Klik Yer!! Mekasih...

Monday, September 19, 2016

Yellow Brick Road Cafe dengan Manjers

Kira2 jari hoiii 2 minggu tak update blog..sikit lagi nak berabuk blog ni..al maklum la dah tukar bidang pekerjaan memang jarang la mengadap PC bukan jarang memang langsung takde..hahaha..ada mengadap PC, tipu la tak mengadap PC langsung kannn tu pon tunggu panggilan dari consumer key in data..

Hari2 dengar consumer complaint air takde, bil tinggi, paip pecah..beza betul kerja sebelum ni yang hari2 memang mengadap PC, kerah idea nak buat design poster, design itu design ini, ambik gambar, bla bla bla..laaa ni duduk depan PC jawab panggilan je..hukhukhuk tak taula berapa lama cik boleh bertahan bidang macam ni..bukan jiwa aku weiii..tapi mengadap je la sementara tunggu nak bersalin ni..dah la office call center tu tingkat 3..takde lif okey..hari2 kena panjat tangga..memang cepat beranak la kalau macam ni..hahaha

Alang2 tu kita up entry yang berminggu tertunggak..kang dibiar lama2 langsung lupa..lagi2 dah masuk 8 bulan ni banyak benda aku lupa..

Disebabkan rasa macam dah lama tak jumpa manjer2 ni since bulan puasa hari tu tertunggak nak melepaks, weols decide jumpa nak luahkan perasaan, nak gelak puas2 jenis tak cover2 punye, nak makan puas2 tanpa ada gangguan (ni ayat Yana)..hahaha dengan manjers je aku gigih nak keluar sebab sekarang ni nak jumpa manjers jer Yana akan pickup aku dekat rumah..kalau ikutkan malas gak sebenarnya nak lepak2 ni sebab memang tak larat nak berjalan2 dengan badan macam ni..jalan sikit je kaki dah lenguh2, jalan pon dah macam mak penguin pulang petang..

Dari hari tu dok teringin nak makan kt Yellow Brick Road Cafe ni..minuman dia alahaiiii comel2 je cawan dia..sekali teguk minum abis dah..harga macam tak berapa sesuai je dengar size cawan tu..

Haaa jangan dia tanya apa nama makan aku makan ni..lupa nak ambi gambar menu, maka aku tunjuk gambar makanan je la ye..dah la nama pelik2 makan macam ni tapi yang penting sedapppp!!

Yana punya makanan ni sedap..kuah tu macam ada rasa kari sikit and telur separuh masak dalam tu, eh udang pon ada dalam tu..yang keras tu macam rasa kulit karipap pon ada..

Ni Eira punya..nampak macam elehhh macam ni je tapi rasa boleh tahan sedap gak..yang panjang macam keropok leko tu ikan sebenarnya..eh yeker ikan tah aku pon dah lupa sebab sekali suap je rasa..

Manjers sedang menikmati..

Masa tengah tunggu makan sampai baru perasan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelah kitaorang..tu mesti bincang pasal politik tu..hahaha Masa nak balik tu die pon gerak sekali dengan kiteorang..konon2 nak amik gambar dengan Tan Sri Muhyiddin sekali tengok muka dia ketat semacam je terus terbantut nak ambik gambar dengan dia..RAsa macam nak bisik je at telinga Tan Sri, Tan Sri rileks la muka tu jangan serius sangat..hahaha ke memang muka dia macam tu..

Yellow Brick Road Cafe @ Jalan Batai, Damansara Heights..nak datang sini pakai Waze je tapi tak pakai Waze pon senang je nak cari..

Macam silap je aku pakai baju hitam ni..aku tengok gambar ni macam tunggu hari nak beranak je..hahaha dok pulak sebelah Eira yang kurus keding tu, lagi la terserlah kebambamgan aku tu..hoii ayat apa tu?! kekeke eh suka hati la..

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 8 bulan..dup dup tinggal lagi berapa minggu jer lagi ni..

Moh kita pulang..eh pulang..mana leh pulang lagiiiii jumpa pon kejap, harus kena mengopi dulu..baru leh pulang dengan gembira..jumpe manjer mane leh kejap2..biasa la dah mak2 ni badan kat sini kepala nun dok teringat anak dengan suami kat rumah..

Disebabkan Yellow Brick Road Cafe ni dekat dengan Bangsar Shopping Centre moh la kita mengopi di sana pulak..

Sambung sembang kat sini pulak..kat sini selesa sikit kerusi dia..tadi kat Yellow Brick Road Cafe tu kerusi dia tak berapa nak best dok lama2..al maklum la perut makin membesor..

Bersama manjer Ceera..pompuan ni tengah mengila tudung duckscarves sekarang ni..aku rasa sebulan sekali wajib kot pompuan ni beli tudung duckscarves..gila manjer borong. aku tengok harga tudung dia pon dah juling2 mata nak beli..hahaha

Minum petang kami..hilang stress kat kepala jap..Thank you Eira belanja hot chocolate & pavlova..murah rezeki ko..aminnnn..

piece : kathyjem

3 comments:

Irene Dahayu said...

kat, peknen baby boy ke???

Chekgu Azrine said...

semua cantik...berseri sngt muka u kathy...tgk pyut macam bb boy..eh??hahahaha

Aty_Fared said...

tapi muka tak kembang pon.. tirus cantik jer.. kalau amik gambar sekerat..orang tak tau pon awak pregnant tau.. :) semoga dipermudahkan yer Khaty..