Friday, April 29, 2016

Restoran Sambal Sauce, Nu Sentral

Seperti biaser bila hari Jumaat, masuk waktu lunch pening nak makan apa..KL Sentral minggu ni aku rasa kat 3 kali dah mai sini..besok2 boleh bukak kedai kat sini..hahaha..Aisah nak makan nasi..so kiteorang ke Restoran Sambal Sauce..pernah makan sekali kat sini..boleh tahan menu2 dia..

Tuan Blog, Kak Yana dan Janna Nick..eh silap Aishah..hahaha Bila aku upload gambar Aisah mesti ada yang komen kata muka dia macam Janna Nick..hehehe ada la sikit2 tapi Janna Nick bambam sikit..

Bincang pasal makan ke pasal hal office korang ni..Dalam office kak Yana ngan Aisah duduk meja sebelah2..bos baru masuk takleh cakap kuat2 nanti bos dengar..bilik bos ngan bilik dorang sebelah jer..

Kat sini menu kebanyakkan berasakan makanan ala kampung tapi nasi beriyani pon ada jugak..

Ada set lunch, RM13 sahajer..

Dulu pernah makan ikan patin kat sini..ya ampunn sumpah sedap giler ikan patin masak tempoyak dia..rasa dia sebiji macam ikan patin tempoyak kat Pahang dengan pekatnya, dengan pedasnya, dengan takde bau hanyirnya..terbaik!

Tak set lunch nak ambik lauk sajer pon boleh..harga lain la..

Ingat nak oder desserts sekali kenyang..biaser la sebelum nak oder macam2 nak lepas dah makan pandang sebelah mata jer tengok desserts dalam menu tu..

Set for breakfast & western food pon ada jugak..Roti Kobra tu macam menarik jer..bile tanya..ooo roti canai bawah tu, atas dia letak telur mata ngan apa tah lupa dah..

Kak Yana oder nasi beriyani ayam..eh lupa lak nak rasa Kak Yana punye nasi beriyani..concentrate sangat makan lauk patin aku oder sampai lupa nak rasa Kak Yana punye nasi..tak tau sedap ke tak..Tapi Kak Yana kata ok la sedap gak nasi beriyani dia..

Aisha punye..ikan keli dan kuah asam pedas..sayur kacang panjang..

Saya punye ikan patin masak tempoyak..sedap bangatttt!!! menangis-nangis masa makan..hahaha

Bismillah..eh lupa nak bagitau restoran sambal sauce ni betul sebelah Dolly Dim Sum..dalam Nu Sentral tau, dia kat bahagian luar..

piece : kathyjem

Tuesday, April 26, 2016

Sempat Lagi Tuuu...

Hi semua..tadi sempat beli baju untuk event this weeks..ada tema colour oren..malam semalam godek2 dalam almari ada dua helai je baju oren..aku ni dah la tak banyak baju colour oren..ada dalam almari satu blouse, satu lagi maxi dress campur colour hijau putih..yang blouse tu boleh pakai tapi singkat bahagian perut..

Dah mula stress dah sekarang ni nak pilih baju pergi kerja..seluar banyak dah tak muat..baju pon dah sendat2 kat bahagian perut..ni baru 3 bulan..semua dah tak muat oiii apa cite..mau tau tak pagi siang malam makan nasi sesajer..nak pakai baju masa mengandungkan Raiisah dulu2 pon tak boleh..dulu free hair banyak baju banyak seksi2 skit..hehehe baju tu semua dah sedekah kat orang..

Eh tak nampak pulak perutnya..pakai baju hitam uolss..tahan nafas sikit masa ambik gambar hilang la peyut tu..hahaha

Lunch tadi lari jap pergi H&M sorang2..sangup tak makan lunch ni..hihi..takper balik tu tapau la makan apa2, nanti makan kat office..tu pon tak banyak baju colour oren yang ada kat H&M..biaser la kan time kita nak time tu la takde..cer bukan time kita nak beli kemain kiri kanan baju yang kita nak depan mata..

KL Sentral bukan banyak sangat pilihan pon nak menyoppingnye..ada pon Cotton On, Brands Outlet, Factorie, Uniqlo, Dorothy Perkins..semua ni aku masuk takde baju colour oren..Nak pergi KLCC takut tak sempat, jauh sikit..kalau hari Jumaat takper banyak masa..

Ingat nak beli sehelai sekali terbeli dua helai gak..huhu sebab dah tak tau nak pilih corak mana..nak cari colour oren plain takde pulak..corak pon corak la..janji ada oren sikit2 tu..hehe..nanti pakai la tudung oren..eeee tapi tak suka la tudung colour oren nampak muka aku gelap..hahaha..Oren light2 ok kot tapi takde pulak tudung colour oren yang light2..bedal je la colour apa..janji kena ngan baju tu..baru ni beli baju aku, selalu singgah H&M beli baju anak jer..

Balik tu tak tau nak tapau apa..Lalu depan Burger King, ermmm sedapnya tapi takleh makan Beef & Chicken..sebulan dah tau tak makan ayam..uwaaaa rindu nak makan ayam..aku kan ada cyst, makan kena pantang sikit..tadi tapau McD beli filet o fish jer ngan fries..Ingat nak tapau Mee Tarik Warisan Asli, fikir alaaa ada ayam ngan daging..tak boleh makan..kalau tapu mee ngan kuah jer mana sedap..

Masuk Cotton On nampak cardigan 3 helai RM90..apa lagi borong la..hehehe pas ni perut memboyot sure2 la banyak pakai dress..sempat beli cupcake untuk Raiisah..kenit tu kan hantu kek..hehe bye! nak sambung buat kerja..

piece : kathyjem

Thursday, April 21, 2016

Perut Dah Nampak..

Salam semua..Alhamdulillah kandungan dah masuk 11 minggu..tap tup tap dah nak masuk 3 bulan..Alhamdulillah baby ngan mummy sihat..cuma alahan mengandung masih ada..harap masuk second trimester hilang la segala alahan morning sickness & evening sickness ni..huhuhu..ko dua2 pakej sekali aku dapat..Raiisah dulu evening sickness jer..dulu masuk petang sampai ke malam aku akan muntah bila makan..pregnant nombor 2 lain sikit..sikit jer la simptom2 yang sama..yang lain lebih kurang jer cuma muntah2 semua tu takde yang ada badan cepat lemah dan mengantuk..

Sekarang ni kat office hampir seminggu dah aku terlentuk depan PC..kadang tu tak tahan ngantuk sangat lari jap tidur bilik meeting..nak tidur surau jauh nak kena turun basement parking..kang ada orang cari aku satu hal pulak..tempat duduk aku la betul2 depan orang lalu lalang..kalau bos besar lalu memang confirm2 la nampak aku..sekali sekali tidur kat bilik meeting ok la kalau selalu ke tak naya namanya..lagi pon tak suka sangat tidur kat office..takut orang kata pulak..huhu

Tapi tu la kan, bukan kita nak buat malas2 lembik2 semua tu..memang dia akan terjadi sendiri..kadang tu aku lawan perasan lembik2, mengantuk semua ni tapi tak terdaya uolsss tetap automatik dia akan lentuk balik..nak kata tidur lewat, kol 10malam aku dah masuk tidur..kadang tu sebelum isyak dah tertidur atas sofa..sedar2 kol 1 pagi dahhh..tak pasal2 sembahyang isyak kol 1 pagi.. >_<


Perut pon dah nampak sikit..awal pagi tak nampak sangat..lepas bangun selalu tengok perut, eh eh macam tak mengandung pulak, leper jer..hehehe tapiiii lepas lunch ko tengok perut aku dah macam apa jer..hahaha Badan pon dah naik 59 kg..uwaaaa!!! ada potensi akan naik 70kg ni..kakuttt!!..Raiisah dulu mengandungakan dia berat paling tinggi tak silap 74kg..ko ghaser nombor 2 ni akan naik banyak jugak kah?? hahaha memang akan naik banyak la kannn..tengok la hari2 nak makan nasi..tak dapat nasi macam apa jer..hehe

Doakan kita berjaya menempuhi mood morning & evening sickness dan mengantuk berganda-ganda ni..chaiyokk!

piece : kathyjem

Tuesday, April 19, 2016

Raiisah dan Mummy Bertukar Wajah

Sekarang ni orang tengah mengila kan main MSQRD app ni..hahaha Siap boleh tukar muka lagi..ada tu muka bertukar tak nampak edit langsung..nampak real giler..kadang2 boring kat office ni la aktiviti selalu kiteorang buat..behehehe..

Petang semalam ambik Raiisah kat sekolah, dalam kereta ontheway nak balik sajer la main selfie2 ngan dia..saje la buka MSQRD app ni..


Tu dia terkekek-kekek mekcha tengok muka dia bertudung..aku 10 kali tengok 10 kali gelak..tak boleh bla betul muka Raiisah masa ni..Rasa nak lempang je muka dia macam tu..dengan dia bantai gelak tengok muka die macam tu..hahaha..muka Raiisah bila transfer ke muka aku nampak real sikit..muka aku transfer ke muka Raiisah dah macam budak tak cukup kasih sayang jer tengok..kakaka..Nampak sangat mekcha putih mummy dia gelap..


Pagi tadi dalam perjalanan nak hantar dia pergi sekolah pon sempat lagi mekcha bertukar wajah jadi orang tua..hahaha..tah bila dia buka apps ni tah..dah la pagi tadi handphone aku kena hacked..aku lak lupa nak tutup mobile data, seronok je dia taip ayat tah apa2 kat Facebook aku..nasib up status, kalau up gambar bukan2..haiyoo naya!! lepas ni hati2 nak bagi handphone kat dia..bukan leh percaya mekcha sekarang ni tangan gatai nak mengodek sana sini..ada sekali tu dia nak post gambar aku tengak memasak..ko ghaser masak pakai tudung ke tak bertudung..hahaha nasib data internet aku tutup masa tu..kalau dia klik post, tak ke naya namanya..haihhh! mekcha2..dah masuk 4 tahun panjang nau akal awak yer..besok ada adik macam mana la awak nanti..risau mummy ni..

piece : kathyjem

Monday, April 18, 2016

Hasil Kerja Tangan Masa Zaman Study

Tak sangka aku post lukisan2 aku kat fb ramai cakap cantik..Malu giler bile dengar komen2 kawan cakap macam tu..hahaha i ni tak biasa kena puji..dengar puji-pujian ni mula duduk tak tentu hala, makan tak kenyang tidur tak lena..bahahaha over ler ko kathy..

Aku pon tak sangka bila belek2 balik hasil kerja ku masa zaman study kat kolej rasa macam wow, aku ker yang melukis & mewarna ni?? macam tak percaya boleh buat macam tu..masa zaman study aku ambik course graphic design & multimedia..zaman sekolah lak aku memang minat melukis dan mewarna...kalau ada masa terluang mesti mewarna..

Dari umur 5 tahun mak dah dedahkan dunia seni lukis..kadang2 ada masa mak lukis pokok kelapa, rumah tepi sawah padi, gunung-ganang, burung2 berterbangan..dari situ aku mula minat melukis & mewarna sampai la masuk ke alam persekolahan..ingat lagi masa zaman sekolah menengah hasil2 lukisan selalu cikgu ambik..kadang tu rasa sayang nak bagi cikgu tapi cikgu cakap akan pulangkan balik tapi sampai dah nak abis SPM lukisan tak dapat2 balik..hahaha..tah2 lukisan2 aku ada lagi cikgu tampal kat bilik seni lukisan..hehehe..perasan!

Berbalik pada zaman study, konon2 ambik graphic design boleh melukis lebih mendalam lagi la..hahaa memang melukis mewarna semua tu tapi lebih kepada penggunaan komputer..bila dah masuk kolej baru faham apa itu graphic design..ingat graphic design melukis mewarna je..mula study tu rasa macam susah giler nak melukis and edit guna komputer tapi lama2 ok boleh buat tapi zaman komputer masa tu bukan macam sekarang..Adobe photoshop & Illustrator semua banyak manual..nak edit part muka je terklik sana sini..kira tak semudah macam sekarang la..Adobe sekarang canggih2..klik jer terus siap..hahaha

Yang paling atas tu ce teka siapa?? tu Pamela Anderson..banyak2 artis Pamela Anderson yang aku pilih..hahaha masa tu lecturer suruh lukis gambar artis paling kita suka..bila fikir balik why la aku pilih Pamela Anderson kan?? ermmm..tah tak ingat kenapa aku pilih Pamela Anderson..kikiki

Weekend hari tu pergi rumah akak aku..sajer melawat anak buah..sekali dah lama lepak kat rumah kakak aku, sekali terpandang satu lukisan kat dinding, Eh! macam kena je lukisan ni..tengok lukisan satu lagi..eh eh eh ni lukisan aku ni..macam mana leh ada kat sini pulak..Kakak aku cakap dah lama dia frame lukisan2 aku masa dia duduk kat Sarawak lagi.. boleh aku tak ingat..maknanya dah lama la akak aku frame semua lukisan2 aku ni semua..sebenarnya banyak lagi lukisan aku simpan tapi tak tau letak kat mana sebab banyak kali pindah randah..ada jugak 3 4 lukisan yang aku sangat2 sayang masa study tu tapi lecturer aku ambik and simpan kat kolej..sedih betul kalau ingat balik peristiwa tu..tak silap aku lukis poster The Lion King..huhu sayang betul lukisan tak dapat ku simpan..

Lukisan burung dan pemandangan hutan..hahaha ni akak aku letak kat tangga menuju ke bilik..rasa2 kalau jual ada orang nak beli tak..kakaka memang tak la orang nak beli..macam kanak2 punya lukisan jer.. =P

Antara banyak2 yang aku letak, lukisan ni paling abng ipar aku suka..aku tak pasti bangunan yang aku lukis tu dari negara mana..tak ingat langsung..

Ni pemandangan laut waktu matahari nak terbenam..

Tengok balik, Ya Allah keras nau deco cafe aku buat ni..hahaha masa ni baru nak belajar dunia Adobe Illustartor..trace gambar pon nampak tak kemas..hehehe gambar ni akak aku letak dalam bilik tidur anak dia..

Haa ni lagi lukisan macam kanak2 sekolah rendah..colourfull betul..hahaha..tah apa2 lukis susunan ikan macam tu..burok benor..haha lukis & warna atas kotak yang bergerigi tau bukan kotak plain biaser tu..mencabar jugak nak mewarna atas kotak bergerigi..jadi la janji ada rupa suasana dalam laut..hihi

tu je hasil lukisan yang sempat aku kongsi dengan korang semua..kalau ikutkan banyak lagi lukisan2 aku buat masa zaman study tapi dah tau mana hilangnya..kadang2 Affan selalu bising kat telinga aku..dia tak abis2 suruh aku melukis pastu jual kat online..eeee tak kuasa la dah kawen ni nak lukis2..kang lukisan tak ke mana anak tah ke mana, laki tah ke mana..hahaha tah la rasanya dah bertahun kot aku tak pengang batang brush, watercolour semua tu..kalau lukis muka orang ni tah rupa apa tah nanti.. tangan dah keras nak buat aktiviti seni macam ni balik memang tak dapet ler..

piece : kathyjem

Thursday, April 14, 2016

Bukan Sajer2 Buat

Salam semua..Ya Allah hari ni hari mengantuk sedunia betul aku rasa..mengadap PC tak sampai 2 minit rasa nak terlelap..pagi tadi lepas breakfast tak larat sungguh rasa..badan tiba2 rasa lemau..dapat la tido kejap tadi kat bilik meeting..hehehe..nasib kerja tak banyak sangat..lepas lelap kejap baru badan rasa ok..tu pon rasa nak lelap lagi tu..hoho..over lak kan tido lama2 kat office..tapi tido kat office faham2 je la bukan lena sangat pon, dengar bunyi tapak kasut la, bunyi bukak pintu la, bunyi orang bercakap la..hahaha jadi la janji dapat baring rehatkan kepala yang berpusing-pusing walaupon macam2 dengar bunyi kan..

Lain benor rasa pregnant kali..dulu masa mengandungkan Raiisah aku elok cergas je waktu pagi...pregnant kali ni lain sangatttt..badan cepat rasa penat..rasa malasssss je, badan rasa lembik, lemau, rasa macam nak tidoo je..hahaha tapi tak nak layan sangat..kang kuar baby jadi malas pulak..hehehe ni orang tua2 selalu cakap la..kita pregnant ni jangan ikut sangat perasaan macam tu..tak bagus untuk kandungan..tapi kita bukan nak buat malas2, lembik, lemau semua tu, dia memang automatik jadi macam ni..bukan sajer2 nak buat..ada orang kata elehhh ikut perasaan sangat, kena lawan perasaan macam tu..eh lain orang lain antibodi badan dia..ada orang takde langsung morning sickness, ada orang sampai teruk, sampai kena masuk air dalam badan, muntah 24 jam..sian tau macam tu..

Aku Alhamdulillah bab makan ok semua boleh telan, cuma pening2 lalat, lemah badan, tekak payau semua tu je la..bab makan memang berdesup lajuuu perginya..hahaha cuma sekarang ni makan kena pantang je la sebab aku ada cyst..kalau tak dah bedal dah macam2 ni..hehe

Semalam ada check up..balik dari check up balik rumah jap rehat then terus ambik Raiisah kat sekolah..ontheway tu aku ajak Affan tengok The Jungle Book..kang tangguh2 langsung lupa nak bawak Raiisah tengok cerita ni..Raiisah posing macam tu konon2 dia rasa budak kecik tu dia la tu.. Raiisah : Mummy ni Raiisah..sambil tunjuk2 budak tu dia..hahaha perasan la Raiisah ni..tu budak laki, Raiisah girl..tak sama la..

Hari tu Affan ada ajak, aku cakap tak nak, tak suka tengok cerita binatang, alih2 tibe aku nak tengok pulak..haha Sebab kawan office cakap cerita ni ok best gak, sesuai budak2 tengok..tu yang bawak Raiisah tengok movie ni..lagi pon daddy dia pon beria jugak nak menengoknya..hahaha Affan kata dari dia kecik dah layan kartun Jungle Book ni and cerita dia pon sama macam buku The Jungle Book..

Tapi mula tu cerita ni agak boring sikit sebab banyak bercakap tapi dah masuk pertengahan tu dah ok..layann..nanti korang bawak la anak2 tengok cerita ni..best gak.. ^_^

piece : kathyjem

Thursday, April 7, 2016

Mekcha's Sports Day

Halo semua..hari tu skolah Raiisah ada sports day kat Stadium Titiwangsa..Start dari kul 2 ptng sampai 5 ptng..masa sampai tu jenuh berpusing-puisng cari parking, semua parking penuh..sampai orang park kat tepi2 jalan..

Kalau tak, sports day Raiisah buat hujung bulan Mac tapi sebab cuaca masa tu tengah di landa el nino, tunda ke awal bulan April..tu pon kebetulan ada orang cancel last minit event kat stadium Titiwangsa, ada la kekosongan..kalau tak postpone lagi aku rasa..

Malam sebelum tu Raiisah bersemangat giler asyik kata, nak run nak run..siap tunjuk gaya orang tengah berlari, kekonon..haha gaya je lebih, lari tak jugak, situ jugak dirinya..Raiisah besok mummy nak tengok Raiish run laju2 tau..run sekuat hati..macam mana la gaya Raiisah bersukan nanti..jangan dia tak lari sudah..bersemangat daddy ngan mummy ko beri kata2 semangat malam tu..dia pon angguk2 kepala je lepas aku bagi kata semangat kat dia..hehe

Cuaca panas betul petang tu..nak cari parking kosong punye jauh dari stadium..merasa la jalan kaki matahari mencanak atas kepala..hahaha..kiteorang pon sampai lambat..teacher Raiisah sampai whatsapp takut Raiisah tak join perbarisan..

Baru keluar kereta terus mummy debor2..haha debor + excited nak tengok Raiisah bersukan nanti..selfie berdua jom Raiisah..

Masa ni mood dia happy lagi..suruh pose kemain macam2 gaya dia bagi..

Ceria kan..happy kannn..Tunggu sampai stadium nanti terus berubah 100%..

Mummy dan Raiisah..sekeping ni je la gambar mummy ngan Raiisah masa sports day hari tu..tah hari tu macam kureng pulak nak bergambor..sebab petang2 ni mood ibu mengandung ni lain macam sikit..bukan apa cepat rasa letih + mual2..

Sampai2 orang dah penuh dalam stadium..terus bawak Raiisah masuk untuk perbarisan..

Tema tahun ni Sports Day Little Caliphs, Kampung Style..Team dari Sg. Buloh bercolour kuning..

Masa sampai terus bawak Raiisah masuk perbarisan sebab masa ni kawan2 dia semua dah beratur untuk tunggu acara start je..sekali Raiisah jerit2 tak nak..alaaaa mood dia tak ok pulak..tadi sebelum sampai ke main semangat berkobar-kobar, dah sampai jadi lain pulak..maybe dia tengok orang ramai, pastu bising2 tu yang takut & cuak tu..

Pastu tunjuk kat kerusi nak duduk..pulak dah nak duduk..mummy suruh masuk perbarisan la sayang..jap lagi nak berarak ngan kawan2 Raiisah..jenuh lerr pujuk..

Perbarisan dah start..Raiisah masih tak nak join perbarisan..bila bawak dia beratur nangis tak nak..teacher2 dia pujuk pon sama tak nak jugak..

Little Caliphs Gombak sedang berarak..

Eh eh terbabas masuk Kampung Buloh pulak...hhehehe

Masih berpaut di kaki mummy..

Pujuk pujuk pujuk..tak nak jugak..no no no kata dia..duduk cangkung la situ sampai lebam..tak nak kawan Raiisah..

Last sekali Little Caliphs Sg. Buloh berarak..

Alo tomei2 budak2 ni semua..terbayang Raiisah berjalan sambil senyum dan melambai-lambai kat mummy ngan daddy..huhuhu

Ada la jugak 2 3 orang kawan Raiisah macam Raiisah jugak..nangis2 tak nak masuk perbarisan..ada tu nangis, nangis jugak, jalan tetap jalan jugak..hahaha lawak pulak tengok ragam anak2 berarak masa ni..ok la kan nak jugak dorang masuk perbarisan walaupon muka tengah menangis, mata melilau-lilau mencari mak bapak dorang..

Tengok Raiisah..daddy dia suruh masuk perbarisan..dia boleh bantai lari dok belakang tu..

Aku pujuk tak jalan..daddy dia pon lagi tak jalan..hahaha sudahnya masa acara perbarisan tu teacher dia dukung je..yerla buat petang kan..budak ni petang2 faham jer la memang waktu untuk dorang tido..muka pon masing2 monyok je aku tengok..Rasanya kalau buat pagi mood budak2 lagi ok kot..pagi kan semangat sikit, badan pon rasa fresh lagi..masuk petang faham2 jer la, lemau..

Team berbaju blue dari Little Caliphs Selayang, yellow dari LC Sg. Buloh dan green dari LC Gombak..

Red dari LC Damansara Damai dan purple dari LC Wangsa Maju..

Perasmian dilancarkan oleh pengasas & CEO Little Caliphs iaitu Puan Hajah Sabariah Faridah..lepas pelancaran acara pon bermula..

First game dari adik2 berumur 4 tahun..Raiisah masa ni teacher dia panggil suruh beratur..sekali lari2 tak nak..apa ni Raiisah semua tak nak.. T__T

Daddy dia siap bagi kata2 semangat..macam2 ayat daddy dia try pujuk, bodek dan cakap..muka tu macam "Ok daddy, Raiisah ikut cakap daddy" tengah daddy dia bebel2 rileks je dia bangun sambung hisap lolipop..hahaha..sabor je ler..

Pastu berdiri kat belakang kawan2 dia..suruh rapat sikit tak nak..takut kena masuk..

Alololo tengok adik tu, sampai 3 orang teacher pegang dia suruh lompat..homei hangat..

Tengok je la kawan2 dia main games semua tu..teacher dia bagitau masa latihan dia ok semua dia join..maybe ada mummy ngan daddy dia, tu yang ngada2 tak nak main..

Bersemangat kawan2 Raiisah berlari..

Raiisah dok tepi hisap lolipop..

Orang marah ke bebel ke dia apa kisah..janji ada makanan dalam mulut..daddy dia hangin je petang tu tengok anak dia macam tuu..hahaha

Affan : tu la Raiisah tau makan makan makan..suruh lari tak..hahaha daddy dia dah hangin tahap tunggu masa jadi Incredible Hulk..menahan je tengok anak dia mengada petang tu..tadi sebelum datang stadium dah bagi dia makan McD puas2, nak bagi dia happy..

Mummy pon hangin jugak tengok Raiisah petang tu..mau tak, dah la sports day dia yang pertama sekali satu aktiviti pon tak dapat tengok dia buat..makan, posing tu la dia tau..eeee geram nengok..sekeh nak..hahaha

Dah ambik udara pastu masuk balik stadium dengan harapan games ke dua Raiisah akan join..ermmm jangan harap, sama gak..sudahnya kiteorang balik..aku pon dah tak larat dah masa tu..dengan bahang dalam stadiumnya, dengan Mekcha nye buat perangai..sudahnya balik..satu pingat Raiisah tak bawak pulang..sob sob...takper la nak kita cuba tahun depan ye..Tahun depan Raiisah dah masuk 5 tahun..harap2 matang dah sikit perangai tu..hahaha Perangai macam ni jugak tak tau la mummy nak cakap..

Masuk kereta muka monyok kena bebel ngan daddy sebab buat perangai..hahaha sian dia ye kena marah ngan daddy..dah la daddy bersemangat nak tengok Raiisah bersukan sekali satu aktiviti pon tak dapat tengok..

Masuk kereta tak sampai berapa minit..ZZzzzZZ terus..ngantuk rupanya..alooo cian dia..rasa bersalah pulak tengok dia macam tu..

Isnin masuk school terus dapat pingat..hahaha tak main games pon dah pingat jugak..weeehuuu!!! ada pingat jugak untuk Mekcha..Hari sukan tu kan kiteorang balik awal so teacher dia simpan pingat untuk Raiisah..Pingat dah nak sama panjang ngan tuan badan..hahaha

piece : kathyjem