Tuesday, June 12, 2012

Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Biasanya cara mudah nak tahu jantina senang sajakan.. Pergi klinik scan dah tahu jantina baby..  Dah tahu jantina.. senang kan...! Takyah pening2 ko nak tengok perut la, cari pemakanan la, tabiat kite la, bla bla bla.. hahaha

Tapi sebenarnya orang mesti lagi suka tekakan?... Ada teka tengok perut, bulat ke lonjong ker.. Pastu tengok cara pemakanan kite.. Itu cara orang tua kite meneka anak yang dikandung tu.. Tapi tu zaman dulu2 la.. Sekarang teknologi dah canggih letak jer badan.. Jumpe Doktor, doktor scan dah nampak tut die..

Sekarang pun ada juga perkara macam tu...Sekarang ni asal orang tengok perut aku mesti cakap aku mengandung lelaki.. Kebanyakkan mesti orang akan cakap bayi lelaki.. Biasanya orang akan meneka melalui tanda2 perwatakan kita jugak..

Kat sini aku ada sedikit info nak tahu jantina bayi yang bakal kite lahirkan.. Korang leh la tengok kot2 la tanda tu semua kena ngan korang dah tahu serba sedikit tentang anak yang di kandung tu.. ;)

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki :

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
 *********************************************************************************
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

    **Tanda merah tu menunjukkan ia berkaitan dengan aku.. So korang tengok banyak belah mane.. Dapat agak kan..hekhekhek

    ececece! masih nak berahsia lagi tu.. ^___^
Ni semuanya kuasa Tuhan.. Apa yang diberikan olehNya kami terima dengan Redha  yang penting bayi kami sihat dan selamat dilahirkan.....InsyaAllah!

piece : kathyjem

16 comments:

  1. Kathy...mesti gegirl ek...hehe...same lah kita...insyaAllah kan...

    Tanda2 tu semuanya betul... =)

    ReplyDelete
  2. heheh..mmg betul..if suka manis2 ni selalu anak perempuan:)..sama ngn atirah..

    ReplyDelete
  3. nak dapat gegirl ke?leh kawan ngan keisha... :D

    ReplyDelete
  4. mesti baby girl ni kot... bestnya..... leh melaram cam maknya nanti....

    bila due date yer?

    ReplyDelete
  5. akak nya more to lelaki...yer betul masa pregnant Fayel suka sangat makan keju......kuasa Allah..apa jantina terima saja kan

    ReplyDelete
  6. Ayu : Gegirl..amin..Insyallah.. ;)

    ReplyDelete
  7. Fiszah : tu la mula2 preggy tak suke manis skarang dh suka pulak..hehe

    ReplyDelete
  8. Alyza : Keisha ada geng..hewhewhew

    ReplyDelete
  9. Deqna : hehe..Insyallah due awal bulan 10.. ;)

    ReplyDelete
  10. tgok perut u nampak mmg girl sebab kembang sikit..hehehe

    ReplyDelete
  11. ALhamdulillah, baby girl kawan mak dia..
    Tapi apa pun jantina tetap darah daging kita kan :)
    Tahniah !

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat gegurl mesti comel n cantik cam u

    ReplyDelete
  13. amboi , siap ada tanda-tanda kan .. hihik . tahniah dapat baby nanti !

    ReplyDelete
  14. Dah bagi hint macam bunga jer... Kalau betul bestnya....

    ReplyDelete
  15. tak boleh percaya gak..masa anak no. 2 dulu, ciri2 macam nak dapat gegirl sekali keluar lelaki gak...dua2 anak kena morning sickness

    ReplyDelete
  16. ooo baru tahu, hihi...yg penting both mommy & baby sihatkan :)

    ReplyDelete