Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, October 30, 2014

Gosip Mak Jemah

Godek2 gambar dalam external hard disk baru perasan gambar hari tu lepak dengan Ainun tak up dalam blog..

Plan awal nak lepak dengan Ainun sekali pompuan tu busy pulak tunggu lagi 3 minggu baru leh jumpa.. Tak sabar nak jumpe Ainun nak dengar dia cerita pengalaman baru di tempat dia bekerja sekarang..

Hanis, Tuan Belog dan Aishah..

Ni la Ainun.. X staff SYABAS.. Jumpa2 terus peluk cium..hahaha Al maklum la dah lama tak jumpa..Dulu Ainun ni seksyen communications dalam department kiteorang now dah kerja bahagian creative production company.. Syok jer dengar Ainun cerita tempat kerja baru dia jalan sesajer.. Ni pon Ainun baru balik dari China, hari tu pergi Taiwan.. Ainun company baru ko tu takde kerja kosong ker..behehehe

 Kak Yana dan Ainun..Masing2 pose nak bagi nampak kurus..hahaha

Tengah rancak sembang makanan pon sampai..




 
 
Semua makanan dah sampai kecuali Hanis punyer.. Waiter tu salah oder Hanis punya makanan..Terpaksa la menunggu..

Sampai jugak Hanis punye.. Tomyam sup.. nampak menarikkan rase..hurmmmm tawar sikit la..

Yeaa di tunggu2! Durian Crepe Wondermama! Setahun aku tunggu Durian Crepe Wondermama ni tau memanjang sold out..hahaha Nasib ada kalau takde 10 tahun lagi kot baru ke sini balik.. =P

Satu mana cukup kena tambah lagi 2 cawan..hehehe

Abis makan sesi Gosip Mak Jemah.. hahaha Hanis gaya tu jangan samseng sangat.. Takut akak tudung purple sebelah awak tu.. >_<

Tu dia sambung gosip dalam phone pulak.. hahaha

Apa yang lawak sangat tah masa ni.. Uncle dok sebelah meja kiteorang dok jeling2 jer dengar suara kitaorang macam 10 batu tu berborak..hahaha

Tengok jom ok masa untuk pulang ke ofis...

piece : kathyjem

Wednesday, October 29, 2014

Terokai Dunia dan Kehidupan Anak

Sebelum bergelar ibu, seboleh mungkin aku ingin melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya menjadi panduan semasa membesarkan Raiisah.. Proses membesarkan Raiisah banyak pekara baru yang aku pelajari..Maklum la anak pertama takda pengalaman tapi aku slow2 berlajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Raiisah..

Dari mula Raiisah bercakap, bertatih, berdiri ,berjalan dan melihat dia membesar depan mata adalah saat-saat yang paling indah dan bermakna bagi seorang ibu seperti aku..Melakukan aktiviti bersama Raiisah adalah satu perkara yang menyeronokkan bila melihat Raiisah meneroka, bermain dan belajar dengan caranya sendiri..
 Ni adalah salah satu aktiviti yang Raiisah lakukan bersama kami berenang dalam kolam..hehehe  Raiisah ni kan jenis penakut lagi2 benda yang tak pernah dia buat, memang dia akan menangis lalu menjerit sekuat hati..hahaha.. Selalu aku akan biarkan dia menangis, lama2 ketakutan itu akan hilang..Sebab aku percaya dengan rasa takut itu dia akan mendapat pengalaman supaya jadi berani dan tak takut dengan air..

Opp opp nak jatuh pulak.. nasib baik pandai imbangkan badan kalau tak tenggelam dah nak mummy ni.. Ni pon ambik makan masa 1 jam lebih kot bau dia berani berjalan dalam air.

 See saya sudah tidak takut lagi mummy!  Mula2 jer menangis lama2 sudah berani..Macam ni la anak mummy berani berenang dalam kolam..eh tu bukan berenang la, tu berdiri atas kolam..bahahaha Berdiri pon berdiri la janji anak mummy berani dan kuat menghadapi air swimming pool tu kan..hehehe tu yang mummy nak..

 Jalan dalam air tangan tu sentiasa macam tu..Imbangan namanya..hahaha



Kemain happy dia kalau tak menangis sesajer.. Kanak-kanak ni secara semula jadi dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan akan saling memerhatikan persekitaran mereka ketika belajar..So kita sebagai ibu bapa haruslah memberi tunjuk ajar dan berinteraksi dengan anak agar mereka mudah memahami apa yang kita tunjuk ajar itu..

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat.. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar.. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru.. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka.. Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka..Inshaallah mereka akan menghargai dan belajar dari kita!


Ibu bapa di luar sana boleh berkongsi pengalaman melakukan aktiviti bersama anak di Friso Malaysia's facebook page.. Selain itu juga ibu bapa dan anak dapat meneroka dan melakukan aktiviti menarik secara bersama yang dapat memberi pengalaman baru kepada anak-anak..

Tenkiu Friso Gold kalau tak kerana tertengok video dari Friso Gold haritu maybe aku lambat nak fikir benda macamni.tup tup dah besar lagi Raiisah.. ok lah yang penting harap post aku memberi idea untuk korang jugak..ok adiosss..

piece : kathyjem

Merancang Masa Depan Anak

Semakin ramai yang memahami keperluan menyimpan emas tapi lebih ramai lagi yang tak tahu mengapa simpanan melalui emas itu adalah perlu dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu.. Dalam keadaaan ini, salah satu alternatif adalah satu perlaburan emas..

Sebagai seorang ibu, pernah juga terpikir akan masa depan Raiisah, dengan kos pelajaran dan harga keperluan asas yang semakin meningkat, tak tertanggung beban rasanya kalau tidak mula merancang keluarga..

Apa kata kita mula melabur dan merancang untuk masa depan anak anda dengan perlaburan alternatif melalui Akaun Pelaburan Emas Maybank?

Semalam dapat jugak buka  Akaun Pelaburan Emas Maybank.. Dah lama plan nak buka akaun ni sebagai simpanan untuk Raiisah.. Itu pun setelah lama berGoogle dan buat study sikit2 bank mana yang sesuai untuk kami.. Maybank lah yang the best coz kita boleh beli emas tu dengan 1gram je minimum.. Sekarang ni anak berumur 18 tahun pun dah boleh buka akaun ni dengan ibubapa sebagai legal trustee..Lagi satu satu pelaburan macam ni kita tak pegang pun Emas tu..Bank yang pegang emas, dia cuma bagi buku yang ada transaksi berape gram emas yang kita beli & balance je..

Daftar dengan online sajer!

 

Untuk permulaan semalam kami melabur 1 gram je dulu untuk buka akaun.. Target kitaorang kalau boleh setiap bulan dapat tambah 1gram pun cukuplah.. Tapi itu semua depend kepada harga emas semasa dan budget kami bulan tu..Harap-harap konsisten la..hehehe

Kenapa aku kata Akaun Pelaburan Emas Maybank ni ok untuk rancang masa depan anak-anak anda?

1. Cuma perlu 1 gram untuk beli, jual dan kekal aktif akaun.
2. Jual beli emas melalui akaun buku simpanan pada bila2 masa di mana2 cawangan Maybank atau melalui perbankan interet, Maybank2u.
3. Pada mereka yang tiada "Cash in Hand", boleh juga dengan menggunakan kad kredit/debit Maybank anda, di cawangan-cawangan Maybank yang terpilih.
4. Potensi untuk dapar pulangan modal yang tinggi itu ada dengan kenaikan harga emas.
5. Ini merupakan salah satu cara untuk kita mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Kalau ada siapa yang nak tau lebih lanjut tentang akaun pelaburan emas sebelum mula melabur, korang boleh tengok ni Akaun Pelaburan Emas Maybank. Segala details, terma dan syarat semua ada kat sini!

Para ibu bapa di luar sana tu aku saran agar korang start menyimpan emas untuk pendidikan anak-anak dari sekarang.. Sepertimana bernilainya emas, anak-anak kita lebih bernilai dari itu.. So, mulalah menyimpan emas agar mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti..

piece : kathyjem
            Semoga artikel ringkas ini dapat membantu kita membuat penilaian dan mengambil keputusan yang tepat demi masa depan kewangan kita. Renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif. DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK. 
            Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
            EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMASuntuk keperluan dan pelaburan jangka masa panjang, sederhana atau pendek.
- See more at: http://blog.eng.usm.my/myweblog/5614-2#sthash.FaYFhzPK.dpuf

Tuesday, October 28, 2014

Ringan Muka Pakai BB Cream by Seqy Beauty ni!

Halu halu.. Sekarang ni tengah pakai produk BB Cream.. Ya Allah sumpah best gila kot BB Cream yang aku pakai ni.. BB Cream ni keluaran produk baru dari Seqy Beauty.. Apa itu BB Cream?? mesti korang tahu kan.. kalau mana yang masih tak tahu apa itu BB Cream meh aku terangkan sikit..

Dia ala2 macam foundation la tapi lebih ringan dari foundation.. Macam foundation kalau kita pakai rasa macam ada bedak 10 inci atas muka kan kalau BB Cream rasa kurang la sikit 10 inci tu..hehehe So memang sedap la bila pakai kulit pon senang nak bernafas..

Dah jatuh hati dengan BB Cream Seqy Beauty ni.. Keluar rumah mesti kena pakai BB Cream Seqy Beauty ni.. Bila lama sangat kat luar (panas) muka tak berminyak sangat dan kalau berpeluh dia tak bercapuk.. Mula-mula pakai, muka nampak putih sikit dan macam berminyak tapi lama2 dia akan meresap dalam kulit dan match dengan warna kulit kita..

Fungsi dan Kelebihan BB Cream:

*Sesuai untuk semua kulit
*Menutupi cela di muka
*Sebagai bedak asas
*Lebih ringan dari foundation
*Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
*Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
*Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
*Wajah tidak berminyak sepanjang hari
*Berfungis melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
*Melambatkan penuaan
*Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Ingredients :
Aqua Cream
Beeswax
Cety Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Botol dia comel senang sumbat dalam beg makeup..hehe

Teksturnya lembut dan ringan.. Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan makeup tebal, cuma mahu melindung kulit dengan solekan nipis, natural dan ringkas.. Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja!

Takyah membazir pakai foundatin sampai 3 4 lapis bagai..huhuhu membazikan.. Pakai Bb Cream Seqy Beauty ni sekali pam jer dah cukup untuk satu muka..

BB Cream by Seq Beauty ni tak terlalu cair so kalau apply kat muka warna dia tak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap dan bolah menutup warna kulit korang.. Semua jenis kulit asian boleh pakai macam Oily Skin, Dry Skin, Tan, Dark, Fair, Bekas Jerawat yang banyak, Pigmentasi dan Wrinkles semua tu boleh..

Hasil dari BB Cream Seqy Beauty yang sangat ooooohhhsemmmm, tak tipu sampai ada yang cakap nak guna produk ni sampai bila-bila.. hehehe Yang penting produk ni Halal keluaran Bumiputera.. ^_^

Harga untuk sebotol RM55 (Semenanjung Malaysia), RM60 (Sabah/Sarwak)

So siapa berminat boleh Whatsapp/Text : 012-2678134 (Sepet)

piece : kathyjem

Saturday, October 25, 2014

Serlahkan Bakat Anak Anda Dengan Dugrostar!

Siapa yang ada anak yang sukakan menyanyi, menari atau bermain alat-alat muzik.. Ibu bapa boleh sertai Dugrostar™ sekarang untuk anak-anak yang berbakat..


Tujuan Dugro® adalah untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara.. Dengan Dugrostar™ setiap kanak2 berpeluang menjadi bintang.. Macam Raiisah dari kecik aku dah nampak bakat menari dia cuma umur jer tak layak lagi.. hahaha Kalo layak aku dah hantar video menari dia tu..hehehe Macam mummy dia kecik2 suka menari..ngeh ngeh..

Dugrostar™ terbuka kepada kanak-kanak dalam kategori berasakan umur 3-6 tahun dan 6 tahun lebih hingga 10 tahun.. Setiap perserta boleh menyertai 3 segmen iaitu menari, menyanyi bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai 6 orang.. Jadi jika anak korang jenis malu-malu kucing boleh buat satu kumpulan.. at least ada kawan berani la anak tu nak buat persembahankan..hehe

Pendaftaran Dugrostar ini telah pun tamat pada 12 Oktober yang lalu.. Tinggal peringkat akhir je, finalis yang seramai 280 tu kena harungi untuk bergelar Dugrostar di 7 buah negeri!

Lokasi-lokasi Dugrostar Roadshow adalah seperti berikut : 

KB Mall, Kelantan
24-25 October 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 October-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 October-2 November 2014
One Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Malacca
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Penang
13-16 November 2014
 

Mesti ibu bapa nak tahu hadiah dia kan.. Hadiah dia ofcoz la menarik!

Tempat Pertama : RM5,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Kedua : RM3,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Ketiga : RM1,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Keempat hingga ke-20 : Hadiah Saguhati + Sijil

Booth activities juga disediakan di Dugrostar Roadshow :

*Dugrostar™ Step (Dance Machine)
*Dugrostar™ Beat (Music Machine)
*Dugrostar™ Style (Face Painting)
*Dugrostar™ Celebrity (Photo Shoot)
*Dugrostar™ Jump (Giant Pool of Balls)
*Dugrostar™ Creative (Sand Art)

Dalam pada tu juga Dugrostar™ Studio (Wild Card) video booth disediakan bagi membolehkan mereka yang tidak mendaftar lagi.. Kategorinya dibahagikan kepada dau : 3-6 tahun dan 6-10 tahun. Pendaftaran boleh dilakukan di semua 7 lokasi di atas dan seorang pemenang daripada 7 lokasi tersebut berpelung memenangi wang tunai sebanyak RM1000 bagi setiap kategori! 

Stage Activities :

*Dugrostar Finale
*Persembahan kanak-kanak yang menarik (invited)
*Pertandingan Mewarna
*Aktiviti ke peringkat lain

Paling best penyertaan ni percuma tanpa perlu bukti resit pembelian! Kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barang Dugrostar dengan sebarang pembelian Dugro® bungkusan 900g dalam tempoh kempen seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan serta banyak lagi..

Apa lagi korang jom sertai Dugrostar™ sekarang! mane tau bakat terpendam anak anda itu layak bergelar Dugrostar!



Jom kita layan Dugrostar Dance!

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™ layari ww.dugro.com.my 

Ok ibubapa di luar sana cepat2 bawak anak join Dugrostar Roadshow ni okey! Mana la tau rezeki anak kot2 boleh menang dapat tempat pertama ker dengan hanya nyanyian jer..yang penting kita bawak anak2 datang join Dugrostar ni dulu okey.. ;)


piece : kathyjem

Friday, October 24, 2014

Tak Sangka Terpilih untuk Program Realiti Hijab Pertama di Malaysia, Cabaran Shaylanista.

Tengah dok layan Instagram tiba2 kawan tag pasal program realiti hijab pertama di Malaysia iaitu Cabaran Shaylanista.. Apa Shaylanista ni?? Produk kecantikkan ker.. Ooo shampu untuk wanita berhijab ingat produk kecantikkan.. Ok serius tak tahu..hahaha

Gila si Ayu ni suruh aku join benda2 macam ni.. Siap cakap dengan dia, "Nok aku tak layak kot nak join benda2 ni, siapa la aku nak join benda2 hijab ni.. Awal2 audition dah kena reject..bahaha Alaaa nok ko join jer.. Ko kan suka aktiviti lasak macam ni.. Yang penting cuba dulu.. hahaha ni bukan Ayu manjer i ok ni Ayu aka Kipas Antik.. Kawan sekolah dari form 1 sampai sekarang.. hahaha Terima kasih Ayu memperkenalkan porgram Cabaran Shaylanista ni kat aku..

Tak sanga dapat terpilih top 50 dari 4 ribu penyertaan.. Alhamdulillah rezeki untuk join aktiviti lasak..

Nampak cabaran dia bukan calang2 punya cabaran.. Siap pengang ular, bumping jumping lagi.. Ketar lutut tengok dia punye cabaran.. hahaha.. Takper ambik cabaran sebagai menguji tahap mental, fizikal dan keberanian ku.. 

Awal pagi kol 5 dah gerak dari rumah.. Ingat nak suruh Affan hantar pikir2, kang balik payah pulak dia nak ambik aku.. Abis pon tak tahu kol berapa takper drive sendiri lagi senang.. Sampai Bukit Jalil solat dulu then tunggu bas sampai..

Masa dah abis solat tu masa nak pakai selipar terpandang kasut sukan sebelah aku.. Demmmm kasut sukan aku tertinggal.. Adusss macam mane boleh lupa pulak niiiii.. Pagi tu keluar rumah pakai selipar tu yang terlupa nak bawak kasut sukan.. Pakai siap dari rumah kan selamat mesti tak tinggal..sob sob..

Nasib baik ada stanby satu kasut sukan dalam beg.. Memang dorang suruh bawak spay 1 kasut sukan sebab ada aktiviti dalam air.. Abis tu satu kasut lagi macam mane???!!! ting! teringat kasut futsal dalam kereta.. Alhamdulillah kasut futsal ku penyelamat.. Kalau tak balik la aku dengan kasut basah tu..hahaha Dah la pergi dan balik kena pakai pakaian sukan..

Cabaran Shaylanista ni di buat di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat.. tak tahu pon program ni buat kat Hulu Langat, memang lalu area rumah kakak aku kot.. Tak tahu buat sini kalau tahu baik drive terus datang sini, balik tu boleh singgah rumah kakak aku kejap..hehehe

Sampai2 dorang bagi breakfast beehun & keropok goreng.. Breakast sambil melihat menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.. *dalam hati apa la cabaran dorang nak kasi ni..

Abis breakfast rehat jap, simpan barang kat sini.. Nanti mandi, solat semua kat sini.. Ada 4 bilik.. Aku ngan rakan2 yang lain dapat bilik nombor first.. Ok kena ingat bilik nombor berapa kang tak pasal2 tertukar bilik pulak..haha

Zeyda.. Kawan saya sepanjang program Cabaran Shaylanista.. Berkenalan dalam bas dok sebelah....

Apa nak buat ni.. dup dup.. tengah rehat2 jap pastu dorang panggil ada briefing sebelum porgram start..

Ni dia Aidid Marcello, Pengarah Kreatif untuk program Cabaran Shaylanista.. Dia brief jap apa yang patut kita buat apa yang tak patut kita buat..

Ok first cabaran yang kiteorang akan buat...

Sebelum tu selfie beramai-ramai..

Muka happy masing2 padahal tuhan jer yang tahu macma mana perasaan masa tu..

Mula2 nak naik cuak jugak la.. Pernah buat benda ni masa zaman study.. Nasib baik dapat yang tak tinggi sangat.. Bila dah ada kat atas tu hilang terus rasa gayat..hehe Tengok tasik bawah tu rasa macam nak terjun pon ada..kikiki.. Abang2 yang jaga kat situ siap lompat bagi jambatan tu goyang.. hahaha Aku rileks jer lagi aku lompat2 atas tu..hahaha

Tengok belakang alaa sian pulak kawan2 kat belakang aku pergi goyang jambatan tu pulak.. sori terlupa kawan2 ada kat belakang sebab seronok sangat dapat henjut2kan tali jambatan tu..hehe

Tak puas rasa nak buat sekali lagi.. Nasib jenis aku ni tak takut sangat gayat kalau tak dah terkuncil atas tu aku rasa..hehe

 Second kitaorang kena buat flying fox..

Sebelum tu ada penerangan sikit macam mane nak pakai tali tu, apa yang perlu buat bile nak turun..

Nampak bulat merah tu.. kat situ la start kitaorang terbang..hahaha.. Best rasa nak buat lagi.. Tak puas la naik sekali.. Siap menjerit-jerit lagi atas tu..Wohooooo!! Kathyyyyyyyyyyyyyyyy Kathyyyyyyyyyyy!! Motif sebut nama sendiri..hahaha

Cabaran Ketiga Rock Climbing.. Ni kali kedua aku merasa turun rock climbing ni, dulu masa join Maxis 4G Blogger Blaze.. Ni kalau tak tahu teknik silap2 tangan kiri boleh luka sebab ramai guna tangan kiri masa nak turun padahal tangan kiri tu kena lepaskan takyah pengang tali tu sangat sebab masa turun tangan kanan yang kena guna banyak untuk control tali tu..

Dan terakhir Kayuh Pelampung menggunakan kaki..kakaka Suka suki je aku bagi nama macam tu..haha enjoy giler kot.. Tugas aku bagi arahan supaya semua akan ikut aku punye isyarat.. Aku just jerit One Two sambil korang pon kayuh One Two One Two..gitew.. Tapi kalahhhhh, apa kan daya kumpulan kiteorang lebih satu so tak balance.. sob sob takper yang penting kita bersatu berkerjasama, bergabung,meletop! hahaha

Abis aktivti dorang bagi rehat.. Apa lagi mandi tukar baju, solat then datang balik ke kemah yang di sediakan.. Dorang nak announce siapa yang terpilih untuk 16 finalist Cabaran Shaylanista di Tv9..

Dah tukar baju dah mandi dah wangi..hehe Tengah tunggu semua peserta sampai masa ni..

Pergi dan balik semua kena berpakaian sukan.. Kasut futsal penyelamat..hehe

Bersama si cantik Balqis.. Borak2 rupenya bapak dia pernah bekerja dengan SYABAS.. Rupanya bapak arwah OB tu bapak dia, dulu arwah bapak dia salah seorang Bos di SYABAS.. So memang kenal sangat arwah bapak dia.. Bila tengok muka dia memang sama dengan muka arwah bapak dia..

Semua peserta sudah ada.. Tinggal nak announcement jer ni..

Ameera.. Cantik betul si Ameera ni.. Dia adalah host untuk program Cabaran Shaylanista.. Tapi untuk 50 finalist ni tak keluar tv hanya 16 finalist jer yang akan keluar di Tv9..

Masa dorang umum tu dah tau memang aku takkan di pilih ofcoz la dorang akan pilih yang muda2 genteng2, siapa la aku yang dah ada anak sorang ni..hahaha Ayat sedih nampak..kekeke Tak la tak sedih cuma takde rezeki untuk merasa cabaran seterusnya..nak cuba tahun depan dah tak boleh umur dah 31.. Penyertaan ni terbuka untuk umur 18 tahun - 30 tahun.. hehehe

Tahniah kepada 16 finalist untuk Porgram realiti hijab pertama di Malaysia iaitu Cabaran Shaylanista yang akan bermula pada 2 November di Tv9..

Selesai dah jom makan perut dah berbunyi-bunyi.. pastu boleh pulang..

Dorang sediakan mee bandung.. Heaven hujan2 dapat makan mee bandung dengan badan penat layannnn..

Cucur & popiah.. Pon sedap.. dah laparkan semua pon sodap..hahaha

Abis makan rehat jap dalam bilik solat then terus pulang.. Kat kol 8.30 jugak la kiteorang gerak dari Hulu Langat ni..

Semua supporting.. Cayalah adik2 semua.. Kita keep in touch dalam whatsapp okey!

Kenangan bersama adik2 comel.. Tak sangka aku paling tua dalam program Cabaran Shaylanista ni..hahaha Dorang semua terkejut bila aku cakap umur 30.. Semua mata terbeliak-beliak.. "Haaa akak dah kawen ker, ada anak sorang ker" yee adik2 akak paling tua di sini.. peace! hahaha

Nanti kita jumpe lagi Zeyda, bye..... Best berkenalan dengan awak rasa macam dah kenal lama..hehe

Pemberian dari Safi untuk semua peserta yang terlibat.. Terima kasih Safi Shayla.. best woo syampu dia semua wangi2.. Syampu ni sesuai untuk perempuan berhijab dan paling best harga dia murah..

piece : kathyjem