Monday, August 29, 2016

Sentiasa Lapar.

Halo halooo! Pagi tadi ada checkp up..Alhamdulillah baby baik2 sajer..result air gula dalam badan pon okey..lega dengar bila doktor Khamsiah bagitau result semua normal..cuma berat baby naik sikit jer la..2 minggu lepas check 1.3 kg, tadi check dia naik sikit 1.7 kg..doktor Khamsiah tanya? awat diet ker takut gula dalam badan naik, mesti makan sikit2 ni..takla doktor saya tak diet pon, sy makan je macam biaser je..takper 2 weeks nanti datang check lagi..sekarang ni dah masuk 3rd trimester kena datang check up 2 weeks..

Macam risau pulak bile doktor cakap macam tu..harap2 berat baby naik banyak la sikit kan..dah terpaling risau kedudukan baby songsang pulak..kaki dia kat atas..last 2 weeks check kepala dia kat bawah, la ni kepala dia naik pulak..patutla semalam tido tiba2 senak semacam..Doktor Khamsiah kata jangan risau kemungkinan dia akan berpusing balik cuma masa sembahyang tu sujud lama2 sikit..sekarang ni ruang dalam perut banyak sebab tu dia sentiasa aktif berpusing..

Sekarang ni cepat nau lapar yang tak tercapai akal mu..hahaha..padahal sebelum nk turun lunch makan coklat cloud 9 pastu makan sekelepuk nasi..masuk pukul 3 jer, krokk krokkk perut lapar macam orang tak makan tghari..mujur stanby roti masa tapau beli nasi tghari tadi..

Betul weii sekarang ni kol 3 je aku dah start lapar semaciam..kadang2 takut tengok diri sendiri punye tahap kelaparan tu sebab Raiisah dulu tak macam ni dia punye lapar weii..kalau dah makan tghari sampai petang aku bertahan..Macam malam semalam boleh dah tido tutup lampu , pusing kanan pusing kiri takleh tido sebab baby berpusing2..aku syak mesti dia ni nak makan..nak kata lapar takde la sangat tapi rasa macam nak sesuatu masuk dalam perut ni..hahaha maka berlari2 la aku turun ke bawah mencari biskut..dapat makan 4 keping biskut terus baby senyap..memang baby dasar kuat makan ni.. >_<

Roti penyelamat di kala perut ku berbunyi-bunyi..hahaha standy biskut dalam laci pon sekejap nau abis..balik ni nak beli stock banyak2 simpan dalam laci ofis..

piece : kathyjem

Thursday, August 25, 2016

Borong Susu Dutch Lady RM1

Haloooo!! ko bersemangat borong susu Dutch Lady tadi..ni semua terpengaruh tengok FB Julieza malam semalam..Jue tengok ni, akak tengok awak borong susu ni terus akak pon bersemangat cari kat 7E hari ni tau..hahaha

Murah sangat sekotak RM1..kalau tak harga asal susu ni RM2 lebih..harusla aku borong banyak2 kan..lagi2 tengah pregnant ni memang wajib kena minum susu..beli banyak2 nak simpan stock sampai beranak boleh..hahah boleh macam tu.. >_<

Nasib akak ni pencinta susu..tak mengandung pon memang suka minum susu..tak kisah susu jenis brand apa ahkak kathy telan je..susu kambing pon akak kathy suka minum jugak..ermm dapppp! teringin la nak minum susu kambing fresh dari ladang..mane ekk nak cari??

Strawberry paling Mekcha suka..dekat rumah memang ada simpan stock kotak kecik perisa starwberry untuk dia..kotak kecik tu pon kalau beli kat Speedmart 99 dah RM4 lebih..

So korang cepat2 la beli Susu Dutch Lady ni kat 7E sebelum kehabisan..benda baik apa salahnya share..hehe tadi aku turun beli kat bawah office pon ramai beratur..masa nak bayar baru tahu hanya boleh beli 3 kotak jer tapi cashier tu bagitau dia scan untuk 3 kotak dulu then seterusnya..haaa nasib boleh macam tu..kalau limit sorang boleh beli 3, nangis akak kat situ..hahaha

Ingat balik ni nak borong lagi la..nak beli perisa coffee pulak..rasanya tak semua 7E ada jual perisa coffee kan..kena gigih cari ni..haha..seringgit uolsss harusla gigih mencari..tapi tengok jugak kot offer murah2 ni entah2 tarikh dah nak expired..so sebelum borong tu baik korang check date expired dulu ok..bye!! selamat memborong susu Dutch Lady..tarikh last promosi sampai 28 Ogos 2016 ni!

piece : kathyjem

Tuesday, August 23, 2016

Finally merasa juga air gula yang paling ditakuti para ibu-ibu mengandung

Hi semua..pagi tadi ada check air gula dalam darah..akhirnya Kak Tijah terkena jugak..hahaha Masa mengandungkan Raiisah dulo-dulo doa hari2 mintak jauh minum air gula ni last2 terkena jugak..merasa la ko Kathy oiii..

Faktor umur kot kena ambik air gula ni..dulu masa mengandungkan Raiisah umur aku 28 tahun..kalau tak silap ibu2 yang mengandung umur 30 tahun ke atas sekarang ni wajib ambik air gula..ermmm yeker??! aku hari tu check kat PMC doktor kat sana langsung takde mention pasal kena minum air gula ni..Check kat An-Nur kena pulak..Last week check up dengan doktor Khamsiah , doktor ada tanya background family ada kencing manis or darah tinggi..maybe sebab tu la kot kena check air gula..

Awal pagi dah terjegat depan An-Nur..konon takut orng ramai..sekali dah sampai aku dengan ada sorang kakak tu je dalam hospital..tengok jam, memang awal betul aku sampai..kol 7 lebih dah sampai depan pintu..semangat nak minum air gula la katakan..hahaha Tak la takut orang ramai je, tu yang datang awal2..An-Nur ni kan memang ramai orang..datang kol 11 kol 12 silap2 petang baru dapat jumpe doktor..lagi pon aku kena masuk office sebelum kol 10.30 pagi kalau tak dah kira EL half day..nak mintak MC tak boleh kena jumpa doktor baru dapat MC..tu pon kena tengok kalau demam sakit teruk ke baru doktor bagi..macam susah je nak dapat MC kat sini..huhuhu

Mati2 ingat datang hari ni minum air gula je sekali nurse bagitau kena check darah..OMG!!! kena cucuk2 la pulak..awat hari tu check up nurse tak bagitau kena ambik darah sekali..uwaaa mesti lambat sampai office.. T_T sebelum minum air gula kena ambik darah..pastu 2 jam tak leh makan or minum..pastu kl 10.15 kena ambik lagi darah..makanya 2 kali darah kena ambik..berjinggut menunggu..

Tadaaaa ni la air gula yang bertahun-tahun akak takut nak minum tu..hahaha..lepas minum eh ehhhh sedap pulak rasa dia..ada rasa sejuk2 sikit..laju je aku minum..sampai nak cakap dengan nurse, "Nurse nak sebotol lagi boleh"..amboii over..bagi yang pure original air gula tu ko rasa nak lagi sebotol..hahaha

Mati2 ingat air gula ni rasa macam pati oren sunquick tu..bukan okey jauh sangat fikirnya..tapi tu la tak leh bayangkan kalau kat gomen kena minum air gula pure ori tu..aku rasa kalau minum lagu tu mau muka bertukar bapak ko kuning..hehe..An-Nur bagitau sebelum tu memang dorang bagi air gula yang pure tu, ramai yang muntah..so dorang bagi sedikit flavour oren..so ramai la ibu-ibu mengandung minum dengan gembira girang..tapi ada setengah pihak hospital bagi flavour anggur..uih tu lagi meriah kalau dapat minum..

Tapi sebelum minum air gula ni nurse dah pesan malam sebelum datang hospital , pukul 12 tgh malam dah kena start puasa..

Settle minum air air gula & ambik darah laju2 masuk kereta makan biskut..hoiii lapar..hahaha ibu mengandung mana boleh pagi2 tak makan marah baby dalam perut..biskut ni memang bawak dari rumah dengan air kosong..lega perut dapat makan biskut dua keping..pastu berdesup pergi office..next week kena datang check up and tahu keputusan ujian darah..huhu nerves..harap2 ujian darah & air gula dalam badan semuanya ok..In Sha Allah..

piece : kathyjem

Monday, August 22, 2016

Dapat Makan Satu Kenikmatan

Hi uolsss.. (sambil muncung mulut) hahaha hari ni tak tau nak buat apa dah..biasa la isnin kerja mood mesti macam ke laut sikit lagi2 perut dah nak masuk 7 bulan ni ha lagi bertambah kemalasan..

Motif tunjuk gambar durian..hahaha

Dari raya hari tu dok teringin nak makan durian..konon balik kampung beraya nak makan durian kampung la alih2 takde musim..maka kempunan la Kak Tijah nak makan durian Kuale sampai la ni semalam baru dapat merasa makan durian..bila Affan ajak aku makan durian aku lak takde mood nak makan, kenyang la, bawak mekcha la, nanti-nanti la, tunggu ada mood la..eh makan durian pon kena ada mood tau..hahaha

Mekcha tu pon satu hal, dia bukannya boleh bau durian memang bising mulut kalau bau durian..Mummy busukkk busukkkk!!! time lalu depan orang meniaga durian berlonggok-longgok, bawak Mekcha pulak, memang tak aman la makan kat situ kalau bawak dia..masa mengandungkan Mekcha aku tkleh langsung bau durian..bila bau je nak muntah, stress..hahaha sebab tu Mekcha tak suka durian, kot..nombor dua ni keluar kompem suka durian sebab awal2 pregnant dah suka tengok durian..mehehe

Tapi tu la orang kata , time pregnant kalau boleh elakkan la makan lagi2 baby dah masuk 3rd trimester..eh yeker 3rd trimester bukan awal-awal trismeter ke..hahaha suka hati je buat statement sendiri.com.my..

Baru-baru ni ada terbaca kat FB pasal ada sorang ibu ni mengandungkan anak first ke ke-2 tak sure tapi kandungan dah masuk 39minggu..teringin sangat nak makan durian so si ibu makan la dalam 2 biji macam tu, 2 biji tau bukan 2 ulas..tau2 baby berpusing-pusing, check2 rupanya baby dah meninggal dalam perut sebab kepanasan..dah la besok tu patutnya ibu tu bersalin..sedih baca.. T_T tu yang takut nak makan durian tapi orang tua2 cakap kalau teringin sangat apa salahnya rasa sikit..jangan la ko pulun berbiji-biji sudah la..makan durian kan cukup ke makan seulas dua ulas...hahaha jawapan dia memang tak cukup la kan..kekeke

Kebetulan umi beli durian nak buat pengat. dapat la merasa sikit..Semalam makan 2 ulas jer buat rasa..kang meleleh ayaq liur baby maknya teringin nak makan durian tak dapat..pastu cicah roti 2 keping dengan pengat durian..perghhh!! terangkat buntut walaupon dapat makan cenonot pengat durian..sebelum makan pengat makan laksa, umi masak laksa..lagi la berdouble terangkat..huihhh lain macam bebenor ibu mengandung teringin nak makan makanan yang dia nak..para suami harus la memahami situasi ini yer..kami ibu2 mengandung bukan nak macam ni, tanya baby dalam perut..kikiki baby jugak dipersalahkan.. =P

Pagi tadi konon nak kurang makan la sebab Rabu ada check air gula dalam badan..kalau ikutkan besok check air gulanya tapi besok ada hal, call pihak hospital mintak postpone hari Rabu, nasib boleh..so happy la kejap dapat makan cheese tart..pelik, dah tau nak check air gula dan-dan tu tekak teringat cheese tart la..besok malam kena start puasa lepas kol 12 tghmalam..bertabah la kathy..hikhokhikhok!

........................................................................................................................................


Jeng jeng jeng..Kaay Cosmetics ada buat Mederka Sale sebanyak 10%..jangan lupa rebut harga sale ni sekarang!!!..


Whatsapp untuk oder!!  011-28811281

piece : kathyjem

Wednesday, August 17, 2016

First Time Check Up Hospital Pakar An-Nur, Bangi

Alhamdulillah kandungan dah masuk 28 minggu..Perut pon makin besar dan membesar..baby pon dah naik 1.3kg..bulan lepas timbang berat badan 62 kg..kelmarin check up naik 66 kg..ko melompat jap aku atas penimbang tu..hahaha naik 4 kg tu banyak giler naik..huh! seram..ada potensi macam nak ke 70kg jer..setiap malam sekarang ni asyik makan nasi bertambah, sekarang ni dah duduk dengan mak mertua faham2 je la, mak mertua pulak masak semua sedap2..memang tak boleh elak la..

Kelmarin checkup kat Hospital Pakar An-Nur Bangi..konon nak datang awal pagi ambik nombor sudahnya kol 11 lebih baru sampai hospital..sampai2 register terus pastu nurse terangkan la apa pakej yang dorang sediakan semua tu..then lepas register dorang suruh ambik nombor..tengok nombor mak aiiii lagi 15 orang kena tunggu..siap nurse suruh balik pastu dalam kol 2 lebih datang balik..dah macam klinik kk dah aku tengok orang punye ramai..hehehe Nak doktor Khamsiah macam ni la kena nunggu yer..nurse kat sini bagitau doktor Khamsiah dengan doktor Fatimah memang patient dia ramai..kalau jenis tak tabah menunggu tak digalakan..hehehe

Lepas lunch kiteorang datang balik..sempat la kiteorang balik rumah, makan kenyang2, golek2 atas katil tidur..dalam pukul 2 lebih baru gerak dari rumah ke hospital..nasib tak jauh An-Nur dari rumah kitaorang..sampai2 ada lagi 4 orang patient kena tunggu..tu pon lama gak tunggu..dengan mekcha nya aktif sana sini..siap buat persembahan lagi depan penonton..heyy mekcha ni , dia kalau orang ramai dan2 tu la nak tunjuk macam2 aksi..

Sekali dah tergolek tepi kerusi baru nak duduk diam..kalau tak berlari sana-sini..Sampai doktor Khamsiah explain pon aku tak berapa nak dengar..pas ni check up tak boleh bawak dia..kena tinggal dengan opah..

Dah petang pon ramai orang..pasni ni check up kena datang 2 minggu sekali..hari tu ambik injection kancing gigi..next week kena datang minum air gula pulak.. =___=

Masuk kereta sempat lagi nyanyi2..pastu tau2 dah senyap tertidur atas car seat..

 Mesti ada plan nak bersalin kat An-Nur kan..boley tengok brochure kat atas ni..kalau bersalin normal kena standby dalam 2.5k - 4k..apa2 pon aku sangat berpuas hati check up dengan doktor Khamsiah walaupon first time jumpa dia..suka cara dia explain..siap mula2 sampai dia salam kat kita tu..harap2 dapat la doktor Khamsiah sambut baby kita nanti.. =)

piece : kathyjem

Friday, August 12, 2016

Bertabahlah Kathy Yer..

Hari ni tak tau la pasai apa sakit betul kepala ni ha..dari pagi tadi sakit belah kanan lepas lunch sakit belah kiri pulak..banyak sangat fikir kot..pagi tadi ada meeting department..masa dalam meeting tadi rasa macam nak mintak excuse kat bos, "Bos saya nak tido jap boleh sakit sangat kepala ni"..hahaha tapi tak beranai la nak cakap macam tu..giler kalau berani..dah la meeting benda penting pagi tadi..lagi la bertambah pening..

Serius dalam meeting tadi kepala ni dok tahan berdenyut-denyut jer, dia punya sakit rasa macam nak hentak2 kepala ni kat dinding..


Dua tiga hari ni tidur pon tak lena jer..badan alih sikit je, ya ampunn dia punye kram sakit kat pinggang Allah je yang tahu..dah boleh start rasa kat bahagian celah peha, pinggul, pinggang semua tu makin mengembang..baby pon aktif semaciam..kol 3 pagi dia menendang, kol 4 pagi dia berpusing, kol 5 pagi dia bangun suruh kita shi shi..ko rasa lena tak aku tido..hahaha tengok mata pon dah macam ibu panda..tu belum Raiisah bangun nak air sejuk nak garu badan dia.. T_T bertabah la Kathy yer..

piece : kathyjem

Wednesday, August 10, 2016

Kerap shi shi

Sekarang ni kan kerap buang air kecil..orang kata normal untuk wanita mengandung bila masuk 6 bulan ke atas ni..Masa mengandung 4 bulan hari tu uri aku kan jatuh memang masa tu kerap jugak la ke toilet tapi lepas kedudukan uri dah ok, kurang sikit la ke toilet..Masa uri ke bawah ada orang kata amalkan kaki naikkan ke atas sedikit , macam gambar kat bawah nii

(Gambar dari en. google)
So masa uri ke bawah tu selalu amalkan senaman macam ni..Dua2 kaki naikkan ke atas sikit pijak dinding and badan kena baring..memang kurang la sikit pegi ke toilet..sekarang ni nak amalkan balik senaman macam atas ni selalu lupa..kalau teringat baru buat..nak ikutkan kena amalkan pagi selepas bangun and sebelum tido..takyah angkat kaki lama2 dalam 5 minit pon dah ok..kalau korang amalkan senaman macam ni selalu In Sha Allah ada perubahan yang korang akan rasa..perubahan tu maksud aku kurang shi shi la..hihi

Selalu first trimester dan ketiga yang selalu kerap kencing tapi aku sekarang ni dah masuk second trimester pon kerap kencing gak, macam mana tu..hehehe so lepas ni kena amalkan balik senaman macam kat atas ni..

Sekarang ni selalu haus , jap-jap minum air..biasa la perubahan hormon kan..kadang tu asyik nak minum manis je..bila dah banyak minum air manis kena cepat2 la topup balik air kosong kang kena kencing manis tak pasal2..mengandung ni kalau tak jaga dari segi pemakanan , penyakit yang kita tak jangka boleh muncul..

Aku syak la yang nombor dua ni kan rambut dia lebat macam Raiisah gak..jangan keluar rambut macam gambar atas ni sudah ye anak..hahaha Mau 20 kali mummy ko ngulang pergi toilet.. >_<

piece : kathyjem

Tuesday, August 9, 2016

Dah Boleh Start Beli Sikit-Sikit.

Orang kata nak beli barang baby elok kandungan masuk 6 bulan or 7 bulan ke atas..Raiisah dulu pon macam tu, masuk je 6 bulan baru aku start beli barang bayi..Once tahu je gender girl terus beli sikit2 tapi dalam kepala harus la semuanya bertemakan pinkish kan..hahaha masa tu memang nak sangat baby gegirl..Alhamdulillah Allah tunaikan.. =)

Kalau ikutkan baju2 lama Raiisah banyak dah tak boleh pakai..yerla dah 4 tahun lepas kot, baju yang colour putih semua dah kuning2, bertahi lalat..tak banyak pon baju Raiisah yang adik dia boleh pakai..eermmm..macam banyak je nak kena beli baru..tapi aku start beli sikit2 la, beli barang yang betul2 perlu dulu..beli sikit2 tak terasa duit mengalir macam air..

Dulu first baby semua benda ko nak beli..hahaha sekarang dah masuk nombor dah tau mana yang perlu beli dan mana yang tak perlu di beli supaya tidak ada pembaziran di situ..


Nasib ada simpan lagi list2 keperluan barang bayi dan ibu..rasa2 dah lupa korek balik entry2 lama..dulu mengandungkan Raiisah semua benda aku share dalam blog ni..hahaha now masuk dua nombor ni macam maleh sikit nak share apa2.. kalau nak share pon ikut mood..biaser la first baby kan kita macam excited la nak share kat semua orang..Affan pon perasan "Awak pregnant nombor dua ni tak macam mengandungkan Raiisah, Raiisah dulu semua benda awak share nak beli pastu cerita dalam blog"..hahaha biaserla semua ibu macam tu kan..

Tapi list atas tu semua memang barang betul2 kena ada and patut beli yer bukan aku sajer2 tulis..harap maklum..kekeke

piece : kathyjem

Monday, August 8, 2016

Plan Bersalin Tukar 100%

Salam semua..ni tengah pening nak ambik hospital mana nak bersalin ni..tak jadi beranak kat PMC Sg. Buloh..sebab apa?? mak kita terbang pergi Australia tengok abah..maka plan nak bersalin kat Sg. Buloh 100% bertukar..dah cakap dengan mak tunggu la orang beranak , nanti mak pergi la sana tengok abah..mak cakap nanti tahun depan abah nak balik dah..mak pon nak start jaga anak ko nombor dua ni..mak cakap takper la, mak tak pergi lama pon bulan 10 nanti mak balik la..tak lama mak cakap..T_T lama gak tu kat 3 bulan.. -___-

Kakak aku pon satu beli tiket mak tak bagitau aku..dia ingat aku beranak awal bulan November tu yang dia beli tiket mak balik sini hujung Oktober..memang aku ada cakap dengan kakak aku yang aku beranak awal bulan 11..hari tu checkup detail scan doktor cakap confirm aku bersalin hujung bulan 10 bukan bulan 11, tarikh 24 atau 25 Oktober..

ate nak buat macam mana tiket dah beli..mak balik sini 30 oktober...uwaaaa memang tak sempat la berpantang kat rumah mak Sg. Buloh..bincang dengan Affan kiteorang decide bersalin kat area Kajang sebab nanti mak Affan yang akan jaga aku nanti..so buat masa sekarang ni aku stay kat Kajang sampai aku bersalin..Raiisah pon dah berhenti sekolah kat LC Sg. Buloh..kiteorang sekolahkan dia sebelah rumah mak mertua je..5 langkah je dah sampai sekolah..hehe

Kawan office bagitau wife die bersalin kt Hospital Islam Az-Zahrah ni..doktor yang sambut 4 orang anak dia nama doktor tu doktor Khamsiah..Kawan office cakap bagus doktor Khamsiah ni, dia suka cara doktor ni berkerja, teliti dan cekap..dia suggest aku ambik dengan doktor Khamsiah ni..

Call la pihak hopsital Az-Zahrah ni nak tanya pakej bersalin dengan doktor semua tu la..sekali nurse bagitau doktor Khamsiah dah pindah ke Hospital An-Nur..Hospital An-Nur sebelah je dengan hospital Az-Zahrah..Harga beranak kat hospital Az-Zahrah ni untuk 2 hari 1 malam dalam RM3500 - RM5000, ni untuk harga bersalin normal..bersalin caesar tak sure pulak berapa lupa nak tanya..

Satu hari kerja aku meng-survey hospital bersalin je..hehehe Yerla kita mesti yang nak terbaik untuk anak kita kan..takper keluar duit lebih sikit janji kita selesa anak pon selesa, dapat doktor ok, facilities baik & bersih..Bukan tk nak ambik hospital gomen  ye ada sebab2 tertentu kenapa tak ambik hospital gomen sebab nk aurat terjaga and kalau boleh nk hospital yang ada islamic..dari segi doktor pulak kalau boleh nak doktor perempuan la kan yg check kita dr checkup sampai bersalin..

Try call hopsital An-Nur ni nak tanya pasal doktor Khamsiah and pakej bersalin semua tu..An-Nur takde pakej bersalin yang ada bilik 2 katil untuk 2 hari 1 malam harga RM1990..single room RM3k..kalau ambik epidural RM890, vacum RM1000..tapi tu la kalau ambik dengan doktor Khamsiah bab checkup ni berjanggut sikit la sebab sehari patient dia dalam 30 orang..tu baru sesi pagi, sesi petang pon sama gak ramai orang..

Ermmm nak proceed ke tak bersalin kat Hospital An-Nur ni?? jap fikir dulu..try tengok hospital lain dulu..tapi kat An-Nur semua doktor perempuan..ada 3 orang doktor sakit puan..sok kalau last minit doktor Khamsiah bercuti ke takde ker, tak ada la risau sangat dapat doktor laki ke apa sebab dah2 salah seorang doktor perempuan yang akan check kita..

KPMC ni aku tak berapa kenan sebab pernah dulu2 dengar pasal KPMC ni agak kureng sikit service dia..tapi nak bersalin sini murah sikit la compare An-Nur dengan Az-Zahrah..

Ada hati nak beranak kat sini kann..hahaha dah tau dah tak mampu tapi saje la call nak tau harga beranak kat sini berapa...tu diaaaa harga mencanak-canak kat Colombia Asia Cheras ni..kalau ikut dari rumah mak mertua nak ke sini takde la jauh sangat tapiii ko mampu normal je RM6k hingga RM7k..bersalin caesar dalam RM8k -9K..bapak mahaiiii...terus cancel..hahaha pakai medical company punye tak mampu dik nak bayar..company pon bagi RM2k je untuk bersalin..kalau bayar sendiri silap2 anak dah besar panjang hutang beranak still tak abis bayar lagi..huhuhu..lain la kalau laki ko anak Tan Sri..kekeke

Mula2 ingat nak bersalin kat KPJ Kajang ni sebab dari rumah mak mertua nak ke sini dalam 10 minit leh sampai tapi depan KPJ tu tengah ada construction MRT..macam serabut je kat kawasan tu dengan parking punya payah area situ..harga beranak kat KPJ untuk normal dalam 2k-3k..ok la harga lebih kurang macam bersalin kat PMC Sg. Buloh gak tapi tak jadi la beranak sini tempat dia macam crowded..

So fikir punye fikir aku decide Hospital An-Nur sebab nak kan dengan doktor Kamsiah..so dah booking siap2..next week checkup dengan doktor Khamsiah..harap2 semua dipermudahkan la.. =)

piece : kathyjem

Thursday, August 4, 2016

Cepat sebelum harga kembali asal.

Zazz zaz zaazz..Alhamudillah ramai bagi feedback yang berpuas hati lepas menggunakan Super Moisture DD Cushion ni..tak sangka ada yang oder 1 kotak lepas dah pakai , rasa best terus repeat 2 3 kotak terus siap promote kat kawan2 lagi..toceh toceh..Dah cakap Super Moisture DD Cushion ni bukan setakat foundation je, boleh merawat sekali kulit yang bermasalah..

Tekstur dia sangat ringan..lepas dap dap kat muka memang korang takkan rasa macam pakai makeup , ringan je atas kulit muka..

12 dalam 1 Super Moisture DD Cushion ni..apa yang ada dalam 12 in 1 tu??

• Anti penuan
• Menyejukkan
• Mengecilkan pori-pori
• Mencerahkan kulit wajah
• Tidak berminyak / Tidak melekit
• Merawat kulit muka bermasalah
• Memberi kelembapan semulajadi
• Pelindung matahari dengan SPF50 PA++
• Mengurangkan masalah garis halus / kedut pada wajah
• Wudhu Friendly & Mesra Solat (hanya bilas dengan air)
• Memberi kesan natural look, glowing, flawless dalam masa 1 minit
• Mengurangkan kemerahan pada wajah akibat cuaca panas /alahan
• Tiada silikon, alkohol & pewangi kimia
• Lulus KKM & HALAL

Walapon teknologi di terbangkan khas dari Korea tapi dari segi proses, bahan, packaging, kelulusan Halal semua tu dari Malaysia..so jangan ragu, jangab risau sebab semua bahan kami guna di jamin HALAL Toyyiban..

Besok last day harga promosi tau..Harga promosi sekarang niRM69, harga asal RM80..so mana yang nak oder harga promosi tu baik la oder sekarang , sempat lagi nak oder dengan kita..

Bawah ni feedback customer yang dah guna Kaay Cosmetics..rata2 guna mesti sangat berpuas hati..


Sebelah kiri customer ni kata fondation dari brand yang di rahsiakan, sebelah kanan dari Kaay Cosmetics..boleh nampakkan perbezaan kat muka..gambar ni takde edit2 ye , jujur komen dari customer..

Eh kangaroo pon pakai Kaay jugak ke??!! hehehe

So nak tanya apa2 soalan mengenai Kaay Cosmetics boleh whatsapp 011-28811281.. Jangan cakap ahkak tak bagitau ye last harga promo besok!!! ^_^

So korang boleh dapatkan Super Moisture DD Cushion secara online @ COD daripada Agent SAH KAAY di bawah :

πŸ‘‰ Intan - 012 6088969 / Senawang / Seremban 2/ Subang Parade .
πŸ‘‰ Shikin - 013 3300034 / Selayang/Rawang/Bangsar/Damansara/PJ/Kelana Jaya/Batu Caves/Gombak .
πŸ‘‰ Gee - 018 3976511/ Jalan Ampang / KLCC / Bukit Bintang / Jln Kuching / Selayang .
πŸ‘‰ Aidad - 017 7187181 / Klang / Shah Alam .
πŸ‘‰ Mimie - 012 6984770 / Setiawangsa/Keramat/Ampang/ Wangsa Maju .
πŸ‘‰Faryz - 012 2255349 / Jln Kuching / KL Sentral / Mont Kiara/Hartamas/Selayang/Kepong .
πŸ‘‰ Hafizah - 014 8928105 /Cheras .
πŸ‘‰ Yatie - 018 2712305 /B.Bangi/Kajang/Bandar Sri Putra/Bukit Mahkota .
πŸ‘‰ Nani - 013 3770809 / Nilai / Seremban / Bangi .
πŸ‘‰ Aishah - 017 391 2422 / Bangi / Putrajaya / UKM / UPM .
πŸ‘‰ Nurul - 019 7198562 / Skudai / JB .
πŸ‘‰ Nurul - 0126336264 / Butik Chiccrush Klozet , Uda Business Centre JB / Singapore /

piece : kathyjem

Tuesday, August 2, 2016

Jamuan Raya & Farewell CCD

Alhamduliiah selesai sudah jamuan raya CCD (Corporate Communication Department)..bayangkan last minit punye plan last2 menjadi jugak..hari Rabu plan, Jumaat terus semua pon setuju..tu pon ada 4 orang staff tak dapat join sebab ada event kat tempat lain..Awat korang tak nak buat hari Isnin ek?? ermmm..apa2 la janji buat kan jamuan makan2 ni dari tak buat walaupon budjet jamuan raya dari HR takde tahun nu..

Tahun ni semua department buat jamuan raya sendiri2 tak jemput department lain sebab tahun ni SYABAS takde budjet raya..huhuhu Apakan daya pengurusan baru semuanya..Tak lama lagi nama SYABAS pon dah tak wujud dah, jadi AIR Selangor lepas ni..boss2 pon semua muka2 baru..

Jamuan raya CCD ni start kol 11 pagi , last2 kol 12 lebih baru start jamuan..hoii perut2 dah berbunyi-bunyi nak nunggu makan..nak tunggu masing2 semua berkumpul punya lama..sorang baru nak pegi ambik oder makanan, sorang baru nak pergi beli ais..hahaha gitew la last minit punye plan..

Awal pagi masa ni..Ni pon pening nak pakai baju apa..dah kata jamuan raya harus la kena pakai baju raya..korek2 dalam almari nak pakai baju jubah yang hat lama2 tu semua tak muat..huh sedih..tahun ni tak banyak beli baju raya..baju kurung banyak yang muat tapi tang kain fail takleh nak zip..nasib ada kain muat..tu pon kena pakai sampai atas perut..hahaha Lama pulak rasanya tak pakai baju kurung..

Siapkan apa yang patut..

Kak Fayiedda & Amirul orang kuat event..

Disebabkan tahun ni HR tak bagi budjet jamuan raya so kami buat potluck..rasa2 nak bawak lebihan kuih2 kat rumah tu dipersilakan..

 Satu murah 50sen jer..mana nak jumpe satay 50sen kat KL ni..

Kek brownies tu 5 ketul aku bedal..hahaha sedap bebenor..

 Kawan2 office..

 Bersama kesayangan, Hanis..Apa la nasib kita minggu depan kan nok..sob sob..lepas ni tak dapat dah macam ni...uuwwaaa..

Sedih weii bulan ni adalah bulan sedih untuk department kiteorang..ramai staff CCD akan di transfer..transfer mane?? tak tau la kena transfer department mana..tak kisah la transfer mana dari kena berhenti kan..tu lagi sedih..biaser la dah tukar management maka kita yang bawah2 ni pon kena turut la terasa..sob sob..hampir 10 tahun dah aku kat corporate com. ni..macam mana la masuk department baru nanti.. hukhuk

Jemput makan semua..semua lauk pauk dah terhidang untuk tetamu..

Bos baru dan bos lama.. ^_^

Sebelum jamuan start sepatah dua kata dari En. Amin..boss baru CCD yang mengantikkan En. Halem..

Masa ni masing2 terkejut dengar berita ada pertukaran staff besar-besaran..ecehh buat terkejut konon padahal memang dah isu pertukaran staff ni..errm tah la nak tukar mana2 pon kiteorang ok je dalam SYABAS jugak tapi sedih la moment2 macam ni takde dah lepas ni..staff mana yang kena tukar tu nanti kan surat masing2 ye atas meja..ni kiranya celebrate farewell sekali..

Dah jangan sedih2 jom kita makannn!!!

Jamuan raya CCD 2016..ni pon tak semua ada dalam gambar..tahun depan tak dapat dah suasana macam ni..T_T

Good luck korang kat tempat baru..walaupon masing2 dah tukar department , semangat kekeluargaan CCD tetap bersama sampai bila-bila..cewah!

piece : kathyjem