Thursday, August 29, 2013

REEBONZ EKSKLUSIF MERDEKA SALE!!! Diskaun 56% Untuk 56 Beg Mewah Sempena 56 Tahun Merdeka..

Buat para shopaholic di luar sana, ada kabar berita gembira niiii!

Ini adalah minggu terakhir bulan Ogos kan, so Reebonz Malaysia meraikan 56 tahun kemerdekaan negara kita bersama korang dengan memberikan 56% potongan harga kepada 56 barangan terpilih.

Sempena merdeka Reebonz mengadakan jualan Merdeka Sale yang mane di mulakan secara atas talian (online) pada 25 hingga 31 Ogos 2013 dan manakala di ruang pameran di Reebonz SPACE, Bangsar pada 26 Ogos hingga 30 Ogos.. Jenama yang diketengahkan adalah Prada, Coach, Burberry, Kate Spade dan berberapa brand yang lain pon ada jugak.. Murahkan 56% sale tuuu.. Wuhuuuu!! Kalo dapat sebijik pon jadila..hehe

Kalo mane yang tak tahu Reebonz SPACE merupakan jualan fizikal yang di buka pada 29 Mac yang lalu bertempat di lokasi strategik iaitu di Level 3A, Menara BRDB, Bangsar.

Mari tengok apa yang Reeboz Malaysia jual.. Ko macam2 brand ado bukan kata beg kasut, aksesori pon hado.. Kalo korang tanya aku brand mane yang aku suke.. Semua aku..kakakaka Over.. ;P

Marc by Marc Jacob Khaki & Moschino Quilted Fabric Small Shoulder Bag

 Miu Miu Nappa Cloquet Shopping Bag & ChloeÄ› Darla Shoulder Bag

 Coach Ashley Patent Leather Large Satchel & Coach Signature Stripe Stitched Patent Multifunction Tote..

 Kate Spade Gold Coast Lilou & Kate Spade Pasadena Presley

Fendi Grande New Silvana Bag..

Mesti ada yang tak tau apa itu Reebonz kannnnn.. Ok mai aku bagitau sikit apa itu Reebonz...


Reeboz adalah jenama atas talian paling dipercayai untuk membeli dan menjual produk mewah pelbagai jenama terkenal seperti Balenciaga, Prada, Miu Miu, Dior, Tom Ford, Reed Krakoff, Bottega Veneta, Coach, Marc Jacobs, Longchamp, Mulberry, Paul Smith, Vera Wang, Tod's, Givenchy, Vintage Chanel dan banyak lagi..

Korang mane yang suke beli secara online ni boley terus ke telefon bimbit tau.. Barangan lelaki boley perempuan pon boley yang penting kena jadi ahli Reebonz dulu..

Dan Reebonz memberi penghantaran percuma yang penting 100% adalah asli, 0% ansuran sehingga 24 bulan dengan 8 bank iaitu (AmBank, Citibank, OCBC, HSBC, Public Bank, RHB, MFB, Alliance), dihantar dalam signature black & gold packaging..

Untuk  maklumat lanjut mengenai Reebonz korang boley pergi ke Reebonz Merdeka Sale dalam laman web rasmi Reebonz iaitu reebonz.com.myhttp://go.reebonz.com/la7vy atau Reebonz Malaysia facebook di fb.com/reebonzmalaysia dan boley follow mereka di twitter dan instagram @ReebonzMY.

Apa lagi pergi terjah website Reebonz cepat nanti lambat rugi menyesal..hehe..Selamat menyopping! =D

piece : kathyjem

Wednesday, August 28, 2013

Bebaskan Dirimu Daripada Keguguran Rambut..

Perempuan memangkan bab2 rambut ni agak sensitif sikit nak cerita kat orang ramai.. Aku pon macam tu lah jugak kalo nak cerita bab2 rambut ni agak kurang skit nak bercerita bukan apa malulah kan nak cerita benda2 ni kat orang.. Pastu gugur sikit mula mengelabah.. Kejap kang tukar syampu tu, kejap kang tukar syampu ni la.. Takut punye pasal.. Yerla kite orang perempuan itulah mahkota berharga yang ada kat kite..

Aku lepas bersalinkan Raiisah banyak giler rambut gugur.. Sehari berhelai-helai gugur kadang tu rase nak nangis jer..

Macam2 syampu aku try last2 aku pilih Dove.. Fuhh lega dah pakai 2 bulan nampak perubahan kurang gugur tu.. Sampai sekarang masih pakai Dove HairFall Rescue System ni..

So aku terpanggil untuk mendengar cara penjagaan rambut dan cara mengatasi masalah keguguran rambut.. Elok sangat aku dengar ni at least aku tau cara2 nak kurangkan masalah rambut gugur ni.. Lagi satu cara untuk kite menambah keyakinan diri bile masalah ni muncul... Yerla kalo dah rambut kurang, gugur teruk mestila kite takde keyakinankan..

Tetamu yang hadir.. Hahaha Kalo ingat balik aku nak ke event ni mesti tergelak.. Event ni kat Double Tree by Hilton KL yang aku ingat Hotel Hilton KL Sentral.. Dah sampai call la dieorang kata dah sampai tak jumpe pon event ni sekali dieorang bagitau bukan di Hotel Hilton KL Sentral di Ampang Park daaa..Ngogek tul aku!

Hambik setengah jam lebih aku nak sampai ke sana nasib nak ke Double Tree by Hilton KL tu dekat dengan nak meredah jalan jem yang tak hingat tu.. So moral of the story sila save kad jemputan tu kat handphone yer supaya masalah tidak berulang lagi..hehehe

Eira ngan Peeja pon ado.. Nasib dieorang ada takdelah aku terkontang-kanting sorang diri di situ..huhuhu

Sebelum pelancaran, Profesor Madya Dr. Irene Lee dari Dermatologis Konsultan bagi penerang mengenai cara2 penjagaan rambut dan juga cara mengatasi masalah keguguran rambut.. Macam2 ilmu aku dapat petang tu.. =)

Ni adalah kali pertama Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu memberi inspirasi kepada wanita Malaysia di luar sana untuk membuat komitmen tentang cara menghadapi masalah keguguran rambut.. Kempen ini dieorang jemput dua wanita iaitu Athiya dan Hasreena yang mane dieorang pernah menghadapi masalah keguguran yang teruk.. Dieorang akan cerita dan kongsi pengalaman bagaimana dieorang mengatasi masalah keguguran rambut bersama..

Kalo nak tau dieorang ni adalah kawan baik dan berkawan lebih kurang 10 tahun dan sentiasa sokongan antara satu sama lain dalam menguruskan masalah keguguran rambut.. Baguskan ada kawan macam ni saling bantu membantu..

Lepas tu acara pelancaran..

Celebriti Dynas & Yasmin Hani pon ada jugak..

Yeaaa mari kite naik atas stage dan bersuara beramai2.. "Rambutmu, Mahkotamu".. =) hehehe Aku burok benor berdiri macam tu ate kena la kasi kawan2 kat belakang tu nampak..

Dove buat kempen ni sebenarnya nak kumpul 10,000 suara aspirasi wanita2 Malaysia ni.. Tujuan mereka buat ni nak atasi masalah keguguran rambut yang sering menganggu kehidupan wanita di luar sana.. Bile dah mencapai 10,000 suara dari Rambutmu, Mahkotamu, Dove menubuhkan Dana sebanyak RM10,000 dan akan didermakan kepada yang kurang bernasib baik untuk membantu wanita lain dan memastikan usaha para wanita di luar sana berjaya.. Peluang ni akan di wujudkan bagi mengumpul kumpulan wanita untuk memberi idea yang asli bagi menyokong wanita yang kurang bernasib baik di negara ni..

Jika saya bebas dari rambut gugur saya akan menyimpan rambut panjang sehingga ke paras dada.. Dan ia akan kelihatan lebat dan banyak..! hahaha Tibe2 ayat skema tu keluar dalam kepala.. hehehe

Kami bersama Athiya dan Hasreena.. Cantik betul dieorang ni rambut pon cantik lebat..

Bersama dua orang mak buyung Nana dan Yasmin Hani.. Berseri2 muke dieorang ni..

Muke dieorang ni macam bukan orang pregnant.. Cantik sangat!

RambutMu MahkotaMu bersama manjer Eira..

Kat sini ada ada sikit nak kongsi apa fungsi produk Dove ni..

Syampu membersihkan kulit kepala untuk menyediakan untuk menerima Leave-On Intensive Hair Tonic.. Perapi digunakan untuk mengelakkan rambut putus dan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung, mengurangkan rambut gugur akibat terputus dalam masa 2 minggu.. Tonik Rambut Intensif Leave-On di gunakaan setiap hari, terus pada kulit kepala dan berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut. Selepas 2 minggu guna, rambut yang gugur tu akan berkurangan dan rambut lebih kukuh..

Tq Dove beri gift ni kat kite.. =D

Owh korang kaum wanita di Malaysia boley menyumbang suara dengan menyertai usaha pemerkasaan Dove dengan ke laman Facebook Dove Hair Malaysia dan klik like kat aplikasi Dove Rambutmu, Mahkotamu pastu lengkapkan penyataan aspirasi ini "Jika saya bebas dari rambut gugur, ....."

Akhir sekali, kaum wanita kat luar sana tu boley memilih untuk memainkan peranan dalam Dove Empowerment Fund.

Korang juge boley mengakses aplikasi Dove Rambutmu, Mahkotamu melalui handphone.. Untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/DoveHairMalaysia. Jangan lupe hashtag #DoveMahkotamu!

piece : kathyjem

Tuesday, August 27, 2013

Kenangan Paling Terindah Semasa Zaman Kanak2

Dah kat 5 tahun berblogging baru ni aku nak update zaman kanak2..hahaha Boleh.. Biaserla dah terlebih rajin macam ni la.. Lagi pon xde buat apa godek2 dalam almari terjumpa gambar masa baby.. Eh jap kat 5 tahun dah aku berblooging kan.. Lama gak tu.. =)

Kalo ingat balik masa zaman baru bercinta ngan Affan siap pilih gambar ni mane yang rase2 paling comel nak tunjuk kat die.. Yerla zaman baru nak berkenalan mesti la nak tunjuk gambar masa kite baby yang ala2 kononnye cute tu dengan harapan die akan teringat gambar kite masa baby tu..Puiiii..hahaha.. ;P

Masa ni aku dah pandai berjalan 10 bulan lebih dah kot.. Mak kata kami adik beradik memang cepat berjalan masuk 10 bulan dah pandai berjalan..

Tu yang kat kepala tu bukan lebam yer tu tanda lahir ku.. Tapi mak cakap masa mula lahir takde pon tanda kat dahi, tu tak tau masa bile dia muncul.. Mak kata pernah tinggalkan aku ngan kakak aku kejap.. Masa tu aku baby dalam pantang lagi.. Tau2 aku dah menangis.. Upernye kakak aku ketuk ngan botol susu.. Melalak ler aku kat situ.. Tau2 ada lebam kat dahi tapi tak tahulah kan kot kebetulan lebam tu memang dah ade ker, ker mak aku yang tak perasan masa lahir dah ada lebam tu.. Tah mak aku pon tak ingat bile tanya pasal tanda lahir aku tu..hahaha Boley..

Nasib dah besar boley tutup ngan makeup kalo tak 10 juta kali orang tanya 10 juta kali aku nak menjawab "Dik kenape tu dahi tu jatuh ker???,  Dik kenape dahi tu lebam ek???' Haiyoo tak larat aku nak menjawabnye... Ok tu tanda lahir saya abang kakak pakcik makcik.. ;P Dah besor ni pandai  tutup ngan rambut kalo tak tutup, 100 orang dok tanya apa kat dahi aku tu jatuh ker apa ker bla bla bla.. hahaha

Macam mane la rambut Raicha tak kembang kalo dah rambut omaknye macam baby singa ni..hahaha Tapi masa baby aku tak cukur rambut sebab bapak aku kata takut nak cukur semua sebab kakak aku masa baby cukur semua langsung tak tumbuh2, nak masuk 3 4 tahun rambut tak tumbuh banyak.. Bila terhantuk sikit menangis, yerla kepala botak takde rambut..kakaka So time aku bapak aku kata bior lebat macam tu..hehe

Tengah nak mandi masa ni kat kampung.. Mak baru lepas abis pantang..

Cukur jambul naik buaian.. =) 

Masa ni kakak aku baru nak masuk 2 tahun.. Kakak aku memang masa kecik die halus dah besor debab..hahaha Aku pulak terbalik kecik2 debab dah besor halus.. Eh halus ker ko..kakaka Boley la kategori halus la jugak.. Hurmm nak jugekkk!

Kami dua orng jer adik beradik masa tu.. Ke mane pegi mesti orang akan tanya "Dua orang jer Jem anak ko ni" Tula die sampai la kite orang dah besar panjang aku dah masuk form 1 kakak aku form 3 baru kami dapat adik lelaki..

Eh tengok gambar ni macam Raicha baru lepas mandi pulak..haha Terpaksa blur di situ yer.. Nanti ghairah orang tengok.. kakaka Tibe2..

Tengok ni rambut kembang setaman.. Ni kalo kembang lagi kompem macam baby lion..kakakaka

Kecik2 aku dah di gayakan ala model gitew.. Walaupon sentiasa di pakaikan pakaian gegirl aku tetapi nak pakai seluar t-shirt..

Memang jaranglah waktu kecik nak tengok aku pakai skirt.. Memang aku tak suke pakai skirt nak pakai seluar jer dah rase diri tu boy.. haha Ada sekali tu mak kata aku suke sangat pakai seluar hitam pendek.. Masa tu umur aku dalam 4 tahun..

Dah nak dekat 2 3 ari seluar pendek hitam tu tak basuh.. Pagi tu aku mandi letak seluar tu kat luar depan pintu bilik air.. Datang mak aku ambik seluar tu basuh dalam washing machine.. Punye la aku marah kat mak menangis2 ni marah kat mak .. Pastu aku ambik seluar dalam mesin basuh perah 3 4 kali terus pakai.. Mak punyer bising yerla basah2 ko nak pakai jugakkan.. Hambik belah dua seluar tu mak koyakkan..kakaka

Kalo ingat balik Ya Allah aku tak senonoh betul, seluar 3 4 hari tu jugak ko suke pakai.. Yerla budak2 kan kalo die suke itu yang di pakai hari2..

Amboi badan senget sambil kain belah tepi tu.. Korang mampu pose macam ni...kakakaka.. Siti Nurhaliza pon boley kalah okey.. ;P

Macam boy kan.. Mak kata masa lahir memang ingat boy.. Masa mula mengandungkaan aku mak kata ciri2 memang macam boy dah keluar tengok pepek upernya ko.. hahaha

Yerla dulu zaman tak canggih macam sekarang ni setiap bulan ko boley scan nak tau gender apa.. Zaman mak kite alat tak berape nak canggih so check macam biaser jerlah tau2 dah baby keluar.. Baby keluar baru tau boy ker girl..

Eh nampak mak terselit kat situ..

Gambar ni sebiji macam Raicha kan... Masa ni aku memang lasak tak reti dok diam ada jer akal nak buat..hehe

Mesti korang nak tergelakkan tengok gambar aku masa ni.. Macam anak orang iban kannnn.. kakakaka

Sedih masa ni aku kena deman chickenpox yang ada gelembung2 tu.. Penuh satu kepala badan sampai berkudis kat kepala sebab tu mak aku gunting rambut pendek.. Paling tak tahan rambut fridge sampai atas dahi tu, ko hado rambut macam tu masa kecik.. kakaka Ceh sakit2 pon sempat pose naik motorbike.. Ni semua kerja Abah la ni.. =D

Kakak aku macam tulah gaya yer asal bergambar muke masam memajang.. Kakak aku masa kecik memang tak suke senyum, aku jer kalo bergambar ada jer nak buat aksi comel.. ;P

Orang pose tangan kat pinggang yang aku dah macam anak kangaroo.. Bapak aku siap sound lagi.. 'Adik tangan tu letak kat tepi" Abah ni jer mampu adik pose abah..hehe

Verangan masa ni.. Tah apa aku membebel tah masa ni.. Aku kecik2 memang kuat membebel.. Ada jer nak pok pek pok pek... Tapi nasib dah besar tak banyak pokpek.. eh yeker..


Bangun terus potong kek tu pasal muke masham.. Sambut hari jadi yang ke 2 tahun masa ni.. Aku dari umur 1 tahun sampai dah sekolah tiap tahun wajib sambut hari jadi.. Paling beria Abahlah.. Abah memang setiap kali besday anak die wajib buat makan2.. :)

Masa ni umur 3 tahun.. Badan memang bambam masa ni.. Kuat makan..

Masa ni aku 4 tahun..

First time pergi Zoo Negara punye excited.. Nak tengok binatang mestila suke kannn.. Yerlah kecik2 dulu mane ada KLCC, One Utama kat sini ler bawak anak jalan2 tak pon Chow Kit Road.. Besok Raicha besar mummy bawak pegi Zoo Negara ek..

Ye gambar aku masa kanak2 memang banyak.. Apa jer aktiviti aku ngan kakak aku buat mesti bapak aku tangkap.. Yerla anak dua orang perempuan jer masa tu.. Hahaha Lagi pon bapak aku memang kaki bergambar macam aku gak... Tu pasal sampai sekarang aku suke bergambar ate dah kecik dah kena train jadi model..kakaka

Pertandingan Pakaian Kanak2 katanye.. Masa ni kat tempat kerja Abah ada buat pertandingan pakaian untuk kanak2.. Apa lagi Abah pon suruhlah kami orang join mane tau boley menang..hehehe

Abah suruh aku pakai pakaian hawaii, akak aku pulak pakai pakaian orang tua.. Lain daripada lain katanye..

Aku menang masa ni ok dapat nombor first tuuu kakak aku dapoat nombor 3.. Ingat lagi suasana masa tu.. Abah siap pesan lagi "Adik nanti adik jalan atas pentas tu adik gelek2 macam orang hawaii gelek tu tau " hahaha Aku pon apa lagi dah ada darah seni memang tak malulah kan walupon dalam hati debor gak.. Masa tu host tu announce di persilakan Nurkhadtijah Jamaludin.. Ceee muke selamba jer aku masa tu sambil tangan kat atas pusing, buntut pinggang gelek2.. kakaka Kelakor kalo ingat balik.. Cube kalo dah besor macam tu lari orang menengoknye..kakaka

Zaman sekolah pon aku memang aktif menari berlakon.. Aku dari darjah 1 sampai darjah 5 Sekolah Menengah Convent Sentul, darjah 6 SK Desa Tun Hussein On..

Kuat verangan macam ni lerr.. Tak abis2 perasan jadi penyanyi..

Tula kisah aku masa baby sampai la dah bersekolah.. Banyak kan gambar aku masa kanak2.. Tu belum tengok album lagi sampai 10 hari 10 malam pon tak abis tengok sampai boley sakit kepala tengkuk leher kalo tengok gambar kami masa kecik.. Bapak aku memang simpan dan buat album setiap apa yang kami lakukan.. Kenangan bile dah besar..

piece : kathyjem