Tengah dok layan Instagram tiba2 kawan tag pasal program realiti hijab pertama di Malaysia iaitu Cabaran Shaylanista.. Apa Shaylanista ni?? Produk kecantikkan ker.. Ooo shampu untuk wanita berhijab ingat produk kecantikkan.. Ok serius tak tahu..hahaha
Gila si Ayu ni suruh aku join benda2 macam ni.. Siap cakap dengan dia, "Nok aku tak layak kot nak join benda2 ni, siapa la aku nak join benda2 hijab ni.. Awal2 audition dah kena reject..bahaha Alaaa nok ko join jer.. Ko kan suka aktiviti lasak macam ni.. Yang penting cuba dulu.. hahaha ni bukan Ayu manjer i ok ni Ayu aka Kipas Antik.. Kawan sekolah dari form 1 sampai sekarang.. hahaha Terima kasih Ayu memperkenalkan porgram Cabaran Shaylanista ni kat aku..
Tak sanga dapat terpilih top 50 dari 4 ribu penyertaan.. Alhamdulillah rezeki untuk join aktiviti lasak..
Nampak cabaran dia bukan calang2 punya cabaran.. Siap pengang ular, bumping jumping lagi.. Ketar lutut tengok dia punye cabaran.. hahaha.. Takper ambik cabaran sebagai menguji tahap mental, fizikal dan keberanian ku..
Awal pagi kol 5 dah gerak dari rumah.. Ingat nak suruh Affan hantar pikir2, kang balik payah pulak dia nak ambik aku.. Abis pon tak tahu kol berapa takper drive sendiri lagi senang.. Sampai Bukit Jalil solat dulu then tunggu bas sampai..
Masa dah abis solat tu masa nak pakai selipar terpandang kasut sukan sebelah aku.. Demmmm kasut sukan aku tertinggal.. Adusss macam mane boleh lupa pulak niiiii.. Pagi tu keluar rumah pakai selipar tu yang terlupa nak bawak kasut sukan.. Pakai siap dari rumah kan selamat mesti tak tinggal..sob sob..
Nasib baik ada stanby satu kasut sukan dalam beg.. Memang dorang suruh bawak spay 1 kasut sukan sebab ada aktiviti dalam air.. Abis tu satu kasut lagi macam mane???!!! ting! teringat kasut futsal dalam kereta.. Alhamdulillah kasut futsal ku penyelamat.. Kalau tak balik la aku dengan kasut basah tu..hahaha Dah la pergi dan balik kena pakai pakaian sukan..
Cabaran Shaylanista ni di buat di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat.. tak
tahu pon program ni buat kat Hulu Langat, memang lalu area rumah kakak
aku kot.. Tak tahu buat sini kalau tahu baik drive terus datang sini, balik tu boleh
singgah rumah kakak aku kejap..hehehe
Sampai2 dorang bagi breakfast beehun & keropok goreng.. Breakast sambil melihat menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.. *dalam hati apa la cabaran dorang nak kasi ni..
Abis breakfast rehat jap, simpan barang kat sini.. Nanti mandi, solat semua kat sini.. Ada 4 bilik.. Aku ngan rakan2 yang lain dapat bilik nombor first.. Ok kena ingat bilik nombor berapa kang tak pasal2 tertukar bilik pulak..haha
Zeyda.. Kawan saya sepanjang program Cabaran Shaylanista.. Berkenalan dalam bas dok sebelah....
Apa nak buat ni.. dup dup.. tengah rehat2 jap pastu dorang panggil ada briefing sebelum porgram start..
Ni dia Aidid Marcello, Pengarah Kreatif untuk program Cabaran Shaylanista.. Dia brief jap apa yang patut kita buat apa yang tak patut kita buat..
Ok first cabaran yang kiteorang akan buat...
Sebelum tu selfie beramai-ramai..
Muka happy masing2 padahal tuhan jer yang tahu macma mana perasaan masa tu..
Mula2 nak naik cuak jugak la.. Pernah buat benda ni masa zaman study.. Nasib baik dapat yang tak tinggi sangat.. Bila dah ada kat atas tu hilang terus rasa gayat..hehe Tengok tasik bawah tu rasa macam nak terjun pon ada..kikiki.. Abang2 yang jaga kat situ siap lompat bagi jambatan tu goyang.. hahaha Aku rileks jer lagi aku lompat2 atas tu..hahaha
Tengok belakang alaa sian pulak kawan2 kat belakang aku pergi goyang jambatan tu pulak.. sori terlupa kawan2 ada kat belakang sebab seronok sangat dapat henjut2kan tali jambatan tu..hehe
Tak puas rasa nak buat sekali lagi.. Nasib jenis aku ni tak takut sangat gayat kalau tak dah terkuncil atas tu aku rasa..hehe
Second kitaorang kena buat flying fox..
Sebelum tu ada penerangan sikit macam mane nak pakai tali tu, apa yang perlu buat bile nak turun..
Nampak bulat merah tu.. kat situ la start kitaorang terbang..hahaha.. Best rasa nak buat lagi.. Tak puas la naik sekali.. Siap menjerit-jerit lagi atas tu..Wohooooo!! Kathyyyyyyyyyyyyyyyy Kathyyyyyyyyyyy!! Motif sebut nama sendiri..hahaha
Cabaran Ketiga Rock Climbing.. Ni kali kedua aku merasa turun rock climbing ni, dulu masa join Maxis 4G Blogger Blaze.. Ni kalau tak tahu teknik silap2 tangan kiri boleh luka sebab ramai guna tangan kiri masa nak turun padahal tangan kiri tu kena lepaskan takyah pengang tali tu sangat sebab masa turun tangan kanan yang kena guna banyak untuk control tali tu..
Dan terakhir Kayuh Pelampung menggunakan kaki..kakaka Suka suki je aku bagi nama macam tu..haha enjoy giler kot.. Tugas aku bagi arahan supaya semua akan ikut aku punye isyarat.. Aku just jerit One Two sambil korang pon kayuh One Two One Two..gitew.. Tapi kalahhhhh, apa kan daya kumpulan kiteorang lebih satu so tak balance.. sob sob takper yang penting kita bersatu berkerjasama, bergabung,meletop! hahaha
Abis aktivti dorang bagi rehat.. Apa lagi mandi tukar baju, solat then datang balik ke kemah yang di sediakan.. Dorang nak
announce siapa yang terpilih untuk 16 finalist Cabaran Shaylanista di Tv9..
Dah tukar baju dah mandi dah wangi..hehe Tengah tunggu semua peserta sampai masa ni..
Pergi dan balik semua kena berpakaian sukan.. Kasut futsal penyelamat..hehe
Bersama si cantik Balqis.. Borak2 rupenya bapak dia pernah bekerja dengan SYABAS.. Rupanya bapak arwah OB tu bapak dia, dulu arwah bapak dia salah seorang Bos di SYABAS.. So memang kenal sangat arwah bapak dia.. Bila tengok muka dia memang sama dengan muka arwah bapak dia..
Semua peserta sudah ada.. Tinggal nak
announcement jer ni..
Ameera.. Cantik betul si Ameera ni.. Dia adalah host untuk program Cabaran Shaylanista.. Tapi untuk 50 finalist ni tak keluar tv hanya 16 finalist jer yang akan keluar di Tv9..
Masa dorang umum tu dah tau memang aku takkan di pilih ofcoz la dorang akan pilih yang muda2 genteng2, siapa la aku yang dah ada anak sorang ni..hahaha Ayat sedih nampak..kekeke Tak la tak sedih cuma takde rezeki untuk merasa cabaran seterusnya..nak cuba tahun depan dah tak boleh umur dah 31.. Penyertaan ni terbuka untuk umur 18 tahun - 30 tahun.. hehehe
Tahniah kepada 16 finalist untuk Porgram realiti hijab pertama di Malaysia iaitu Cabaran Shaylanista yang akan bermula pada 2 November di Tv9..
Selesai dah jom makan perut dah berbunyi-bunyi.. pastu boleh pulang..
Dorang sediakan mee bandung.. Heaven hujan2 dapat makan mee bandung dengan badan penat layannnn..
Cucur & popiah.. Pon sedap.. dah laparkan semua pon sodap..hahaha
Abis makan rehat jap dalam bilik solat then terus pulang.. Kat kol 8.30 jugak la kiteorang gerak dari Hulu Langat ni..
Semua supporting.. Cayalah adik2 semua.. Kita keep in touch dalam whatsapp okey!
Kenangan bersama adik2 comel.. Tak sangka aku paling tua dalam program Cabaran Shaylanista ni..hahaha Dorang semua terkejut bila aku cakap umur 30.. Semua mata terbeliak-beliak.. "Haaa akak dah kawen ker, ada anak sorang ker" yee adik2 akak paling tua di sini.. peace! hahaha
Nanti kita jumpe lagi Zeyda, bye..... Best berkenalan dengan awak rasa macam dah kenal lama..hehe
Pemberian dari Safi untuk semua peserta yang terlibat.. Terima kasih Safi Shayla.. best woo syampu dia semua wangi2.. Syampu ni sesuai untuk perempuan berhijab dan paling best harga dia murah..
piece : kathyjem