaman korang sendiri apa makna "Berjaya Bersama" :

Yang pertama di Facebook mereka sini: just ceritakan apa makna "Berjaya Bersama" bagi korang dan hantarkan cerita korang dekat Facebook page mereka ni.

Ok syarat dia senang sangat..3 pemenang akan mendapat RM5 ribu setiap seorang dan tempoh penyertaannya dari 18 Julai jadi cepat cepat join!

Contest kedua di laman microsite Great Eastern Takaful ni www.berjayabersama.com

Kriteria :

-Ambil gambar anda sedang mencuba cabaran "Berjaya Bersama Challenge Microsite" dan hantar penyertaan foto korang di laman microsite.

- Great Eastern Takaful akan menderma RM1.00 kepada MERCY Malaysia untuk setiap1 penyertaan.

- Pihak penganjur akan memilih pemenang berdasarkan penyertaan yang paling kreatif setiap minggu.

- Pemenang akan dipilih setiap minggu dan mendapat baucar bernilai RM100 jika menang, kan best.

piece : kathyjem

14 comments:

nayfatimah rasyid said...

good luck ;)

YB Shehan said...

Good luck akak..

kathy jem said...

nayfatimah rasyid : thank you.. ^_^

kathy jem said...

YB Shehan : mekasih dear.. =)

Shark Kay said...

besar hadiah nie..
gudluck :)
sedap nama produk tue.

Puan Wawa said...

Good luck..")

Lela Merveilluex said...

Cam senang je..hmmm..cam boleh join je

Mahadher Abdul Halim said...

TERNAMPAK iKLAN kathy jem DALAM Forum Komuniti Harmoni > Cerita Kedai Kopi...

Doakan Kami Berjaya Bersama

"Amin..."

:)

Tillah said...

Congrats dh ada produk sndiri!gud luck sis😊

wong meimot said...

amiin moga murah rezeki dan bertambah maju dimasa akan datang

ejulz said...

gud luck.. tahniah dapat promoted content dari nuffnang..

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Giveaway RM400 by AsyaAmin
2. Saya Bukan Robot / I'm Not A Robot
3. Segmen: Blogwalking By YangBaik
4. Fresh Care Oh Fresh Care

yaya cendana said...

goodluck :)

calrase patrick said...

good luck dari Calrase Patrick

Hunny Bee said...

TahniaH...SiS...cantik laaa kemeja putih SiS tu....mana SiS beli ye...sy sngt jatuh cinta dengan kemeja SiS....