Klik Yer!! Mekasih...

Friday, October 19, 2018

Penang Trip dengan Manjers (First Day)

Aduhhh blur pulak nak taip apa ni? hahaha Al maklum la dah berbulan blog bersawang sampai tak tau nak taip kat dalam blog ni, blur abis..

Moh la kita update cerita Penang dengan manjers. Hari tu sajer tanya kat FB, ada lagi ke orang baca blog Kathyjem? sekali ramai lagi baca blog Kathyjem dan ramai suruh aku update. terharu ahkak tau. hahaha ada lagi orang nak baca blog Kathyjem, ingat dah takde..Sebab blog macam dah kureng orang nak baca kan. Orang sekarang lebih suka pada Instagram dan Facebook. Dulu zaman blog tengah hot ramai orang nak jadi blogger, now semua nak jadi instafamous. Kalau Facebook orang panggil apaek? FBFamous..hahaha suka hati aku jer.

Sebenarnya dah bertahun kiteorang plan nak berHoliday bertiga. Biasa la dah ada anak ni komitmen dia lain la sikit compare kehidupan tak ada anak sebelum ni. Dulu zaman muda tak ada plan sangat, mesej2 je terus onz.. Sekarang cakap macam tu, eh takleh minggu depan husband ada hal, eh tak boleh bulan 9 ni aku ada kelas, eh tak boleh anak takda orang jaga. Banyak nau halnya. Tu yang plan nak holiday bertahun jadinya.

Anak pon masing2 dah besar sekarang ni so takde la rasa bersalah nak tinggalkan. Dulu anak masing kecil lagi nak tinggal pon susah hati. Macam aku Alhamdulillah Mak boleh tolong jagakan.. Macam Yana husband dia yang akan jaga sendiri anak, Eira lak Suami dengan Mak mertua boleh jagakan..

Ok berbalik jalan cerita. So plan ke Penang la kita. Ikutkan nak pergi Langkawi tapi memikirkan kitaorang nak jalan2 cari makan sok kita pilih Penang. Penang boleh bawak kereta, kalau Langkawi kang nak kena naik flight pastu nak kena sewa kereta lagi. Kiteorang nak naik kereta sebab nak nyanyi2, nak have fun, nak karok dalam kereta. Moment tu yang kiteorang nak. Last aku jejak Penang tahun 2012, masa tu pergi dengan kawan2 sekolah. Gila lama kan..

Pagi tu kiteorang jumpa kat jejantas Sg Buloh. Ingat nak suruh abah hantar tapi abah ada hal pulak pagi tu. Nak letak kereta 3 hari kat jejantas Sg Buloh tu tak berani, kang apa2 jadi kang susah. Nak naik Grab mahai bebenor kat 30 hengget. Mungkin peak hours kot, lagi pon dari rumah mak nak ke Jejantas Sg BUloh takde la jauh sangat. Tak jadi la naik Grab.. Pastu hegeh2 pagi tu wasap Eira mintak tolong dia ambik kat area rumah aku, selamat sikit nak park kereta kat situ.

Sudahnya kat kol 10 lebih baru Eira sampai ambik aku. Dari rumah Eira nak ke rumah aku memang lalu depan Midvalley, tau je la depan Midvalley tu pagi dia jem teruk macam mana. Ampunkan aku manjer last minit suruh ko ambik. hahaha Mana nak dapat kawan jenis tak berkira ni.. 😆

Sampai je Jejantas Sg Buloh terus breakfast nasi lemak sebab malas dah nak berhenti2, terus shoot ke Penang.

Nasib baik husband Yana ada, dia la snap gambar kiteorang bertiga sebelum bertolak adalah kenangan depan kereta Eira. hahaha Eira kalau drive jauh2 bagi kat dia, sejenis mata susah nak mengantuk. Kalau aku la drive tengahari lama2 mau 20 kali lelap. hahaha Takper co-driver Yana ada. Aku ni kalau drive kereta orang jadi kaku, lagi2 kereta jenis gedabak tak berani weii..

Macam mana la aku leh terpakai baju biru, padahal Eira dah bagitau pakai baju putih, seluar jeans biru, tudung putih. hahaha Orang perempuan macam ni la bila banyak sangat fikir nak pakai apaaaa nak pakai apaaaa sudahnya terlari sikit konsep..

Dalam kereta Eira baru perasan list tempat makan yang kiteorang nak pergi tu tak bawakkkkk. Tertinggal dalam satu handbag. takper la kiteorang tengok je kat FB, ada orang share 10 tempat makanan paling best sedap di Penang. Tengok situ je la nanti.

Pastu dalam kereta karok tak hingat. Ya ampun kalau ingat balik moment dalam kereta tu rasa best sangat lupa jap hal dunia kerja.. Gosip2, borak2, gelak ketawa, sambil borak2 tu keluar pulak lagu Misha Omar, menyanyi feeling retis. Keluar pulak lagu Dua Lipa joget la kitaorang macam dalam clubbing pulak.. Hoii indahnya hidup ketika itu. Tu baru part dalam kereta belum yang lain2. Tunggu next entry okey.  =)

Kiteorang singgah rnr untuk shishi dan beli buah je. Tak nak singgah lama2 takut sampai Penang lambat. Tengok jam kol 1 lebih.. Perut dah start berbunyi krucuk krucuk. Sabar ek perut sampai kang kita terus perkena Nasi Kandaq yang orang kata paling nombor satu di Penang.

Tu diaaaaa beratuq macam ulaq sawaq..Hoii apa teruk benor cakapnya tu..ampunnn. Gina la orang Perok nak jadi orang Penang. hahaha Marah orang Penang aku cakap lagu tu. Dah la lapaq beratur panjang. Kol berapa la dapat makan ni. Memang orang cakap makan kat sini kena beratur panjang macam ni. Bertabah la.

Kalau bawak anak kecik beratur macam ni idok le teman. Tapi tak nampak pulak budak2 kecik beratur mungkin ayahnya beratur, mak dengan anaknya duduk kat dalam kot.

Geng Skechers. Hadiah birthday saya. Thank you Manjers bagi kasut Skechers paling selesa di dunia ni. Cewahh! Yana pon sama husband dia bagi hadiah besday kasut Skechers jugak. Eira lak memang hantu skechers pompuan tu. Berpuluh-puluh kasut Skechers kat rumah dia. hahaha


Rambang mata dah nak pilih lauk apa nii..

Teringat orang kata datang Penang kena rasa teluq sotong masak kari dia, sedap.

Yana ambik burung puyuh dengan cili hijau, aku ambik sotong dengan telur sotong, Eira ayam goreng dengan sayur. Aduhh taip ni pon dah menjejeh2 air liur. Serius la weiii terbaik giler kot Nasi Deen's Maju ni.

Betul la orang kata Nasi Kandar Deen's Maju paling nombor 1 di Penang. Berbaloi la beratur macam ular sawa. hahaha Ni kalau bawak Affan ni mau terangkat buntut dia masa makan. hahaha Affan memang pencinta kari mamak. Next time datang Penang kena mai sini lagi.

Lepas makan terus laju cari hotel. Kitaorang stay kat Lexis Suites Penang untuk 3 hari 2 malam. Tak susah pon nak cari, Waze kan hado. Tak pandai guna Waze guna Google Map pon boleh. hehehe zaman sekarang semua di hujung jari.

Buka pintu hotel perghhh lawanya bilik. Macam mana tengok dalam booking.com macam tu la rupa sebenar bilik kiteorang stay ni. Nyaman je tengok.

Siapa nak bawak family ramai2 sesuai la ambik bilik macam ni.. Actually Hotel Lexis Suites Penang ni ada 2 jenis bilik je. Ada Executive Pool Suite dan Premium Pool Suite je. Cuma bezanya dari segi size bilik, Premium Pool Suite ni betul2 mengadap laut dan bilik dia besar sikit.

Katil size King sedap la golek2.


Kedudukan tv sekali dengan cermin hitam tu, so bila tutup tv tu tak nampak rupa bentuk tv tu, kiranya tv tu terbenam dalam cermin. eh apa yang aku sampaikan ni. macam tak faham je. arrr susah la explain. hahaha Korang sendiri tengok la kalau datang sini.

Sebelah kanan toilet dan sebelah kiri tempat mandi. Dah kenapa terpisah pulak ni. So memerut la siap2 lepastu baru mandi. Terbayang macam mana la tengah syok mandi tiba2 sakit perut nak yakkkk..ok tak nak bayangkan. hahaha Ke kena lari laju2. kakaka Apo la buat tempat mandi terpisah macam ni.

Tak boleh bla tu cermin tu tak boleh kecik lagi ke?? bilik besar kot tapi cermin nak belek jerawat tu kecik benor patut leborkan lagi. Kalau family ramai macam mana , dah berebut2 depan cermin tu. Agak tak sesuai size macam tu. Lexis Suites Penang please take note.. ecee macam la dorang baca blog aku kan. kakaka

Tempat mandi pon macam agak kureng sesuai. Pendinding dia hanya kaca sahajer. Maksud aku pendinding kaca kat bahagian pintu masuk. Cermin mengadap pool ok lagi boleh tutup dengan window curtain. Walaupon kaca dia tebal, ko rasa Eira dengan Yana bangun2 tu aku tak nampak..hahaha Ok la buat2 tak nampak. Terfikir lagi macam mana la family yang bawak saudara mara. ermmmm. kena mandi pakai kain batik la gitew. ok la tak nak cakap lebih2 korang sendiri fikir la.

Nampak tak belah kanan tu, pendinding kaca tu. Kalau malam lagi la, buka lampu lagi la nampak rupa manusia.

Tak sabar nak berendam malam karang. Kalau sempat la berendam, banyak tempat nak pergi ni. hahaha.

Toilet ok selesa.

Ni pon salah satu sebab kenapa kitaorang pilih Lexis Suites Penang ni, nak ada swimming pool dalam bilik. Ko nak tergedik ke nak berbikini pon takde hal. Manjers2 je yang tengok.

Feeling tepi pantai pon boleh.

Swimming pool dia ok la takde la ko boleh berenang kuak lentang ke kuak dada ke. Setakat anjer-anjer berenang boleh la..Gedik2 nak ambik gambar dengan kawan2 ok la cantik. Bawak anak2 sesuai la ada swimming pool macam ni. Takyah susah2 nak tekan lif turun pergi ke pool. Berenang depan bilik sudah. jimat masa dan tenaga..gitewwww

Posing dulu sebelum semua bukak tudung. Kalau dah buka tudung tu tak koser la nak bergambor.

Gigih cari port cantik kat dalam bilik ni. Lighting lampu hotel ni memainkan peranan ye, terus gambar kiteorang nampak kebommm.

Pose masing2 tak nak kalah. Pahal peha aku nampak besar ni. Penat i workout tau nak bagi peha kecik..cis nampak besor lak. Tu la dia orang perempuan. Bila kurus sibuk nak gemuk, bila gemuk sibuk nak kurus. hahaha Hanya orang2 berjiwa wanita tulen je yang memahami. 😆

Ada yang tanya siapa tukang lari set timer phone tu. Siapa lagi kalau bukan yang berdiri separuh badan itu. Aku la tu. bab lari2 ni memang kerja aku. hahaha

Petang tu lepas solat rehat jap lepas tu mandi terus bersiap untuk dinner. Kalau ikutkan kiteorang nak dinnerrrr apa ek lupa lak Eira ada cakap makan tempat apa tah sedap, tapi jauh sikit dari hotel kiteorang terus tak jadi. Sebab lepas abis dinner kiteorang nak tengok wayang. Kalau boleh tak nak cari tempat jauh2 sangat.

Ramai suggest makan Char Koay Teow tepi Longkang kat Bayan Baru. Eh memang nama tempat tu macam tu bunyi dia. Bukan aku sajer2 cakap tepi longkang..hahaha Lagi pon dekat sikit dari hotel kitaorang.

Kitaorang oder Char Koay Teow yang harga RM4.00 yang kecik dan RM6.00 untuk yang besar. Udang dia ok la tak la besar sangat. Rasa sedap tak?? bagi kitaorang biasa2 je sebab pernah makan kat KL lagi sedap dari ni. Kuah dia macam ada rasa kurang la aku rasa.

Kat sini ramai orang jadi ko kena panggil pekerja situ 80 kali baru dia perasan. 😂

Ok dah makan kenyang moh le kita tengok wayangggg, cerita PASKAL. Hoii datang jauh2 tengok wayang ke. Time ni la dapat tengok midnight movie bertiga dengan manjers. Kalau kat KL nak tengok siang pon sikit punya payah. hahaha So jangan lepaskan peluang sementara suami anak2 takda ni.

Kebetulan masa ni cerita PASKAL tengah hot kat wayang so wajib la tengok untuk support filem2 Melayu.. Siapa lagi kan nak support kalau bukan kita2 ni.

Last kami midnight movie bertiga 12 tahun lepas, masa zaman muda mudi dulu. Giler lamakan.

Keluar wayang masing2 beremosi..hahaha Tak boleh bla si Eira tu, dua kali dia cakap masa dalam wayang tu dok cakap, "bayangkan manjers aku ada masa kejadian tembak2 tu". hahaha Yana cakap, ko dah kenapa nak fikir ko dalam tu. kakaka

Si Yana pulak duk sebelah aku, kejap2 kang dia terkejut, dengan aku2 sekali terkejut. bukan terkejut tengok filem tu terkejut tengok dia.. Kejap2 aaaa..kejap2 aaaa. Ko rasa tak terkejut jantung aku ni tengok dia macam tu..hahaha Ok la pulang la kami ke hotel dengan kegembiraan walaupon jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih.. jangan esok terlajak tidur sudah. Dah la banyak tempat makan nak pergi ni. Ok hari ke-2 tunggu next entry. 😊 *berdoa la semoga aku Kathy rajin update. hahah

piece : kathyjem

No comments: