Thursday, January 25, 2018

Bukan Training Lawan Terus

Ahad tu ada training netball..awal pagi bangun terus zazzz masak sarapan pagi untuk anak2 dan bapaknya sekali..malam sebelum tu dah masak nasi..pagi tu campak2 je..alaa masak nasi goreng je pon bukan susah pon..haha takyah pening2..

Training start kol 8.30 pagi sampai kol 11..

Ini white choc dgn dark choc kena tinggal dengan daddy dia..dorang ni dah biasa bangun subuh..so takde hal la kena bangun pagi..sebelum keluar rumah sempat la suap dorang nasi goreng..

 Nasi goreng planta tak letak cili..kesukaan Raiisah dan Afif..


Sebab daddy dia suka makan pedas harus kena ada cili padi..Affan kata ni dah macam makan dengan ikan bakar ni..hahaha jadi la b janji awak makan nasi goreng tu ada rasa pedas..nak masak asing2 tak koser..


Awal pagi dah terpacak kat INTAN..


 Cuak masa ni, masa sampai2 ternampak kelibat dari team yang tak kenal..dalam hati, dorang pon training kat sini gak ke?!! sekali coach bagitau ada 3 team yang kiteorang kena lawan..omaiii..terus cuak..hahaha tapi aku tak la cuak sangat sebab permainan simpanan jer..


Coach bawak team dia..giler main laju giler..mau tak laju sorang dari player asia sorang wakil negeri la..seronok tengok dorang main..belajar sesuatu dari friendly match hari tu..


 Mekasih pada semua yang terlibat friendly match bersama Air Selangor..


Sekarang ni training 2 kali seminggu..dapat bertahan ke tak aku ni..hahaha memikiorkan setiap petang nak ambik Mekcha..buat masa ni Abah tolong ambikkan..

piece : kathyjem

Monday, January 22, 2018

Keluar Ronda2

Halo halo..weekend hari tu bawak anak2 jalan2..memang plan sabtu hari tu nak pergi rumah opah Kajang..tapi tak bawak kereta sajer naik public transport..Hari2 Mekcah memekik nak naik train nak naik train..dia tu hari2 naik train pon dia suka..so daddy dia plan l naik bus pastu berhenti Bandar Utama naik MRT..nak bagi anak merasa naik bus..

Semua semangat bangun nak naik bus..awal pagi dah tercongok depan stesen bus..Muka Mekcha yang suka sabotaj gambar mummy..

Giler bertahun tak naik bus..dulu2 suka naik bus mini sebab orang2 yang naik bus mini bukan calang2 tau sebab yang naik tu kalau tak melambung ke atas bukan bus mini la tu..hahaha pastu kalau lupa ikat rambut siap la orang sebelah boleh bau rambut yang menggerbang tu..

Daddy dia hari tu pernah naik bus..so dia tau la selok belok nak naik mana nak turun mana..kalau aku sorang2 mau mengagau..Afif muka blur..mesti dia tertanya2..aku sedang naik apakah ini?!!!

Sekarang semua public transport guna touch ngo..tapi kalau baki touch ngo tak cukup boleh je guna wang kertas..duit baki tak pasti dia pulangkan ke tak..rasanya macam tak jer, kena sediakan wang secukupnya..

Pastu berhenti kat Bandar Utama naik MRT terus ke Kajang..nanti Opah tunggu kat sana..

Afif dah start buhsan..si dark choc ni mana leh stay satu tempat lama2..abis dia tawaf dalam MRT..nasib la daddy dia ada..kalau mummy dengan dia je mau aku jadi penghibur dalam tu..

1 jam lebih nak sampai Kajang hoiii..lama benor rasanya..kalau naik kereta elok molek dorang dalam car seat..ni naik MRT masing2 jakun bebenor..

Dia sudah moody..nak roti tak bagi kadang kena denda RM500 tak pasal2 kakak..sat lagi sampai mummy bagi kakak roti..dalam MRT tak boleh makan sayang..

Cepat ambik gambar dengan mummy..nanti mummy bagi tengok bismillah (dalam youtube) terus muka pura2 senyum..dengar nak bagi youtube berubah muka ceria terus..mek drama betul..🀦🏻‍♀️

Sampai rumah opah terus masing2 zzzz..perut pon dah kenyang..opah masak beehun gun goreng, mee goreng dan ikan bawal masak nanas..mekasih opah..

Pastu opah bawak pegi Cheras Ikea sebab opah nak beli barang dapur kt Ikea..so nanti senang balik na 
nanti naik MRT je kat Ikea tu..ramai pulak budak2..tak jadi la main playgorund situ..Ada playground yang tak bukak lagi..

 Lalu depan kedai Smiggle..tren jenama aksesori, peralatan budak2 sekarang..nasib la Mekcha tak tau Smiggle ni apa..kalau tak kena siap menambung la dari sekarang..hahaha sebab barang2 dia semua ya ampunn mahai2..juling2 mummy nengok harga dia..eh aku pun hampir nak terambil jugak tau..hahaha sebab comel sangatttt..

Opah dia kata tunggu Raiisah darjah satu baru opah belikan..kalau sekarang beli takut hilang sebab kakak tak pandai lagi jaga barang..dah darjah 1 baru syok nak beli..sabar ye kakak next year nanti mummy beli kan..eh tapi berkenan la pulak botol air dia..cantikkkk😁

Petang tu balik lenggang je dalam bus..ada sorang dua jer..daddy dia cakap pengalaman yang best bawak anak2 naik bus dan train..cuba bayangkan kalau anak ramai terpaksa naik public transport macam mana la kan..aku yang anak 2 ni pon dah rasa huru hara..hehehe so jangan mengeluh merungut, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita..In Sha Allah..

piece : kathyjem

Wednesday, January 17, 2018

Teruskan Misi Ini

Halo halooo..kemain misi ko nak turun 4kg..hahaha poyo kan..iye azam tahun ni nk turunkan 4kg, tak nak banyak 4kg jer..kan turun mendadak macam orang tak cukup zat pulak..πŸ˜†

Dah set dalam kepala ni tak nak breakfast nasi lemak, tak nak mee goreng, tak nak lontong tak nak roti canai tak nak kariap 5 ketul..tak nak tak nak tak nakkkk..hahaha amboii semua tak nak abis nak makan apa? nak makan healthy food laaa..gitewww healthy food katanya..berapa lama healthy food ko tu? jangan acah2 healthy food sudah..pastu malam melantak nasi..hahaha

Ok2 kali ni confirm janji kat diri sendiri nak makan dalam kuantiti sikit especially nasi la..weii tak leh hidup weii tak makan nasi..perut aku ni dah la jenis macam tu nak kena nasi kalau tak dapat nasi menggigil satu badan..padahal sebelum beranak boleh jer seminggu tak makan nasi..iye la dah jadi mak ni takleh nak diet ketat sangat banyak tenaga nak pakai dik non..

Apa ingat mekcha je ada bento..mummy pon nak jugak..πŸ˜†

Sekarang perut dah boleh terima roti dengan telur 2biji..sampai tghari perut ni boleh bertahan kalau tak nak nasi lemak jer..makan roti je tak kenyang..

Lauk lunch tadi..ambik nasi sebesar penumbuk..ingat tak nak makan nasi tapi kena jugak makan sebab petang ni ada training netball..banyak tenaga nak kena pakai..kalau tak makan nasi aku akana ambik lauk banyak sikit..sedap betul daging gulai lemak ni dengan sayur ulam sikit baru 5hengget..air seringgit..hari2 makan macam ni boleb beli ipong x ni..πŸ˜‚

Muka maintain glowing walau cuaca kat luar dah start panas..hanya cepuk cepuk DD Cushion Kaay Cosmetics je korang..tahan sampai ke petang..uwaaa nak suhu 25c tu lagi boleh..hehehe best kan suhu sejuk feeling Genting Highlands giteww..tidur pon takyah pasang aircond..

Sebab tak tahan menegok bubur hitam masa makan tadi, terbeli jugak..feveret ni..dah nampak wajib beli..rasa dia perghhh perfect giler..tak manis tak berlemak sangat, rasa just nice sangat..murah pulak tu 2 hengget jer..penuh pulak tu..bye tu je nak kongsi..hibi

piece : kathyjem

Thursday, January 11, 2018

Mana Nak Cari Cermin Mata Macam ni??

Halo halo..memang tengah trend ek pakai cermin mata macam lofa pakai bawak ni?!! kat mana ek nak cari..sebab cari dekat kebanyakkan kedai cermin mata macam Lofa pakai ni mesti tak ada..berzaman dah kita cari tau..tengok Lofa pakai lagi berkobar2 nak mencari..

Hari tu pergi Nu Sentral ternampak kedai spek mata Owl, ada satu jer design macam Lofa pakai ni tapi tinggal bingkai hitam jer..bingkai colour gold dah abis..kalau ada nak yang gold nampak elegant sikit..hihihi 

Cantikkan Neelofa pakai cermin mata ala2 Rayban ni and suka tengok Lofa punya baju yang dia pakai sebab dia pakai colour favourite kita..colour2 pastel..😊

Idola sangat, orang putih cakap Beauty with Brains..bukan setakat cantik jer, cantik bijak and talented..Bukan senang nak berjaya macam Lofa berada tahap sekarang ni ye, 7 kali beliau jatuh bangun sebelum berjaya dalam perniagaan seawal usia remaja 
..Halangan, cabaran, jatuh bangun sudah pasti dalam mengharungi dunia perniagaan..wahh ayat suratkabar sangat..hahaha

Inspirasi sangat kann..eh tiba2 lari tajuk pulak..hahaha sooooo kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ni jangan la mudah sangat bagi 10 juta alasan..Hello, It’s me..I was wondering if after all these years..eh macam lirik lagi Adele je..kekeke😝

So nak berjaya jangan bagi alasan ye, buat dan terus fokus..bak kata Ibu Hetty fokus fokus dan terus fokus..dah dah dah cerita pasal cermin mata tersasar ke cerita busniess pulak..


Ni contoh modal2 yang pakai design yang aku nak cari ni..

See Justin Bieber pon pakai tau..hahaha tiba2 selit Justin Bieber..kt Hollywood tengah trend tau..

Mula2 sekali tengok Nabila Huda pakai tu la terus suka..tapi susahkan nak cari..kalau ada korang bagitau la kedai mana..nanti aku boleh terjah kedai tu..kalo ada boleh beli terus..😁 Kalau free sudi2 la komen and bagitau kita kedai mana☺️

piece : kathyjem

Tuesday, January 9, 2018

Cantek Tak Colour Baru

Haluuuuuuuuuuuuuu amboi kemain panjang halu nye tu..hahaha ngantuk weiiii..biasa la dah petang2 ni mula la mata terkebil-kebil tahan mengantuk..ok rehat jap jari jemari ni dulu..berpinau mata tengok nombor kat pc ni ha..

Sajer nak bebel petang ni..korang dah tengok Lipmatte baru Kaay..hohoho Cantek tak??? Semalam Yana buat coaching live kat group Kaay Fighters, kemain masing2 tak menyabor suruh Yana tunjuk colour baru..siap suruh mention nama baru tu apa?! haipp mana boleh bagitau tunggu la siap..hahaha tu mesti ada Kaay Fighters yang termimpi2 muka Yana semalam..hahaha masing2 tak focus dok sibuk tengok bibir Yana..cantikkannn colour dia..

Ni salah satu colour baru yang akan Kaay Cosmetics keluarkan..dalam proses lagi..In Sha Allah once siap kami akan bagitau nanti..tiba2 teringat kek, donut, air kopi atas meja..alangkah bestnyaaaa..

Sajer tayang 2 colour baru Kaay Matte Creamy yang Mak Hayam (kathy) & Mak Jemah (yana) tengah pakai..panggilan manja kami dari team Kaay Fighters..gitewww..

Once dah siap kami bagitau terus okey..tungguuuu!!! jangan ada yang termimpi-mimpi yaa tengok colour baru Kaay ni..😜

piece : kathyjem

Monday, January 8, 2018

Sopoong pon Sopoong la janji sedap

Halo halo..punye la aku dengan Eira bersemangat nak makan ayam korea disaluti dengan cheese, tup tup restorant tu penuh pulakk..cis! kempunan nak makan..

Sebelum cerita lebih lanjut jom tonton dulu muka dua minah ni yang teringin nak makan honey mustard cheesy fried chicken yang kempunan tu..hahaha

Nampak nampak penuhkan..aku dengan Eira masa mula2 sampai dah seronok dah nampak dari jauh restoran kfry ni sekali dah sampai OMAIII ramai giler orang beratur..pahal ramai sangat..k fine restorant tengah viral..padan muka aku dengan Eira siapa suruh datang time viral..hahaha

So takde pilihan terpaksa mencari restoran lain tapi nak makanan korea jugak..ko dah kenapa teringin sangat nak makanan Korea ni sangat..yerla nanti aku dengan Eira nak pergi Korea kena praktis makan makanan Korea dulu..ceitt! 😝

So jalan laju mencari kaunter information..senang tengok situ je nak makan mana..kiteorang kena rushing hari tu sebab abis makan nak cabut pegi Shah Alam pulak, ada appointment facial muka..entah sempat ke idok ni?!!

Ha ok jumpa gak makanan Korea nama dia Sopoong..moh la kita cari level 2, sedap ke tak sedap tak tau sebab first time dengar..maklum la ni baru 2 kali aku datang IOI City Mall ni..hari tu pernah datang dengan Affan bawak anak2, perghh ramai giler orang dengan nak cari lift satu hal, terus cancel nak datang IOI City Mall ni..

Bukan aku jer yang cakap benda sama Eira pon cakap, masa dia datang dengan Ciput bawak anak2 punye sikit payah nak tunggu lift kosong..penuh dengan orang muda yang sihat walafiat jer yang dok dalam tu..ni nak bagitau ye anak2 muda kat luar sana tu..kalau mana yang sihat tubuh badan tu pi la naik escalator, jangan la dok gatai nak naik lift..dahulukan parents yang bawak anak2 kecik, bawak stroller & warga emas..cuba ada kesedaran sivik sikit dalam diri tu, jangan pentingkan diri..sekian

Ok dah2 terbebel panjang pulak aku pasal lift ni..hahaha So lunch la kami berdua tanpa Yana di sisi..Sampai2 ok gak restoran K-pop ni..tenang je tak ramai orang sangat..Oo lupa Eira kata dia pernah makan sekali Sopoong restorant ni tapi dah lama dah..sedap gak Eira kata..moh kita oder..lapar teruk masa ni..

Semua menarik sampai tak tau nak oder mana..hahaha kebuluq kan memang semua la ko nampak sedap..

Dessert dia semua menarik2..ingat nak oder sorang satu, tengok meja sebelah tak jadi la..besar portion dia confirm tak abis kalau oder berlainan..

Sedapnya lahai air korea yang kitaorang oder ni..aku oder anggur hijau, sedap je rasa..Eira oder peach..

My manjer intan payung..

Dalam hati sempat ke idok nak lari ke Shah Alam ni..kalau tak sempat cancel la, boleh sambung shopping..hahaha tu pon sebenarnya yang korang nak kannn..πŸ˜†

Eira oder soup..nama dia tah aku lupa..lupa nak snap apa nama soup ni..tapi memang sedap giler la..beef apa tah..rasa macam nak oder je lagi yang Eira makanan..hoii jangan nanti tak abis..aku punye tu pon tak abis..

Mana2 makanan korea mesti ada kimchi..

Saya punya, Cheese Dakagailbi, Spicy Grilled Chicken with Cheese..Yang aku oder small RM26.50..yang small ni pon tercekik-cekik aku nak abiskan..tapi aku makan tak abis sebab lama2 jadi muak pulak..sapa hantu cheese memang licin la makan..aku ni tak boleh makan cheese banyak sangat nanti kepala masuk angin..dah tau badan banyak angin pi oder pasai apa..hahaha teringin punye pasal..

Yeaahaaa ni pon yang kami tunggu2 kan..namanya Traditional Bingan Snowflakes with red bean and sweet rice cake, RM19.50..tepat pilihan Eira..nak ikutkan aku nak oder manggo sebab tengok orang sebelah oder manggo tu nampak sedap jer..

Mujur la masa tengah makan dessert Eira call bagitau spa tu kami cancel appoitment terus lega kalau tak makanan tak dan hancur terus telan..hahaha tengok jam ermmm memang tak sempat pon..

Terbaik la makan kat sini..Kak Kathy bagi 5 bintang..service pon laju tiptop, suasana pon nyaman, tak serabut, makanan pon sedap..puas hati la..

Baru lah leh sembang dengan tenang..kalau tak, makan tak pandang kiri kanan..

Ya Ampunnnn ku udah bam bam..korang tak caya nah bukti sampai tercabut button seluar aku..kemain Eira mengekek gelakkan aku..hahaha

Al kisah macam ni, lepas makan tersandar kekeyangan kat kerusi tu..alamak rasa macam tak selesa la lepas makan perut ni..tup tup ada benda terpelanting..manjer!! seluar button aku tercabut la..hahahaha demmmm..orang kata kalau lepas makan bukak zip seluar, tu adalah petanda yang tidak baik..so mulai tahun baru nak cut makan malam..macam mana la badan aku tak mengembang..malam2 sebelum nak tidur kunyah bukan2..πŸ˜… 

Lepas makan sambung cuci mata..hahaha Penat dah cuci mata moh ler kita balik..nanti set appoinment untuk manjakan muka pulak..baru nak fefeeling muka cantik hari tu tak jadi pulak..takper hari lain kita dating lagi untuk manjakan muka..

piece : kathyjem