Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, March 22, 2017

Percutian ke Melaka dengan Manjers (part 2)

Bersambung cerita kita ke Melaka dengan manjers..so hari ke dua tu bangun macam biasa..Mekcha bangun dengan keriangan gelak ketawa sana sini. nampak handphone terus capai tengok phone..

Pastu adik pon join la sekali walaupon tak mengerti lagi..

Pastu terus whatsapp Yana & Eira tanya dah bangun ke belum..Eira dengan family dia tak join breakfast sebab pagi tu Ciput tapau Roti Canai Kayu Arang..siap tapaukan untuk kami lagi..tenkiu Ciput..

Muka tak mandi..hahaha yerla buat apa nak mandi, kejap lagi kan nak terjun pool..

Budak tak sabar nak mandi pool..breakfast pon tak nak..kena paksa gak dia makan..last2 makan koko krunch jer..jadi la dari tak makan kan..yer mummy tau awak tak sabar nak terjun pool..sat naaa..kasi mummy kenyang dulu..jap lagi makanan ni nak bagi kat adik..hehe

Mummy pon tak sabar nak bawak dark choc mummy ni mandi pool..harap2 adik tak menangis la yer..kakak ko baya ni melalak takut mandi pool..

Faham orang ramai..pinggan bertukar cawan pon ok jurrr..

Air tangan nenek la adik membesar sihat dalam gambar ni..tenkiu nenek..esok Afif dah besar tak dengar cakap nenek siap la, hari2 nenek basuh taik Afif tau..hehe

Selesai makan laju2 balik ke hotel tukar baju..Raiisah jangan nak serius sangat ek..ce sabor sikit, sat lagi terjun la puas2 dalam pool tu..budak2 kan selagi tak nampak pool depan mata, selagi tu tak senang duduk..

"Mummy saya di mana ni?" kata adik..

Hi adik,  you look so serious?? whyyyy takut kah??

Haaa kan homei henyum macam tu..gambar dulu ye adik sebelum kita kebushhh dalam pool..

Kakak pon dah berani..Raiisah dah masuk 5 tahun tau baru berani mandi pool..kalau mana yang mengikuti perkembangan Raiisah mesti tau Raiisah ni penakut mandi dalam pool macam mana..

Acah2 penat..hahaha padahal rendam kaki jurrr..Eira dah basuh kuyup bawak anak2 dia mandi..

 Leehhhh tidur pulak dia..

"Mummy saya jadi shark".. Shark dia tak berdiri tepi kakak, dia kena berendam kat tengah2 tu..

Keisha berani naik terowong ni..aku suruh Raiisah naik benda alah..errmmm jangan harap la dia nak naik..dia mandi dalam ni pon aku sujud syukur..

  Dah nak masuk tengahari orang pon dah tak ada..

Lengang, semua dah naik..Raiisah tu menangis tak nak balik..dia kalau mandi pool sampai besok pagi pon dia boleh..hahaha dah berani kan..

Tu dia sinaran cahaya matahari, terus muka k-pop..Raiisah dah kepenatan sebelah tu, nampak..ni kompem sampai kedai makan dia tidur lena..

So tengahari tu kami lunch di Asam Pedas Selera Kampung, kedai dia hujung sekali..Ni Yana yang cari kedai makan ni..ramai cakap makan tengahari kat sini sedap..kitaorang pon sampai dalam 3 lebih macam tu, orang pon tak ramai sangat dah..aku rasa datang tengahari ni sure berdiri tunggu seat kosong..tapi tu la datang lewat lauk pulak banyak dah abis..

 Semua sedap la..murah makan sini..

Lepas makan kami jalan2 bandar Melaka..Eira tak join kitaorng, dia bawa anak2 naik River Cruise..aku dengan Yana tak dapat join sebab masing2 bawak stroller anak..celah mana pulak nak sumbat stroller atas boat tu..

  Singgah makan cendol sambil layan River Cruise sebelah tu..takper tunggu Afif besar sikit boleh bawak dia dengan Raiisah naik boat..

 Time Afif tidur masa ni..Mekcha lak tak bagi adik dia tido dalam stroller tu..stroller dia katanya..mummy lak lupa nak bawak stroller kakak..

 Berminyak2 dah muka masa ni, panas giler..mujur tepek DD Cushion..terus glowing2 muka dek sinaran matahari di muka..ayat apakah ini?? hahaha

Ramai pulak rombongan orang cina masa ni..kiteorng ambik gambar sekeping dua pastu terus laju2 balik ke hotel..Yana nak bawak Raef mandi pool sebab pagi tu Raef tak sempat mandi pool..

Nenek dan Afif..malam tu kami tak keluar pegi dinner pon sebab masing2 kepenatan..Masa lunch tu mak tapau lauk untuk dinner, takut malam Mekcha minta nasi..hujan lebat pulak malam tu memang tak la kan nak keluar..Eira pulak siap2 dah tapau Mcd petang tu..Yana jer la tak tapau apa, makan biskut cica teh je malam tu..

ok esok update last day di Melaka.. :)

piece : kathyjem

1 comment:

Syazana Khairol said...

terliurnya tengok makanan tuu