Wednesday, August 26, 2015

Masalah Rambut Leper?

Baiklah, aku pasti ramai yang mempunyai masalah rambut leperkan..sebagai wanita, rambut adalah mahkota yang harus kita belai..Jadi kat sini aku nak kongsi dengan korang syampu terbaru dari Dove untuk wanita yang mempunyai masalah rambut leper..

Aku di beri kesempatan menghadiri event Dove di Double Tree By Hilton Kuala Lumpur..Ni kali ke dua aku jejak kaki di sini..hehehe Nasib baik jalan tak jem sangat sekejap jer sampai..

Sebelum event start gedix sat depan photo booth Dove..Awal aku ngan Elly sampai tau sebelum kol 4 kiteorang dah terpacak..

Bersama blogger2 cantik..

Cahaya lampu biru dah macam muka avatar pon ada.. Bile ambik gambar macam ngeri tengok muka sendiri..hahaha

 Emcee petang tu, Aishah Sinclair..

Dove memahami sesetengah wanita banyak menghadapi masalah untuk menjaga rambut yang kering dan nipis bagi membolehkan khasiat yang diperlukan rambut mereka serta rambut idaman yang tebal dan sihat..Setengah wanita mengambil langkah eksterm untuk mendapatkan rambut tebal tetapi mendapati rambut menjadi nipis semula dalam beberapa jam..Misalnya tocangkan rambut semalam, menggunakan alat mengerinting atau menyikat rambut dari akar untuk mendapatkan rambut tebal..So dengan adanya Dove Volume & Nourishment ni dapat mengatasi masalah-masalah di atas itu semua..

Ada juga di kalangan mereka yang mengalami rambut leper, terutamanya selepas memakai hijab untuk masa yang berpanjangan, at the end of the day kalau nak lebatkan rambut balik memang payahlah sikit sebab kena blowdry semua tu..So bila aku tahu yang Dove ni boleh buatkan rambut kelihatan lebat, aku memang excited nak tahu lebih banyak tentang Dove..

Dove memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut Volume & Nourishment dengan Teknologi Oxyfusion iaitu syampu dan perapi rambut generasi baru yang mana rambut nipis dan kering akan menjadi kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat..Gabungan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkan terasa berat ditambah bau tekstur yang wangi dan lembut..

Dove memanggil seorang wanita yang mempunya masalah rambut leper..mari kita lihat perubahan pada wanita ini selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment ni..

 Rambut wanita ni selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment..nampak tebal kan..

Lepas tu kami di hidangkan tarian comel dari wanita-wanita yang menggunakan produk Dove Volume & Nourishment..syok tengok dorang menari rasa macam nak join sekali..hehehe

Pelancaran produk Dove Volume & Nourishment dari Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Chin Mei Lee, Pengurus Jenama Dove dan dan John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembanguanan Pengguna..

3 wanita berkerjaya dijemput untuk menceritakan pengalaman menggunakan syampu Dove Volume & Nourishment..

Bersama Elly..lama tak jumpe Elly last rasanya masa open house Nuffnang..berjinggut tak jumpa ko kan..macam2 topik kiteorang bualkan..

Selesai sudah majlis pelancaran produk terbaru dari Dove..Ok nak cabut balik..badan tak sihat masa ni demam..

Syampu Dove Volume & Nourishment boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15 sebotol (340ml) dan Syampu perapi pada harga RM15 (330ml) sebotol..

Arahan: Gunakan pada rambut yang basah, fokus pada pertengahan hingga penghujung rambut dan bilas.

piece : kathyjem

Tuesday, August 25, 2015

Minuman Favourite Mek Echa kebelakangan ini..

(Scroll down for new entry)

Bulan Oktober ni cukup lah 3 tahun dah Mek Echa ni dilahirkan hehe.. so far perkembangan dia Alhamdulillah sihat..bila tengok anak, kita akan mengharapkan yang terbaik dari dia. tapi kita jugak kena beri yang terbaik pada anak kita.. betul tak? orang kata what u give u get back..giteww

Setiap mommy mesti nak yang terbaik untuk anak..kecuali mak-mak yang meroyan lepas bersalin tu la..hahaha.. sememangnya masalah utama mak-mak ialah susu apa yang terbaik nak bagi kat anak.. sebab apa?? sebab kita kena pastikan anak kita sentiasa mendapat zat yang mencukupi mengikut keperluan umur mereka yang sedang membesar.

yelah..zaman sekarang ni sangat mencabar dengan macam2 makanan segera yang colourful2 tu.. anak-anak kita pun seronok bawak masuk mulut... huhu so susu yang terbaik untuk anak is very important..

Perkembangan utama anak-anak termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan badan. so ni ha ada satu produk susu yang memang terkenal dengan banyak kebaikan.. korang mesti pernah dengar or nampak kan susu Friso Gold? yess..susu ni memang banyak kebaikan untuk anak.

Sebab apa aku pilih susu Friso Gold ni sebab bagi aku susu murah atau mahal bukanla persoalan utama bagi anak supaya cerdik pandai..bukanlah isu sebab susu murah kurang DHA atau sebaliknya..bagi aku yang penting penerimaan si anak..tengok si anak serasi ke tak..tu yang penting sebenarnya..Macam Raiisah kulit dia sangat sensitif..silap pilih susu kulit dia keluar ruam2..so kena pilih terbaik untuk dia minum setiap hari..

Friso Gold telah dirumus dengan pelbagai ramuan yang berperanan penting dalam immuniti..

Tadaaa! nampak ke tidak? penutup dah la direka bila tutup je padat padu dan mampat memang tak masuk angin ke habuk ke..

Penutup ni haaa bukak je scoop tergantung di awangan! haha gempakkan design ni? yang bestnya..scoop ni pulak tak la tenggelam dengan susu tu..nak pakai je tak la kelam kabut nak cari goncang2 tin ke atas ke bawah..

Dan paling penting jari kita yang belum tentu bersih walau dah dibasuh tu takla mencemarkan susu anak kita tu..

Bila kita scoop susu tu elok2 je amount susu dalam scoop tu so...

Bila keluar dari scoop ha jadi macam ni..tak la bersepah berterabur kat tepi2 cawan tu...jadi tak la membazir..selalunya susu mek echa aku buat 4 sudu untuk 1 cawan.. ha satu lagi susu Friso Gold ni mudah larut.. 2 3 kali kacau terus susu larut dalam air..so sangat sesuai musim raya yang sentiasa busy dengan open house..memang membantu sangat benda yang efficient macam ni..tak bersepah, cepat siap, and jimat masa kita nak bersiap ke apa semua.. jadi memang aku suggest kan korang susu Friso Gold ni..

Satu cawan susu wajib minum setiap pagi.. =)

Bila dah puas mium susu tersengih la dia..pastu pokpekpokpek...perut dah kenyang baru la boleh jalan-jalan..hehe ok jommm siap-siap nak jalan-jalan..

Harga satu tin Friso Gold 3 (900g) RM60.40..Kepada mereka yang ingin cuba boleh layari website Friso Gold www.frisogold.com.my/try-friso-gold untuk dapatkan sample percuma..

Jom tengok iklan Friso Gold kat sini.. Friso Gold

piece : kathyjem

piece : kathyjem

Luang Masa Untuk Family

Nak cerita weekend ari tu..Hari tu teman Affan pergi exhibition di Midvalley..kalau ikutkan malas nak pergi sebab bawak Mekcha faham2 jer la dengan orang ramai kat situ memang akan jadi huru-hara..tapi dah Affan ajak pergi, kena pergi la jawabnya..katanya pergi kejap jer pastu boleh bawak Raiisah jalan2..

Sian Mekcha dah la hari2 dok terperap kat rumah nenek, kat rumah Mummy pon terperap jugak..ok la mummy ngan daddy bawak Raiisah jalan2 okey..bagi anak hepi..Dah nak masuk 3 tahun ni faham2 la budak baya ni..dia punye lasak lain macam..Rasa macam nak suruh Raiisah jadi baby sampai bila2 jer bila teringat kelasakan Raiisah tu..hehehe


Elok nak keluar rumah hujan lebat..Ni kalau dapat tidur syok ni..B takyah pergi Midvalley la balik rumah tidur nak..Memang kena makan penumbuk la jawabnya tanya soalan macam tu..

Sah memang huru-hara masa kat exhibition hari tu..terpaksa cari port nak kasi Raiisah duduk diam..Sian orang kat dalam Hall tu asyik kena siku dengan stroller Raiisah jer..Raiisah pulak tak nak duduk dalam stroller nak berjalan jer kerja dia..Dah la orang ramai..dah satu hal nak kejar dia pulak dalam hall tu..sudahnya lepak kat tepi cermin ni..ada kerusi boleh rileks2 sementara menunggu Affan..

Sementara menunggu Daddy layan la Mekcah jap berposing dengan handbag..lepas dah pakai baju siap pergi dekat alamari ambik handbag silver.."Mummy nak bag"..tu yang bawak handbag tu..kalau ikutkan malas nak bawak, lama2 nanti bukannya dia nak pengang pon mummy jugak yang kena pengang..masa nak keluar dari kereta tu siap bagitau suruh ambikkan handbag dia kat belakang..dah sorok tu dia bolah ingat..

Kawasan luas seronok berlari yer..jenuh terjerit terlolong suruh dia jangan main jauh2..mata kena sentiasa alert..

Haa haa jangan main jauh2..sini!!!! kemain posing siap handbag ke belakang..lagi kita kata sini lagi dia pergi jauh..Lupa nak bawak getah rambut..Dah macam anak hantu kak limah dah aku tengok gambar Raiisah dalam ni..tapi tengok live tak macam anak hantu sangat dalam gambar je macam anak hantu..hahaha


Eeee! geram haku dengan mummy ni..24 jam nak suruh kite posing..Daddy mana?? daddy?? lambat lagi ker??

Ontheway balik baru perasan blusher kat pipi pink sangat..siap marah kat Affan.."B awat tak tegur muka saya ni blusher banyak sangat".. "Laaa bukan awak selalu pakai blusher tebal 10 inci macam ni ker"..Kurang asam! hahaha Tu la dia orang laki bukan nak tegur bini comot ker buruk ker apa..Buat2 tak nampak jer..nyampah tul..

 Amboii dapat minuman masing2 terus senyap membisu..kehausan..

Oderkan Raiisah chicken strips 5 ketui..tak nak makan chicken nak fries..Selalu kalau nampak chicken dia terpaling hepi kali ni tak, maybe dah boring makan ayam kot..

 Banyak fries dia makan..

Aku punye oder fish sandwich..tekak teringin nak makan fish pulak..makan tak abis tapau bawak balik..Affan nak abiskan aku punyer..mana boleh balik kang saya nak sambung makan..tak baik makan tak abis kena simpan dulu..hahaha

Affan macam biaser beef burger..dia la yang teringin nak makan kat Carl's Jr ni..sebulan tak makan burger tak sah..Dia ni kalau dok kat oversea rasanya boleh hidup..yerla hari2 makan burger pon takper..kalau aku tak leh hidup mesti nak ada sambal belacan, ayam masak merah, gulai lemak cili padi.. masakan kampung, benda2 pedas..kalau hari2 melatak burger tak boleh weii boleh jadi kurus aku dok sana..hahaha..Kalau Affan boleh jer..

Bukannya dia nak duduk dalam stroller tu..sekejap jer duduk pastu dah tak nak..kecuali dia nak tidur baru la duduk lama stroller tu..ok dah jom balik..perut dah kenyang mummy nak balik tidur..hehehe

piece : kathyjem
piece : kathyjem

Friday, August 21, 2015

Kami BerSeafood di Hokkaido

Lamanya tak makan Hokkaido Seafood..last datang sini 2013..lama tu..aku ni memang kaki makan pantang diajak laju jer bagi jawapan free..hehehe

Disebabkan bos dah janji nak belanja kami makan jadi kami pilih restoran seafood.. hari tu kiteorang stay back buat kerja office..Kak Fayieda la wassapp dengan bos.. 'Bos nanti belanja kiteorang makan sebab stay back buat kerja sampai tengah malam ni'..hehehe Bos cakap ok ajer.. Dah bos kata ok apa lagi tuntut sampai ke lubang cacing la..behehehe Bila nampak bos kat department lain jer, laju2 datang, siap hint2 lagi..Bos bile nak belanja kami makan ni..sambil tersengih ke telinga.. ^____^

Balik kerja terus ke Hokkaido Seafood..nak cari Hokkaido Seafood Restaurant ni tak susah pon pakai Waze jer..hehehe..Cuma parking aje susah sikit..nak datang sini kena car pool kalau tak berpusing la nak dapat parking kosong..

Kebetulan kiteorang datang tak ramai orang..meja pon banyak kosong..hujung2 bulan ni kan pastu pulak baru lepas abis raya memang tak ramai la orang..Tunggu dapat gaji nanti confirm penuh Hokkaido Seafood ni..sebab sini kalau nak datang kena call booking dulu kalau tak kena tunggu lama..

 Bersama Kak Murni..PA En. Halem.. tengah tunggu En. Halem masa ni..

Sampai jugak En. Halem akhirnya..Walaupon sudah tidak menjadi bos kami, tetap berhubung baik..

Apa lagi oder la makanan cepat..Bos nak belanja nii..jangan cakap bos tak payung..hahaha


Siput buluh..

Sayur campur..

 Sotong goreng tepung..paling sedap..

Udang sambal..sambal dia kurang umph la..

Siput sedut..pon sedap jugak..

 Sayur bayam..

Ikan siakap stim..ikan dah sedap, kuah tu macam pelik pulak rasa..ker sebab banyak halia..

Resepi ketam masak lada hitam..masakan macam ni teringat pulak makan di Pondok Sedap Malam kat Jakarta..hoii itu memang paling champion dalam dunia..ketam lada hitam paling sedap pernah aku makan..

Ketam telur masin..ketam ni dok sebelah aku memang ni jer aku tuju..hehehe sedapnya ketam telur masin kat Hokkaido ni..sambil jilat screen pc..

Dahulu kan bos dulu..ewah!

Kak Fayieda dan Kak Shikin oder roti ni..apa tah nama roti ni..sedap lembut jer..dorang tak makan nasi, makan dengan roti..

Abis makan kami oder pencuci mulut buah-buahan..tu jer dessert yang ada..nak oder desset sedap2 takde pulak..buah pon okey..buah mangga tu memang  manis betul..tak cukup kitaorang makan rasa macam nak oder satu pinggan lagi..hehehe Tapi dah jeling2 En.Halem, ni kalau cakap nak satu set lagi mesti En. Halem cakap amboii Kat badan kecik makan macam bela saka..hahaha Tak la gile En. Halem nak cakap macam tu..imaginasi terlebih.. =P

Kenyang hoi..mekasih En. Halem belanja kami..jangan lupa belanja kami lagi dan lagi dan lagi..weee!

Kalau ada yang teringin nak makan seafood cuba la makan kat sini..pastinya tak menghampa kan korang..Restoran ni betul2 sebelah Vistana Hotel..Tak tau mana Vistana Hotel ni korang tengok jer la alamat Hokkaido Seafood Restaurant bawah ni..

Hokkaido Seafood Restaurant
No 68, Jalan Lumut, Damai Complex,
Off Jalan Ipoh, 50400 KL..
Tel : 03-40411316 Business Hour : 6pm-2am

piece : kathyjem