Senang jer buat kuih keria ni.. Bahan die tak banyak pon..
Ni bahan2 yang perlu ada :
3 biji ubi keledek
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula dan air
Okey mari kite tengok cara2 membuatnye.. Cewah! Kuih Keria boley la ko berlagakkan cer kuih yang lain... hahahaha Hampeh! ;P
Mula sekali rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.. Setelah empuk, toskan seketika. .
Masukkan ubi kentang yg masih panas kedalam mangkuk dan lenyek hingga halus.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.. Hati2 ubi keledek masih panas..
Kuih akan melekat sedikit ditangan, korang jangan risau dan jangan tambah tepung, nanti kuih jadi keras..
Buatlah bentuk seperti gelang.. Chumel tak bentuk gelang i buat.. hehehe
Dan goreng... Goreng hingga kekuningan dan balikkan untuk masakkan yang sebelah lagi.. Jangan kerap balik2kan kuih takut hancur nanti..
Dah masak, toskan seketika dan tunggu hingga kuih tu sejuk..
Untuk sira gula : - masukkan gula dan air kedalam kuali dengan api perlahan.. Kacau hingga pekat..
Setelah gula jadi pekat, masukkan kuih keria yang siap digoreng tadi dan kacau seketika hingga bersalut semua kuih degan gula..
Siap sedia untuk dihidang.. Senang kan.. Selamat mencuba... =)
piece : kathyjem