Thursday, August 2, 2018

Saka Malas Hilang Pulak Hari Ni

Assalamualaikum..halooo! amboiiii sakan nooo dua bulan tk update blog..saka malas nk update blog bertengek lak kat badan ni..hahaha tiba2 saka malas tu hilang pulak kt badan hari ni..tu yang tiba2 rajin update ni..😂

Tak tau la sebab apa rajinnya maybe Afif takde kt rumah ni, dia kat rumah mak demam tak sihat..lagi pon malam ni nak ambik suami kat airportttttt..ni pon 3 hari 3 malam dok mengemas rumah yang tak abis2 kerja rumah ni ha..nasib baik rumah cenonot, kalo rumah macam istana mau sebulan tak abis mengemas..hahaha 

Kena la kemas kang suami balik tengok rumah berabuk siap la kena bebel nanti..ata asyik dok rumah mak jer bila nak mengemasnya..hehehe

Gila weii 4 bulan tak jumpa suami..dulu suami kerja Singapore pon sebulan sekali mesti balik..Singapore berapa jam je dr Malaysia..naik bus dh sampai dah..

Suami kerja mana sekarang ni? Kerja di Dhaka, Bangladesh..hahaha mula2 tau Affan kena kerja kat sana gelak jugak la aku..yerla orang Bangla mai kerja sini, kita pergi negara dia pulak kerja..Hari2 dengar dia cerita pengalaman kerja kat sana mesti aku gelak macam orang gila..gelak pasal apa? jangan ditanya..nanti kena kecam..sekarang buat apa cerita apa semua orang nak viralkan..sejak dunia sosial media makin menjadi2 maka gaya penulisan pon kena la hati2..

Tapi takper la dah rezeki suami dapat kerja tetap kat sana bersyukur Alhamdulillah..dia pon tak tau berapa lama dia ada kat Malaysia..harap2 dapat la cuti sampai Hari Raya Haji..kalau tak menangis la akak depan cermin sambil mengenang apa la nasib ku..😂

Saje nak bagitau tadi kita lunch makanan orang diet..apa dia? 


Cak!!! haaa salad jer..entah la kenapa tiba2 teringin nak makan salad..ker rasa bersalah perut makin berlipat..hahaha hoii jangan tu perut anak dua..gitewww alasan..orang pompuan kan, bila rasa badan naik mula la makan salad konon2 besok akan turun berat badan..😆

Gigih tadi lepas makan sambung kemas rumah..


Sambil2 lipat baju tu sambil dengar Cikgu Petir share ilmu marketing..suka tengok Cikgu June bebel pasal dunia business..tak boring..ada je nak buat gelak walaupon suara nyaring macam ribut petir..hehehe

Next Cikgu June buat kelas marketing wajib join..Ok la nak sambung cuci bilik air lak..bilik jamban dh cuci dh semalam..kekeke bye!

piece : kathyjem

Monday, June 4, 2018

Depan Belakang, Atas Bawah, Kiri Kanan Sale

Salam Ramadhan yang ke-19..Buat apa tu tengah curi2 makan ker?? haippp jangan macam tu, Allah nampak tu..hehe

Ni nak bagitau dah dapat ke belum Raya Sale Kaay Cosmetics ni..Kalau belum apa lagi nak tunggu, tinggal minggu depan je lagi lepas tu nak raya dah..kang tak sempat abang posmen hantar kat rumah..

Kalau Kaay tak buat sale ni mau kena serang dalam whatsapp..hehe kita tau Raya ni banyak nak pakai duitkan..so time ni la korang boleh berjimat banyak..

Ok kita bagitau harga asal ek.. DD Cushion RM79, Blusher RM49 & Lipmatte RM35..Kalau korang beli bukan set total RM163, so nak jimat ambik la Set Balik Kampung ni, dah jimat RM23 kan..boleh simpan duit lebih beli lauk berbuka nanti..Kita bagi tau harga siap2 supaya nampak dan jelas..

 Siapa nak beli DD Cushion dengan Refill Pack sahaja boleh la ambik Set Raya Berganda..Nak beli Refill Pack je pon boleh ajer, RM49..

 Lipmatte pon korang boleh ambik 3 pcs daripada 6 colour yang ada..Cuma RM99 jer..

 Haa ni siapa2 nak simple ala2 natural look boleh ambik Set Rumah Mertua..


Open house rumah kawan nanti boleh pakai set Rumah Terbuka ni..hehehe

Siapa yang beli Set Raya Sale ni kami akan bagi FREE SAMPUL RAYA Kaay Cosmetics..nak beli boleh whatsapp nombor ni 01128811281..Ok laju2 taip sebab banyak kerja Kaay nak kena settle ni sebab weekend ni Kaay Cosmetics ada join Mood Republik Pwtc..bye nanti kita jumpa kat PWTC okey..

piece : kathyjem

Friday, May 25, 2018

Menu Ramadhan ke 8

Salam Ramadhan ke-9 semua..Wahh rajin Kakak kita ni hari2 update blog yer..hahaha Harus la bab makan memang kena laju update..alaa time ni la nak share bertukar2 idea masak untuk berbuka..kot2 la korang terbukak blog Kathyjem ni, pastu dalam kepala tengah fikir nak masak apa untuk berbuka nanti..haaa boleh la tiru resepi Kathy upload ni.. 😊

 Menu semalam simple ajer..Steamboat..hohoho Steamboat ni ada cerita..lepas tu togeh masak kicap, ikan tongkol masak gulai dan jering..

Togeh ni kesukaan abah..dalam peti ais takde togeh tak sah..hahaha senang je nak masak togeh kicap ni, bahan dia, togeh, tahu, dan daun kucai..hehe tu jer..eh tapi kena la letak minyak, bawang semua tu..

Ikan tongkol masak gulai ni favorite kami sekeluarga..Sajer masak lebih, boleh makan sekali dengan sahur..

 Jering ni abah dengan mak je makan..aku memang tak la..hahaha Makan jering masak sambal je, ratah macam tu idok lerrr teman..tak lalu pahit..aku ni ulam2 kureng sikit..abah selalu bising suruh makan ulam untuk kesihatan..hehehe Makan la jugak tapi tak semua ulam la..

 Eh tertinggal pulak ikan goreng..Ayam masak madu tu untuk Afif..

Haaa steamboat ni kalau tak nak makan time berbuka masa akak aku datang hari tu tapi dah tak jadi buka kt rumah simpan la untuk besok punye berbuka..nak makan sahur memang tak lalu la..Nasib baik kuah ok tak basi..Beli kat depan sekolah Raiisah..sebatang RM1 seringgit jer..

Ok next week sambung menu lain pulak..Selamat berbuka puasa semua.. 😉

piece : kathyjem

Thursday, May 24, 2018

Buka Puasa dengan Family di D Anjung Tasik Biru Kundang

Salam Ramdhan ke-8..Semalam kakak dengan anak buah datang rumah..kakak aku beria beli ikan semua tu konon nak masak rumah sekali tengok bilik belakang renovate dengan berpasir bagai terus dia kata makan kat luar la..hahaha

Lagi pon Akak aku dari dulu dok teringin nak makan Rumah Kedai Terlajak Laris tu dah alang2 tak jadi berbuka rumah mak sok decide berbuka kat Rumah Kedai Terlajak Laris..lagi pon dekat jer dengan rumah mak..Akak aku sampai dulu nak booking sekali tak jadi..kedai makan tu macam tk menarik, dia ada la carte  jer..akak aku nak buffet..So terus pergi steamboat kat Tasik Biru..tu lagi dekat, dari rumah 5 minit sampai dah..

Berhimpi2 naik kereta abah..bila lagi nak merasa kereta baru abah ni..hahaha Moh ler kita buka puasa di D Anjung Steamboat Tasik Biru..

Ini budak asyik nak berdiri je..aku risau tergolek je..nak bagi turun bawah abis dia pecut 100m..

Kakak dan Mak..Sama kan muka kakak dengan Mak..

Afif dan Mummy..nampak nampak mana dia nak duduk dalam tu..

Qasidah dan Selawat dari pelajar-pelajar Tahfiz..Sejuk dengar..

Pasangan sawit di abad ini..hahaha Nampak Mak malu2..abah rileks jer..

Jom kita tengok apa yang menarik kat D Anjung Steamboat ni. Abah dulu pernah makan so dia kata ok la..so mari kita tengok menu2 dia apa yang menarik..Kalau sedap next time boleh datang lagi..

 Aneka biskut..

 Kuih Muih..

 Badak berendam dia nampak macam sedap tapi bila dah buka tak lalu pulak nak makan..

Eh model la kat situ..hahaha

Aku rasa sini lagi banyak pilihan compare Soul Garden kat One Utama..D Anjung 1 kepala RM40, Soul Garden RM59..

 Sayur-sayuran..hahaha Orang diet elok je la makan ni..

 Anak buah aku ni kalau ambik tak hingat..macam2 dia nak ambiknya..

 Weiii kambing dia sedap giler..ni aku cerita ni pon tertelan2 air liur..Senang cakap semua sedap la..ayam pon sedap..Sedap dari Soul Garden okey..

Menunggu untuk berbuka puasa..tinggal lagi berapa minit je nak buka..yum yummm! Alangkah bestnya suami ada sekali..

 Anak buah sulung..Besor dah kan si Luthfi ni..Dulu duk Sarawak keding jer..dok KL semangat badan dia..dah kuat makan, dulu susah nau nak bagi makan nasi..sekarang terbalik, kena nasi gak..leh geng dengan atuk Jem ni..hahaha

 Selamat berbuka semua..Mekcha bila nak start puasa ni..

Tempat bakar ni besar..baru puas hati nak main bakar2..hehe

Sambung kuey teow sup utara..sedap kuah dia tapi sayang kuey teow tu keras..kalau lembut terbaik dah..hahaha complain banyak betul aku ni..

 Rojak terbaik walaupon hanya ada sengkuang, mangga, jambu dan nenas..kacang harus taruk lebih..

Ice cream keladi ni adik aku cakap sedap so harus la ambik 2 scoops..1 scoop kang takut tak cukup..serius sedap walaupon ice cream keladi je pon..rasa lemak tu sampai.. =P

 Sembang kakak dan adik..lepas berbuka baru leh membawang..hahaha

 Sebelum balik terima la konsert dari Mekcha dan Mayiesha..amboii kakak kemain ko ek..Afif tu teruja ke dengar suara kakak yang sedap tu..

Mayiesha pon tak nak kalah, hebat nyanyian dia..hahaha Ok2 dah jom balik..

So far aku dengan famliy puas hati berbuka di D Anjung Tasik Biru ni..harga dengan makanan yang disediakan berbaloi..aku rasa kalau korang nak datang weekend kena booking dulu sebab takut penuh..ni kitaorang datang hari biasa so boleh la makan dengan tenang, orang pon tak ramai.. =)

piece : kathyjem

Wednesday, May 23, 2018

Lauk Berbuka Puasa

Assalamualaikum..Salam Ramadhan yang ke 7..eh 7 dah..esok 8..jap kan masa bergerak..Hari tu puasa pertama tak dapat berbuka bersama family..tak boleh puasa, hari ke dua baru boleh..so masa hari pertama puasa tu aku kat rumah sendiri tak balik rumah mak..esok tu sahur sorang2..sedih..hahaha

Petang tu ambik Raiisah dari sekolah terus balik rumah mak, takkan nak berbuka sorang2 lagi kan, mau meratapi kesedihan depan nasi tu..hehe

Tadaaa!! menu berbuka di hari ke 2..meriahkan..Yang buat meriah tu kuih muih je, mak masak simple je, ayam goreng dengan sayur campur..yang tertutup tu bubur lambuk..paling kelakar bab kuih..aku nak kuih pelita, mak nak kuih badak berendam, abah nak kuih popia basah, Raiisah kuih karipap..adik laki je tak mintak kuih..Bayangkan kalau ada adik beradik 10 orang..jenuh abah nak beli semua..hahaha

Gitew la kemeriahan bila berbuka dengan family..huhuhu Affan je takde so kurang lengkap la sikit..

Ni menu berbuka hari ke 3..paling best mak buat dessert bubur sumsum, ada setengah panggil puding sumsum..

Syurga giler lepas makan nasi makan bubur sumsum..orang Perak bubur sumsum colour putih, kalau belah Kelantan tak silap ada color hijau..ada yang dm tanya macam mana nak buat sumsum..ampunn maaf kita tak tau resepi dia sebab yang buat mak..hahaha anak dia tukang makan jer..takper next time mak buat kita snap gambar and share dalam blog nanti ye..ni pon nak tanya mak asyik lupa je..

Besok tu lagi meriah menu berbuka, kakak buka kat rumah mak tapi tak sempat ambik gambar sebab kelam kabut sikit, kakak sampai pon dah nak berbuka..dengan orang datang nak repair dapur time berbuka tu..hahaha memang lupa abis..

Ni semalam punye lauk berbuka..Abah takde buka kat luar..so ni la peluang nak masak selain nasi..kalau abah ada memang tak la spaghetti2 ni naik kat rumah..memang abah jeling je la spaghetti tu..hehehe Ok la semalam tekak dapat pasta, dah seminggu berbuka nasi rasa tak lalu pulak..nasib baik mak pon ok suka makan pasta..kalau geng dengan abah gak pencinta nasi, hukhukhuk je la..

Dah nak berbuka baru hegeh nak masak..mak nak masak nasi, aku cakap takyah la esok je la masak nasi, hari ni kita makan owang putih..haha Biar orang masak.. Adik aku, aku suruh beli udang yang biasa tu, dia pergi beli udang galah..RM15 untuk 10 ekor..udang galah ni masak tomyam sedap la..kulit pon tak sempat nak kupas sebab nak cepat punye pasal..haha..jadi la pasta carbonara cuma kuah terpekat sikit..nak cairkan letak air panas sikit, selesai..

Ingat sahur tadi nak makan pasta carbonara ni sekali tengok tak lalu..kebetulan mak masak nasi putih bersama ikan bilis, telur asi dan sambal belacan..perghh!! memang ku jeling je pasta tu..hahaha semalam eksyen sangat tak nak nasi.. >_<

piece : kathyjem

Monday, May 21, 2018

Sambut Birthday Adik Bujang

Salam! Selamat berpuasa semua..entry ni bukan cerita pasal berbuka puasa tau, ni cerita pasal celebrate adik bujang yang bongsu ni sebelum bulan Ramdhan hari tu..Dia tak tau pon aku dengan kakak plan nak makan2 kat luar sempena birthday dia esok..Plan punya plan last2 kitaorang pilih makan di Soul Garden, One Utama..lagi pon dah lama tak makan situ..

Boleh blur2 nak parking mana? nak parking belah Aeon ke belah Parkson..Kakak aku sampai dulu..aku tanya dia parking belah mana, dia cakap Aeon..situ je parking yang ada, belah Parkson penuh..dekat 1 jam lebih akak aku cari parking..giler ramai orang..shopping persiapan raya ke apa..hahaha

Aku lagi bijak dah nak sampai Soul Garden baru perasan phone tertinggal dalam kereta, sebab tengah charging phone tak perasan..nasib baik ada adik sado, dia la pergi lari ambik phone aku..dah la jauh..Mak dengan Abah tak ikut sebab ada orang nak datang repair bilik..

Adik beradik..

Giler lama tak makan steamboat kat Soul Garden ni..ni round pertama..

Adik aku ambik lagi tak ingat..nasib badan sado makan kuat..dia maafkan..

Sorang tercekik, sorang sibuk ajak berborak, sorang nak turun bawah berlari..hahaha

Anak buah dah besar senang suruh ambik gambar..

 Kakak tau la suka dapat makan maggi..muka tu takyah macam Daddy sangat..

Ini budak banyak main dari makan..Kita nak suap geleng2 tak nak..ha suap sendiri..

 Kakak dan adik..cukup sorang adik ek kakak..haha

 Alah alah alah Mayieshaaaa, kemain lentuk kat bahu Ibu..

Round ke-2 seafood..jangan kena gaut sudah..hahaha..biasa la time ambik ghairah..tapi Soul Garden dekat OU ni macam tak banyak pilihan la..akak pon aku perasan..dulu Soul Garden bawah office lama perghhh banyak giler pilihan..now dah tutup Soul Garden kat situ..

 Fahmi ambik tak ingat..juling2 nak abis..

Ada hadiah surprise..terkejut dia masa aku dengan akak aku nyanyi lagu Happy Birtday untuk dia sambil hulur hadiah..

Happy Birthday Fahmi yang ke 22 tahun..aku tak tau dia ada Gf ke tak?? hahaha..sejenis kakak yang tak kisah..janji pandai bawak diri..Tu business Box Buddy tu buat elok2, buat sampai menjadi..jangan separuh jalan pulak..

Bersama Kakak sulung..bila pakai spek mata sama lagi terserlah rupa adik beradik..aku dari kecik tercari mana la orang kata muka aku dengan dia sama...ermm mata hidung mulut semua tak sama..yang sama gigi..hahaha Kakak aku ikut muka mak, aku ikut muka abah..lain kan tapi ramai cakap senyuman kami sama..sama ke??!

See lain kan muka kami berdua..dulu mesti ingat aku ni kakak, kakak aku adik..hahaha yerka kakak aku ni rendah sikit dari aku so orang ingat dia adik la..kakak aku ni dulu kaki mekap tau uolssss..dah kawen ada anak mekap light2 jurr, dulu tak berkilomekap kat muka tu tak sah keluar rumah..ahaha lipstick nak pink glossy je..now dah insofff..

 Bab berangan bagi kat adik aku ni..hahaha eh macam kakak dia je..

Afif takut sikit dengan Poksu dia sebab Poksu suka menyakat..

Bergambar ramai2 sebelum balik..

Sementara tunggu abang ipar dengan adik solat singgah Kenny Rogers tapau untuk mak abah..ni budak time baik kemain dok molek dok sama2..Si Afif susah nau nak ambik gambar dia, bergegar sajer..Mayiesha macam mummy la kan suka posing..sep sikit!

piece : kathyjem