Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 9, 2015

Mengeteh..

Hari tu ada event kat KLCC..sampai2 event abis.. Kejapnya event tu tak sempat nak buat apa..sudahnya kami lepak kat DOME.. Nasreeq teringin nak minum coffee kat DOME.. ok la DOME pon DOME la.. lama jugak tak perkena coffee kat DOME ni..

Keluar pintu KLCC tu dia tersergam indah pokok Krismas yang sama tinggi dengan KLCC.. hahaha ok tipu.. Setahun sekali baru dapat tengok pokok krismas giant macam ni, jadi mari la shoot sekeping untuk dijadikan kenangan 2014..hehehehe


Eh tengok gambar ni rasa macam kat oversea pulak..ada kabus..kabus konon padahal camera lense tu terkena tapak jari tu pasai kelabu asap..


Aishah sebenarnya mamat belakang tu nak bergambar dengan Aishah..mamat tu buat2 nak ambik gambar lalu termasuklah sekali gambar dia..hahaha

Hot chocolate with marshmallows..bagus sakit tekak baru nak menjadi minum air panas sudahnya dekat 2 minggu sakit tekak..

Tuan Blog, Nasreeq..Tahniah Nasreeq bakal jadi bapak.. Boleh wife ko dah mengandung 4 bulan baru nak bagitau aku.. keji sangattt...Itu pon bukan ko yang bagitau Aishah yang bagitau.. Takper nasib aku jenis kawan yang memahami..kononnn..hahaha.. Ok jaga bini ko elok2 dah bersalin nanti jangan lupa bagitau..Tak bagitau siap ko! hahaha

Ni la aktiviti lepas balik kerja.. mengeteh bersama rakan2 BPS.. hahaha =P Nasreeq jangan marahh naaa!

 Kek Tiramisu.. Aishah yang oder.. Rase dia ok la sebab pernah makan sedap dari ni..

Macam biasa sebelum makan selfie dengan kek dulu..hahahaha

Aku oder alaaaaa lupe pulak nama kek ni tapi serius sumpah sedap nak mampos..rasa nak oder lagi sebab sedap sangat.. Kek dengan aiskrim ni kiteorang kongsi sama2 rasa sorang sikit..

Di akhiri gambar menyuap kek untuk birthday girl..hahaha Tipu jer, birthday Aishah dah lepas dah pon..

piece : kathyjem

Wednesday, January 7, 2015

Kenapa Sedap Sangat Kit Kat Rubies ni!

Hari tu dapat jemputan menjadi orang pertama untuk cuba produk terbaru dari Nestle iaitu KIT KAT Rubies..Best dapat jemputan macam ni.. Dah la aku ni pengemar KIT KAT..suka suka suka.. ^_^

Awal pagi dah terpajak depan Hotel Royale Chulan Damansara.. Masa ni tengah tunggu Filla.. Dah sampai dok mesej dia tanya parking kat mana.. Sekali si Filla bagitau dia parking kat eCurve jenuh la nak menapak.. Aku kebetulan pakai Waze..hahaha Boleh blur nak pergi Hotel Royale Chulan ni celah mane??!! padahal selalu kot lalu depan Hotel ni..hahaha

Nasib baik Kak Filla pon dapat jemputan sekali.. Ada la geng nak berselfie..hahaha.. Biaserla orang pompuan nampak cermin terus silang kaki feeling2 peha tu nampak kecik..kekeke

Ni la dia Talent Manager, Nuffnang..Melisa.. selalu bermesej2 dengan dia now jumpa depan mata..Hai Melisa..!

Sebelum event start feeling2 Princess Sofia jap depan backdrop wall KIT KAT..kekeke

Bersama Kak Filla.. Alolo Filla comel sangat riben atas kepala tu..

Bersama blogger2 yang hadir untuk pelancaran produk terbaru Nestle, KIT KAT Rubies..

Ok event dah start.. Tak sabar nak rasa KIT KAT Rubies! Emcee pagi tu, Ms Nadia Heng..

Pengarah Eksekutif Perniagaan, Nestle Sdn. Bhd, Sachin Goel memberi ucapan sepatah dua kata..Beliau memberitahu, KIT KAT Rubies dicipta bagi memberi kelainan pada kehidupan seseorang..Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup.. Glup! dengar die cakap macam tu terus rasa excited nak cuba coklat KIT KAT Rubies!

Memperkenalkan coklat bermutu tinggi iaitu KIT KAT Rubies..


Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang ranggup, dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.. Tengok macam tu pon dah meleleh air liur belum rasa lagi..hahaha

Krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol..Ooo patut la sedap teramat, bahan2 dia dari Negara Sepanyol..

Kiteorang diberi peluang untuk hasilkan coklat yang unik dan tersendiri dalam event..

Ni bekasnya dimana coklat tersendiri kita diacukan..

Antara topping yang disediakan untuk ditaburkan dalam coklat..

Aku campur semua topping yang ada kat situ sebab semua pon aku suka..hahaha

Dah siap masukkan dalam fridge.. tunggu dia keras baru boleh makan..

Makan cair2 macam ni pon dah sedap..Rasa dia alahai tak terkata kesedapan dia.. Kalau ikutkan nak jer abiskan saki baki coklat yang tinggal tu..hahaha Sedap sangat.. Dah la aku ni hantu coklat.. Sehari tak makan nasi dapat makan coklat pon boleh tau..hehehe

Bersama Kak Filla lagi..

"Berehat Sebentar Bersama KIT KAT"..

Cantikkan kotak dia..Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk keluarga, kawan-kawan, Anniversary, Hari Jadi or Konvokesyen..Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan.. Sekotak tak silap aku hanya RM35.90 ada 20 biji KIT KAT Rubies..

Tak tipu sangat sedap KIT KAT Rubies ni daripada Kit Kat yang biasa..Memang menawan hati dan memukau selera..Makan satu tak cukup mesti nak lagi dan lagi sedar2 satu kotak licin abis aku makan..hehehe

Ok jangan lupa mencuba KIT KAT Rubies ni pasti korang menyukainya..Tak caya pergi beli hari ni jugak..hehehe

piece : kathyjem

Tuesday, January 6, 2015

Raiisah Pegi Ofis Mummy

Salam semua..hari tu bawak Raiisah pegi ofis..Ni kali ke dua Raiisah datang ofis mummy last masa Raiisah 3 bulan..Ni pon sebab terpaksa bawak dia ngi ofis.. Kalau ikutkan Affan jaga Raiisah tibe2 last minit tak boleh dia kena masuk ofis ada kerja perlu di settlekan..

Nak tak nak terpaksa bawak Raiisah datang ofis aku..Mak pulak takde kat Sg. Buloh dia kat rumah kakak aku kat Hulu Langat..Nak hanta Raiisah kat rumah Kakak aku macam malas besok tu Sabtu.. Lagi pon Jumaat satu hari jer kerja besok tu Sabtu cuti..

Kebetulan Jumaat hari tu ramai yang cuti Christmas so berani la bawak Raiisah datang ofis.. Kalau ramai yang tak cuti tak berani aku nak bawak Raiisah ngi ofis kang abis die kacau..Mek Echa ni bukannya boleh percaya datang mood meroyan dia abis kacau orang2 kat ofis mummy ni..hahahaha

Awal pagi Raiisah kena bangun yer muka pon nampak sembab..Tapi yang penting kita senyum dulu..

Kat ofis mummy nanti jangan nakal2 tau..

Sampai2 terus duduk atas kerusi Abang Charles.. Nasib Abang Charles cuti..

Akhirnya dapat jugak auntie Aishah jumpe Raiisah selalu tengok dalam Instagram jer..

Tibe2 bos bagitau ada kerja urgent kena buat pagi tu..kena ambik gambar untuk Misi Bantuan Air Bersih ke Pahang di Sg. Besi..abis anak saya macam mana bos..Takper awak bawak sekali anak awak pegi Sg. Besi.. Mana boleh bos hujan la tak berani saya..Ok la kalau macam tu suruh Aishah jaga jap anak awak..Nasib Aishah ada boleh la jaga Raiisah.. Lagi pon event tu kejap jer..

Semua photographer lelaki takde cuti yang ada tinggal aku dengan Zahid jer.. Nak tak nak terpaksa la tinggal Raiisah dengan Aishah sekejap..Cuak2 jugak nak tinggal Raiisah dengan Aishah kot2 die meragam ke apa nanti.. Aishah kalau Raiisah berak ni pampers dia.. Haaa Akak berak??!! hahahaha Aishah dah cuak2 dengar perkataan berak..takut macam mana nak cuci nanti..kekeke Nasib baik Raiisah tak berak kalau jenuh la auntie Aishah nak cuci..

Sebelum kerja kat site beli breakfast untuk Raiisah..Kan kena tinggal ada la kudapan kat ofis nanti..

Apa tah die membebel dengan auntie Aishah masa ni..

Ok Zahid jom kite kerja di waktu hujan.. hahaha Dah lama Zahid tak ambik video since die excident tahun lepas tak pengang kamera.. Kalau ikutkan die tak boleh ambik gambar dalam tempoh 2 tahun tapi sebab dah takde orang terpaksa jadi videographer..

Dan aku photographer.. Nasib baik event sekejap.. Ambik2 gambar sekeping dua terus gerak balik ofis.. Dalam kepala dok teringat Raiisah..

Sekali Aishah wassapp gambar Raiisah tengah main ipad..

Pastu Aishah wassapp lagi. "Akak Raiisah nak tido macam mana nak buat susu dia" dah sampai ofis baru perasan wassapp Aishah ni...hahaha Sori Aishah tak perasan bawak kereta tadi..

Sampai2 ofis tengok Raiisah dah terlena atas kerusi sampai berdengkur-dengkur.. Alololo cian sampai terlentok2 atas kerusi penat sangat la tu awal pagi kena bangun..

Alihkan dia tidur bawah terus bangun.. Ajak tidur balik tak nak..

Sudahnya makan nugget layan Kids Song kat Youtube..

Dah boring layan Youtube pusing2 dalam ofis..Panjat atas kerusi meja..

Dah penat lari2 ajak dia colouring pulak..Satu satu mummy ko bagi aktiviti supaya tak boring..

Pastu mengadu tangan kotor.. Raiisah ni memang tak boleh langsung tangan kotor sikit mula la bising2 suruh bersihkan selagi tak bersihkan selagi tu dia eeee eeeeee...hahaha

Kacau Auntie Aishah tengah buat kerja.. hahaha Kerja la sangatkan auntie Aishah.. =P

Amboii gelak tu over sangat.. Time kaseh aunti Aishah jaga Raiisah pagi tadi..

Sedar2 kat kol 5.30 ptng.. Masa untuk pulang.. Ni last mummy bawak Raiisah datang ofis mummy lepas ni no more..hahaha

Masuk kereta tak sampai brape minit terus zZZzzZZ! ngantuk sangat la tu..Sampai rumah baringkan dia atas katil pon tak sedar apa.l

piece : kathyjem

Friday, January 2, 2015

Happy 4th Anniversary

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi semalam genap usia perkahwinan kami yang ke 4 (1.1.2015).. Dalam tempoh 4 tahun macam2 perjalanan dah kami tempuh bersama.. Ada suka, ada duka, ada ketawa, ada menangis macam2 la..tipu la kan sepanjang perkahwinan takde gaduh langsung kalau takde memang aku salute la sesebuah perhubungan tu..

Peribahasa melayu ada mengatakan "sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri" memang tak dinafikan walaupon aku dah kenal Affan dari zaman hingusan lagi sampai sekarang masih tak kenal dia 100%.. kira2 jari ohmaii dekat 14 tahun dah aku kenal Affan! serius kadang2 masih tak faham dengan perangai dia walaupon dah kenal lama..ker aku yang buat2 tak faham..hahaha ni la aku masalah blur mengatasi semuanya..kakakaka..aku rasa umur dah 50 tahun pon masih tak faham perangai si Affan ni..

Tak kisah la kan B janji huny sayang kat B setia kat B masak sedap2 bagi perut mengandung 5 bulan pon dah ok kan..InshaAllah huny akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk B..Kalau ada kekurangan dekat huny, B terima la seadanya yer jangan banyak complaint..hahahaha B pon ada kekurangan ada terima jer tau..Barula hidup harmoni sayang menyanyangi..giteww...

Dah la takyah la panjang lebor ucapan anniversary kali ni..setiap tahun ucapan yang sama B dengarkan..hahaha..Tahun ni takde pergi honeymoon kat mana pon tak sempat booking tiket flight..Hotel dah booking terpaksa cancel sebab tiket sudah abis..sob sob Affan la ni last minut booking semua flight penuh try nak pergi tempat lain pon sama penuh..sudahnya tak pergi mana2 honeymoon dalam rumah jer..takper tahun depan kite celebrate Anniversary tempat jauh sikit..Ok B take note tu ingat! =P

Ok la nak balik..kat ofis ni semua dah chow cing chow balik awal..maklum la besok Sabtu cuti..bye2

piece : kathyjem