Wednesday, May 25, 2016

Cyst Dah Tak Ada!

Hai semua..Alhamdulillah kandungan dah masuk 4 bulan..jap kan..hehehe..Last week ada monthly check-up..Alhamdulillah masa check baby semua ok..pagi tu checkup, malam kena tahan wad..

Al-kisahnya, malam kejadian teringin nak makan burger..masa maghrib tu aku ngantuk sangat sangat..rasa letih lain macam..memang nak tidur je rasa masa tu, takkan nak tidur waktu maghrib pulakkan, tak elok tidur waktu maghrib..ok la lelap jap dalam 20 minit macam tu, sedar2 nak masuk isyak dah..masa tidur tu dok mimpi apa tah tiba2 nak makan burger..so cakap la dengan Affan teringin nak makan burger kat area rumah yang selalu awak beli tu..siap pesan kat Affan nak burger ayam special..hehehe Biaser la orang mengandung ni asyik teringin je..aku busuk2 pon teringin bab makan jer..so far pelik2 takde lagi..hihi

Affan pon gigih la pergi cari burger..masa makan tu ya ampunn sedap betul rasa burger hari tu..hahaha yerla dah lama tak makan burger ayam kan..sejak tahu aku ada cyst memang tak sentuh segala jenis burger..

Pastu nak dijadikan cerita, malam tu aku terjaga dalam kol 1 pagi sakit perut nak yak yak..lepas yak nak sambung la tidur, masa tu perut dah start sakit lain macam..memulas-mulas..tidur tak boleh, duduk tak boleh, baring lagi la..yang Affan paksa2 suruh aku tidur..aku cakap tak boleh baring sakit sangat2..pastu dia suruh sapu ubat minyak angin..lepas sapu minyak tak jalan jugak..makin lagi sakit..setengah jam jugak la aku dok menahan sakit..dalam hati, dah kenapa perut ni, sakit lain macam pulak..dah fikir macam2 masa tu sebab sakit kat bahagian belah kanan jer..sakit macam nak beranak pon ada..huhuhu Takleh jadi tukar baju, sarung tudung terus pegi hospital PMC..

Sampai2 doktor suruh check air kencing..doktor kata air kencing aku kotor, nasib takde keluar darah ke apa..doktor suruh baring..dia kata nak call doktor yang selalu check aku tu..lepas bincang2 doktor yang selalu check aku tu suruh warded, besok pagi dia akan check..lepas tu kena la masuk air dalam badan..kena la tahan..last masuk wad masa beranakkan Raiisah 4 tahun lepas..huhu..nurse cucuk bagi ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah..lepas tu baru rasa kurang sakit kat perut..masa dorang bawak ke bilik tu aku muntah..tak sempat nak pegi toilet abis depan pintu..masa muntah tu aku dah syak ni mesti makan burger ayam tadi ni..sampai makcik cleaner yang sapu muntah aku tu tanya, awak makan kacang ker..takla saya makan burger ayam tadi..oo patut la..

Rabu malam kena tahan Jumaat pagi boleh balik..nasib 2 malam jer..aku risau dok lama2 kat hospital ni, nanti fikir macam2..hehehe tapi sebelum balik doktor check perut semua tu, ok takde apa yang serius..semuanya ok, cuma silap makan jer tu punca dia..baby pon aktif je dalam perut..haa teringat kejadian masa scan baby masa tu..

Raiisah : Mummy tu baby sakit (sambil tunjuk baby kat monitor) Doktor : takkk baby tak sakit, mummy je sakit.. Die punye excited tengok baby kat monitor tu macam apa jer..muka teruja+berkerut..hahaha..yerla selalu dia tengok perkembangan baby dalam youtube, alih2 dapat tengok baby gerak2 macam tu happy la dia..tu baru tengok dalam monitor belum betul2 lagi..hehehe Tak sabar jadi kakak ye Raiisah..pas ni kena panggil kakak dah..

Pregnant kali ni perut agak kecik..Raiisah dulu 4 bulan dah macam 5 bulan..hehee besor..kali ni kecik sikit..berat badan macam biaserla naik sedikit demi sedikit..

Haa ada yang tanya aku masuk wad sebab cyst ke?? tak..Alhamdulillah cyst dah hilang..syukur sangat2..masa checkup doktor bagitau cyst memang dah takde tapi just jaga je la permakanan sebab cyst ni ikut orang..kadang tu dia boleh muncul balik tanpa tahu punca dia..

Masa tau aku ada cyst dalam perut memang aku jaga bab makan..tak sentuh langsung ayam, daging, berasaskan soya semua tu, kicap, tempe, tahu dan segala macam berkaitan soya memang aku tak sentuh langsung..ko bayangkan hampir sebulan aku makan lauk macam atas ni..ko ghaser?? hahaha kadang tu dah muak makan sayur peria ngan bayam aku ambik peria dengan ikan..peria tu memang tak tinggal la..mujur kat bawah office ada orang masak peria goreng ni..doktor memang suruh aku amalkan makan peria..lagi bagus makan peria katak yang jenis kecik tu..tak kisah nak makan goreng ke, nak makan macam tu pon boleh tapi nak makan macam tu je tak lalu laaa kot pahit..

Dan lagi satu aku amalkan minum minyak zaitun dan pati buah delima..minum sebelum breakfast dan sebelum tidur..semua pon tahu kan khasiat buah delima dan buah zaitun macam mana..so aku sarankan mana yang ada cyst tu boleh amalkan apa yang buat ni..cyst aku dulu membesar sampai 6 cm..besar tu tapi amalkan pemakanan dan supplement ni semua alhamdulillah hilang, lagi satu jangan lupa doa kat Allah swt..ok tu je aku nak share dengan korang.. =)

piece : kathyjem

Monday, May 23, 2016

Kelakar Abis Tengok The Angry Birds Movie Ni

Baru-baru ni dapat peluang menjayakan majlis tayangan filem Angry Birds The Movie di TGV One Utama bersama 10 buah rumah kebajikan anak-anak yatim..

Sebelum movie start kat pawagam lagi Raiisah excited nak tengok movie Angry Birds ni..punya la menunggu hari tayangan ni tiba, nak jadikan cerita Raiisah demam pulak..jenis demam on off..kalau ikutkan tak nak bawak dia, aku pergi sorang je tapi dah janji nak bawak dia tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia..Tengok pulak mummy dah siap lawa2 lagi la dia sedih..siap halang2 depan pintu tak bagi aku keluar rumah..pastu buat muka kesian dengan harapan mummy akan bawak dia..disebabkan tak sampai hati tengok dia sedih menangis macam tu, bawak la jugak tapi sebelum keluar rumah bagi dia makan ubat demam siap2..Angry Birds punye pasal laju je makan ubat kalau tak bersilat-silat nak bagi makan ubat..

Masa sampai TGV terus nampak maskot-maskot Angry Birds..Raiisah excited giler nak bergambar dengan Red & Chuck..sekali dah sampai depan Red & Chuck terus dorang pon bla..bodyguard yang jaga Red & Chuck tu kata dorang kena naik atas sebab event dah nak start..terus Raiisah muka monyok tak dapat bergambar dengan Red & Chuck..hahaha

Ni la dia Red & Chuck..comel betul yang Red tu..baru nak peluk dia kena naik atas pulak..

Budak merajuk tak dapat bergambar dengan Red & Chuck..hahaha Ok2 nanti kita naik atas bergambar dengan Red & Chuck yer sayang..takmo monyok macam tu..Monyok2 pon tetap beri pose seksi gitew..

Dah macam gaya apa je mummy pujuk dia suruh pose elok2..nasib baik demam dia dah kebah sikit masa ni..

Dah sampai atas tak nampak Red & Chuck, nampak Bomb pulak..Raiisah tengok Bomb tergaman terus..elok diri sebelah terus menjerit..takutttt, mummy takutt nak balik.. tengok Bomb terus nak balik..hahaha sudahnya dapat la gambar Raiisah blur berdiri sebelah Bomb..

Apa la Raiisah dengan Bomb pon nak takut..mesti dalam hati Bomb berkata-kata, "Mentang-mentang la aku hitam gemuk" budak ni tak nak bergambar dengan aku..

Sebelum tayangan bermula sumbangan ikhlas dari Ronald McDonald House Charities (RHMC) kepada Rumah Kebajikan yang terlibat..

Sumbangan RM5,000 untuk Nur Barakah Management

 Sumbangan RM5,000 untuk Joy To The World Community Services..

Sumbangan RM5,000 untuk Rumah Bakti Nur Syaheera Kuala Lumpur..

Sumbangan RM5,000 untuk Persatuan Rumah Kebajikan Rita..

Sumbangan RM5,000 untuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary K.L..

Sebelum movie start Ronald menghiburkan kanak-kanak dulu..terhibur tengok aksi Ronald masa ni..aku pon join gelak sekali dengan adik-adik dalam ni..

Bile tengok gambar dorang masa ni rasa tersentuh hati pulak..macam mana la perasaan dorang bila tengok wayang dan tak dapat merasai keseronokan dalam wayang tanpa ibu bapa kan.. T_T

Bersama Fiona, Michelle and Audrey..

Kemain pose mulut menyenget macam tu..

Ni la manager baru kita, Fiona.. ^_^ Tengok Raiisah apa yang dia buat itu..menyempat lagi pose senget macam tu..

Mummy sangat bersyukur dapat meraikan kegembiraan menonton wayang Angry Birds bersama kanak-kanak ni..peace dulu sebelum wayang start..hehehe

Last jumpa Audrey masa shooting kat Sogo hari tu..Hi Audrey!

Happy Raiisah lepas tengok Angry Birds movie..enjoy je dia dalam wayang..movie start je ketawa mengekek-gekek..aku bukan ketawa tengok Angry Birds tu, ketawa tengok gelagat dia..baru start beria-ia gelak..hahaha best giler movie ni..aku bagi 4/5 bintang terus..

Mana yang cadang nak bawak anak-anak tu memang aku suggest la korang bawak anak korang tengok Angry Birds ni..lepas tengok Angry Birds ni sure korang teringat-ingat aksi Red dengan kawan-kawan dia..paling aku suka part Red belasah patung depan rumah dia..kelakar hoii..Pasal bunyi annoying tu pon boleh buat dia marah sampai tahap macam tu..Siapa yang pernah main game Angry Birds ni mesti perasan karakter2 dalam movie ni sama sebiji..

So aku tak nak cerita lebih2 baik korang pergi tengok sendiri tapi sebelum tu nak say thank you pada Ronald McDonalds House Charities couse sudi jemput Kathy and Raiisah bagi meriahkan majlis bersama-sama anak-anak yatim yang hadir..

Ok korang jangan lupa pergi tengok The Angry Birds Movie di pawangan berdekatan.. =)

Nak tau lebih lanjut mengenai apa yang Ronald McDonald House Charities (RMHC) lakukan untuk membantu kanak-kanak, sila layari http://www.rmhc.org/

piece : kathyjem

Tuesday, May 17, 2016

iPhone SE Serendah RM58 sebulan!

Wahhh jatuh hati la dengan iPhone SE ni tapiiii banyak komitmen nak bayar ni macam tak mampu je nak pakai..jawabnya mengidam dalam mmpi jer la..huhuhu..betul tau setiap kali keluaran iPhone ni keluar semua berhantu la, pantang nampak iPhone baru keluar hati meronta-ronta nak jugak, nak beli jugak..Bulan puasa nak dekat ni..bila fikir2 balik macam tak mampu je nak pakai iPhone SE ni..ermm macam mana ek??

Haa nasib baik U Mobile ada tawarkan iPhone SE serendah RM58 sebulan..motif pegang 58 tu..hahaha tu maksudnya tak sabar nak pakai iPhone SE..behehehe


Dengar U Mobile tawarkan harga serendah ni terus laju2 register kat U Mobile sebab rasa berbaloi sangat sebab pakej U Mobile tawarakan rasa macam mampu di miliki..rasa tak beban sangat nak bayar sebulan RM58..

Apa U MicroCredit ni?? U MicroCredit ni adalah skim ansuran, di mana pelanggan tak perlu bayar harga phone bila pilih plan khusus iPhone SE dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar..

Kenapa aku kata plan U MicroCredit menarik dan mudah untuk memiliki?? sebabbbbbb pembayaran balik ansuran bulanan yang rendah, ringkas dan mudah untuk memohon, pembayaran balik fleksibel selama 36 tahun, tidak perlu deposit kad kredit dan kadar faedah sebanyak %..

Bagi yang takde kad kredit jangan risau sebab disediakan skim bayaran ansuran U MicroCredit korang just perlu isi borang kat website U Mobile atau pergi mana2 cawangan U Mobile yang berdekatan..Korang just perlu sediakan maklumat seperti kad pengenalan, salinan penyata KWSP 3 bulan yang terkini dan juga penyata akaub bank..sekiranya layak korang akan diberitahu dan boleh terus pilih jenis iPhone SE berapa GB..menariknya lagi pilihan ni, pelanggan hanya perlu bayar kadar ansuran serendah RM58!

Kat atas ni ada tunjuk 2 cara mudah untuk memohon U MicroCredit ni iaitu secara dalam talian atau kunjung ke kedai U Mobile berdekatan..korang just ikut jer salah satu langkah tu and then boleh terus dapatkan iPhone SE..senang dan mudahkan..kalau nak jimat minyak or takde masa nak kunjung ke kedai korang boleh terus register online.. ^_^

Contoh kira-kira macam ni, harga iPhone SE 16GB bersama pelan i40 adalah RM1764.90..Pinjaman U MicroCredit RM1000 jadi hanya perlu bayar baki sebanyak RM849.70..Takyah pening-pening senang je kiraan dia..meh tengok kat atas ni..

Apa lagi jom la dapatkan iPhone SE sama-sama dengan kita, kita ambik pakai U MicroCredit ye..Kalau nak tahu lebih lanjut pasal plan U Mobile ni boleh usha kat website sini..

piece : kathyjem

Friday, May 13, 2016

Miniso di Nu Sentral

Hi semua..tadi lunch kat Nu Sentral..macam biasa la Jumaat je Nu Sentral takpon Midvalley..tu je la dua tempat yang dekat dengan ofis pon..Sampai je Nu Sentral misi mencari barang..sekali terperasan ada satu kedai baru bukak..tengok ramai orang..masuk la kejap nak tengok apa yang best..Oooo Japan punye produk..masuk2 dah terpampang produk kecantikkan depan pintu masuk..bersinar-sinar mata terus..hahaha Tengok harga lagi bersinar..semua 10 hengget..hahaha tapi takdela semua ada jugak harga rm15..
 

Kak Yana sedang mencuba cream blush..ingat nak ambik seketul tapi memikirkan dah terbiasa pakai blusher yang ada brush tak jadi beli..cream blush ni kena pakai dengan span, tepek2 kat pipi..colour boleh tahan cantik tapi ada dua jenis colour je orange ngan pink..


Serius kebanyankkan harga makeup kat Miniso ni bermula dari rm10-rm20..mascara paling aku sukaaaaa..10 hengget je tau..mascara satu lagi ambik yang mahal sikit baru rm20..kalau beli mascara maybelline rm38..Kat Misiso 30 hengget dapat dua kooo, berbaloi sangat..Masa try kat bulu mata ok gak tebal je aku tengok..perfume mini pon ada, wangi sangat...10 ringgit jugak..

Macam2 ada, ada lipstick, eyeshadow, compact powder, eyeliner..oooh rugi pulak tak beli eyeliner..eyeliner dia banyak gak pilihan, rm10 jer macam2 brand..eyeshadow tak banyak pilihan tak silap ada 2 jenis palette jer..

semua RM10.. ^_^


 
Socks dia nampak macam selesa..barangan jepon ni yang buat aku suka, sebab kualiti dorang memang terbaik..walaupon murah bila pakai bertahun2 tahan..

Barang mainan pon ada tapi tak banyak pilihan la..


Eh sunglass pon ada..jangan main main sunglass macam Scha Alyahya pakai pon ada tau..hahaha murah pulak tu 10 ringgit je..

 Botol susu pon ada..

 
Bila pusing2 satu kedai aku tengok lebih kurang macam Daiso je tapi kualiti kat sini lagi nampak ok la..


Baru bukak kedai ni bunga pon penuh lagi depan kedai tapi tak sure pulak harga murah kat Miniso sampai bila..takut promotion kejap je kan dorang bagi murah dah femes kang naik la harga tu..hehehe


Hasil pusing2 tengok2 katanya..hahaha terbeli jugak tapi tu campur sekali dengan barang Kak Yana..sampai ofis bukak kotak mascara tu paling aku suka..nampak kualiti packaging dia, tebal..berbaloi kot beli rm20 jer..satu mascara lagi 10hengget..happyyy..nanti nak datang sini lagi beli eyeliner pulak..liptik maleh nak beli, ada tu beli pon jarang pakai..

Balik tu singgah makan Mee Tarik..ni Kak Yana oder..

Aku oder bento..mentang2 masuk kedai Jepun, makan pon nak Jepon jugak..hahaha dari hari tu dok teringin nak makan ala2 bento tau, dapat gak makan..gembira perut..hehehe Ok dada nak sambung buat kerja.. =)

Owh lupa yang kedai Miniso tu betul2 depan Sephora..selamat menyopping kawan2..hihi

piece : kathyjem

Wednesday, May 11, 2016

Syukur sudah ada produk sendiri

Salam semua..Alhamdulillah akhirnya produk yang bakal aku jalankan bersama Yana akhirnya keluar jugak..hehehe Kira2 jari berbulan jugak la kami bincang pasal produk yang akan kami berdua buat ni..Bila publish kat social media rasa macam tak percaya dah siap semua..hehe tapi belum lagi la 100% siap sepenuhnya..tinggal sikit2 jer..

Mana yang masih tak tau lagi sebenarnya produk kami keluarkan ni adalah produk kosmetik..introduce pasal logo la dulu..hehe Logo KAAY tu bermaksud gabungan nama aku, Kathy dan Yana..KAAY COSMETICS..Tagline, WHERE BEAUTY IS CREATED...giteww tagline yang dipilih..hihi

Mula2 nak pilih nama brand untuk produk sendiri pon pening tau..tu baru nama produk belum yang lain2 lagi..takper slow2 belajar dari bawah..Tapi serius macam tak percaya akhirnya angan2 aku dengan Yana nak buat business berdua akhirnya tercapai jugak walaupon ada dugaan sedikit tapi takper tu aku ambik sebagai cabaran dan redha..Kita tak tahu bahawa Allah amat sayang kat kita sebab tu Allah datangkan kat kita pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita boleh hadapi..gitew tiba2 ustazah sangat kannn..hihi

Aku dengan Yana memang suka sangat bab2 produk kecantikan..setiap kali kiteorang jumpa mesti akan selit pasal makeup la, lipstik baru beli la, eyeliner best baru jumpa la..hahaha macam2 la cerita pasal benda cantik2 ni, orang perempuankan kalau tak cerita pasal kecantikkan memang tak sah la..disebabkan aku dengan Yana sangat meminati dan mencintai dunia kecantikkan ni so kami bincang dan decide untuk keluar satu produk makeup sendiri dan citarasa sendiri iaitu SUPER MOISTURE CUSHION..haaaa tu dia nama..hahaha Nak cerita lebih2 nanti la detail aku cerita apa kelebihan dan kebaikan SUPER MOISTURE CUSHION ni okey..

Yang penting 3 in 1 tau, dalam tu ada powder, ada foundation dan concealer..haaa senang cakap semua ada la dalam tu..dap dap dap kat muka je dah siap..ramai yang tanya harga KAAY SUPER MOISTURE CUSHION ni berapa? tunggu naaa hujung bulan nanti kami bagitau..terus launch harga dan ambil tempahan..

Stay tune beautiful!

facebook : Kaay Cosmetics
instagram : kaay_cosmetics

piece : kathyjem

Monday, May 9, 2016

Dengan U Mobile Boleh Tonton Video Secara Strim Tanpa Had PERCUMA 24 jam Sehari

Punyer la excited dapat jemputan ke Pelancaran U Mobile Video-Onz di Times Square Hotel KL hari tu..Dapat la tau Ceera pon dapat jemputan sekali lagi la bertambah excited..ada geng..hehehe lagi pon lama dah kitaorang tak dapat event together2 gitewww..hihi..

Ceera pergi dengan Ciput, husband dia hantar..Bila sampai Times Square blur2 nak parking kat Hotel Times Square ke bangunan Berjaya Times Square sebab Ceera bagitau nak breakfast dulu..yerla event start kol 11 pagi..Sebelum tu kena la isi perut dulu nanti mak buyung kelaparan..Sebelum pukul 10 pagi aku dah terjegat depan Times Squares tunggu Ceera..Lepas jumpa Ceera terus kiteorang cari port untuk breakast..Lepas breakfast cabut terus pergi ke event..Sampai Hotel Times Square terus register kat bahagian Media..

Sekarang ni U Mobile memperkenalkan strim video tanpa had sepanjang hari secara PERCUMA kepada pengguna U Mobile dengan diberi nama Video-Onz..Pengguna U Mobile yand ada ambil pelan pakej P70, i90 dan i130 boleh menikmati pengstriman video secara PERCUMA bermula serta merta pada bila2 masa..bukan watu malam atau hujung minggu jer, bila2 masa sajer boleh guna tanpa perlu bimbang tentang berapa banyak data digunakan ketika menonton video..

Ceera, Tuan Blog dan Suraya Sulatin..Punye la kami bersemangat ikut tema colour oren last2 kiteorang bertiga je baju colour oren..bahahaha..aku lagi bersemangat tudung orange, baju orange nasib tak pakai seluar oren..kekeke takper janji kita ikut tema..

Ketua Pegawai Pemasaran, Jasmine Lee berkata, "Pengguna kami gemarkan video, oleh itu kami menjangka lebih ramai yang sukakan video unuk beralih kepada U Mobile dan menikmati perkhidmatannya," kata Lee..Beliau juga berkata, rangkaian itu telah mencatat peningkatan 14 kali ganda dalam penggunaan data untuk penstriman video sejak pelancaran penstriman video percuma di YouTube dan Tonton pada Oktober 2014..Empat puluh lima peratus trafik data U Mobile digunakan untuk menonton video..

Video-Onz boleh dinikmati oleh pengguna pelan pascabayar dan prabayar dengan menonton video dan rancangan favourite korang melalui 11 kandungan video iaitu HyppTV Everywhere , YouTube , Viu , Astro On The Go , Youku Tudou , Tonton , iflix , ErosNow , HeroTalkies , Pocketimes , ONFM dan YouTube Gaming..

Untuk pelanggan U Mobile juga korang boleh menikmati akses premium HyppTV Everywhere dan Viu secara percuma selama 60 hari.

Pelanggan prabayar juga tidak ketinggalan menerima tempias Video-Onz..mereka akan terima bonus sekali ganda daripada quota yang mereka beli..Contoh macam pelanggan UMI 30 yang melanggan 1.5GB data akan terima 1.5GB data khas untuk Video-Onz..Semua pelanggan UMI akan menikmati 1GB data tambahan secara PERCUMA sehingga 30 Jun 2016..

Pelanggan U Mobile boleh pilih pelbagai rancangan popular dan pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu, Inggeris, Bengali, Tamil, Hindi, Mandarin, dan Bahasa Korea..

Bersama kawan-kawan blogger yang hadir semasa pelancaran perkhidmatan penstriman video percuma, Video-Onz.


Bersama orang kuat Nuffnang, Michelle Ng..

Kami geng2 mak ni happy sangat bila U Mobile bagi kuota 24 jam FREE tanpa had ni untuk dinikmati bersama anak2 dan suami..boleh layan macam2 video kegemaran kat YouTube la lepas ni..^__^

Apa tunggu lagi, korang yang teragak-agak nak ambil U Mobile tu cepat2 register untuk menikmati tawaran hebat iaitu Video-Onz secara PERCUMA!!!

Lepas ni syok la layan video dengan Mekcha tanpa rasa bersalah..hehehe

Sila layari laman U Mobile untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai VIDEO-ONZ..

piece : kathyjem