Klik Yer!! Mekasih...

Monday, November 9, 2015

Macam mana nak hasilkan susu ibu yang khasiat dan pekat untuk bayi?

Menyusu anak dengan susu ibu adalah langkah yang sangat penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi..semua tau susu ibu adalah bersih dan seimbang..ok aku nak explain sikit kenapa susu ibu is the best..so here we go:

1 : Mengandungi zat makanan yang seimbang ikut kepeluan bayi yang betul maksud aku isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

2: Mengandungi bahan2 antibodi yang melindung bayi dari sebarang jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit dan radang paru2..

3 : Mengurang risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

4: Ibu dengan anak lebih rapat dan masa bersama anak dapat dimanfaatkan semasa penyusuan

Lagi satu susu ibu semua tau senang nak sediakan.haha.tak payah nak bancuh, nak sediakan semua tu..contoh waktu malam tengah tidur anak merengek nak menyusu..selak baju nahhh anak minum la kau..hehehe

Susu ibu sangat menjimatkan..Tak payah membazir la nak beli susu lain-lain..lagipun sekarang susu mahal jadi boleh bantu bagi kita berjimat lagi2 bila zaman sekarang yang macam2 mahal ni...huhu

"Alhamdulillah saya dapat minum susu mummy sampai saya setahun lebih..Thank you mummy!"

ok ni dia cara macamana nak hasilkan susu yang banyak dan pekat  para ibu mestila kena buat 3 tips ni..
  • Pump dengan kerap dan jangan skip masa sesi pump..
  • Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi penyusuan/pump..
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk memastikan ibu mendapat protein, kalori, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk bayi..
  • Minum air masak secukupnya..
  • Boleh try makan kurma so far dlu aku amalkan setiap hari sebiji je banyak jadinya pastu lagi pekat dari biasa..so boleh la start cari kurma skarang untuk semua bf mom!
Tu lah tips tu kalau diamalkan InsaAllah susu akan banyak dan pekat.. cuba la mana tau..hehe =)
Kalau nak tahu cerita Raiisah and breatfeeding ni, bacalah kat ni http://kathyjem.blogspot.my/2015/10/pengalaman-kali-pertama-menyusukan.html

piece : kathyjem

3 comments:

Amie said...

Macam2 caranya ye... in shaa Allah moga bermanfaat bagi yang rajin mencuba!

Liyana Anuar said...

insya'Allah..sedang berusaha ni utk sampai 2 thun..huhu

Suri said...

Sy ank 1st bf smpai 2y1m stop sbb ada bby dlm perut 4m.skrg bby dh lahir,dh abis pntg pun semalam.susu alhamdulillah meriah subahanallah smpai ank sy biar je susu meleleh2.kdg2 kena buang sbb breast dh kembang.sepanjang kehamilan sy amalkn susu kambing,minyak zaitun,jus delima pure punya dn zafran disamping berdoa n niat nk bfkan bby.masa ank 1st susu xbnyk sbb niple block.pas urut baru ada susu.