Tuesday, May 7, 2013

Ke Ikea dengan Anak Buah

 
Last week family akak aku turun KL sebab nak mengundi.. Abang ipar aku kan askar.. Askar memang diberi awal untuk mengundi... Isnin tu akak aku sampai KL besok tu die dah mengundi Khamis die dah kena balik Sarawak..

Rabu kan cuti Hari Pekerja so inila masa sesuai untuk mengabiskan sisa baki cuti yang ada bersama anak buah ku.. Sedih ingat akak aku stay sampai next week upernye khamis dah kena balik.. Biaserlah askarkan banyak hal nak kena settel masa pilihanraya..

Suke Raicha dapat berjalan.. Daddy mane?? Daddy  Raicha takde balik Perak..

Mak Raicha naik satu kereta ngan aku, family akak aku naik satu kereta sebab balik pada Ikea tu aku nak balik rumah jap..

Bawak anak2 buah ke Ikea.. Ya ampun ari tu bapak jem giler nak masuk ke Ikea.. Berpusu-pusu kereta nak masuk ke Ikea.. Huh! kalo tau kereta banyak macam tu idokla aku nak ke Ikea.. Sebab tu kalo nak cari barang kat Ikea aku suke pergi weekday sebab tak ramai orang..

Abang Pi siap buat peace..

Adik ku yang bongsu Fahmi.. Suke Raicha dengan PakSu yer..

Adik Darwaih & Abang Pi.. Besar dah dieorang ni.. Al maklumlah setahun 3 kali jumpe dieorang ni.. Tak sabar nak tunggu family akak aku pindah kat Semenanjung ni.. Harap2 tahun ni jugaklah dieorang pindah..

Raicha kenapa mulut begitu??

Sempat.. Bukti orang ramai di Ikea..


Lepas shopping kami ke Kluang Station, Mak teringin nak makan mee kari kat situ..

Amboii Raicha gedik ek tarik baju Abang Darwish sempat bergurau senda..

Muke kegatalan.. hahaha

 Comel jer Adik Darwish pose macam tu.. Raicha pon sama gedik kecik2 dah pandai mengatai..


Tenang hepi ceria bile berada bersama family..

Budak merajuk.. Merajuk tak dapat makanan yang die nak.. Ibu die tak bagi oder makanan nanti bukan die makan banyak main..

Fahmi adik ku yang sengal...hahaha

Ibu dan Raicha.. Manja betul Raicha dengan Ibu..

Dengan Abang Pi pon manjer.. Abang Pi sayang betul kat Raicha sampai kata kat Ibu die nak bawak Raicha balik Sarawak, Mummy takpayah ikut balik Sarawak mummy kan kerja bawak Raicha jer..hahaha Nanti Raicha nak menyusu macam mane Abang Pi bagi nenen ibu boley..kekekeke

Lepas makan terus balik rumah..

Besok tu dieorang dah balik Sarawak..huhuhu Kejap jer spend time dengan dieorang..

piece : kathyjem

6 comments:

  1. Raicha wat duck face la mummy..ni versi Raicha la

    ReplyDelete
  2. raicha yang comel lagi cantek...rambut dh byk...ada stail la

    ReplyDelete
  3. intandayani : hahahaha tu pengaruh mummy die lah tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. Mimy Hamid : tq auntie mimy..kim salam kat fayel yek..hehe

    ReplyDelete
  5. Comel.sangat dak raicha.ni..dah nak masuk 7bln dah ek

    ReplyDelete
  6. Hi..sy silent reader awak ;) comel sgt raicha tu..geram je tgk die. Mase lahir dulu brape berat die? Comel molek je..

    ReplyDelete