Thursday, March 23, 2017

Lepaking dengan Geng Lama

Semalam jumpa kawan lama Zarina, bertudung pink..Ya Allah jumpa2 dah mengandung nombor 2 rupanya..punya lama tak jumpa ko..senyap2 je ko babe mengandung nombor dua dah..Nora pon geng lama gak, kami dulu satu department Corporate Com.. Zarina & Nora satu unit, handle bahagian event..

Memang aku dengan Zarina kepala kitaorng gile2 masa tu..asal bergosip je gelak, asal gelak je bergosip..hahaha...aku dulu kalau boring  mengadap pc lama2 pegi tempat dia hilang stress..Zarina ni mudah terhibur..ada je idea nak bagi orang gelak ketawa..uwaaa rindukan babe zaman kegemilangan corporate com.

So plan la kami berjumpa di Bangsar Village..

Bila lama tak jumpa mula la cerita dari zaman A sampai ke zaman Z..hahaha semua nak diimbas kembali..

Pandai ko kan babe ambik gambar, cover baik punye..😂  Nora jangan nak cover sangat..hahaha

Punya lama tak makan nandos, last makan dengan Yana masa aku pregnant tahun lepas..

Apa ni ayam kecik giler..celah gigi je ni makan..dulu ayam nandos besar2 kot..sekarang apasal kecut..

Nora tak lepak lama dia ada hal lepas tu..pastu pagi tadi terserempak dengan Nora, tanya aku dengan Zarina lepak sampai pukul berapa? aku jumpa kawan aku kejap je..tau lepak balik jumpa ko dengan Zarina..laaaa awat tak habaq..yerla takut ko dengan Zarina dah balik..😁 rugi rugiiii..hehe

6 bulan dah mak buyung kita ni..anak first, perempuan sebaya dengan Raiisah..nombor dua ni pon gegirl gak..aku doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ko bersalin babe..nanti dah bersalin jangan lupa bagitau kawan2.. 

  Peluk cium sayang sebelum pulang..eh lupa babe..tq babe beli lipstik, loose powder dan DD Cushion Kaay..borong semua sekali..thank you sekali..😘

Pastu laju2 balik tak sabar nak gomol Afif..

piece : kathyjem

Monday, March 20, 2017

Adik dah 5 Bulan!

Salam semua..hari ni Afif Uthman bin Affan sudah 5 bulan..Terima kasih Allah! Pagi tadi bawak dia pergi cucuk kat Klinik Kesihatan..Syukur tak ramai orang pagi tadi..maybe hujan lebat dan cuti sekolah sebab tu la kot tak ramai orang..Settle hal adik bawak kakak pulak pegi klinik ambik ubat sebab dah 2 hari mekcha demam, risau la pulak kan..dah la tengah musim demam sekarang ni..doktor check suhu badan dia tak panas sangat, cuma kena pantau waktu malam je la, dia kalau malam suhu badan naik..nak tido pakaikan dia seluar pendek dengan baju singlet jer..

Ok sambung adik pulak, hari tu cucuk tak menangis, tadi menangis sikit..berat badan pon dah naik 7. 2 kg..patut la dukung makin berat naik satu kg upernya..baju pon banyak dah singkat..hujung bulan ni ada expo baby nak cari baju untuk dia..mummy suka cari baju kat expo baby sebab murah2 dan cantik..hehe..tapi kena pandai pilih la..

Ni la dark choc mummy, si hitam yang berisi..kadang orang confius tanya boy ker girl..celah mana pulak gegirl kan dik..terang tang tang muka boiboi betul, baju pon pakai boiboi, takde kot muka pompuan..hahaha pon orang tanya lagi..

Patang orang sergah dia, mesti senyum sampai ke telinga..tapi sekarang Afif dah jarak membuang  la..kenapa ek?? ke sebab dia menyusu badan..Raiisah dulu kerap gak berak baya2 ni..yang adik ni dah besor kurang pulak.. nak kata tak minum susu sangat..satu botl 40z abis dia minum..tu belum menetek lagi, sampai kempis dia buatnya..hahaha

Tapi aku baca2 normal kalau budak menyusu badan 2 3 hari tak berak tapi kalau seminggu tu tak membuang kena ambik serius la..Dah pandai angkat bontot kalau meniarap..kepala pon dah pandai angkat kalau baring..kalau baring atas tilam kekabu tu pon boleh tergolek sampai menangis..tilam kekabu tu kan macam tinggi sikit sebab tu biar dia baring atas comforter nipis..

Eh tengok gambar bila la up entry pegi Melaka kan..hehehe

Happy 5 months Afif Uthman..membesar dengan sihat ye sayang mummy..Mummy & daddy luv u!

piece : kathyjem

Wednesday, March 15, 2017

Kerana Ibu Jangan Sampai Buang Isteri – Pesanan ‘Win’ Ibu Kepada Anak &Menantu… Beruntungnya!

Bukan mudah nak mencapai kata sepakat dalam kehidupan berumahtangga, jika tiada persefahaman dan toleransi, masalah lain pula yang akan timbul. Lagi tambah memburukkan keadaaan apabila mertua tinggal sebumbung dan mencampuri semua urusan anak.
Di facebook, wanita ini kongsi pesanan ‘deep’ ibunya kepada semua. Memang terbaik. Alangkah beruntungnya jika semua mertua macam ni kan…

Repair dulu, rosak repair lagi..


Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tak terluka


sumber : Nurulbadiah Lai
*copypaste dari Oh Bulan 😊

Thursday, March 9, 2017

Ragam Afif Uthman

Lama tak cerita adik kat blog mummy kan..lately ni mummy kebusian..tak sempat nak update blog..balik kerja sampai rumah dah maghrib, lepas mandi susukan Afif, sembang2 dengan Mekcha zasss sambung part time Kaay..memang tak sempat la nak update blog..tu pon kadang2 tak sempat buat kerja part time Kaay..tak sempat hari ni sambung esok pulak..gitew la orang bekerja fulltime makan gaji ni..

Aku ni jenis tak suka kerja tangguh2 kalau boleh selesai hari ni, selesaikan jugak, kalau tak sempat baru sambung esok..kalau boleh nak buat semua hari tu tapi kekangan masa pulak..Hey! kathyjem nak berjaya jangan nak bagi 1000 alasan boleh tak..hahaha ok2 cakap kat diri sendiri.. =P kita macam tu la, baru kerja lebih sikit dah bising merungut, ce tengok usahawan2 berjaya macam Vivy Yusof tu,  tengok komitmen dan kerajian dia macam mana..mampu tak nak ikut macam tu.. *tak mampuuuu dik T_T hahaha 

Tapi aku dah set, se-busy macam mana pon at least seminggu 2 or 3 kali blog kena jugak update..kalau ikutkan hari2 nak update weiii..tapi apa kan daya..sayang nak tinggalkan dunia blog..blog ni tempat aku luahkan apa yang terbuku dihati, share dengan korang2 semua, dapat ramai kawan2 walaupon tak pernah berjumpa..kalau boleh buat, dah lama belah badan ni jadi dua orang senang sikit..hahaha 

Afif pon dah nak masuk 5 bulan..sekarang ni lain maciam sikit dia punye perubahan..takde la maciam sangat..perubahan biasa untuk budak2 baya dia..hihihi

Afif sekarang dah pandai mengiring..macam pagi tadi elok je aku abis gosok baju tau2 dia dah meniarap dengan angkat2 bontotnye sekali..penuh hingus kat mulut tangan..padahal elok je dia baring main2 jari dia..Afif kalau meniarap hingus mesti keluar..napa ek macam tu? Raiisah dulu takde pulak macam tu..

Hari tu demam kejap..demam nak beralih bulan mak kata..Afif kalau demam aku mesti tanggalkan baju, pakai pampers jer..bagi suhu badan turun..makan ubat hari ni esok tu dah baik..demam nak pegang toys ye Afif..

Afif kelmarin kena gigit nyamuk..balik kerja terkejut tengok dia penuh gigitan nyamuk kat muka..mak kata pagi tu mak bawak dia keluar, teman mak berkebun belakang rumah, takde pulak kena gigit nyamuk sebab mak pasang kelambu, dia dok dalam stroller..tidur dalam buaian kena gigit pulak dgn nyamuk..alahai nyamuk suka cium Afif yer..

Sekarang kuat menyusu..sampai hari tu mak call, suruh beli botol susu baru yang besar sikit..Afif tak boleh dah minum botol susu baby yang 4oz, memang tak cukup..mak buat 4oz, nangis2 nak susu lagi, kena tambah 2oz baru cukup..omg anak!!! 6oz awak minum..baru 4 bulan lebih tau..mengadu kat Affan, Affan cakap dia ikut saya la kuat susu..saya masa baby botol semua besar-besar..hahaha yeker..baru ku tahu..ikut daddy dia rupanya kuat susu..hahahaha Raiisah dulu baby takde kuat pulak menyusunya..yerla baby boy kan memang la kuat menyusu nye..

Next week nak bawak Afifi suntikan imunisasi.. :)

piece : kathyjem

Monday, March 6, 2017

LIPMATTE PERTAMA DI MALAYSIA YANG SEJUK SELEPAS DIPAKAI & BERBAU COKLAT

Alhamdulillah Kaay Cosmetics sudah mengeluarkan lipstik iaitu lip Matte..berangan mak jenin aku dengan Yana nak ada lipstik jenama sendiri..akhirnyaaaaaa.. *Lompat kangaroo sikit..hahaha

Walaupun lambakan macam2 brand lipstik yang ada di pasaran sekarang ini tidak mematahkan semangat aku bersamaYana untuk menghasilkan dan mengeluarkan lipstik jenama sendiri yang di cipta khas untuk awak-awak yang mempunyai bibir sensitif..gitewww mukadimahnya..hahaha

Yerla awak bukan la nak cakap apa, kadang-kadang lipstik Matte ni kena tengok bahan-bahan dia..tulis pung pang pung pang tak sensitif la, bibir tak kering la, merawat bibir la, macam-macam la, alih2 lepas pakai bibir merekah teruk..yeee ahkak pernah kena la berani cakap..sebenarnya susah nak cari lipstik Matte yang tak mengeringkan bibir..sebab tahu masalah ni sering berlaku dekat aku dengan Yana so tercipta la Kaay Matte Creamy!

Nanti aku share dengan korang apa kelebihan Kaay Lip Matte ni dengan lip matte yang ada kat luar sana tu..

Sebelum tu layan dulu colour-colour Lipstik Kaay Matte Creamy ni dulu..

Cantik2 kan colour lipstik Kaay Matte Creamy ni..Untuk permulaan kami keluar 3 colour dulu..In Sha Allah coming soon kami akan keluar lagi colour-colour menarik, tertarik, tergoda gitew..hehehe..

Siapa suka pink boleh pakai Roserberry, siapa suka ala2 natural tapi tak nak nampak macam pakai lipstik, pastu nak melawa pagi2 pergi kedai mamak jurr tapi tak nak nampak muka macam tak mandi boleh la pakai Caramel..Siapa suka menyerlah, ala2 bibir mungil Kylie Jenner boleh pakai colour Red Velvet..

Yang penting lepas pakai mesti akan rasa nak makan sebab Kaay Matte Creamy ni ada bau cokelat & dan rasa peppermint yang beri rasa sejuk kat bibir selepas pakai..yes LIPSTIK RASA SEJUK YANG PERTAMA DI MALAYSIA..tidak ada lagi lipstik Matte yang berasa sejuk selain Kaay..gitcheww..kalau ada ehemm ehemm.. =D

Psttttttt!!! ni yang sebenarnya nak bagitau korang ni..kelebihan lipstik Kaay Cosmetics dengan brand-brand di luar sana tu..

💋 Memberi kesan lembab dan tahan lama.. Walaupon dah makan, lipstik tetap ada di bibir..

💋 Bau harum sher butter dan rasa sejuk..lepas apply terus bibir rasa seram sejuk..hahaha

💋 Tak mengeringkan dan tak mengelupas..yer memang tak mengeringkan, jangan risau bibir tak akan bengkak jadi lebam & hitam..

💋 Merawat bibir merekah dan sensitif..

💋 Terdiri daripada bahan semulajadi seperti Sher butter , Virgin Coconut Oil , Argan Oil , Seed Oil & Peppermint.

💋Wudhu Friendly & Mudah dibersihkan.
(Hanya guna wet tissue ajer).. Ni aku sangat titik berat bab pakai lipstik matte ni, sebab pernah beli brand oversea, banyak giler kot aku borong sekali nak basuh bawa solat ya ampunnn sikit punya payah nak sental..dah sental pon masih ada lagi saki baki tepi2 bibir..sebab tu Kaay Matte ni kami keluarkan senang dicuci walaupon dia matte..takde la ambik masa yang lama nak tonyoh bibir tu kan..

💋 Tiada Alkohol & pewangi kimia.

💋 Tiga pilihan warna : Red Velvet / Caramel / Roseberry

💋 Lulus KKM dan Halal

Bawah ni testimoni yang dah guna Kaay Matte Creamy..

Alhamdulillah baru launch seminggu lebih sambutan sangat-sangat unexpected..mana yang oder satu pcs mesti repeat oder lagi satu kan kan kan..hehehe bestkan..giler tak best, pakai2 terus bibir jadi Scarlett Johansson tau..siapa tak nak..matila nak puji produk sendiri..larikkkkkkk!

Meletop top top bibir2 ahkak-ahkak kita ni lepas pakai Matte Creamy Kaay..

Caramel, Roseberry & Red Velvet..mana pilih korang?? yang best lipstik Kaay ni korang boleh mix kan antara ketiga-tiga colour ni..

Red Velvet mix Caramel..

Caramel mix Roseberry..



Jom layan video Kaay Matte Ceamy ni!

Harga Rm35.00 (Sekarang ada promosi, beli 3 pcs RM99)
*tidak termasuk postage

Whatsapp 011 28811281 untuk oder!

piece : kathyjem

Saturday, March 4, 2017

Robi, Robot Paling Famous dan Bijak Di Dunia

Daddy Raiisah dari hari tu nak beli robot Robi ni untuk dia..Bila tahu daddy dia dah beli Robi kemain happy tak terkata..Kejap2 Raiisah tanya, bila Daddy nak pasang Robi ni mummy..al maklum la daddy dia dah kerja jauh ni kena la tunggu hari daddy dia cuti baru leh pasang Robi ni dengan gembira..Robi ni apa?? haa mesti korang nak tahu apa Robi tu kan..bawah nanti aku explain sebab Robi ni memang best untuk main dengan anak2..Bagi minda anak kita berkembang sambil berfikir giteww..

Mekcha yang excited tak sabar nak main dengan Robi..Ada 8 step semuanya..Ada 8 issue dalam Stage 1 (70 issues semuanya).

Dalam kotak ni semua ada, macam mana nak pasang, apa fungsi Robi ni..korang ikut je step yang dorang bagi dalam kotak ni..

Step 1..

Step 2..

Step 3..

Step 4..

Step 5..

Step 6..

Step 7..

Step 8..

Setiap kotak akan dapat macam ni..

Robi ni adalah sejenis robot bestselling humanoid robot di dunia..Dia boleh berkomunikasi dengan manusia, dengan hanya menyatakan emposi melalui warna matanya jer..Dia boleh bercakap, menyanyi, menari dan mengawal peralatan dalam rumah..Perbendaharaan kata yang luas lebih daripada 250 frasa, menyediakan tahap yang mendalam tentang interaksi manusia dengan robot. Robi boleh bercakap dalam 3 bahas tau, Manglish, English dan Chinese.. Ia direka oleh ahli-ahli sains robotik yang paling terkemuka di dunia iaitu Profesor Takahashi..

Aololo homei hangat kalau Robi kecik macam ni..hehehe Ni sample rupa Robi yang sebenar..

Mujur daddy ada, kalau suruh mummy kau pasang Robi ni sampai ke sudah tak siap..hahaha

Setiap kali daddy dia bukak kotak, setiap tu la Raiisah tanya daddy dia.. "Ni apa daddy", "Daddy robot ni apa daddy", "Daddy nak main robot daddy"..hahaha..Jenuh daddy ko nak explain satu persatu..Raiisah memang suka permainan robot ni sebab tu dia teruja abis bila tau daddy dia nak start pasang..

Adik ni apa?? Ni robot adik..macam la adik kau faham kan...hehehe kakak oh kakak..hahaha

Ececece adik, dia pon khusyuk tengok daddy dia pasang Robi..tunggu adik besar ye dik, Robi ni bakal jatuh ke tangan adik pulak..hehehe

Apa itu Robi??

Ukuran: Tinggi: 34 cm - Berat: Lebih kurang 1kg.

• LED Light-up: terbina dalam LED membolehkan mata dan mulut Robi untuk bertindak balas terhadap kata-kata dan pergerakan. Matanya boleh bercahaya merah, kuning, hijau dan biru, manakala mulutnya akan mengeluarkan cahaya merah.

• Speech-recognition Board: Robi mempunyai  pengecaman pertuturan canggih diprogramkan untuk memahami frasa yang berbeza dan membalas dengan sewajarnya. Versi Malaysia akan dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa dan Cina.

•Microcontroller Board: Lembaga pengawal mikro berprestasi tinggi mengawal fungsi penting seperti gerakan dan reaksi Robi ini.

• Speaker: dada Robi ini termasuk speaker kecil untuk jawapan yang diucapkan beliau.

• Modul kawalan jauh: Mengeluarkan isyarat inframerah seperti kawalan jauh untuk set TV.

• Motion Sensor: sensor gerakan Robi ini mengesan kehadiran manusia dan akan bertukar mukanya sebagai tindak balas kepada pergerakan.

• Servo Motors: pergerakan Robi ini dikawal oleh seramai 20 servos. Mereka menggunakan sistem arahan Robi-servo untuk memastikan pergerakan yang lancar, dan mempunyai mudah, sambungan pendawaian teguh.

• Dual-purpose ‘Scarf’: cahaya biru fungsi ‘Scarf’ Robi sebagai pemegang yang mudah untuk mengangkat tanpa kerosakan pada tubuh dan internal wiring.

• Timer: Robi boleh mengira detik jumlah ditentukan minit, dan memberitahu anda apabila masa tamat.

Cleaning: Robi boleh menggunakan kakinya untuk menggilap permukaan meja atau permukaan lantai yang keras.

• Security Setting: Robi boleh meminta kata laluan dan bertindak balas dengan amaran jika dia mendapat jawapan yang salah

• Games: Robi tahu bagaimana untuk bermain pelbagai permainan, termasuk 'bola sepak' dan kuiz.

• Battery Charging: Apabila bateri Robi ini mula low, dia akan berkata 'saya lapar' untuk beritahu kita. Kemudian kita akan hidupkan charging seat, so Robi can start to recharge.

Abis dia pusing2 kepala robot tu..Robi ni jenis tahan lasak..Korang boleh cari Robi di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jasons Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Times, WHSmith, pembayaran FPX (melalui laman web).

Kalau korang nak maklumat mengenai Robi ni dan pertanyaan boleh call number 03-2168-3738 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 6pm) atau Email: service@deagostini.my.

Korang boleh datang dan tengok secara live launch event and roadshow dari 10-12 Mac 2017..10 Mac adalah date launch event pada pukul 11 pagi..Fun & Interactive launch Gambi iaitu 100 Robi akan perfom dan menari..Ibu bapa boleh bawak anak2 sebab ada hadiah best2 dari Robi dan juga berpeluang berinteraksi dengan Robi secara dekat..So nanti bawak anak2 dapat ke One Utama ok..

Jom layan video Robi ni dulu..


piece : kathyjem