Klik Yer!! Mekasih...

Friday, July 4, 2014

Pampers Kering Sepanjang Malam

Salam..

Hari ni nak bercerita pasal Pampers atau lampin pakai buang.. Entry ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku la.. Yang mane boleh dijadikan rujukan, silalah ambik yang buruk jangan tiru ok..hehehehe..

Pemilihan pampers untuk anak-anak amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena diaper rash apabila buang air kecil/besar.. Yerla kadang kita sebagai ibu kena bagi perhatian lebih tentang betapa penting bab penjagaan lampin pakai buang terutamanya untuk bayi yang baru lahir.. Jangan pandang remeh sebab ia berkaitan badan anak kita..

Sekarang ni ada cuba lampin pakai buang untuk Raiisah jenama Pampers.. Yerla sejak jadi ibu ni aku cuba memilih yang terbaik untuk Raiisah dan paling penting setiap sen yang aku keluarkan membeli barangan keperluan Raiisah haruslah berbaloi.. So kat sini aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan jenama Pampers ni untuk Raiisah..

Corak yang sungguh comel dan menarik..

Aku nak tunjuk betapa bagus jenama Pampers ni.. Lapisan dia nipis, getah kat bahagian tepi die lembut jer.. Bila pakai tak ketat sangat..

Material bahagian dalam yang sangat lembut selembut kain sutera.. ^_^

Aku bereksperimen sendiri tau nak tunjuk kat korang betapa cepatnya penyerapan Pampers Baby Dry ni..

Aku tuang satu cawan air colour merah.. Kira tu air kencing baby la.. hahahaha Takkan la nak letak air kencing betul2 lak kan tak sanggup nanti korang nak tengok.. =P

Tak sampai berapa saat air terus menyerap sekelip mata..

Aku pedap dengan tisu kat permukaan lampin pakai buang yang aku curah tadi tu..

Dan ini hasilnya!!!

Walaupon dah tuang air 2 cawan permukaan dalam tu masih lagi lembut.. Korang imagine tak 12 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat tapi masih tak bocor..

Paling menakjubkan ialah kulit Raiisah yang kat dalam tu langsung tak basah masih kering.. Hebatkan!

Pelekat pinggang pon sangat mudah dibuka dan tak cepat rosak.. Boleh digunakan semula jika lampin masih boleh digunakan..

Nak buang pon senang just lekat jer macam tu..

Uuuucakkk!

Pampers Baby Dry ni buat peha Raiisah tak merah-merah lepas pakai sebab tak ketat dekat paha.. Raiisah memanjat, berlari, melompat-lompat untuk berjam-jam lamanya tapi tak bocor langsung..

Siang hari pon dah tak risau bocor yerla Raiisah ni siang dia aktif lain macam..hahahaha.. Kadang2 tengok die berlari2 dalam rumah risau gak bocor ke apa.. Namun sangkaan mummy meleset.. Tak bocor pon.. =P

Siang tido lena malam pon tido lena..


Pampers ni kelebihan die adalah design die yang lebih selesa dengan kulit anak-anak.. Design menarik lebih selesa untuk anak-anak bergerak dan kulit sentiasa kering dan selesa.. Boleh tahan sehingga 12 jam! Pampers dapat menghalang daripada kulit melecet, ruam dan macam-macam lagi..

Happy sangat guna Pampers Baby Dry ni untuk Raiisah.. Sangat sesuai dengan kamu yang sedang membesar dengan aktif.. 

Raiisah happy, mummy pon happy!

Sekarang ni setiap malam aku dah tak payah nak berjaga tukar pampers Raiisah 2 3 kali.. Raiisah pulak jenis yang minum susu sebelum tido.. Faham2 jerla kalo dah minum susu mesti kencing pon banyak.. Kalo dah kencing banyak mestilah banyak kali nak kena tukar pampers tengah malam kan.. Pampers ni tak payah buat macam tu sekali pakai cukup tahan sampai besok pagi..

Tengok Raiisah bangun pagi hepi sebab tido malam yang lena sebab Pampers memberi kekeringan sepanjang malam.. Ohh memang puas hati la guna jenama Pampers ni.. Memang aku sarankan kepada ibu-ibu di luar sana supaya menggunakan jenama Pampers ini untuk anak.. Dari segi harga, Pampers memang mampu dimiliki kerana harga berpatutan.. =)

piece : kathyjem

Thursday, July 3, 2014

Jom Beli Biskut Raya Izzuelicious Homemade!

Salam semua..

Hari raya bakal tiba mari la kita membeli kuih raya bersama-sama.. Ewah ko Kathyyyyy belum apa2 dah raya bakal tiba ni.. muahahaha Alaa kuih raya ni bukannya untuk Raya jer bulan Puasa pon kita leh makankannnn.. Korang mesti kenal sapa artis kat bawah ni kan, biaserla nak tolong promote bisnes kawan2 dapat la duit raya sikit2 untuk beli baju raya Mak Echa.. behehe

Yang penting kuih2 ni semua sedap & lazat.. Kuih moden pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia terkini..gitew.. Kuih2 ni semua aku jual hanya COD jer tau..

10 pilihan Kuih Raya yang menarik hati dan menjilat jari! Korang mesti beli banyak2 nanti boleh bagi mak ayah pakcik makcik kat Kampung..

Jom kita jamu mata!

 Coconut Cookies rm25 (50 biji)

 Tart rm28 (50 biji)

 Cherry Chip rm25 (50 biji)

Choc Volcano rm25 (50 biji)

Snowball rm25 (50 biji)

 Flower Power rm25 (50 biji)

 Almond rm25 (50 biji)

 Choco Crumple rm25 (38 biji)

Crunchy Minchy rm25 (50 biji)

 Bangkit Cheese.. rm25 (50 biji)

Semua kuih ni hanya rm25 kecuali Tart Nenas rm28

Berminat korang boleh contact aku terus untuk tempahan @ sebarang pertanyaan..


WhatsApp/SMS : 019-3385583
Email : kathyjem84@gmail.com

Tempat pick up *LRT Kerinchi (ofis)

Ok sekian.. Selamat membeli biskut yang Kathy jual ni untuk santapan seisi keluarga dan tetamu yang datang ke rumah! hehe..

piece : kathyjem

Wednesday, July 2, 2014

Bye Munky!

Last week adalah minggu terakhir Munky berkerja di SYABAS.. Sempena beliau last day di SYABAS Munky belanja kawan2 ofis Nasi Ayam Penyet..

Kenapa panggil Munky sebab die suka buat mimik muka monyet sebab tu orang panggil die monyet.. Panggil monyet macam pelik bunyi dia panggil Monkey molek sikit.. hahaha Nama sedap2 Zulfadzly orang panggil ko Munky.. Bukan kawan2 SYABAS jer kawan2 die kat luar pon panggil Munky.. Mula2 masuk SYABAS elok jer orang panggil die Zul atau Fad lama2 tah macam mane melekat nama Munky..

Sebelum makan Munky kena bagi ucapan sikit.. Yerla dah kata last day kat SYABAS kan.. Masa kawan2 bagi ucapan kat die mata Munky dah merah masa tu.. Nak nangis la tu... bahahaha.. Dah la Munyk ko takyah nak cover sangat nampak la mata merah tahan nangis..huhuhu

Yerla mau tak sebak dah 4 tahun kot Munky kerja kat SYABAS.. Kalo aku mau melalak kat situ dengar ucapan kawan2.. Kira-kira jari Omaiii kat 7 tahun dah aku kat SYABAS ni.. T_T Rasa macam semalam aku masuk SYABAS..hahaha Over semalam ni.. Bila ni nak cari kerja lain Kathy.. Sabar ada rezeki InshaAllah.. Eh macam nak berhenti jer.. hahaha Takla bukan apa lama sangat dah kerja kat SYABAS ni nak jugak cari pengalaman kat tempat lain tapi takde rezeki lagi..

Bos kesayangan Munky...bahahaha

Family Munky ada bukak kedai Nasi Ayam Penyet kat Gombak senang oder terus kat Mak..Terima kasih Munyk belanja kami lunch Nasi Ayam Penyet yang super duper sedap! Sambal tu mengancam sungguh!

Aishah dan Munky.. Nampak Munky suka buat muka macam tu sebab tu orang panggil die Monkey! kekeke  Pas ni takde dengar dah aksi gaduh Munky ngan Aishah.. Munyk dok sebelah Aishah.. Aku kalo setiap hari tak dengar dorang ni bergaduh tak sah.. Ada jer benda Munky nak kacau Aishah.. Uwaaa rindu nanti suasana kecoh korang tu.. sob sob..

Surprise untuk Munky..

Ni jer mampo kiteorang bagi ko Munky..  Nak bagi pelik2 takut ko lak tak suke ko kan cerewet sikit benda2 macam ni..hahaha

Eh Bad pulak yang excited nak bukak hadiah Munky ni..hahaha Tolong kawan2 katanya..

Tadaaaaa spender monyet untuk Munky.. Sesuai la dengan nama ko MUNKY! hahahaha Suke la tu dapat boxer free.. Besok mesti pakai ma..

Ucapan khas untuk ko Munky.. All the best & good luck.. Kerja kuat, kerja bersungguh2 macam mane ko kerja kat SYABAS macam tu la nanti ko bawak semangat bekerja kat tempat baru ok.. Jangan malas2 jangan kentut sesuka hati, jangan sergah orang sampai orang tu nak hempuk ko balik, jangan mengulat no no noooo kat PUNCAK banyak CCTV wooo jaga2 ada mata memerhati.. Oh satu lagi makan jangan lupa baca bismilllah, puasa penuh ok! Kalo penuh aku bagi ko duit raya ..hahaha Ok tu jer ucapan aku untuk ko semoga ko sukses dalam career ko yang baru.. Selamat menempuh dunia IT... =)

Tak sanggup aku nak letak banyak2 gambar dengan Munyky hilang separuh puasa aku nanti..hehe.. Tu dalam tu sajer die pegi letak botol kasi nampak besar..hahaha Munky memang macam ni gila punye olang..

Gambar2 Munky bersama team Branding, Creative & Multimedia.. 2010-2014..

 
 
Jangan lupa kami di sini Munky! Bye....... kami semua pasti merindui perangai gila-gila ko Munky!

piece : kathyjem

Tuesday, July 1, 2014

1st day Sahur & Puasa

Hai korang..

Macam mane first puasa ok tak.. Aku ok jer sebab dah ganti puasa sebelum ni jadi perut masih mampu bertahan.. Cume seminggu ni aku kena makan nasi waktu sahur kalo tak sure aku lembik..hehe

Masa ganti puasa hari tu pon konon2 tak nak makan nasi sekali bila petang lembik terus, berdiri pon rase terhuyung-hayang bercakap dengan budak ofis pon tak leh diri lama2 rase nak pitam..hahaha Over ko ni Kathyyyyy.. kekeke Biaser la mula2 puasa kan memang macam tu.. Masuk hari 3 4 dah ok.. =D

Malam tu tanya Affan sahur nak makan apa.. Takde idea nak masak.. B nak suruh huny masak apa ni?? Haa! Masak sardin.. Eerkk sardin.. eee b ni tak abis2 sardin.. Buhsan la.. Sardin sardin sardin.. Sardin la sedap.. *muka senyum macam sardin.. hurmm Yerlaaa ok la huny masak sardin sambal.. *sambil jebik mulut

Laki aku ni memang pencinta sardin.. Setiap hari masak sardin pon takper die tak kisah suka lagi adalah.. Aku la yang muak setiap hari nak sardin sardin sardin..hahaha Kalo tanya die setiap kali nak masak lauk apa jawapan adalah SARDIN! -__-

First sahur hari tu kol 4.30 dah bangun masak sambal sardin ngan ikan bilis goreng.. Nak goreng telur Affan cakap takyah ni pon dah ok..

Pagi tu macam biaser la Raiisah lepas bangun layan kartun dulu pastu bagi die breakfast koko krunch ngan popcorn.. Selalu aku kongsi breakfast ngan die.. Pagi tu telan2 air liur tengok dia ngap2 depan aku.. hehehe Nasib puasa kalo tak........ Raiisah suap mummy sikittttt laju jer tangan suap kat mummy.. =P Tengok koko krunch tu dah telan2 air liur ni acaner..hihi

Tengahari masak nasi dengan sayur untuk Raiisah.. Jenis Raiisah ni suke makan jadi die tak kisah sayur apa janji senang nak kunyah dan tak pahit sangat.. Kalo pahit awal2 die dah tolak.. Ni pon sama telan air liur tengok nasi die.. hahaha Biaserla baru puasa kan semua pon nak terliur.. =P

Lepas dah makan tengahari tu tido.. Aku pon tido sekali.. hewhew abis dah takde buat apa tido jer la.. Affan lak kerja hari Ahad tu.. Sabtu pon die kerja sob sob.. Pas bangun takde buat apa layan Raiisah tengok kartun pastu prepare untuk berbuka..

Petang tu aku masak spaghetti jer.. Tekak tibe nak makan omputih lak.. Tanya Affan die pon ok jer..

Masa tengah dok keluarkan spaghetti dari periuk, si Raiisah nampak pulak terus tunjuk2 nak spaghetti.. Die ni kan pantang nampak makan semua pon nak..hahaha Ok la masaklah spaghetti untuk die dulu sebab kesian dah tunjuk2 sambil buat muka sedih nak spaghetti.. Sebab aku nak masak spaghetti pedas.. Jadi masak yang lain untuk die.. Elok aku abis masak letak atas meja.. Pastu sambung masak spaghetti bolognese pedas.. Tengah masak lari jap tengok Raiisah.. Tu die dok bersimpul makan spaghetti atas lantai.. Grrrrrr sabor jerla... Nak marah puasa..hahaha Rupenya masa mummy tengah masak tangan die laju capai spaghetti tu abis separuh dah terbalik.. Mummy pon silap tak letak kat tengah2.. T_T

Nah spaghetti untuk awak dok diam2 situ.. tak sabor nak berbuka baru ingat nak berbuka sama2 ngan die, die dah rasmikan dulu..

Dapat makan diam seribu bahasa..hahaha Tu nasi sayur masak tengahari tu siapa nak makan.. Ok tak kira Raiisah kena abis jugak penat mummy masak tau.. Tak abis suruh daddy abiskan..mehehehe

Kalo bukan pengacau tu bukan daddy la tu.. Sian tengah duduk sedap2 makan datang daddy tunjuk misai kontot tu.. Die dah geli tengok misai pelsu tu...

Geli2 nak jugak pegang..

Makan sampai kenyang yer nanti jangan kacau mummy ngan daddy makan...

Alhamdulillah siap masak spaghetti bolognese ngan ayam goreng.. Simple dan sedap tu yang penting.. Takyah lauk banyak2 sangat takut membazir tak makan pulak.. Affan pesan nanti bulan puasa takyah masak banyak2 sangat lauk simple2 sudah.. janji kenyang.. Ok baik suamiku.. =) Hari2 huny masak SARDIN untuk b yerk! =P

piece : kathyjem