Wednesday, August 28, 2013

Bebaskan Dirimu Daripada Keguguran Rambut..

Perempuan memangkan bab2 rambut ni agak sensitif sikit nak cerita kat orang ramai.. Aku pon macam tu lah jugak kalo nak cerita bab2 rambut ni agak kurang skit nak bercerita bukan apa malulah kan nak cerita benda2 ni kat orang.. Pastu gugur sikit mula mengelabah.. Kejap kang tukar syampu tu, kejap kang tukar syampu ni la.. Takut punye pasal.. Yerla kite orang perempuan itulah mahkota berharga yang ada kat kite..

Aku lepas bersalinkan Raiisah banyak giler rambut gugur.. Sehari berhelai-helai gugur kadang tu rase nak nangis jer..

Macam2 syampu aku try last2 aku pilih Dove.. Fuhh lega dah pakai 2 bulan nampak perubahan kurang gugur tu.. Sampai sekarang masih pakai Dove HairFall Rescue System ni..

So aku terpanggil untuk mendengar cara penjagaan rambut dan cara mengatasi masalah keguguran rambut.. Elok sangat aku dengar ni at least aku tau cara2 nak kurangkan masalah rambut gugur ni.. Lagi satu cara untuk kite menambah keyakinan diri bile masalah ni muncul... Yerla kalo dah rambut kurang, gugur teruk mestila kite takde keyakinankan..

Tetamu yang hadir.. Hahaha Kalo ingat balik aku nak ke event ni mesti tergelak.. Event ni kat Double Tree by Hilton KL yang aku ingat Hotel Hilton KL Sentral.. Dah sampai call la dieorang kata dah sampai tak jumpe pon event ni sekali dieorang bagitau bukan di Hotel Hilton KL Sentral di Ampang Park daaa..Ngogek tul aku!

Hambik setengah jam lebih aku nak sampai ke sana nasib nak ke Double Tree by Hilton KL tu dekat dengan nak meredah jalan jem yang tak hingat tu.. So moral of the story sila save kad jemputan tu kat handphone yer supaya masalah tidak berulang lagi..hehehe

Eira ngan Peeja pon ado.. Nasib dieorang ada takdelah aku terkontang-kanting sorang diri di situ..huhuhu

Sebelum pelancaran, Profesor Madya Dr. Irene Lee dari Dermatologis Konsultan bagi penerang mengenai cara2 penjagaan rambut dan juga cara mengatasi masalah keguguran rambut.. Macam2 ilmu aku dapat petang tu.. =)

Ni adalah kali pertama Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu memberi inspirasi kepada wanita Malaysia di luar sana untuk membuat komitmen tentang cara menghadapi masalah keguguran rambut.. Kempen ini dieorang jemput dua wanita iaitu Athiya dan Hasreena yang mane dieorang pernah menghadapi masalah keguguran yang teruk.. Dieorang akan cerita dan kongsi pengalaman bagaimana dieorang mengatasi masalah keguguran rambut bersama..

Kalo nak tau dieorang ni adalah kawan baik dan berkawan lebih kurang 10 tahun dan sentiasa sokongan antara satu sama lain dalam menguruskan masalah keguguran rambut.. Baguskan ada kawan macam ni saling bantu membantu..

Lepas tu acara pelancaran..

Celebriti Dynas & Yasmin Hani pon ada jugak..

Yeaaa mari kite naik atas stage dan bersuara beramai2.. "Rambutmu, Mahkotamu".. =) hehehe Aku burok benor berdiri macam tu ate kena la kasi kawan2 kat belakang tu nampak..

Dove buat kempen ni sebenarnya nak kumpul 10,000 suara aspirasi wanita2 Malaysia ni.. Tujuan mereka buat ni nak atasi masalah keguguran rambut yang sering menganggu kehidupan wanita di luar sana.. Bile dah mencapai 10,000 suara dari Rambutmu, Mahkotamu, Dove menubuhkan Dana sebanyak RM10,000 dan akan didermakan kepada yang kurang bernasib baik untuk membantu wanita lain dan memastikan usaha para wanita di luar sana berjaya.. Peluang ni akan di wujudkan bagi mengumpul kumpulan wanita untuk memberi idea yang asli bagi menyokong wanita yang kurang bernasib baik di negara ni..

Jika saya bebas dari rambut gugur saya akan menyimpan rambut panjang sehingga ke paras dada.. Dan ia akan kelihatan lebat dan banyak..! hahaha Tibe2 ayat skema tu keluar dalam kepala.. hehehe

Kami bersama Athiya dan Hasreena.. Cantik betul dieorang ni rambut pon cantik lebat..

Bersama dua orang mak buyung Nana dan Yasmin Hani.. Berseri2 muke dieorang ni..

Muke dieorang ni macam bukan orang pregnant.. Cantik sangat!

RambutMu MahkotaMu bersama manjer Eira..

Kat sini ada ada sikit nak kongsi apa fungsi produk Dove ni..

Syampu membersihkan kulit kepala untuk menyediakan untuk menerima Leave-On Intensive Hair Tonic.. Perapi digunakan untuk mengelakkan rambut putus dan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung, mengurangkan rambut gugur akibat terputus dalam masa 2 minggu.. Tonik Rambut Intensif Leave-On di gunakaan setiap hari, terus pada kulit kepala dan berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut. Selepas 2 minggu guna, rambut yang gugur tu akan berkurangan dan rambut lebih kukuh..

Tq Dove beri gift ni kat kite.. =D

Owh korang kaum wanita di Malaysia boley menyumbang suara dengan menyertai usaha pemerkasaan Dove dengan ke laman Facebook Dove Hair Malaysia dan klik like kat aplikasi Dove Rambutmu, Mahkotamu pastu lengkapkan penyataan aspirasi ini "Jika saya bebas dari rambut gugur, ....."

Akhir sekali, kaum wanita kat luar sana tu boley memilih untuk memainkan peranan dalam Dove Empowerment Fund.

Korang juge boley mengakses aplikasi Dove Rambutmu, Mahkotamu melalui handphone.. Untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/DoveHairMalaysia. Jangan lupe hashtag #DoveMahkotamu!

piece : kathyjem

9 comments:

  1. i pun suka dove ni sebab bila pakai rambut jadi lembut..

    ReplyDelete
  2. DaZzlingLilLy : kan best jer rambut pon kurang gugur.. ;)

    ReplyDelete
  3. klu utk dandruff boleh ke pakai dove ni?

    ReplyDelete
  4. ~ PeaNut ~ : boley jer..so far kathy pakai HairFall Rescue System ok kalo tak sebelum ni ada gak dandruff kat kepala kathy..

    ReplyDelete
  5. Kak...aitu sy nmpak mcm akak time tgk nona ahad sblm nie kot...cite pasal dove yg nie la... :)

    ReplyDelete
  6. Kak,kalu x silap,sy ade trnmpak akak kat nona 2 mggu sudah rasenye.kat dlm flashback mgguan yg awl2 rncgn tu..cite psal dove yg nie la...x pasti ye ke x :)

    ReplyDelete
  7. Adlin Hani : yeker..alaaa akak pon tak tngk rancangan nona masa tu mungkin la kot.. hehe

    ReplyDelete
  8. nak kena cuba pakai balik dove ni. btw, malam tadi ternampak akak kat giant kota damansara. nak tegur segan huhu. usha keliling raicha takde pulak. kempunann ;)

    ReplyDelete
  9. zarifahmr : laaa yeker np tak tegur..hehe

    ReplyDelete