Wednesday, November 9, 2011

Nuffnang Blog Awards, Here I Come...

Aku rase sepanjang aku bersama Nuffnang tak pernah aku join acara berprestij Nuffang Award ni.. Bukan kata event besar macam ni, event Nuffnang yang kecik2 tu pon aku tak pernah merasa.. Sedih kan.. huhu Tapi kalo di beri peluang apa salahnye kan.. Nak jugak merasai event2 Nuffnang ni.. Selalu tengok dalam blog orang jer ni kalo rase merasa sendiri baru la best..

Lagi satu ramai kot bloggers2 dari negara lain yang ada malam tu.. Mesti la aku nak join Nuffnang Awards ni kan..hehehe

Apa itu Nuffnang Awards??

“Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott”

Haa dah tau kan ape tu Nuffang Awards.. Senyum skit.. =)

Lagi satu ada sebab aku nak sangat2 pegi Nuffnang Awards ni.. 

Sebab Pertama :
Sebab aku nak join Nuffnang Awards ni... haaaa sebab ni la.. Nak pakai cantek2 ala artis Hollywood, nak makeup ala Lady Gaga ;P .. Pakai kasut 10 inci lalu atas red karpet.. Jalan kekwat ala artis red karpet lalu berposing mengadap lensa kamera.. Zazz ke kanan Zazz ke kiri.. hahaha Over tau! =P


Sebab Kedua :
Lagi satu leh berjumpe dengan blogger2 yang famous emes tu dan team2 dari Nuffnang... Leh berkenalan dengan dieorang...

Ramai ni aku nak jumpe blogger2 yang top2 dari seluruh negara asia.. Lagi satu nak korek rahsia blogger2 famous ni macam mane dieorang leh jadi blogger tegar sampai boley berjaya dan menang. Mungkin next year aku tercalon pulakkan.. Ceh berangan ni.. =P 


Sebab Ketiga :
Kot2 la terpilih jadi Blogger Host.. Mana taknye dapat jadi host untuk foreign blogger guest tu.. Kalo terpilih la.. Tapi kalo terpilih untuk Blogger Host ni apa salahnya kan.. Ceh! Berangan lagik!

Sebenarnya aku minat join event2 Nuffnang ni especially mengenai kecantikan.. Yerla kite sebagai wanita ni kan memang suke dengan benda yang cantik2.. =) 

Dan lagi satu aku akan tunjukkan kepada mereka di luar sana tu betapa untungnya menjadi blogger berdaftar dengan Nuffnang di Malaysia ni dan juga kelebihan berblogging di sini...

Korang pon leh join Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 ini tau..  Mudah jer..

Step 1:
Pilih salah satu antara yang ko nak tulis, "my nuffnang story" macam yang aku buat ni.. Ataupun "Nuffnang Blog Awards, Here I Come" di mana ko kena beri 3 sebab kenapa ko nak pergi ke Nuffnang Blog Awards ni..

Step 2: Dah pilih salah satu, dah di publish dalm blog antakan link entry korang tu kat sini  - http://awards.nuffnang.com/2011/win-exclusive-invites/ sebelum 11 Nov 2011.


Ha sebenarnya banyak dalam pala otak ni nk tulis tapi tulis ni jer la.. So aku harap akan dapat jemputan untuk ke Nuffnang Blog Awards pada 16 Disember 2011 di Putrajaya Marriott ni.. Dapat la aku nak melaram dengan dress vouge debas dengan Ceeramoon... hehe Kan manjer, leh kite carik baju kasut sama2.. wehuuu~~

Muke happy kalo di jemput..ngeh ngeh.. Nuffnang jangan lupe invite saya yer dan email sekali... Saya nak pergi sangat2 ni... Wah Over ko!... =D

Selamat mencuba yer uols... Kot2 la sapa yang terpilih tu jangan la lupa hai2 kat aku nanti yer.. ;P

The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards ini di bawa oleh Volkswagen Malaysia dan Putrajaya Marriott..

piece : kathyjem

5 comments: