Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, November 26, 2015

Lihat Dunia Berubah Depan Mata!

Hari tu dapat jemputan ke Pameran Minda "ILLUSION - Nothing Is As It Seems di Petrosains, KLCC..Apa yang menarik kat pemeran ILLUSION ni?

Korang percaya tak deria yang ada pada korang sekarang ni?? Percaya tak dengan apa yang dilihat oleh mata korang sekarang ni? Ni la dia "ILLUSION - Nothing Is As It Seems iaitu pameran mempengaruhi minda sehingga melahirkan halusinasi untuk memperdayakan kita untuk tempoh yang terhad..Pameran ni mengabungkan deria2 yang ada dekat kita dan mempertimbagkan cara otak berfikir..

Pameran ni adalah yang pertama di Asia tau..Pameran ni juga satu penerapan persepsi bagi menerokai ke dalam minda manusia, mengabungkan sains dan seni untuk memperdayakan pengunjung yang datang melalui ilusi optik, perseptual dan audio..

Bersama Yuyu..Yuyu pon ada event hari tu..Ni kali ke dua jumpa Yuyu..First time jumpa masa open house Nuffnang last year..Comel sangat Yuyu ni..geram rasa nak cubit!

Emcee hari tu Juliana Evens..

"Pameran ILLUSION ini dan juga aktiviti lain yang dianjurkan oleh Petrosains, bertujuan untuk memupuk masyarakat yang lebih berpengetahuan terutama dalam bidang sains di kalangan generasi masa hadapan Malaysia. Kami melaksanakan ini dengan memberikan pembelajaran sains secara menarik, informal dan bersesuaian. ILLUSION ini juga merupakan satu platform untuk kami menjadikan sains sesuatu yang menarik dan boleh memberikan kesan yang mendalam. ILLUSION mempersembahkan sains dari sudut seni dan psikologi. Seni sentiasa mengunjurkan kemampuan yang tidak dapat disangkal untuk memupuk minat dalama masyarakat, dan kini dengan campuran elemen tipu-helah psikologi, ILLUSION juga berfungsi sebagai daya penarik pengunjung terhadap subjek sains." kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.

Gimik pelancaran sudah bermula..Masa pelancaran tu terkejut tiba2 da ramai orang berdiri belakang kami, ingat dorang nak buat apa berdiri macam tu, rupanya dorang nak menyanyi..kira masa gimik pelancaran tu  suara dorang ganti dengan lagu la..Sedap & merdu tenik nyanyian koir dorang persembahkan..

Pameran tu jugak turut dirasmikan oleh Duta Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey..Pameran ini menampilkan lebih daripada 15 bahan pameran yang akan melencongkan deria dan membingungkan pemikiran secara logik..Pameran hasil kurator ahli psikologi dan penulis Richard Wiesman dan penyelidikan oleh ahli silap mata dan escapologi Paul Gleeson dan dicipta oleh Galeri Sains di Trinity College, Dublin..Dalam pameran ni menawarkan pelbagai karya seni yang memaparkan pelbagai ilusi..

Mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..hehehe
Ok kena tengok dari depan..

Oooo okkkk bentuk muka orang rupanya..cool giler kan..aku mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..kekeke

Eeee pepijat merayap..mula2 tengok geli geleman..Benda ni di panggil Delicate Boundaries..

Bila sentuh pepijat tu, pepejiat tu bergerak ke arah titik sentuhan..Pepijat ni macam seolah-olah nak keluar dari skrin tu..

Korang rasa boleh ke percaya deria yang ada dekat korang sekarang ni?? Percaya tak apa yang dilihat oleh mata korang?? Adakah fikiran korang dibayangi muslihat?? Ye, ni la yang aku tengah alami sekarang ni, pepijat meraya atas tangan..huhuhu geliiii...

Ni namanya Moire Matrix : Inflation..Apa yang selalu kita lihat selalu berbeza daripada realiti apa yang kita perhatikan.. Macam atas ni ha mesti korang fikir apa benda bulat ni kan..kaca ker?? plastik ker?? sebenarnya benda tu adalah arca yang mengandungi kobalt oksida dan kaca bertindak balas secara kimia dan menghasilkan kesan organik..Buih-buih mengembang sehingga kelihatan terpisah dari corak asal dan menyerlahkan lagi susunan garisan dan kesan optik daripada bentuk melenkung..
bila kita tengok sudut lain nampak macam buih tu ada banyak kan..tapi sebenarnya tak pon buih tu sikit bahagian atas tu jer..faham ke idak aku explain..hahaha..korang kena tengok sendiri..baru korang akan faham apa yang aku explain ni..hehe

Bila padang sudut macam ni buih tu nampak memanjangkan..

Pastu kami try masuk kedai salon rambut pulak..nak gunting rambut jap..eh!

Cantik pulak cermin salon rambut ni..rasa nak rembat bawa balik..hahaha

Bila pakai headphones dengar sebiji macam suasana kat salon rambut..macam ia2 jer rambut kita kena potong, siap bunyi gunting & hair dryer lagi..hahaha Aku sampai elak2 kepala rasa macam eh eh eh nak gunting rambut aku ke apa ni..hahaha Besttttt!!! Kena try Virtual Barbershop ni okey..

Eh eh macam mana magic wand tu boleh nak naik dengan sendiri..?? padahal science communicator tu pegang macam tu jer..pelik ni??

Jom kita masuk dalam lubang ni Yuyu..hehehe

Mula2 ingat ada burung dalam sangkar tu..rupanya bunyi jer kat dalam sangkar tu..ia ia jer tercari, mana burung ni??

Kalau kita berdiri tegak kat tengah2 sangkar burung tu kita akan dengar macam2 bunyi sebenarnya..tapi hari tu tak berapa dengar sangat apakah bunyi yang dikatakan macam2 bunyi tu..

a
Cool giler tengok nombor huruf bersusun macam tu..

Sekali tengok, laaa kaca kiri kanan rupanya..huruf semua tu cuma pantulan dari atas tu jer rupanya..dan ada sebiji botol kat tengah2 tu..

Ni pulak Typographic Organism.. Bentuk terapung ni sebenarnya nampak macam bergerak-gerak seakan-akan organisma kecil..Campuran antara huruf ni melambangkan adunan semantik bahasa dan pergerakan..

Ni lagi tak masuk akal Bottle Magic ni..macam mana kasut sebesar tu boleh muat masuk mulut botol kaca tu?? korang rasa macam mana dorang masukkan?? cer fikir jap..ermmmm tak dapatkan jawapan, kan..aku rasa dorang sumbat2kan kasut tu sikit2 kot dalam botol kaca tu..hehehe suka2 je aku bagi jawapan macam tu kan..dan paling tak boleh fikir..macam mana pulak la kunci mangga tu boleh masuk dalam botol kaca tu?? cairkan kunci tu ker?? belahkan kunci tu ker then sambungkan dalam botol tu..eh pening la nak dapat jawapan dia..hahaha

Ni pulak Cubes yang dicipta oleh Jennifer Townley.. Cubes ni adalah satu arca seni mekanikal berasaskan corak geometri "diamond" yang menghasilkan ilusi optik enam kiub..Sebenarnya, setiap kiub ni hanya terdiri daripada tiga bentuk "diamond" berkumpulan jer..Arca ni menggunakan teknik transformasi pergerakan dan motor dalam mesin dan gabungan antara pelbagai mekanisme bebas, bagi meneroka bagaimana otak kita memahami pergerakan berulang-ulang..

Puas hatikan Yuyu tengok pameran ILLUSION dekat Petrosains ni kan..macam2 deria kita melihat, merasa, berfikir dan memahami dunia sains, kan..best sangat enjoy jer dalam pameran tu..nanti nak bawak suami pulak datang sini..dia mesti suka benda2 Illusi ni..

Datangla dan alami banyak lagi pekara menakjubkan dalam  ILLUSION kat Petrosains ni..Pameran ni korang kena wajib datang, sebab sangat berbaloi..



Petrosains, The Discovery Centre
Aras 4, Suria KLCC, Menara Berkembar PETRONAS,
50088 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (3) 2331 8181
Faks : +60 (3) 2331 2121
Email : infopetrosains@com.my
Website : www.petrosains.com.my



piece : kathyjem

Tuesday, November 24, 2015

Cafe Rendah Lemak!

Balik kerja tu Yana ajak mengopi..Petang tu hujan, jalan nak masuk ke Sri Hartamas jem..nasib dari office tak jauh sangat..Pelan nak mengopi kat Coffea Coffee sebenarnya..bila sampai ubah plan..Yana kata ada tempat best untuk mengopi..Kat mana tu? Alaa sebelah office Nyah jer..Menapak la aku ngan Yana hujan2 tu dengan kasut tumit tinggi terkedek-kedek..jangan besok demam sudah..haha Sampai2 ooo di sini rupanya..memang dekat sangat pon dengan office Nyah.. (Nyah tu kakak Yana)..Dulu selalu lepak office Nyah kat Sri Hartamas ni..so tau la jugak area sini..

Takde orang pon..syok lepak lama2 kat sini..

Calories cafe @ Desa Sri Hartamas..Pakai Waze je nak datang sini senang..

Bersama Mak Buyung aka Yana..hehehe

Kebanyakkan makanan kat sini semua rendah lemak..hahaha so siapa yang kaki diet boleh makan kat sini..menu dia boleh tahan, ok jugak aku tengok..

Dessert yang ada kat Calories Cafe..

Yana oder hot tea dan saya hazelnut latte..hujan2 dapat minum latte mengancam jiwa betul.

Boley kat tempat kiteorang duduk ni ada belon..apa lagi melaram dengan belon la kejap..

Happy birthday manjer..hari tu kan tak celebrate besday ko..acah2 celebrate pon boleh kan..hahaha

We are having so much fun! tibe2 sangat pegang belon boleh bergumbira..sesuatu sangatttt.

Nah nak diet sangatkan..ambik! makan ni jer..hahaha Eh kenyang tau makan macam ni..nama dia waffle sandwich..sedap suka style masak macam ni..taruk sos cili baru layan..

Yana lagi diet makan garlic bread je..hahaha tak la gile Yana diet..tu anak dalam perut kelaparan nanti..Yana kenyang lagi nak makan light2 je..

Ni sajer..Jom makan!

Calories KL Cafe
AG-08, Galeria Heights,
Desa Sri Hartamas,
Kuala Lumpur.
Mon-Sat, 10 am-7pm

piece : kathyjem

Monday, November 23, 2015

Gincu Hantu!

Hi semua..cantik tak gincu kita..macam hantu, takutkan..hahaha punya lama nak pakai colour lipstik macam ni dapat jugak..mula2 tengok Neelofa pakai dalam Meletop..cantik betul lipstik dia pakai..harus la akak pon nak cuba, nak cantik macam Neelofa jugak..walaupon tahu muka saya jauh panggang dari api..sob sob..Neelofa kot dia tu pakai apa pon semua cantik..gincu colour hitam pon nampak cantik..hahaha


Jumaat ari tu dah sampai lipstik ni kat office tapi MC tak sihat..pagi ni masuk ofis baru dapat tengok colour2 yang oder hari tu..happy bangat! Yana ngan Eira pon oder sekali..tapi si Eira tu dah oder colour2 yang lain pon nak oder lagi, sajer nak tambah koleksi katanya..amboii semua colour ko borong kan..pakai ke semua tu..hahaha..aku rasa semua colour ko ada ada kan Eira..Kalau ko meniaga laku ni Eira.. =P

Hari tu ada cari2 kat Sephora brand NYX jenis colour macam ni tapi tak jumpa jenis Matte, yang ada jenis kilat-kilat..tak suka lipstik kilat-kilat sebab lepas macam makan minum mesti hilang and tak tahan lama..pastu nak touchup balik maleh..kalau boleh nak pakai sehari sekali jer..hahaha

Pagi tadi saje pakai colour black currant ni kat office semua tegur.. 'Hoii Kat ko ke tu? terkejut aku ingat hantu mana??'..'Kat bibir ko dah kenapa gelap, ko sakit ker'.. 'Kat pergi la tukar colour gincu ko tu, dah macam manusia apa jer akak tengok'..haaa ko satu office komen aku punye colour lipstik ni..hahaha yerla mana pernah masuk office pakai colour gelap macam ni..semua pon terkejut la..ingat hantu mana..

Suka LA Girl Matte ni sebab jenis lembab, tak melekat kat cawan, tak kering and tahan lama..Lepas pakai smooth cantik jer..lap pakai tisu pon tak hilang..seketui baru rm27 hengget! Thank you Eira memperkenalkan lipstik ni dekat aku dengan Yana..besok aku bawak naa..

piece : kathyjem

Wednesday, November 18, 2015

SlimmeWhite untuk kuruskan badan dan cerahkan kulit badan..

Hai korang aku nak kenalkan satu produk untuk turunkan berat badan iaitu SlimmeWhite..Ramai yang dah guna produk mesti akan berpuas hati..Siapa yang dok risau tengok muka sendiri kusam tak bermaya, gelap, nak kurus nak putih glowing2 tu semua boleh cuba minum SlimmeWhite ni..InshaAllah..

SlimmeWhite ni adalah yang pertama di Asia sebab ia menggunakan formula dari gabungan Garcinia Cambogia & Glutathion istimewa untuk setiap wanita dan lelaki yang nak kurus dan mencerahkan kulit hanya dengan 2 sudu setiap hari..

SlimmeWhite ni juga mengandungi 8 jenis herba yang berkesan untuk menurunkan berat dan memutihkan seluruh badan dengan kesan seawal 3 hari diguna..Mesti ada yang tertanya-tanya produk SlimmeWhite ni lulus KKM tak?? Ofcozzz lulus KKM yang ada standard penyulingan..kalau tak percaya boleh check kat website KKM.. (No. Ruj KKM : 210915/08/304)


Kelebihan  yang ada pada produk Slimmewhite ni?
  • 6x membakar lemak, membuang toksin & racun di dalam badan
  • 4x detox 
  • Berkesan untuk menyekat gula & karbohidrat
  • Mengawal nafsu makan, sentiasa kenyang & bertenaga
  • Memutihkan & melembapkan kulit
  • Merawat kulit dari jerawat, parut, kedutan & luka
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Tiada cirit birit, sembelit atau kesan yang tidak menyenangkan
  • Fokus pada tempat2 lemak senang berkumpul terutama sekali perut, lengan, pinggul dan bawah dagu
  • Tak perlu diet ketat
  • Tak perlu bersenam
  • Disamping itu, SlimmeWhite dapat mengelakkan & membantu mencegah penyakit berbahaya seperti ; jantung, asma/ pernafasan, kanser payudara/ prostat, parkinson, saraf/ gaot, masalah keputihan, ekzema, masalah cacing, buasir, diabetis, darah tinggi, tulang/ osteoporosis, kidney stone, batuk, strok & kerosakan gigi
  • Sesuai utk lelaki & perempuan
  • Tiada kesan kembali gemuk selepas stop SlimmeWhite

Tidak sesuai untuk golongan :

  • Wanita mengandung, berpantang & menyusukan anak
  • Berumur kurang dari 15 tahun & melebihi 55 tahun
  • Pesakit jantung, diabetes & pesakit kronik
  •  Migrain
Selamat tak minum produk Slimmewhite ni?? mesti la selamat sebab bahan dia 100% bahan semulajadi dan tak ada kesan sampingan..

Nak pergi mana bawak SlimmeWhite ni pon senang sumbat jer dalam handbag..Sebotol SlimmeWhite 250ml..Harga sebotol untuk Semenanjung RM120 dan Sabah/Sarawak RM132..Rasa anggur..Cara pengambilan senang jer just minum sebelum breakfast 5ml dan malam sebelum tidur 5ml..*lemak dan toksin akan keluar melalui peluh/kencing..so pastikan korang minum air kosong paling kurang 3liter sehari (2 botol mineral besar)

Tak percaya tengok testimoni pengguna yang dah guna produk SlimmeWhite ni..






Dengan jus minuman kurus dan putih SlimmeWhite ni akan membuat korang rasa perbezaan seawal 3 hari!!

Rekod Lost Sebotol (14kg) dan rekod paling pantas hanya 4 hari (9kg)..Kesan bergantung pada individu..Tahap metabolisme badan, hormon mempengaruhi kesan..

Produk SlimmeWhite dijamin puas hati!!

SENARAI PENGEDAR / Pemborong / Stokis

DAPATKAN SW ANDA DENGAN STOKIS2 BERHAMPIRAN ANDA!!!

Stokis & JUGA PERUNDING Kurus ANDA:

DAPATKAN SW ANDA DENGAN STOKIS2 BERHAMPIRAN ANDA!!

STOKIS & JUGA PERUNDING KURUS ANDA :

TEMERLOH Pn Abil 012-9669049

TRIANG Pn Nadia 017-9824094

MENTAKAB Cik Fyra 017-9468670

KUANTAN Cik Linda 0179515816
0179422873 (whatsapp)

AMPANG Pn Syeera 016-6659475

DANAU KOTA En Azizi 019-3776286

SENTUL Cik Izzah 010-6070709

SETIAWANGSA Cik Kathy 019-3462693

GENTING KLANG En Azizi 019-3776286

RAWANG Pn Munirah 017-3504106

KAJANG En Dean 019‑340 6606

SUBANG En Jimmy 018-3228726

HULU KLANG En Ady 013-3603010

CHERAS En Farhan 016‑248 2789

PUNCAK ALAM En Karz 019‑2388073

PETALING JAYA Pn Anis 019-3226178

KOTA TINGGI JOHOR Pn Ramizah 019-7574323

KULAI JOHOR Pn Siti Mariam 013-4460338

MUAR JOHOR En Irwan 010-5430516

NILAI N.SEMBILAN Cik Niliana 017-3570633

JELUTONG P.PINANG En Hussain 016-4872090

GEORGTOWN P.PINANG En Hadi 010‑2539215

PORT DICKSON En Roslan 013-3986867

KOTA BHARU KELANTAN Cik Anis 014-5106436

SARAWAK Miss Belle +6738916699

BRUNEI Miss Belle +6738916699

PERLIS En Shamim 017‑4909733

AGEN TANAH MERAH KELANTAN Athirah 014‑8204074


piece : kathyjem