Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, December 20, 2018

Penang Trip dengan Manjers (Third Day)

Kan ku sudah bilang setiap satu posting Penang ni akan ku upload sebulan sekali. hahaha See ni nak masuk bulan 12 baru hegeh nak up kat sini. Bila blog dah sendu macam ni ler. Kalau ikutkan malas gile nak update tapi sebab dah janji kena la jugak update yer nanti orang kata mungkir janji pulak. hehehe

Dah hari ke-3 manjers di Penang..kejap nau tak dan nak rasa banyak tempat makan best2 kat Penang ni ha. So dah tau Penang hari Ahad banyak kedai makan tutup so kalau nak datang sini jalan2 cari makan kena la pergi hari weekday baru puas hati.

Hari ni plan nak makan Hameed Pata Mee Sotong. Orang kata situ ada food court then kat dalam tu la ada Mee Sotong yang orang kata sedap. Yana pernah makan situ dia kata tak sedap. Sedap tak sedap belakang cerita yang penting datang jauh2 nak rasa gak Mee Sotong  yang orang dok gembar-gembur kata sedap.

Lagi satu nak makan kacang pool paling fofuler kat Penang pon orang kata paling femes kat Penang. Sekarang ni kiteorang pergi tempat makan yang popular sedap je kat Penang. Yang tak popular tak nak pergi..hahaha

Harap2 plan hari ni menjadi la cuma lunch nanti Yana tak join aku dengan Eira sebab nak jumpa Kaay Fighters belah utara pulak. Dah alang2 sampai Penang nak jumpa la depa kejap kan, ada amanat penting yang nak di sampaikan dari Yana. Amboi macam perjumpaan tergempak sangat kannn. hahaha Yerla selalu jumpa Kaay Fighters belah KL Selangor je. La ni ada kesempatan nak laga2 pipi dengan dorang jap.


Muka musyuk tak mandi la 3 ekor unicorn ni. hahaha Korang rasa kitaorang tidur dengan baju ni tak? Baju unicorn ni sangat selesa okey. Kain lembut giler. Dah bagi tau kan beli kat mana? haa cari kat entry ke 2 manjer kat Penang. Malas 2 3 nak bagitau. Penang Trip dengan Manjers (Second Day)

Udah berangan jom kita turun breakfast. Lapor dah ni. Hari ke 3 tak sempat nak workout sebab rushing nak siap2 balik.

 Breakfast kat Lexis Suites Penang ni puas hati la menu pilihan banyak. sedap pon sedap.

See sihat tak breakfast i.. Sian kita kan 1st time tengok baby bendi comel tu. serius weii aku tak pernah tengok dan makan bendi kontot macam tu. macam pehgak la pulak. bahahaha Sedih! Rasa macam bendi la jugak apa yang ko nak peghak sangat pon tak tau. keke

 Haa ni tak berapa nak sihat. ok la ambik seketul buat2 rasa celah gigi.

Sekali sampai tutup la Hameed Pata Mee Sotong ni. Ciss tutup pulak. Penat ahkak datang jauh2 nak rasa mee sotong ni tau. *sambil jebek muka

Takper kita makan nasi lemak lobster.. Nasib sebelah tu je Nasi Lemak Box Penang ni. Ramai cakap nasi lemak lobster sini sedap, lain dari nasi lemak yang ada. Apa yang lain pon tak tau la moh ler kita rasa. Aku pon baru dengar, Eira la cakap nasi lemak lobster dia kena try. Ok la jom try.

 Tapi puas hati betol food court ni tutup. hahaha Tah bila nak mai Penang lagi pon tak tau dah. Ramai cakap hari Ahad tempat makan kat Penang banyak tutup.. Oooyeker. Kalau mengandung abis la kena datang balik Penang semata-mata nak rasa Mee Sotong Hameed ni.

Tengok macam, alahai lawanya tempat makan beratapkan bumbung kelapa ala2 romantikan gitewww tapi berlecak ketiak makan kat situ. Panas weii.. hahaha

 Aku rasa kalau malam ni sure ramai orang weii.

Oder coconut shake tengah cuaca panas memang padu wei. Apa banyak nau wei wei ni..hahaha Bahasa dak wechat sangat ni.

 Tak sabar nak rasa nasi lemak lobster yang orang kata sedap dan rasa lain dari lain.

Tadaaa!!! Aku tak pernah tengok rupa dia macam mana.. Oooo macam ni dia letak cheese kat badan lobster tu pastu nasi berwarna biru ala2 macam nasi kerabu. Ok la sedap rasa dia. Berbaloi la kan dengan harga dia. Bila ingat balik kejadian lepas makan nasi lemak lobster ni buat aku tergelak dengan Eira.

Macam ni, masa oder kat kaunter tu Eira yang oder. Pompuan tu pulak tak tengok harga terus oder nasi lemak lobster ni. Aku tanya Eira berapa harga nasi lemak lobster ni? Eira kata dalam RM18 ringgit macam tu kot. Ooo ok la harga dia, Makan la dengan pelahap kitaorang masa ni. Dah abis makan nak bayar la kan. Aku yang pergi bayar sebab duit aku berlanja aku yang pegang. Yes pergi holiday ni kitaorang dah bagi duit belanja siap2 dekat Yana sebab Yana takde masa ni so kitaorang la yang pegang duit perbelanjaan.

Masa nak bayar confident je aku keluar RM20 macam tu pastu tanya kaunter tu berapa harga nasi lemak lobster dengan coconut shake. Bila orang tu bagi total semua dalam 80 lebih macam tu. Terkejut berut la kan.. hahaha Ingat orang tu tersalah kira. Siap dia tanya aku balik. Oder nasi lemak lobster kan. Aku angguk, a'ah nasi lemak lobster. Nasi lemak lobster RM79, sebab ada lobster. Ooooo ok. Dalam hati, bapak mahal. hahaha Tapi dah makan kan nak buek macam mana? bayor je la. Makan lobster kan memang gitew ler harga dia.

Call Yana dia kata tak abis la meeting dengan Kaay Fighters so ke Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool la kita.

 Cantik giler bangunan kat sini. Ala2 oversea suasana dia.

Jom tengok apa yang menarik Nazzeeras' Roti bakar kacang phool ni selain kacang phool dia.Tapi dah kenyang makan nasi lemak lobster 80 hengget tu so kita oder kacang phoo je la. Perut tank kancil macam ni le makan sikit dah kenyang. Perut kita dah biasa makan kuantiti sikit jadi makan sikit je dah cepat kenyang. Tu yang bagus eat clean ni, membantu sangat dari segi kuantiti makanan yang masuk dalam perut kita. giteww

 Jom tengok deco cantik dalam kedai ni.

Nak buat birthday party ke apa2 party pon sesuai sangat.

Kat luar ni ada tempat macam kelas art rasanya kot. Tu nampak pintu tu, tu la toilet. Kemain cantik toilet dia.

 Sampai dah kacang phool yang orang dok kata sedap tu. Ok la boleh la rasa dia tapi mangkuk kuah kacang phool tu kecik nau. Macam susah nak calit roti kat dalam mangkuk tu. Patut guna mangkuk lebor sikit.

Abis makan terus ambik Yana then laga2 pipi hai2 kat Kaay Fighters terus gerak ke Tan Jetty. Orang kata datang Penang wajib mai situ. Hari pon dah nak gelap so cepat2 la kita ke situ.

 Datang dah petang air pon dah surut. Awan pon dah gelap. Macam ciri2 nak turun hujan pon ada.

Kemain ko Kathy edit awan biru padahal dah gelap masa ni nak hujan. kakaka Kantoi edit. Janji sedap sikit mata ni menengok. Iols tak boleh la tengok colour gambar kedam2 ni. hahaha alergik.

 Mai sini ambik gambar kat Jeti ni je takde la menarik sangat apa pon. Takat ambik gambar jer. Bila orang tanya dah mai ke Tang Jetty. Ehhh mesti la dah mai..

Kuat nau anginnya.

 Rasanya kalau datang waktu pagi cantik kot suasana sini.

Yeaaa tamat sudah percutian manjers ke Penang. Lepas tu terus laju2 gerak ke kereta balik KL. Masa ni dah start hujan.. Nasib baik tak basah lenjun masa sampai ke kereta.

Tahun depan ingat nak holiday jauh sikit. Ok kena start menambung dari sekarang.

Jom layan video manjers kat Penang.


piece : kathyjem

No comments: