Tuesday, November 25, 2014

Asam Pedas Guna 4 Bahan Jer?

Punye la pemalas, nak masak asam pedas pon nak pakai perencah segera..hahaha Eh jangan tak tau perencah ni laki i yang beli tau sebab dia tau bini dia tak pandai masak asam pedas..hahaha Ye aku memang jarang masak asam pedas sebab aku rasa macam susah nak masak.. hahaha Boleh bagi jawapan macam tu..Kat rumah pon boleh kira berapa jari aku masak asam pedas sebab Affan penggemar kari sebab tu sebulan sekali mesti masak kari..Tak kisah kari masak apa janji kari.. Sama ngan Raiisah hantu kari..haha

Beli kat Tesco punye lama weekend hari tu baru masak.. Tak pernah guna brand Heng's ni tak tau sedap ker tak yang penting HALAL.. Rempah segera ni memang sesuai dengan orang yang takde masa nak memasak tapi tetap nak masak untuk suami tersayang..gitew..

Aku beli bahan2 dia sejibik dalam gambar tu..hahaha Tiga bahan jer..Terung, Bendi & Tomato...Eh lupa ikan sekali.. dah tu jer bahan dia..

Mula2 panaskan minyak dan tumiskan perendah asam hingga pecah minyak dan masukkan air..

Pastu masukkan ikan..Ni terpulang kat korang nak letak ikan apa.. Nak sedap pakai ikan tenggiri.. Aku hari tu nak beli ikan tenggiri takde pulak, pakai ikan kembung jer pon sodap..

Pastu masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong dalam kuali..

Tunggu kuah mendidih..

Dah siap! senang, cepat dan memuaskan.. wahh tag line gitu...hahaha So korang yang pemalas macam aku boleh guna perendah asam pedas brand Heng's Nyonya Classic ni.. terbaik!

P/S: Ini bukan iklan berbayar yer.. ni sajer nak share info & pengalaman dengan korang..itu sajer.. ^_^

Selamat Mencuba!

piece : kathyjem

Friday, November 21, 2014

Klinik Takde Obat

Pagi tadikan bawak Raiisah pergi Klinik untuk injection 1 tahun lebih.. Keji kan Raiisah dah masuk 2 tahun baru hegeh2 aku nak bawak dia pergi klinik.. Tu pon macam2 dugaan pagi tadi..Sebenarnya dah dua kali pergi klinik Koo kat TTDI sebelum ni.. Ubat pulak takde dorang suruh pergi klinik gomen.. Tu yang pagi tadi bawak Raiisah pergi Klinik Kesihatan Sg. Buloh...

Aku tau ada injection untuk baby setahun 6 bulan pon masa si Filla bawak anak dia si Aleesya pergi monthly checkup.. Terus laju2 Wassapp Eira tanya dia budak setahun lebih ada injection ker.. Ingat tunggu 2 tahun..Yunnan hari tu ko ada bawak inject Setahun 6 bulan tak.. Eira kata ada.. Demm macam mana aku tak tau ni.. T_T aku pon tak tengok card ni la jadinya.. Raiisah kat 2 tahun baru tanya soalan tu kat Eira..hahaha Ingat 2 tahun ada injection upernya takde..

Sampai2 Klinik Kesihatan Sg. Buloh tu dia beratuq panjang.. Nasib baik aku ambik cuti halfday kalau ambik time off 2 jam alamatnya tak sampai ofis la gamaknya.. Ramai orang.. Tunggu tu ok la takde la lama sangat, dalam kol 10.30 macam tu baru dapat jumpa doktor..Doktor tanya sakit apa..Aku cakap la tak sakit nak injecton untuk setahun lebih.. Doktor tu kata bukan kat sini kat bahagian ibu mengadung.. Doktor tu bagitau la "U kena keluar u belok kanan u akan nampak ibu2 pregnant kat situ la".. oo ok tq Doktor..

Pastu aku pon keluar la bawak Raiisah pergi tempat yang doktor tu cakap tu.. Nampak la ibu2 mengandung kat situ then terus la tanya nurse kat situ nak injection anak untuk bla bla bla.. Pastu nurse tu tanya tinggal kat mana.. Aku cakap la tinggal kat Tropicana tapi mak saya ni tinggal kat sini.. Sini tu mana?? kat Kuang. Ooo Kuang.. Dah la nurse tu cakap macam kerek2.. Rasa macam nak lempang jer muka nurse tu.. Aku cakap elok2 ko nak cakap macam poyo kan..

Kena pergi Klinik Kesihatan kat Kuang la tak boleh kat sini.. Kena ikut kawasan.. Sebab ikut mak cik punye alamat memang kena pergi klinik Kuang.. Ooyeker.. abis tu kena pergi sana la walaupon nama anak saya ada rekod kat sini.. Tak boleh jugak kena pergi Klinik Kuang jugak..Ishh dorang ni nak juga kena ikut kawasan.. Padahal Sg.Buloh dengan Kuang tu macam la daerah lain..Dah la tunggu lama kena pulak kena pergi Klinik lain.. T_T Ni yang malas pergi gomen ni mesti jadi macam ni..

Pastu pergi la Klinik Kuang tanya ada tak injection untuk setahun lebih.. takde injection untuk hari ni kena datang hari Isnin pagi..pulak dah... Aduhh nak kena cuti lagi .. Mana boleh cuti dah..

Tak puas hati nak jugak Raiisah kena injection hari ni.. Pastu bawak dia pergi Klinik Dr. Shamsuddin kat Sg. Buloh.. Klinik tu pernah bawak Raiisah masa Raiisah demam sakit semua tu.. Ingat nak pakai medical kad sekali tanya takde stock ubat.. T_T Pastu pergi Klinik Serena dekat area situ, ok ada cuma cuma mahaii consultation jer dah rm45 masuk injectin kat 200 hoi mahai sangat.. dah la gaji tak masuk lagi ni.. Kenapa la Klinik Serena ni tak buat Medical Kad kan senang.. Pastu pegi PMC tempat Raiisah lahir pon sama takde stock ubat.. Dorang cakap memang sekarang ni banyak Klinik Swasta takde ubat..

Pulang la dengan tidak apa2 injection kat badan Raiisah.. Apa nak buat memang sekarang ni banyak Klinik Swasta takde stock ubat..

#gambar malas nak letak

piece : kathyjem

Thursday, November 20, 2014

Monitor Oohhh Monitor Ku!

Demmm......monitor rosak pulak.. T_T

Dah la kerja tengah berlambak hujung2 tahun ni..monitor pulak buat hal.. Bukan tak boleh buat kerja boleh cuma kerja tu jadi slow la.. Biaser guna 2 monitor sebelah buat design sebelah edit gambar laju la sikit pergerakan tu.. bila satu gagap2 la nak buat kerja..hahaha Over macam la kerja tu tak jalan.. =P

Kiri monitor baru, kanan monitor lama.. Lama dah berkhidmat monitor belah kanan ni, rasanya dari tahun 2005 kot.. Kelmarin tamat dah riwayat dia.. Tengah syok2 buat design pappp! terpandam.. Ingat wayer cable ker yang problem rupanya monitor tu dah kong! T_T

Call ICT semalam pagi ni baru dorang datang nak bagi monitor lain.. Dorang check memang monitor sudah rosak tak boleh pakai dah.. Yang ada stock kat ICT monitor size 15".. Size yang rosak ni 17".. Macam mana nak buat design monitor kecik angat ni.. hehehe..  ICT kata ada monitor HP saiz 17" tapi tapiiii tak janji ada ker tak.. T_T Kena check dulu..

Sebab kebanyakkan HP datang satu set sekali ngan CPU..Yang aku nak monitor jer.. Takper check dulu harap2 adala.. 17" pon 17" la dari 15" kecik apa pon tak boleh.. Kalau setakat menaip boleh la lagi size 15" ni.. Ni nak buat design kena la besor sikit baru sepantas kilat buat design..hahaha

Tengah biasakan diri menggunakan 1 monitor.. Pelik pulak rasa guna 1 monitor.. >_< Siap boleh nampak Charles lagi..Hai Charles! sambil lambai2..hihi

piece : kathyjem

Wednesday, November 19, 2014

Weekend Kami

Sabtu lepas Affan tak kerja.. Jadi pagi tu bangun awal cari breakfast..Dalam kereta baru fikir nak makan kat mana.. Pusing2 area Taman Tun, nak makan situ tak jadi nak makan kat sini tak jadi last2 ke Restoran D'cengkih, tutup pulak..

Depan D'cengkih tu ada satu restoran mamak, ingat nak makan situ pon tak jadi.. Boleh masa dah sampai Affan tukar fikiran tak nak mamak boring kata dia.. Nasib bini dia jenis tak kisah, dapat bini jenis pemarah abis dah Affan kena flying kick..hahaha

Hari2 dia breakfsat mamak hari cuti pon takkan nak mamak jugak.. Eh bila masa boring makan makanan mamak ni..haha Affan nak makan masakan melayu.. Fikir2 punye fikir teringat restoran Datuk Yusuf Haslam dekat Hospital Tawakal tu..Kat situ boleh tahan makanan dia sedap pon sodap, lagi2 minum petang terbaik Mee Bandung dia..

Aku oder roti arab.. Raiisah ku oderkan roti telur macam biaser.. Affan ambik mee goreng.. Laa b mee goreng jer.. punye la pusing2 nak cari tempat makan best last2 mee goreng jugak awak ambik.. Mee goreng huny pon boleh masak b.. Kuah dhal kat restoran Yusuf Haslam ni sedap giler! aku sampai nak mintak tambah tapi memandangkan roti dah abis tak payah la..

Masa tengah makan tiba2 Datuk Yusuf Haslam dok meja sebelah kiteorang sebab kawan dia ada kat situ.. telinga ni dok dengar la dia cerita pasal filem juta2, pasal anak dia Syahmsul beli rumah la apa la..amboii telinga ni kepochi sangat..hahaha tak nak dengar pon sebenarnya tapi dah dia dok sebelah memang terdengar lerr....hahaha Dengar suara Datuk Yusuf Haslam rasa masa macam dengar drama Gerak-Gerak Khas la pulak..kekekeke

Selesai makan ingat lepas tu nak pergi rumah mak mertua kat Kajang tapi Affan nak bawak Raiisah ke Tasik Titiwangsa dulu.. Tengah elok jalan2 tiba2 Raiisah berhenti tegak macam tu.. Suruh jalan diam jer dia..Kenapa Raiisah apa yang tak kena tu..

 Pujuk ajak bergambar..hahaha Raiisah dan Mummy..

Ok cepat tak sabar nak pergi Tasik Titiwangsa..

Masa ni kat kol 12.. Matahari dah atas kepala.. Tak leh lama2..

Cantik betul Tasik Titiwangsa sekarang ni..Lama dah tak datang.. Bila datang sini pon dah tak ingat bila..

Banyak perubahan.. Taman permainan pon dah banyak dulu kecik jer taman permainan kat sini.. Best jer rasa nak bawak jer Raiisah main semua tapi tahu2 jer la dia macam mana semua pon takut..

Tengah2 hari pergi sini rasa terbakar kulit badan..hahaha Dah la Raiisah pakai skirt terkangkang2 nak naik..

Berani ke tak tu..

Takut la mummy... Olololo tu pon takut...Bila nak berani ni???

Haa berani pon tu pon terkedek-kedek nak tunggu dia sampai kat penghujung tu..

Macam biasa bila naik nampak papan gelongsor..

Takut kulit hitam ye bang..hahaha

Tunggu punye lama sampai ke sudah tak bergerak.. T_T

Ni pon mula2 takut nampak nak pengang siap jerit2 tak mo pengang.. Daddy ko faham2 jer la lagi anak tu takut lagi dia suruah buat..hahaha

Nampak budak tu happy gayut2 baru berani nak pengang..

Dah jom balik satu jam cukup.. Nanti suruh daddy bawak ke sini lagi. Tapi kena datang awal pagi baru syok nak main permainan kat sini..Ni tengah2 hari buta main tak syok mata kecik nak tengok permainan kat situ..hehe

 Keterujaan di situ..

Sebelum pulang menikmati keindahan pemandangan Tasik Titiwangsa.. Bila tengok gambar Raiisah ngan daddy dia teringat masa kecik2 abah selalu bawak aku ngan kakak aku kat sini.. Bila Abah free mesti bawak kiteorang jogging kat sini.. T_T

Sekarang ni Raiisah rapat dengan daddy dia dulu tak mo langsung asal daddy dia nak pengang takmo sebab daddy dia kan kaki menyakat apa2 nak mummy, sekarang terbalik nak daddy pulak.. Kalau dulu daddy nak dukung geleng2 kepala takmo sekarang manja dengan daddy dia..Dan daddy pon dah kurang menyakat maybe faktor usia kot..bahahahaha

Dapat makan icecream tak kasi chan langsung kongsi ngan mummy..terpaksala mummy beli satu makan sorang2..

piece : kathyjem

Monday, November 17, 2014

Makan Besar!

Punyer lama nak celebrate baru la ni ada kesempatan nak meraikan kemenangan futsal bulan September hari tu.. Bukan Juara pon dapat tempat ke 3 masa lawan futsal Media vs SYABAS hari tu.. Dapat la rm500 buat makan sikit2.. 200 tu dapat masa perlawanan Futsal PEKA SYABAS..

Akhirnya, dapat jugak berkumpul ramai2 nak tunggu sorang2 free alamatnya memang kesudah la tak celebrate nyee..hahahaa. Ni pon tak semua join.. Kalau semua ada lagi meriah.. Hari tu lawan futsal kitaorang hantar 2 team sebab tu nampak ramai..

Ni pon dorang dah bising2 sebab aku, Nora ngan Aishah lambat.. Dorang yang jauh2 pon boleh sampai awal, siap kena perli dalam wassapp.. Orang HQ kena pindah Plaza Perangsang ek..hahaha Padahal dari Wisma Goshen ke Bangsar South jalan kaki 10 minit pon boleh sampai..muahaha

Aishah, Sky dan Mek..

Nad, Nora dan Kak Yaz..

Haa apa lagi oder jangan tak oder.. masing2 pening nak oder apa last2 ambik set for 8-10 pax..

Mek sorang tak pandang kamera..pening katanya..hahaha padahal malu.. Malu sebab dia kata kiteorang semua gorjes dia sorang jer tak gorjes..Mek sejak bila ko terasa tak gorjes ni..hahaha >_<


Liza dan Yuzi.. Sayang Liza tak stay sampai abis sebab kena ambik anak kat Taska.. Dia tapau jer..

Sabor-sabor kejap lagi makanan korang sampai yer..hahaha


Ni set yang kitaorang ambik untuk 8-10 pax..


Grilled Tahi Herb Chicken with papaya salad..

Stir fried chicken with hot basil leaves..


Tom Yum Prawn soup..


Kangkung belacan..


Green Curry Beef.. yang ni sangat sedap weiii!



Deep fried fish with trio sauces..



Semua oder Ribena Sprite with laici..

Aishah sorang jer ode Air pandan..sekali tak abis sebab tak sedap.. hahaha Tula sape suruh oder air  tak sedap ni orang dah cakap kannn.. Eh tapi abis jugak die minum walaupon terkulat-kulat nak menghabiskannya..


Bersama Dayah..

Sesi agihan kepada anak2..kekeke

Eleh Mek menyorok pulak..

Saya, Aishah dan Sky.. Sky pon sama balik awal ada hal katanya..huh! Tak sempat nak bergambar dengan ko Sky memanjang ada hal..hahaha.. Pastu jeles tengok gambar kiteorang ambik ramai2 waktu nak balik tu..

Licin..

Handphone kena kuarantin selama 10 minit kalau tak masing2 sibuk dengan handphone..

Tengok siapa yang bertahan paling lama utk tidak pengang phone.. Siapa ambik phone kena denda.. Patut kena buat macam ni dengan Manjer's setiap kali jumpe..Takdela mata dok melilau tengok phone jer kan..

Baru la best dapat berborak kalau tak pas makan, tangan masing2 zass zuu zazzz dengan handphone..

Sebelum pulang dessert dulu.. Madagascar Brownie + Gula Melaka ice cream..

The Passion..

Deseert cenonet kongsi ramai memang heaven!  

Sorang satu sudu cukup! hahaha

Kira2 berapa kena bayar ni..

Tu diaaa.. Nasib free...sendiri bayar masing2 ler kena bahagi tolak darab sorang berapa..hahaha

Boleh tahan decoration restaurant ni..cantik!

Terus jadi kanak2 riang..hahaha

Siapa nak buat party sesuai buat kat Mango Chili Thai Cafe ni.. Terletak di Nexus, Bangsar South..

28 November ni ada la perlawanan futsal lagiiii.. Doa harap2 boleh menang.. Tak dapat Juara pon takper  dapat nombor 3 pon jadi la..hehehe

piece : kathyjem