Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 21, 2017

Percutian ke Melaka dengan Manjers (part 1)

Lalala akhirnya update jugak entry Melaka ni..Pergi hujung bulan 2, nak masuk hujung bulan 3 baru up dalam blog..Ko dah kenapa Kathy malas benor nak update blog sekarang ni..ehhh tak malas tau cuma kekurangan masa je..kakaka..alasan apakah ni??

Ok2 berbalik pada cerita Melaka ni..so berjanji la kami jumpa di RnR Seremban..al-maklum jarang jalan jauh tanpa suami sampai tersesat-sesat aku tau..Yana dah bagitau jumpe kat RnR Seremban..dalam kelapa dok teringat Eira kata Lebuhraya Seremban..aku pon set la kat waze Lebuhraya Seremban, sudahnya dia bawak aku masuk Nilai, Sepang semua tu..dah ke mana perginya..sampai masuk la pekan Nilai semua tu, sikit lagi nak sampai kerja Affan..hahaha

Ni pon cuak2 gak nak drive jauh tanpa Affan..tawakal je la..Kerja Affan sekarang ni shift..bila aku kerja dia cuti, bila aku cuti dia pulak kerja..memang dah jarang jumpa dia..kalau nak ikut timing dia cuti tak dapek la..plan nak pegi Melaka ni bulan 3 sebenarnya tapi Eira pulak nak pergi Umrah..so kami decide pergi bulan 2..

Sorry manjers lambat sampai..jumpa manjers terus stop jap bagi Afif menyusu..kesian kenit tu kelaparan..

Bermula la perjalanan kami ke Melaka..dalam 1 jam setengah jugak sampai Melaka..tu pon aku rasa macam lama benor, rasa macam nak pegi ke Perak..hahaha

So kami lunch di Ee Ji Ban Chicken Rice Ball..Yana teringin nak makan kat sini..aku dengan Eira layankan jer..teringin gak nak makan Chicken Rice Ball yang ramai cakap sedap sangat ni..aku tahu ni pon tengok Hanis Zalikha makan kat kedai ni..

Sampai2 je si Afif menangis macam nampak hantu..pujuk2 tak jalan..sudahnya aku lari ke kereta bagi dia susu..pon sama tak nak gak..adalah kat 5 minit dia menangis tak nak menyusu..selalu kalau dia menangis aku sumbat susu dia terus diam. ni tak menangis beria-ia macam kena dera jer..

Keunikan makan kat sini ialah nasi ayam dia jer..nasi tu di kepal2 kan, yang lain macam nasi ayam yang biasa kita makan tu ada sup, kicap, sos & roasted chicken..Nasi bulat seketul tu 40sen..so kena la oder banyak2..takkan nak makan seketul tu je kan..hahaha memang tak kenyang la..size nasi bulat tu lebih kurang macam fishball, besar sikit la dari fish ball..tapi macam tak puas la makan nasi kepal macam ni..bagi aku better nasi ayam biasa kita makan tu, lagi puas..

Roasted chicken..

Kangkung masak apa tah tak sure pulak..sedap gak..Masa dorang tengah makan ni, aku tengah menyusukan Afif..

Udang & sotong masak petai..2 set dorang oder..1st oder tu ada petai, second oder takde pulak..ok la sedap gak..Total makan semua ni RM168..terkejut oden dengor..mahal gak kan..standard la makan kedai macam ni, takde la murah sangat pon..boleh la..

Makan kenyang2 pastu laju2 menuju ke hotel..

Ini budak bikin mummy & nenek cuak je..sampai depan kedai nasi ayam terus melalak macam kena dera..cuak mummy tau..adik nampak apa dik?? yerla dia tak pernah berjalan jauh..mungkin tak selesa dengan suasana kedai tu ker..ni kira first time la ni Afif berjalan jauh..berjalan jauh tanpa daddy pulak..bertabah la mummy oii..hehe

Kebetulan aku park kereta depan kedai mamak..balik dari makan nasi ayam tu mak singgah beli nasi untuk Raiisah, takut dah sampai hotel Mek ni lapar pulak..dia biasa la time orang makan tak nak makan sibuk main..kang dah sampai hotel sibuk mencari nasi..nenek tapau siap2..

Dekat petang gak la sampai Gold Coast Melaka International Resort ni..masuk2 wow besar gile apartment kiteorang ni..ada 3 bilik tapi 1 bilik tu depa kunci..yang boleg guna 2 bilik je..

Ni second room..room yang ke 3 dorang kunci..

1st room ada dua katil..ok la besar gak, tapi katil tu bangun berbunyi2 spring dia wehhh..hahaha

 bilik air..

Ruang tamu, besar sangat..family ramai bawak bercuti kat sini memang meriah la..

Mak tengah busy dengan phone..Zura call masa ni..

 Sian Afif ye..kepenatan ye..

Petang tu tido, lepak jap, lepas maghrib terus siap untuk dinner..mandi pool besok je la kakak..hari ni kita mandi bathtub.

Adik pon ada bathtub kan dikkk..hehehe elok diam je mandi dalam sinki tu..nanti dah besor sikit boleh join bathtub dengan kakak..kakak ko kemain mengekek tengok adik dia mandi dalam tu..

Sebelum nak bergerak pergi dinner, borak dengan atuk dulu..semenjak whatsapp ada video call, hari2 la video call dengan atuk..selalu dengar suara atuk je..bila la dapat jumpa dengan atuk ni kan..

Kami dinner di Big Nyonya..Eira dengan Ciput pernah makan kat sini..dorang kata sedap, so harus la aku dengan Yana mencuba..

Sedap sangat ke tu Yana..hahaha..Sebelum makanan lain sampai Eira oder cendol..aku dengan Yana rasa sikit..sekali tak boleh tahan kesedapan cendol tu, maka aku terus oder semangkuk..

 Sedap weiii..cendol santan..layannnn

Ikan siakap masak asam pedas..perghhh! terbaik kot kuah asam pedas dia..kedai ni pernah masuk program Jalan-Jalan Cari Makan..

 Telur dadar simple macam ni je pon, ponnn sedap..

Bendi masak cili..

Sambal cili..

 Daging masak kurma..lauk ni je la budak2 boleh makan..yang lain semua pedas..

Anak2 Eira semua dah mengantuk..

Raef pon mula2 tido dalam kereta..Yana makan dulu..Shah tunggu Raef dalam kereta..sekali dah elok Yana nak makan Sha bawak Raef, sebab dah jaga..

Pandai mintak air milo..Rambut pon dah macam pompuan apa je..hahaha..ni sampai bilik confirm tido terus ni..tadi dalam perjalanan nk ke sini tido jap..

 Alhamdulillah semua kekenyangan..malam tu takde buat aktiviti apa pon..anak pon semua dah mengantuk..

Tenkiu manjer Eira bawak kami tempat ni..

Mujur mak ada sekali..kalau aku handle sorang2 anak dua macam ni, terkangkang2 aku rasa..hehehe

 Yun jugak bagus..dari mula sampai, sampai kiteorang abis makan, dia sedap je tido..

Para suami..ok sambung next entry besok..Afif dah merengek nak tido..niteeee...

piece : kathyjem

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer mknan tu...boleh masuk list jgk big nyonya tu,...tgh plan awal bulan 4 ni nk g melaka...

aziekz said...

Typo..kelapa..*kepala..
Hi3