Salam semua..nak update apa ek..tangan ni macam gatai nak update blog tapi tak tau nak update apa..hahaha..sekarang ni tak update pasal KAAY, update pasal pregnancy.. mesti korang buhsan kan baca blog kathyjem sekarang ni..asyik2 dua benda alah ni je aku update..nanti lepas ni update pasal baby nombor 2 pulak..dulu asyik keluar cerita mekcha je kan nanti pasni adik dia pulak..hihi..
Ate itu je pon bahan nak diceritakan..tak paksa pon korang nak baca al-kisah Kathyjem ni..tujuan blog ni pon saje nak share kegembiraan, kesedihan, kejayaan, keluarga, apa2 la aku nak cerita dalam blog ni..kalau korang rasa tak best menyampah tak menarik ke apa ke takyoh ler baca..tak suruh pon.. =D
Ni balik rumah jap tengok rumah..daddy dia ada hal pulak nak ambik barang kat rumah ni..dah bersawang-sawang rumah kena tinggal tapi balik kejap je la sebab besok pagi mummy ada check up kat Annur..Raiisah sampai rumah terus mintak nasi.. dia kat rumah opah nak makan nasi punye payah..kalau suap makan , 4 5 suap je makannya..tu kira bersyukur dah tu..kat rumah opah, dia suka makan roti, biskut2 and dia tahu kat rumah opah macam2 makanan ada tu yang tak berapa nak makan nasi sangat..
Minggu ni aku dah start cuti..doktor bagi MC dari last week start hari Khamis..yerla dah masuk 38 minggu doktor kata akan bagi MC seminggu, pastu tak beranak lagi sambung lagi seminggu..minggu ni kandungan dah masuk 39 minggu..Raiisah dulu 39 minggu dah keluar dah dia..yang adik ni syok pulak dok dalam perut yer..mummy doakan awak keluar Jumaat ni tau sayang.hehehe boleh macam tu..mana la tau kot2 dia nak keluar Jumaat ni kan..mummy doa banyak2 ye sayang, supaya awak keluar cepat..tak sabar ni mummy nak jumpa awak..
Tadi sebelum nak gerak balik rumah singgah Mydin Kajang beli barang sikit2..alang2 tu beli selipar nak bawak ke hospital..nak kena cari selipar yang muat pakai stokin..hehe selipar yang ada kt rumah tak berapa selesa nak pakai dengan stokin..
Cantik tak?? bukan crocs, bukan asadi yer..brand cap ayam je..hahaha yang penting selesa ulosss..harga mampu dimiliki orang ramai..nak tau berapa??? RM16.90 jer..murahkan..
So pakat2 la dengan mak, abah, kakak, abang, adik pegi Mydin Kajang cari kasut selesa dan murah ini..hehe kasut pon boleh jadi bahan cerita blog kan.. >_<
Ok la mekcha dah panggil nak suruh buat Oat oat..lapar sesajer mek sorang ni, padahal dia baru makan nasi..perut simpan saka ke apa.. hahaha bye! besok larat kita sambung pasal check up baby pulak..tatataaa..
piece : kathyjem
Klik Yer!! Mekasih...
Wednesday, October 19, 2016
Wednesday, October 12, 2016
Dah Sedia Semua ni??
Senang pack dalam plastik macam ni..susun siap2..takdela berterabur masa nak ambik nanti..yerla kalau dah dok dalam hospital tu mesti dah kelam kabut punye..lagi2 bila baby dah keluar..Plastik tu beli kat Ikea..tu plastik untuk simpan makanan sebenarnya pon boleh dijadikan simpan pakaian..hehehe
Senarai keperluan barang baby dan mummy :
1. Sabun mandian, baby oil, minyak telon, sabun pencuci botol susu, vicks (lupa nak letak dlm tu).. botol susu pon lupa nak masukkan sekali dalam ni tapi dah letak dah dalam beg biru tu..
2. Nursing bra bawak dalam 2 3 helai dan panties pakai buang, beli kat guardian or farmasi..
3. Baju baby standy dalam 3 4 helai, 2 helai romper, 2 helai lagi baju sleepsuit lengan panjang yang ada butang or zip..nanti baby berak senang nak tukar..
4. Pampers bawak la dalam 10 helai macam tu sebab baby baru lahir memang kerap berak..masa Raiisah tu sehari 5 6 kali tukar pampers..so aku sarankan kalau siang pakai je pampers yang murah sedikit macam pet pet ke diapex..tapi untuk newborn orang kata pet pet bagus and berbaloi..masa Raiisah dulu siang aku pakaikan dia Whoopee, malam pakaikan mamy poko sebab malam dia jarang memerut..
5. Jus kurma..boleh standby jugak biskut ke, milo 3 in 1 ker, air zam zam..makanan pon penting bawak supaya ada tenaga masa nak meneran nanti..
6. Baby wipes sangat wajib bawak..nak lap berak baby, nak lap muka baby..so bawak lebih pon takper..
7. Sarun tangan baby..bawak dalam 3 4 helai..selalunya pakai 2 helai je..ooh lupa topi baby jangan lupa bawa..nanti nak bawa baby keluar dari hospital kena tutup kepala baby..
8. Bedung baby bawak dalam 2 helai je dan towel baby pon bawah 2 helai je kot2 nak lap baby lepas menyusu or muntah susu ke..
9. Baju, seluar, sweater dan kain batik mummy jangan lupa bawak..hekhek alat2 makep jangan lupa bawa ye..takde la nanti muka pucat lesi macam apa je kan lepas beranak..kena la berangan jadi macam Che Ta lepas beranak pon maintain cantik bermekap.. tu pon kalau ko larat dan tak kelam kabut la..jangan mekap tah kemana baby tak kemana sudah..hahaha kamera jangan lupa dibawa..pakai phone pon boleh ajer nak ambik gambar baby..simpan kenangan katanya..hehehe ibu blogger memang macam ni..
10. Pam susu..beli jenis silicone breast pump..beli masa baby expo hari tu..dapat murah RM69..
11. Stoking kaki mummy bawah sehelai je cukup..
12. Barut baby bawak la dalam 3 4 helai..
13. Pads dan nursing pad..nursing pad pon wajib kena bawak..masa Raiisah hari tu susu terkeluar sampai basah bra..jenuh tukar..harap2 yang adik ni pon susu mummy melimpah ruah jugak..amin..
Tu jer barang yang wajib bawa ke hospital..haa lupa dokumen2 penting jangan lupa bawak, ic number, medical card, borang untuk kemasukan ward bersalin..apa lagi ekkk..ermm tu je la kot..tinggal lagi 2 minggu je nak beranak ni..debor la pulak walaupon dah masuk anak ke dua ni..huhuhu..
piece : kathyjem
Tuesday, October 11, 2016
Selamat Hari Lahir Mekcha
Lepas selesai urusan mengemas barang adik dia pagi tu , petang terus cari kek kat Secret Recipe..Kek kat secret recipe mekcha suka makan, lagi pon banyak pilihan..kedai kek lain takut dia tak berapa nak makan sangat..
Mummy nak mekap dia pon sama nak mekap sekali..
Pastu pakai lipstick pulak..curi2 ambik gambar dia.. Birthday girl kan takper kita kasi dia chan nak melaram..hahaha
Sampai SR terus cari kek..tunjuk kat dia nak kek mana?? dia pilih kek cokelat..satu slice je untuk dia..nak ambik kek bulat tu rasa macam membazir pulak..kalau celebrate ramai2 taker gak ambik seketul kek.. nak tiup lilin je sebenarnya..
Ni first reaksi Raiisah bile mummy dengan daddy nyanyi lagu happy birthday untuk dia..
Kek sampai nyanyi la lagu happy birthday untuk dia..sekali tu dia menangis..aikk masih menangis lagi??!!! ingat dah masuk 4 tahun takde dah feeling air mata drama astro , nangis jugak..siapa ikut perkembangan mekcha mesti tau macam mana sambut hari jadi dia kan..dia ni memang tak suka orang nyanyi lagu happy birthday untuk dia..mesti dia akan menangis, menjerit..nooo nooo tak nakkkkk..
Yerlaaaa..mummy dengan daddy tak nyanyi..dia nyanyi takper jangan kita nyanyi..tah apa2 peel tah.. mummy dengan daddy baru nak hepi2 nyanyi lagu hari jadi unuk dia..sekali dah menjerit sampai satu secret recipe toleh ke kami, okey fine!!! nyanyi sendiri..hahaha
Happy birtday to Raiisah...Happy birthday to Raiisahhhhh..happy birthday to Raiisah...happy birthday to Raisahhh..haaa yerla birthday girl syok sendiri..hahaha layankan jer la nyanyi sorang2..
Yeaaa....!!!
Muka ada gembira dapat nyayi..
Fuhhh kanan fuhhh kiri..
Kemain muncung2 mulut tiup lilin..
Pregnant ni suka nau air coffee..padahal bukan addicted kopi pon..
Dah tiup lilin sambung makan pulak..oder untuk Raiisah je , kitaorang nak oder kenyang pulak sebab tengahari tu melantak 3 pinggan nasi..hahaha
Mummy nak tiup lagi..
Tengok la kek tu sampai dah nak hancur dia potong..nasib baik ambik satu slice kalau ambik seketul kek , jahanam..haha
Happy birthday sayang mummy..mummy doakan Raiisah membesar dengan sihat, jadi anak solehah dunia dan akhirat..ni je mummy dengan daddy mampu buat untuk gembirakan Raiisah..tahun depan ada rezeki kita celebrate dengan adik sekali ye..kebetulan adik pon nak keluar bulan 10 ni.. senang celebrate sekali..
Kita layan mekcha tiup lilin yang ke 10 juta kali..
Mmuah cikit cayang mummy bucuk masham ni..
Nak tiup lilin lagi..ingat dah abis dah sesi meniup lilin..ermmm layankannnn..
Dengan daddy pulak..
Daddy dah kerut2 muka malu tengok anak dia menjerit2 nyanyi lagu happy birthday..
Kemain mulut nganga nyanyi macam tu..over nauuu..anak siapa ni?? tah anak siapa tah..hahaha
Tak lenguh ke mekcha mulut tu dok meniup je...lilin pon sampai dah cair jadi kontot dah..
Alololo suweet sangat cium daddy dia..
Opah baru sampai..Umi lambat sikt sampai sebab ada urusan..
Ok nyanyi lagi lagu happy birthday dengan opah pulak..
Fuuhhh lagi..sukanya dia dapat tiup lilin 10 juta kali..
Fine! muka dah melebor..tengok Raiisah sempat lagi tu..
Bapak mertua je takde..Pak Gafur balik ke kampung ada emergency hal..
Birthday girl jadi horse..mummy nengok horse! tu bukan gaya horse sayang, tu gaya kangaroo..
Pastu bawak Raiisah main mainan yang bayar token tu..ingat nak bawak dia main kidz playground kat bahagian atas, sekali tengok jam dekat maghrib..takper la lain kali la bawa dia main , lagi pon Metro Point ni dekat je dengan rumah..5 minit je dah sampai..hihi Main macam ni pon dia dah hepi sampai tak nak balik..
piece : kathyjem
Monday, October 10, 2016
Selesai Mengemas Barang Adik
Macam hari tu masa expo baby kat Midavalley ingat nak beli breast pump manual brand avent kat booth Avent..ingat dapat murah la sekali tengok harga makk aiiiii RM289!!! tengok online baru RM149 macam tu..beza banyak wooo..ada jugak la sesetengah barang mahal di baby expo..so kena pandai2 la meng-survey..aku bab2 survey ni memang suka..kalau boleh nak murah, murah lagi..jimat sikit duit kan..hehe
Sekarang ni nak beli barang kena bijak pandai memilih, yerla zaman sekarang ni barang baby dah takde dah murah2 macam 5 tahun lepas, semuanya mahal2 belaka..Pak Jib! bila nak letak jawatan ni..amboiii gila berani bagi statement macam ni..hahaha Nasib la dapat PM macam ni..
Bila semua barang baby dah beli baru sesi menyusun..aku memang macam ni selagi barang tak complete sekali tu tak kemas sebab malas 2 3 kali kerja, senang buat sekali harung..beli pon baju, pampers, botol susu, kelambu, pelapik tilam getah, set berpantang, nursing pads, towel, sabun baju, pad, baby wipes..benda2 basic untuk keperluan baby..mana yang nak buat check list keperluan barang baby boleh check kat sini, aku ada share : Keperluan Barang Baby dan Mummy
Dah lama cari penyidai baju baby macam ni..senang nak sidai baju kecik2..banyak online aku survey, online yang jual penyidai ni paling murah aku dapat RM55..kebanyakkan jual RM70 lebih..tengok sebab tu kita kena rajin buat survey kalau nak beli barang2 online ni sebab kebanyakkan dorang jual harga lain2..
Raiisah pon sibuk sekali nak kemas barang..kalau bukan tukang mengacau tu bukan mekcha yer..mummy nak lipat baju, dia pon sama nak lipat gak..lepas tu abis buat bersepah..semua mittens baby dia nak sarung, pastu buat gaya baby.. Raiisah : mummy nengok ni..ekkk ekkk (gaya baby) Esok adik keluar jangan buli adik tau, sayang adik ketat2..hehehe Tapi nampak gaya memang penyanyang dengan adik dia ni sebab dalam perut pon sibuk dah nak bagi adik dia roti, air, cokelat..esok adik ada takleh lepa ni, kang tau2 dia sumbat roti dalam mulut adik dia..hahaha
piece : kathyjem
Tuesday, September 20, 2016
Baby dah 8 Bulan....
Barang baby banyak gak dah beli, borong masa baby expo Midvalley hari tu..bulan ni last expo baby aku pergi..next expo baby hujung bulan November nanti, kat Midvalley gak..tarikh tu rasanya dalam pantang kot..punye seronok aku shopping barang baby buat pertama kali dengan tenang..seronok sebab apa?? seronok sebab orang tak ramai la..selalu berlaga-laga bahu..ooo yerla selalu datang time lunch hour dengan officemate memang orang ramai la kan..
Kebetulan last week aku cuti seminggu memang timing cun la cari barang baby dengan Affan..Affan pon boleh kira berapa jari je datang expo baby ni..dia sepanjang expo tu asyik usha stroller jer..aku cakap stroller tu kendian2 pon boleh..macam set berpantang semua dah beli, dapat murah masa kat expo hari tu..baju pon beli sikit2 je dulu..nanti pas beranak boleh beli lagi..botol susu dengan pump susu pon baru oder semalam..set tilam bantal baby hujung bulan ni la kot dapat..barang pre-oder sebulan kena nunggu..apa lagi ekkk...ooo set mandian baby dengan nappy cream tak beli lagi..rasanya tu je kot yang tak beli lagi..tempat mandi baby Yana sponsor..hehehe Tq manjer.. ^_^
Peneman setia mummy dikala check up di waktu pagi..hehe..hari tu terlambat sikit sampai An-Nur, orang dah ramai..padahal baru pukul 8 lebih..kalau sampai kol 10 pagi lagi la berjanggut menunggu..
Alhamdulillah baby mummy sihat..kedudukan pon dah betul..last 2 weeks check up kedudukan baby songsang..orang kata kalau baby songsang masa sembahyang tu sujud lama2 supaya baby berpusing kepala ke bawah..hari tu check Alhamdulillah kepala baby dah engage..harap2 macam tu la duduk awak ye nak..jangan pusing2 lagi dah..risau mummy..
Tapi doktor bagitau berat baby 3.2 kg..seramkan dengar..biar betul dalam masa 2 minggu berat awak leh naik banyak tu..2 minggu lepas check baru 1.7kg..doktor macam salah kiraan je ni..hehehe nak kata aku kuat makan ermmmm macam biasa2 je la makan tu..ke sebab aku kuat minum ais..orang kata ibu mengandung suka minum ais ni baby cepat besar..yeker??? tapi takut jugak la dengar berat baby berat tu..ni baru 34 minggu berat baby dah 3.2kg..kalau masuk 38minggu macam manaaaaaa la agaknya ye...adehhh jenuh la nak teran..help helppp!!!
ok la tak nak fikir banyak..nak tido bye!!! hehehe
piece : kathyjem
Friday, September 2, 2016
Bye bye corporate com....
Memang takde pilihan..since pengurusan baru iaitu AIR Selangor ni banyak rombakan dan pertukaran staff berlaku..ada tu dok kat KL tiba2 tupppp kena transfer nun jauh kat Sabak Bernam..tu lagi sedih..family semua kat KL..banyangkan dari KL nak ke Sabak Bernam hari2 macam tu dengan tol minyak semua tu..huihh takleh bayangkan kalau kena macam tu..mesti ramai yang tak tau lagi kan..Sekarang ni SYABAS dah bertukar nama, bukan SYABAS lagi, sekarang ni Pengurusan AIR Selangor (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor). Bos atas faham2 la siapa..hehe
Mula2 aku masuk SYABAS dari umur 24 tahun, dari zaman free hair rambut berkarat sampai dah nak masuk dua orang anak kerja kat SYABAS ni..macam2 pengalaman aku kutip..dulu sebelum masuk SYABAS aku kerja company publishing. masa tu la kenal Yana dengan Eira...lepas setahun kerja company publishing dapat offer kerja company advertising kat Shah Alam..tak kerja lama pon kat situ dalam 9 bulan macam tu..yerla kerja advertising kot mana larat hari2 kena ot, hari2 balik kol 12 malam, sabtu ahad kena kerja..hari2 kejar dateline pastu kerja tak pernah abis..sehari 5 6 job kena buat..sampai rabun la aku kerja kat situ..hahaha kalau bujang ok la kerja advertising ni , kalau dah kawen rasanya kurang sesuai kot..ko bayangkan masa aku kerja advertising, pergi kerja pakai t-shirt seluar jeans selipar..takde maknanya rambut kepuk2, makeup tebal2..pakai lipstick bedak jalan..hehehe
Bila dapat offer kerja kat SYABAS rasa bersyukur sangat2..boleh fikir untuk kawen..kekeke boleh fikir macam tu..yerla aku pon dah lama kenal dengan Affan..masa tu dah ada simpan sikit2 boleh la fikir untuk berumahtangga..masuk jer SYABAS aku macam culture shock sikit.. yerla masa kerja advertising dah biasa masuk 8.30 pagi tangan muka mengadap PC je kecuali time lunch je tak mengadap PC..memang takde masa la nak baca surat khabar, buka facebook ke, sembang-sembang ke..memang tak sempat yer buat semua tu..sampai kawan2 kat SYABAS perli.."Cik Kathy ni bukan company advertising tau, sini kerja rileks2 je takyah beria2 sangat kerja tu, sini tak kerja dateline macam advertising"..What??!!! boleh macam tu..hahaha memang seminggu dua minggu tu asyik kena perli je dengan dorang..yerla aku kan dah biasa mengadap PC kerja kejar dateline, tak bercakap dengan siapa2..dekat sebulan lebih gak la baru aku biasa dengan culture dorang kat situ..dalam hati "Wahhh untung sangat ni dapat kerja kat sini..tak stress kejar dateline" hahaha
Panjang lebar pulak aku cerita pasal kerja ni..hehe ada ke orang nak kisah..ok la sampai sini je la aku story pengalaman hampir 11 tahun berkecimpung dalam dunia graphic design & multimedia..nk cerita lagi sampai besok aku rasa tak abis menaipni..hehehe Apa2 doakan la aku kat tempat baru..huhu cuak gak ni boleh ke tidak jawab panggilan consumer complaints niiiii..positif kathyyy positiffff..okey okeyyy.. =P
piece : kathyjem
Monday, August 29, 2016
Sentiasa Lapar.
Macam risau pulak bile doktor cakap macam tu..harap2 berat baby naik banyak la sikit kan..dah terpaling risau kedudukan baby songsang pulak..kaki dia kat atas..last 2 weeks check kepala dia kat bawah, la ni kepala dia naik pulak..patutla semalam tido tiba2 senak semacam..Doktor Khamsiah kata jangan risau kemungkinan dia akan berpusing balik cuma masa sembahyang tu sujud lama2 sikit..sekarang ni ruang dalam perut banyak sebab tu dia sentiasa aktif berpusing..
Sekarang ni cepat nau lapar yang tak tercapai akal mu..hahaha..padahal sebelum nk turun lunch makan coklat cloud 9 pastu makan sekelepuk nasi..masuk pukul 3 jer, krokk krokkk perut lapar macam orang tak makan tghari..mujur stanby roti masa tapau beli nasi tghari tadi..
Betul weii sekarang ni kol 3 je aku dah start lapar semaciam..kadang2 takut tengok diri sendiri punye tahap kelaparan tu sebab Raiisah dulu tak macam ni dia punye lapar weii..kalau dah makan tghari sampai petang aku bertahan..Macam malam semalam boleh dah tido tutup lampu , pusing kanan pusing kiri takleh tido sebab baby berpusing2..aku syak mesti dia ni nak makan..nak kata lapar takde la sangat tapi rasa macam nak sesuatu masuk dalam perut ni..hahaha maka berlari2 la aku turun ke bawah mencari biskut..dapat makan 4 keping biskut terus baby senyap..memang baby dasar kuat makan ni.. >_<
Roti penyelamat di kala perut ku berbunyi-bunyi..hahaha standy biskut dalam laci pon sekejap nau abis..balik ni nak beli stock banyak2 simpan dalam laci ofis..
piece : kathyjem
Subscribe to:
Posts (Atom)







































