Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 2, 2018

Berlibur dengan Manjers

Halo haloooo..selamat pagi! kerja ke tuuu?? kita mc..eh macam rindu pulak perkataan mc tu..hahaha ok tau korang kerja..kerja elok2 ok jangan malas2 tinggal lagi 2 jer dah weekend..ada plan ke untuk next week? next week ada apa?? jangan buat lupa, next week kita nak PRU 14 tau..haa dah buat persiapan untuk balik kampung ke?? wahh tanya persiapan nak balik kampung beraya pulakkan..hehe Kita doakan semoga urusan korang untuk balik kampung mengundi tu dipermudahkan..

Biaser la dah tak kerja ni ada la masa nak curi-curi taip kat blog ni..sekali sekala cerita kehidupan sikit apa salahnya..Kathy pon tau mesti ada yang rindu nak tengok Kathy berceloteh dalam blog kan..eh perasan pulak ada orang rindu..ko ingat ko famous blogger..hahaha yerla kang asyik cerita meniaga je dalam blog ni korang pon larikan..

Pejam celik dah sebulan rupanya aku penggang tittle house wife dan juga business woman..best tak jadi surirumah bekerjaya ni..kalau korang tanya aku tak mudah la tapi bagi aku waktu aku bekerja makan gaji dulu dan business sebagai part time tu lagi mencabar..dengan kerja office, balik kerja settle anak, malam mengadap laptop buat kerja part time lagi..hurmmm kalo ingat balik aku lagi suka keadaan sekarang..masa tak terikat sangat..cuma kena pandai bahagi masa la..kadang2 hari tak selalu cerah..hahaha kadang2 mood anak ko sangat okeyyyy hari tu, Afif siap cakap dengan aku.. "Mummy nak buat apa buat laa, Afif ok jer depan tv ni"..😝 kadang2 mood anak ko sangat macam terlebih gula pulak..hahaha tapi takper kita anggap tu sebagai cabaran liku2 hidup dalam perniagaan untuk berjaya..

Apa2 pon sentiasalah menanamkan dalam hati supaya ikhlas dan reda melakukan segala tanggungjawab sebagai isteri dan ibu supaya tidak terasa satu bebanan yang memenatkan..Semoga ibu-ibu kat luar semua tu dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah SWT..

Jumaat lepas kami manjers bertiga jumpa di Sunway Pyramid..uwaaaa rindu giler nak keluar bertiga..akhirnya setelah masing2 busy dengan kehidupan jumpa jugak kami..tak sangka jumpa2, Eh eh baju sama putih la macam berjanji pulak..seluar pon sama colour biru..nasib baik tudung pon tak sama..kalau tak macam boria..

Tengok gambar bertiga rasa macam nak pergi bercuti pulak..rasanya dari tahun lepas kiteorang plan nak bercuti tapi tu la Yana masih menyusu badan so Raef takleh tinggal lama2 lagi..Harap2 lepas raya Yana berjaya la putus susu..chaiyok manjer! bukan senang ok nak cerai susu badan ni..

Sampai je terus cari tiket..Mula2 ingat nak tengok Dukun kat Subang Prade sebab malam sebelum nak tengok Yana kata banyak panggung wayang dah takde cerita Dukun ni..yang ada TGV je..check2 ok kat TGV Subang Prade ada pukul 2pm..sekali Yana dah sampai tengok 2 pagi daaa..hahaha Nasib aku dengan Eira tak sampai lagi..So Yana check2 ada kt Sunway Pyramid kol 3pm..fuhh nasib baik ada..Kalau takde kita layan Avengers je la..

Yana punya plan ajak kitaorang tengok Dukun..ermm nak ajak suami masing2 memang tak la kan..Affan cerita2 melayu ni dia tak layan sangat tengok wayang..Eira pulak dia kata Ciput boleh layan cerita melayu ni tapi dia cepat tersentuh..Eira kata tengok kartun doraemon pon boleh menangis..wutttttt?? hahaha Shah suami Yana sama macam Affan tak layan sangat..

Masing2 jakun bila beli tiket self service..hahaha canggih dah TGV Cinema sekarang ni, tak payah beratur panjang2 kat kaunter..jimat masa jimat tenaga..gitewww..

Dah beli..kita lunch dulu..

Setelah naik turun naik turun memikirkan nak lunch kat mana?? ting! Yana dapat idea makan makanan Korea Kyo Chon..Harap2 tak beratur panjang la..aku rasa setiap branch Kyo Chon ni mesti beratur panjang..hari tu pergi The Curve Cheras, mak aii beratur macam ular..

Maybe hari kerja so masa kitaorang sampai takde orang beratur tapi dalam tu penuh..mujur masa sampai tu ada meja kosong..tapi ya ampun dalam tu bising bebenor aku rasa..dengan orang kiri kanan cakap terjerit2 dengan lagu pasang macam konsert..korang rasa kitaorang borak macam mana?? cakap macam 10 batu..Yana terjerit aku terjerit..hahaha Sudahnya masing2 sakit tekak..

Lihat menu menarik kat Kyo Chon ni..

Eira dengan Yana oder..aku angguk2 kepala tanya setuju..

Yang kiteorang oder ni Red Pepper Wingette and Drumette..ambik yang 12 pcs..nak oder 20pcs takut banyak sangat tak abis..Rasa dia sedap dan pedas!

Ni nama dia Crispy Rice Chicken Strip..sedap giler kot yang ni..isi ayam penuh dan ranggup..ada 2 perisa sos..yang kuning tu rasa honey mustard..sos yang hitam tu kureng..

 Bismillah..jemput tengok ye..hehehe

Nasi kimchi tu ok la..lagi satu nasi cheese tu tak sedap..mangkuk kecik tak abis makan..

Oder 12 pcs pon tak abis..acaner tu..hahaha Yana lagi la 2 ketui dah cukup katanya..

Lepas abis makan sambung membawang..banyak gak kitaorang kupas ada la dekat 1 guni..sambil membawang sambil jerit2 dengar lagu k-pop..

Sibuk membawang sedar2 dah nak dekat kol 3 lebih..wayang kol 3.30pm..bayar terus laju2 gerak ke TGV..
Tengok gambar bertiga ni rasa tak sabar nak ringankan kepala ni..bertahun ok plan nak cuti bertiga tanpa anak2 dan suami..harap2 lepas raya menjadi la holiday kita bertiga ni kan manjer..kalau tak jadi kita sambung angan2 tahun depan..😆

 Waduh waduhhh bila mau menyetat cerita ni..hahaha lama nau iklan nya pon..

Aku kasi 8 bintang cerita Dukun ni..Cerita Dukun ni dikatakan dari kisah benar kes pembunuhan kejam dan misteri 1993..Boleh dikatakan seram jugak la..lagi2 part Umi Aida kena rasuk..perghhh kalau ingatkan memang boleh mengigau dalam tidur..

Dan bila tengok Elyana dalam terus masing2 pandang gelak2 syaitonnnn..hahaha Macam mana la kita 11 tahun dulu ek??..tengok Elyana gelap je masa tu..hurmmm macam tu la kita zaman tu..hahaha zaman jahiliyah..dengan seksinya, dengan muka gelap jerawat penuh, tak pandai bergaya sangat, dengan rambut blonde budjet Paris Hilton dok lepak kedai mamak..hahaha

Adusss sedih kalau ingat balik..Kalau ingat balik tak terfikir pon nak ke zaman tu balik..tapi zaman tu kiteorang enjoy sangat dengan kehidupan masa tu..Gaji RM1200 pon cukup, boleh shopping, boleh karok ,boleh bagi duit kt mak abah, siap boleh simpan lagi..hidup sekarang ermm tak dapek la macam tu..Zaman Pakjib semua berduit..Eh terbebel pulak cerita politik..weee tak sabar nak mengundi..byeeeee!

piece : kathyjem

4 comments:

cik tenggiling said...

amboi bila tengok food tu terus rasa lapar. nak kena pergi try ni

kathy jem said...

cik tenggiling : kena try memang sedap sangat..

Unknown said...

Silap time nie kak kathy...tgok mknan tgah2 mlam...hahahah, trus lapo

eltamaz elmithaly said...


شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تسليك مجاري بالخبر
شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
شركة المثالية للتنظيف بالجبيل