Friday, December 29, 2017

Vokal Mantap Padu Hanis & Moen

Akhirnya dapat jugak karaoke dengan Hanis dan Moen..Sebelum Hanis beranak harus karok dengan dia..Dulu masa mengandungkan Qaiser pon kiteorang karok jugak..Qaiser yang berbaju merah itu..Ami karok dia wajib ikut jadi bodyguard Ami..hihi

So balik kerja semalam terus roger Moen dengan Hanis..Moen kelmarin adalah hari last bekerja kat AIR Selangor..next week start dah kerja company baru..so alang2 celebrate sekali.. giteww celebrate katanya..

Sebelum cerita lanjut mari kita memperkenalkan Moen, Hanis, Qaiser dan Mak Hayam..

Orang kuat hiking ni..setakat panjat gunung Kinabalu tu celah ketiak je Moen cakap..😜


Masa ni tengah tunggu Hanis dengan Qaiser..so lepak kat Teh Tarik Place..banyak gak kedai makan kt dalam Wangsa Walk ni..hari tu aku datang dengan Eira kemain berpusing-pusing cari kedai makan..

Sambil makan sambal berbincang next projek dengan Moen..next projek la sangat..hahaha gosip je lebih..borak dengan Moen ni memang satu hari tak cukup..dulu masa kat Corporate Com. sehari tak dengar Moen menyakat aku tak sah..ada je lawak bodoh dia buat..uuwaaa rindukan Moen zaman kegemilangan kita kat Corporate Com. dulu kan..😣

Posing depan pintu masuk pon jadi ye Mak Hayam..

Finally jumpa Hanis setelah 8 bulan kita tidak ketemu kan nok..Hari tu call Hanis borak2 dengan dia, dia kata kandungan dah masuk 6 bulan tup tup semalam jumpa 8 bulan dah..😱 cepat nok masa berlalu..kang tau2 ko dah beranak..jangan lupa roger aku nok..

Melantak ni pulak..What diet? hahaha dalam kehidupan Kathyjem tiada istilah diet ye, yang ada cuma bersenam jer..gitewww ayat acah-acah tips kurus..😝

Dua orang ni suara memang sedap..dapat tang aku ke laut Indian perginya..hahaha Lagi2 Hanis suara memang power gile..

A post shared by kathy jem (@kathyjem) on


Tak caya korang tengok kat ig aku betapa sedap dan lunak suara Hanis..bukan omong kosong ya buk, kalian tengok sendiri video Hanis nyanyi..

Nok kalau suara aku sedap macam ko Nok dah lama aku jadi macam Siti Nurhaliza nok..hahaha Kan sedap dan power kan suara Hanis..mengandung pon rileks je boleh tarik tanpa semput sambik duduk..

Ni si kenit Qaiser pon boleh tahan nyanyian dia..lepas dia nyanyi,  dia lagi nyanyi..hahaha pandai pulak request lagu..lepas mintak lagu Amboii amboii, mintak lagu Hang Pi Mana pulak..berbakat macam Ami dia jugak..esok besar ni menyanyi suara mesti sedap macam Ami dia..

Dok sebelah vokal mantap mengigil aku nak nyanyi weiii..hahaha over tuuuh..

Sebab tengah viral lagu Pematah Hati harus la kena pakai jaket macam Nabila Razali jugak..mula pakai jaket ti kemain confident joget style Nabila Razali, sekali Hanis tegur..Nokkkk baju ko senget..hahaha apa daaa butang baju pon senget..πŸ€ͺ

Beria aku bawak jaket takut sejuk sekali panas la dalam tu, aircond tak rasa sangat..

Mekasih Moen sudi berduet dengan Minah senget ni..hahaha 3 jam melalak hambik ko..nasib baik la dorang ni power2 menyanyi..rasa2 tak boleh tarik aku pass kat dorang..huntung ada geng suara Mariah Carey ni..πŸ˜†

Abis karok terus chow..Bye Moen Hanis..good luck Moen..nanti kerja tempat baru jangan lupa aku dengan kawan2 lain tau..

piece : kathyjem

Thursday, December 28, 2017

Sakit Perut Sebab Apa?

Halo halo..watpe tu..kerja ke cuti? kita masih kerja lagi cuti dah abis..hahaha eh tapi next week cuti nak hantar Raiisah sekolah..seminggu ni pekik terlolong je kat telinga mummy, saya nak pegi school mummy nak pergi school..ye ye next week kakak masuk school..ce sabor cikit..excited kemain tak sabar jumpa ticer kawan2 yer..

Jenuh sekarang ni nak jawab soalan dari Mekcha ni..sehari tak 20 soalan tanya mummy tak sah..pastu dok 80 kali ulang soalan yang sama sampai kejung mulut mummy ni nak jawab..hahaha sabor je la..

Pagi tadi bawak dia pegi klinik, dah masuk 3 hari cirit birit dengan sakit perut..ingat dah ok tapi semalam tengok cirit masih ada lagi nasib baik muntah takde..hari yang sebelum dia sakit perut kena cirit, Raiisah makan maggi, lepas makan maggi terus sakit perut..sekarang ni dengar maggi je dah takut..daddy dia la yang masakkan untuk Raiisah..merengek2 mintak dari daddy nak maggi..dia tau kalo mintak kat mummy memang mummy takkan bagi, apa lagi telinga daddy kena bebelan la dari mummy..ni anak sakit kan dah susah..erghhh! 

Muka di pagi hari..hahaha Mekcha sebelah tu mengamuk tak muka dia kena rakam..perasan retis la tu..doktor kata kalau dua hari masih cirit lagi kena datang balik klinik, doktor akan transfer terus ke hospital..

Hi Kakak..sian dia sakit perut ye..ni pon jenuh pujuk nak bawak pegi klinik..masa gerak nak ajak mandi menangis2 tak nak pegi klinik sebab takut nak makan ubat..ye korang Raiisah ni nak bagi makan ubat, ya ampun sikit punye payah..bagi ubat je pon macam kena dera..cepat sihat ye kakak..weekend ni boleh bawak kakak dengan adik mandi laut kalau kakak dah sihat..tadi doktor check ada demam sikit..

Sebelum keluar rumah nak pergi kerja janji dengan Raiisah..kakak, kalau kakak makan ubat nanti mummy beli toys untuk kakak ek..mati la balik ni kena beli..hahaha πŸ˜…

piece : kathyjem

Tuesday, December 26, 2017

Pancake Mudah dan Sedap untuk Mekcha

Hari tu cuti 3 hari jaga Mekcha dengan si adik..Mak dengan Abah pegi honeymoon..hahaha tak la, abah dapat jemputan percutian ke Perak bersama Seniman Veteran..alang2 tu abah bawak Mak sekali bercuti..so nak tak nak terpaksa aku cuti untuk jaga anak..kasi can la mak dengan abah berhoneymoon..nasib baik la hujung2 tahun kerja dah tak banyak..

Seronok betul 3 hari golek2 dengan anak..Celik mata sampai nak tidur dok tengok dorang depan mata..selalu  rasa time macam ni hari weekend jer..best betul..rasa nak berhenti kerja jaga anak terus..hahaha

Balik dari hantar abah kat Finas hari tu terus beli barang dapur..topup barang dapur yang dah takde..

Sebabkan Raiisah suka makan pancake maka beli la instant pancake..nak sukat2 berapa kilo tepung nak bancuh tak reti..senang beli yang dah siap semua bahan cuma tambah air ngan telur jer..kalau nenek ada takde instant2 ni yer..hahaha

Dari dulu suka brand Nona ni memang rasa pon sumpah memang sedap..see kat belakang kotak dah siap bagitau cara2 nak bancuh..ada lebihan boleh simpan dalam peti ais..seminggu gak boleh tahan..

Senang sangat korang takyah pening just tambah sebiji telur, minyak masak, air masak atau susu..takde susu full cream air masak jer pon dah sedap..

Tengah syok ambik gambar Mekcha bangun pulak..Mummy mummy saya nak buat pancake..

Campur ke semua bahan sekali gaul sampai sebati..kena cair baru pancake tu gebu nanti..

Tadaaa siap dah..bancuh tak sampai 5 minit, masak pon tak sampai 5 minit..senang sangat awak..sesuai untuk mak mak yang nak cepat sepantas kilat dan pemalas macam kita ni..hahaha

3 keping abis Mekcha telan..dia nak kosong je pancake tu, tak nak letak apa2..

Adik rileks je letak peanut ke jem ke dia telan jer..bagi batu kayu pon dia boleh telan..🀣

Ok tu je saje nak share hari weekdays selama 3 hari menjadi bibik..hihihi

piece : kathyjem

Wednesday, December 20, 2017

Siapa Nak Produk Cetaphil?

Halo halo halo! hari ni nak share pengalaman sendiri menggunakan produk Cetaphil..Sebut Cetaphil semua pon tahu kan produk Cetaphil adalah dermatological skin care brand nombor satu di Malaysia..Sebab apa nombor 1 di Malaysia? sebab dia terbukti dapat membantu orang ramai di luar sana mencapai kulit yang lebih sihat dan segar. Kulit muka dan selurah badan juga dapat digunakan. Best lagi dia dipercayai dari ahli dermatologi dengan formulasi lembut dan klinikal. Dengan kulit yang baik, pasti kita boleh rasa keyakinan yang lebih tinggi.

Cetaphil ni dia non-comedogenic which is dia sangat sesuai untuk kulit sensitif..Kulit aku ni pon kadang2 keluar gak jerawat ruam2 atas dahi kalau tak cukup rehat or terlebih makan makanan yang oil..so nak kurangkan ruam halus2 kat atas dahi basuh dengan Cleanser Cetaphil..

Hasil dia boleh nampak dalam 2 3 hari..Bila guna pagi dan malam sebelum tido, esok bangun dah nampak jerawat halus tu kecut sikit..Cleanser Cetaphil ni takda bau dan berbuih..Memang lepas basuh kulit muka rasa segar dan lembut bak sutera giteww..

Fungsi Moisturizing Cream ni sebagai pelembap wajah dan badan..Bukan hanya untuk aku je pakai, Raiisah & Afif pon aku pakaikan juga..

Calit sedikit jer dah boleh cover satu tangan..Cepat meresap dan senang diratakan..Best tak melekit langsung..Tambah pula dia ada sweet almond oil dan emolien semula jadi which is very good for skin kan..

Moisturizing Cream ni memang tak berminyak langsung..Untuk jadikan base makeup pon boleh..sebelum taruk foundation calit nipis Moisturizing Cream ni kat muka..Kulit memang tak rasa malnourish..Duk dalam aircond pon takpe, kulit maintain lembap..Sesuai untuk semua peringkat umur dan nak gunakan setiap hari pon boleh takda masalah..

So sempena Cetaphil meraikan ulang tahun yang ke 70 di seluruh dunia, Cetaphil mengajak korang semua untuk menang 70 hamper untuk 70 orang dengan hadiah bernilai RM270..Macam mana nak join? Senang je nak, just 'Komen bawah dan ceritakan kisah kulit anda dan bagaimana Cetaphil boleh membantu? Cerita tulen yang paling menarik akan berpeluang memenangi hamper produk Cetaphil bernilai RM270..

Korang try jer mana tau rezeki berpihak dekat kita dan terpilih boleh la dapat hamper yang mangandungi Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moist Lotion dan produk Cetaphil lain..Bestkan! so apa lagi harus la ko join..

Untuk T&C boleh check di Fb.com/cetaphilmalaysia

piece : kathyjem

Tuesday, December 19, 2017

Bebelan di waktu petang

Apa ni taip delete taip delete..Macam2 nak update ni haaaa sampai tak tau nak mulakan yang mana dulu..hahahaπŸ˜€

Mana yang follow Kaay Cosmetics mesti tau kan Kaay ada buat Flash Sale sampai 15%..harga memang kow kow HQ bagi jatuh terduduk tergolek Kak Senah hoiii..rugi sangat siapa yang tak grab hari tu..Sebabbbb selalu harga jatuh terduduk ni memang hujung tahun je HQ bagi, hari lain bulan lain tak dapek lerrrr..Memang tak menang tangan la HQ nak handle panggilan bertubi-tubi masuk masa sale hari tu..nasib baik tangan tak bersimpul..hehe

Sejak ada ring light ni rajin la ahkak selfie selfiot..kalau tak 10 juta kali selfie dalam kereta jer..

Flash Sale Kaay bermula 1.12.2017 sampai 12.12.2017 hari tu..ye dah tammat awak..mana yang tanya nak dapat harga jatuh tergolek ni lagi tak dapek la ahkak nak nolong awak..tunggu tahun depan la baru ahkak boleh nolong awak balik..hehe tu la time sale tak nak masuk meminang dah abis sale baru teringat nak meminang yer..

Kebetulan masa hari last flash sale tu aku cuti singgah rumah Yana hantar barang..so alang2 tolong balut barang sekali..masa balut tu hati baaaaanyak berbunga-bunga tau tengok korang tak henti2 support local products..Terima kaseh korang..Nanti free esok nak buat live kat FB nak bagi FREE DD Cushion dan Loose Powder..siapa nak??

Ye awak sis pakai semua produk dari Kaay Cosmetics kecuali blusher, mascara dan eyeshadow..Produk Mesra solat dan senang giler nak cuci..Paling best lipmatte Kaay iaitu lipstick Matte Pertama kat Malaysia ada ada rasa mint dan bau cokelat..bila calit kat bibir memang buat kita rasa nak kunyah2 je bibir tu..Juga merawat bibir merekah dan sensitif..tak ada alkohol dan pewangi ye awak, semua bahan semulajadi iaitu Minyak Kelapa Dara, Argan Oil, Seed Oil, Peppermint dan Sher Butter..Jangan risau lipmatte Kaay ni memang tak mengeringkan dan berkerak..tak percaya korang boleh usha kat IG Kaay Cosmetics..

DD Cushion dan Loose Powder pon sama aku takyah bebel panjang2 korang boleh tengok testimoni kat FB & IG Kaay okay..kay kay kay..hahaha Kannnnn, kan senang nak sebut Kaay, ingat Okay ingat Kaay..😝

Lupak nak share, Lipmatte Kaay ada 4 colour, Roseberry, Caramel, Red Velvet dan Honey Toffee..Ke -empat2 colour ni semua best seller..coming soon Kaay akan keluar lagi colour baru..confirm korang akan suka punye colour baru Kaay ni..tunggu okay..

Siapa yang nak oder Bag Makeup Kaay yang macam2 boleh sumbat ni masih ada lagi..tapi tak banyak dah tinggal..Nak oder boleh direct whatsapp nombor ni 011-2881 1281..selaju jet pejuang kita balas..

Masa ni baru lepas buat live di FB..share tips nak buat kening..hehehe sebab ramai tanya aku macam mana nak buat kening versi Kathyjem..hahaha so aku share la sikit tips2 mana yang aku tau walaupon tak pandai sangat..

Ok tu sajer nak cerita..Afif dah meminta-minta dukung..bye2..

piece : kathyjem

Monday, December 18, 2017

Movie Makan2

Sabtu hari tu bawak anak2 jalan..hari weekend la hari paling gembira untuk Mekcha..adik tak tau apa lagi tunggu esok dah besar, dia pon pandai suruh kita bawak jalan2..

Hari2 mummy balik kerja kakak tanya bila nak bawak dia jalan2..sian cuti sekolah ni takde bawak dia pergi bercuti mana2 pon..tunggu rezeki daddy cuti lama ok sayang, nanti mummy dengan daddy bawak kakak mandi swimming pool..

So tak tau nak buat apa hari Sabtu tu bawak la Mekcha tengok movie..dari hari tu dia nak tengok cerita Coco..hari tu Nuffnang kasi tiket free movie Coco ni tapi last minit tak dapat pergi sebab dapat invitation event kat Johor masa tu..

Kita keluar awal sikit sebab keluar lepas lunch confirm anak2 nak tidur waktu tu..Senang sekarang ni Afif dh boleh duduk car seat kakak..jimat duit daddy takyah beli baru..hahaha mujur la car seat kakak tak nampak gegirl kalau beli hat munga2 confirm kena beli baru..nampak Afif dah macam kakak dia suka hisap jari..setiap saat kena tengok dia hisap jari ke tak..Mekcha kemain marah adik dia hisap jari padahal dia pon sama hisap jari gak..πŸ˜‚

Afif ketiduran masa ni sebab awal pagi dah bangun..

Sebelum nak keluar rumah sajer la bukak trailer movie yang terbaru cerita Deep, kisah seekor sotong..cerita tu macam best je..Afif mesti suka tengok sekali Mekcha kata no mummy tak nak tengok Coco jugak..

Sementara menunggu daddy beli tiket dan popcorn moh la layan Mekcha main lego..eh bila pulak lego ni bersepah macam ni, selalu elok tersusun je..maybe saje nak bagi kids main kot..rasa bahang betul kat sini, rambut Mekcha pon dah macam hantu kak limah, tergaru2 kepanasan..

Adik jugak rileks tidur..sat lagi dalam wayang mesti bangun punye ni..Afif ni telinga lintah sikit..

Lepas tengok movie Coco terus cari port makan..lapar nasi..makan kat Pappa Rich la situ sure ada nasi..Mummy saya lukis sudu..wahh cantik kakak..sekarang ni dia buat apa kena puji, kalau tak muncung sedepa..Dari start wayang sampai abis muka ada senyum..suka la tu cerita yang dia nanti2 kan dapat tengok..

Adik pon sama..dari awal start movie sampai dah nak abis, elok molek dok atas riba mummy cuma masa kaki mummy dah lenguh tu letakkan dia atas riba Affan..masa tu dia start nak turun tangga selebihnya layan movie sambil makan popcorn..ye ye je adik ye tengok cerita Coco tu macam faham bebenor..

Dah makin besar ni makin geram pulak dengan muka rambut kerinting macam tu..memang Afif sekarang memang suka buat mimik muka..

Dah pandai cakap..kalau tunjuk atas mesti akan cakap “Antik” maksud dia cantik..tunjuk kipas pon boleh dia cakap cantik..πŸ˜‚

Untuk anak2 oder nasi ayam..daddy dia oder char kuey teow..eh b oder char kuey teow lagi, bukan malam semalam dah makan char kuey teow ker..haiyoo daddy..hahaha lama pulak rasa tak makan laksa so aku oder laksa..

Pastu bebel2 b dah gemok la, muka dah tembam lagi..menyesal makan banyak2 la..derrr padahal memang nak makan kannn..rasa bersalah la tu makan banyak2..hahaha kenapa Affan rasa bersalah sebab pagi sebelum keluar rumah aku masak nasi goreng, 2 kali dia tambah..😜

Ni dia yang oder roti kaya dgn peanut..untuk anak konon..hahaha

Afif pon kenyang makan nasi ayam separuh..dia pon cuit2 je roti tu..aku memang tak larat la nak abis..satu mangkuk laksa aku bedal..lepas makan konon nak bawak anak jalan2 lagi tapi masing mata dah kuyu..apa lagi balik rumah tidur la..hahaha

piece : kathyjem

Friday, December 15, 2017

Mengidam Lain Maciam

Yeahooo dapat jugak makan Boot Noodles..aku rasa kat setahun kot tak makan sini..mengidam mengalahkan orang mengandung..hoii jangan sebut mengidam seram..hahaha

So lunch tadi ajak la geng office teman..mujur kt KL Gateway ni ada Boot Noodle..baru bukak rasanya Boot Noodle situ..senang sikit dekat..

Dari jauh dah nampak orang tengah beratur..Confirm ramai..kitaorng pilih menu dah macam meeting berdiri tegak muka serius macam tu..hahaha

Tempat kecik, waktu lunch ermmm sendiri mau ingat tunggu macam mana..

Punye lama tak makan, tau2 dah ada menu baru..macam menarik je semua..tujuan utama nak makan sangkaya steamed bread..so takde la oder merapu2..hahaha yeker? 

Geng office..Sorang takde masa ni, Farah..Lari ke toilet ke cuci mata pompuan tu..


Macam biasa jiran sebelah meja harus ada..

Beef Thai Rice Noodle..punye lama tak makan..harga sekarang dh RM2.20..dulu RM1.90..naik 30sen..ermmm ok oder 4 mangkuk cukup la..

Ni pon yang ditunggu..teringin giler weiii..sedapnya dapat makan..tapi roti dia tak lembut sangat maybe dia tak stim lama kot..tah dulu selalu makan Boot Noodle Jaya One, situ semua sedap..

Bayam goreng..benda alah ni makan ramai pon tak abis..cepat muak kan..

Ni namanya Fried Mantou & Patongko..menu baru rasa ni..yeker baru tah2 dah lama..hahaha yerla lama tan mai kan..

Kak Yana macam biasa tak oder Chicken Meat Ball tak sah..wajib oder yer..

Perut dah kenyang apa lagi cuci mata la..hohoho tapi aku tak la shopping teman Kak Yana..nafsu shopping kt mall dah kureng suka shopping online..hahaha huit tu lagi bahaya..tekan phone ada je tangan tersasar ke tempat lain..πŸ˜†

piece : kathyjem