BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Serius info ni aku baru tahu.. Sajer nak share kat korang.. Sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nak smbut baby.. =)
Walaupun dah berkali2 di ingatkan jangan beri
bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yang masih
amalkan beri air masak pada bayi mereka. Antara sebab desakan orang tua, nak
kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu,
supaya anak senang buang air..
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi
akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima
kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana
air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati
pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan
kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap
bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne
Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang
jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat
Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini
menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak
dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti
air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan
puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit
yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada
pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat
berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5
minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah
bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan
tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air
atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang
terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan
mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
piece : kathyjem
oh bagus info ni sis..sy pun sdg menanti kelahiran pertama..thx ya
ReplyDeletetu la i pon br tau ni..hehe =)
ReplyDeletesaya follow betul2 rules ni utk anak no 2...alhamdulillah can see the diffrent...anak second saya fully BF sampai skrg..bulan 6 genab 2 tahun...masa age 1 day until 6 month setitik air pun x kasi...just susu ibu semata2...Alhamdulillah perut anak sihat...mmg x penah kembung dulu...bila dh besar skit jarangggggggggggg sangat sakit2...kalau demam pun sehari je...Alhamdulillah..:)
ReplyDeletetengok..betapa besarnya kuasa ALLAH..mencipta susu ibu takda tandingan ngan susu lain dah..hehe :) tapi awan nano dulu sampai 4bulan lebih jek....:P
ReplyDeletebaru tahu. thanks kathy :)
ReplyDeletetp klau minum susu formula kena juga beri sedikit air masak, klau B.feeding tak perlu beri air masak
ReplyDeleteKalau minum air zam2 sikit bagaimana? Ada efek sama dengan Minum air masak ke?
ReplyDelete