Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, April 30, 2015

Kenapa Aku Perlu Peduli Tentang Penerimaan Mereka Terhadapku?

Amboii tajuk lagu sangat ni...hahaha..

Ni haaa tengah mengila dengar lagu orang arab ni..layan weii lagu ni..tak caya cuba korang tengok..


Aduss..bergetar tulang rusuk aku tengok penyanyi berasal dari Kuwait ni..hahaha..Orang laki kalau dengar pon boleh bergetar tulung rusuk tu sama tau..

Muda lagi Humood AlKhudher ni baru 24 tahun..sebaya dengan aku rupanya..eh! kekeke

Tengok macam muka Affan pon ada.. weiiii...jangan weiii keluar statement berani meninggal macam tu..jauh langit ke 7 dengan bumi ko nak sama Humood AlKhudher dengan Affan..kakaka..kang tak pasal2 keluar blog Kathyjem dalam Roti Kaya nanti..bahahahaha tibe2 blog aku yang suam kuku kaki ni keluar kat komen Roti Kaya semalam..takde kena mengena pon..isu pasal artis tu, tibe2 terselet blog aku dalam komen tu..tah apa2..yang lawak Affan pulak yang dorang komen tu..tak pasal2 femes laki i..hahaha


Ok la korang cuba dengar & tengok full video klip Humood AlKhudher ni..aku suka rentak lagu dia, tak terlalu rancak dan tak terlalu slow, sampai boleh buat korang dengar berulang kali..Dan paling best larik lagu dia sangat mendalam maksudnya..


لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti ia akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

So maksud keseluruhan lagu ni. 'Kenapa kita perlu meniru perwatakan orang lain, jadilah diri sendiri selagi yang kita buat itu, adalah sesuatu yang baik..Pedulikan apa yang orang nak kata tentang kita. Dan ingat, kecantikan sebenar adalah datang dari hati'..

piece : kathyjem

Tuesday, April 28, 2015

Wanita Yang Mengamuk di Petaling Street Tu Aku Kenal?

Sekarang ni tengah kecoh pasal wanita mengamuk dan berbogel di Petaling Street..aku mula2 tak nak ambik kisah sangat pasal benda2 macam ni tapi bila tengok orang dok la post pasal wanita mengamuk kat Petaling Street ni tiba2 tertengok la jugak walaupon tak nak tengok..eh macam mana tu..hahaha Alaaa nak tengok cakap jer la nak tengok buat2 ter pulekkk..puii..keke

Dekat FB tengah viral pasal benda ni..sekali terperasan ada satu komen dekat fb pasal wanita ni..

Owhhhh nama dia ni Shanna Avril, orang Sabah..ingat orang putih mana, orang Sabah ghupernya.. perasan ada satu komen tu cakap pasal perempuan ni pernah jadi salah seorang persona Nona host tv3 dan finalis Dewi Remaja.. Wuttt! 'Dewi Remaja' Haa ooo Shanna niii..Oh okk memang pernah dengar dan kenal..sekali tengok gambar die dari dekat..Sah memang betul Shanna Avril..kenal la Shanna ni..kenal masa pencarian Dewi Remaja 2005/06 la..

Tapi kenal masa tu jer la lepas tu kitaorang dah lost contact..Terkejut jugak la tengok dalam video tu dia rupanya..

Masa ni zaman remaja..zaman giler perasan nak jadi Malaysia next top model..behehehe..ukuran badan pon ketot ada hati nak jadi Model..Model Dewi Remaja pulak tuuu..perasan sangat tu kak kathy hoiii.. =P

Ni masa kiteorang photoshoot pencarian Dewi Remaja 2005/06..Antara kami bertiga Shanna paling bagus dan berbakat sebab dia lebih berpengalaman dalam bidang modeling..Aku pon suka tengok muka dia..cantik gebusss jer..Aku ngan Wawa memang tak pandai sangat la nak pose2 ni.. Setakat sengeh nampak gigi, badan tegak, dada ke depan sikit boleh la..lebih2 tak reti kak oii..hahaha..

Tapi tak sangka Wawa terpilih sebab masa photoshoot tu, aku dah agak mesti si Shanna ni akan terpilih jadi cover majalah Remaja, alih2 Wawa yang dapat..Mungkin dah rezeki Wawa untuk jadi salah seorang finalis Dewi Remaja..Zaman tu pemilihan finalis Dewi Remaja berdasarkan siap yang terpilih untuk jadi Cover Malajah Remaja..yang terpilih jadi Cover, orang tu la yang layak dan berentap bersama Dewi2 Remaja yang lain..



Tapi masih terkejut aksi Shanna kat Petaling Street tu, macam tak percaya tu dia.. O_O

piece : kathyjem

Monday, April 27, 2015

Cleanser Paling Bagus untuk Kulit Wajah

Apa jenama produk pencuci muka yang korang pakai sekarang?? ada yang tercari-cari produk pencuci mana yang sesuai? Meh aku recommend satu produk pencuci muka paling berkesan iaitu Cleanser SeQy Beauty..

Ramai dah yang menggunakan produk keluaran SeQy Beauty ni..ramai berpuas hati dan beri feedback positif jadi harusla aku pon mencuba produk paling bagus ni.. sebab apa aku kata bagus, nanti aku ceritakan..

Cleanser SeQy Beauty kalau korang nak tahu banyak fungsi dia, salah satu, membersih dan membuang segala kotoran sekaligus memberikan kesegaran, kelembutan dan melembakan kulit wajah..Cleanser SeQy ni mengandungi Vitamin E, Vitamin C dan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan bagi tujuan pemutihan (menggunakan sumber alam semulajadi).. tidak ada bahan pengawet..Boleh di pakai untuk semua jenis kulit..

Cara guna dia senang jer..Picitkan sedikit Cleanser kat telapak tangan dan campurkan sedikit air.. Kemudian ratakan pada seluruh wajah dengan lembut dan perlahan-lahan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih..

See buih pon banyak..baru la puas cuci muka buih banyak..Buih yang banyak ni sebenarnya membantu membersihkan wajah korang dengan mudah dan sempurna..kan kan..kalau buih tak banyak rasa macam tak puas jer cuci muka tu..rasa macam ada jer lagi sisa kotoran yang tinggal kat muka..sebab tu aku pilih Cleanser SeQy Beauty ni, sebab banyak buih..hehehe

Nak dapat kesan yang lebih efektif, disyorkan mencuci muka Cleanser SeQy Beauty ni 2 hingga 3 kali sehari..

Fungsi Cleanser SeQy Beauty :

1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E)
2. Membiak pulih sel kulit (Vitamin C)
3. Membuang kotoran pada wajah
4. ANTI-OXIDANT
5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajadi)
6. ANTI-AGING. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
8. Memudaratkan jeragat dan bintik hitam
9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
10. Anti-microbial

Jangan risau Cleanser SeQy Beauty ni  telah di  LULUS KKM Not141102733K..Murah jer sebotol RM45 Sem/RM50 Sabah Sarawak..Sebotol Cleanser SeQy ni boleh bertahan selama 3 hingga 4 bulan..jimat sangat sebab sebotol besar ni dalam 60ml..

Kalau korang berminat boleh contact kat sini SeQy Beauty Dalam ni semua, agen2 sah dari SeQy Beauty..

Website : http://seqybeauty.blogspot.com/
IG : Seqybeauty

piece : kathyjem

Thursday, April 23, 2015

Absolute Thai

Kat dalam Bangsar Village ni tak banyak sangat kedai makan..tak tau nak makan apa!!!!..dalam kepala tak leh nak fikir sebab asyik2 kat situ makannya..tah tak tau nak makan mana Kak Yana, Ayu..korang pilih la i follow jer..Ting! terus Ayu teringat Absolute Thai Hot Pot..naik turun naik turun kiteorang dok mencari Absolute Thai ni..celah mane pulak Absolute Thai ni? macam la besar sangat kan Bangsar Village beria naik turun mencarinya tak jumpe2..hahaha sudahnya tanya Pakcik kat kaunter pertanyaan tu..ooo bahagian atas, celah bedah tu, patut la tak nampak tersorok kat situ ghupernye..

Eh muka Ayu lagi..jangan buhsan tengok Ayu dalam blog i yer sebab minah ni tiap2 hari kalau boleh nak jumpa.. Kathyyyy!!! jom lunch..Kathyyyyy!! jom jumpe..Kathyyyy!! jom mengopi..Kathy jom teman i cari baju!!..hahaha Mana nak dapat kawan setiap jam whatsapp ko..ado! Ayu sorang ni jerla kawan yang aku ado..bahahaha Sebab tu aku boleh bertahan lama kawan dia..sebab kiteorang memang satu kepala..Time nak oder makan pon sama..Kathy i nak oder ni! Eh, i pon..Looo sibuk orang nak pilih ni die pon nak jugakk..hahaha mesti la kata sehati jiwa..gitewww..

Kak Yana kawan ofis saya..kat ofis kiteorang sebelah meja jer..Kak Yana ni la tempat aku mengadu nasib, tempat gelak ketawa, tempat menangis, tempat menyelesaikan masalah kerja..macam2 tempat la..hahahha Tq Kak Yana jadi kawan ofis paling rapat dan paling saya sayang di ofis..auuwww peluk erat sikit..hehe..

Ayu oder Stir-fried seafood and thai chilli paste served with garlic fried rice.. RM23 Rasa?? boleh la sedap la jugak..tapi Ayu macam biaserla makan mesti tak abih..pastu paksa hampa yang nak diet ni.. U boleh geng dengan Kak Yana makan mesti tak abih..

Kak Yana punye garlic and black pepper fried rice with fresh crab RM23 jugak..Rase macam pelik masak macam ni sebab terlalu banyak sangat black pepper..jadi macam muat ke apa tah..

Dan saya punya stir-fried udon noodles with seafood and hot basil leaves RM23..yang ni sedap, pedas, cukup, terbaik! Diet kena makan ni..hahaha Padahal berminyak2 makanan tu celah mana dietnya cik kak..

Ingat lepas abis makan ni nak ambik dessert sekali kenyang..tak jadi..portion banyak kot memang kenyang la kan..

Jemput tengok..sori buat korang terliur..hehehe

piece : kathyjem

Wednesday, April 22, 2015

Hanis Selamat Melahirkan Baby Boy!

Alhamdulillah Hanis telah selamat melahirkan bayi lelaki di Gombak Medical Centre pada 20 April 2015, bersamaan 1 Rejab 1436 pada pukul 2.20 petang..

Ingat lagi masa Hanis pregnant 38 minggu doktor check kata, Hanis akan bersalin dalam seminggu dua lagi..tunggu punya tunggu dekat sebulan tak beranak..Mula2 doktor bagitau kemungkinan Hanis akan bersalin awal sebab masa checkup pembukaan dah buka 1cm..Tunggu lagi..check2 dah buak 2 cm..tunggu lagi tak beranak lagi..Baby syok sangat dalam perut ni..

Hari2 whatsapp Hanis tanya perkembangan dia..yerla risau la tak beranak2 lagi ni..ingatkan dia selalu kena banyak bergerak, kena selalu bersama..eh tercakap pulak.. hahaha masa push tu push dengan sekuat hati, jangan menjerit takut jadi penat..banyakkan baca surah dan doa supaya dipermudahkan bersalin..

Iye2 ingat Hanis akan bersalin awal..Alih2 dekat 40minggu baru bersalin pompuan tu..haha..Takper nok yang penting mak dengan anak selamat..

Ingat nak melawat dia kat Hospital semalam sekali Hanis bagitau dia nak keluar hospital dah..Ok la melawat dia kat rumah..balik kerja semalam terus pergi rumah Hanis kat Keramat..Suruh Hanis share location..Nasib baik ada Waze kalau tak sesat aku rasa..

Hi Qaiser bin Qawiem..Selamat datang ke dunia baru..cedap nyoyot botol susu tu yer..nampak Mummy Kathy tak?? haiiiii.. *sambil lambai2..

Sampai2 terus peluk cium Hanis sebab kat sebulan tak jumpa dia..rindu sangat..yerla kat ofis setiap minit setiap jam dan hari2 aku jumpe dia walaupon berlainan seksyen kiteorang mesti jumpa dan berborak kalau tak hidup tak lengkap..giteww..

Qaiser baru lepas menyusu..perut dah kenyang..homel dia posing atas bahu Ami dia..Mata ngan mulut ikut Hanis..hidung jer ikut Ayah dia..

Berat Qaiser 2.7 kg..tunggu seminggu dua lagi..baby ni pembesaran dorang cepat tau2 kang dah debab..

Macam anak hindustan pon ada, macam anak pakistan pon ada, anak pak arab pon ada...hidung mancung sangat dengan dagu runcing comel macam tu..tengok la mak bapaknya macam mane kan..dah besar nanti mesti hensem macam Shah Rukh Khan..eh tak la Shah Rukh Khan mummy Kathy....Qaiser nak Hrithik Roshan..kekeke

Macam mana nok pengalam bersalin?? sakit tak.. Tu la ayat yang orang akan tanya setiap kali perempuan bersalin kan..Sakit tak nok? Sakit beranak tu tak sangat tapi yang sakit sangat bahagian jahitan tuuuu lepas beranak..Sakit giler nok!!! Ouch! terus rasa ngilu di situ..hahaha Terus teringat beranak kan Raiisah hari tu..pengalaman yang tak kan dilupakan para ibu2 di luar sana..

Cepat la cerita nok tak sabar nak dengar ni..hehehe Macam ni nok.. Hari Isnin tu aku dah start sakit2 macam senggugut..Masa tu baru kol 11 pagi, rileks2 kat rumah..Pukul 1 tengahari baru aku gerak pergi hospital..pukul 2.20 petang terus zazzzz beranak..Haa! 1 jam jer..giler cepat ko beranak..Kagum aku dengar..Tula aku push push dua kali, doktor bagitau kepala anak aku dah nampak, aku push terus 'bubb' keluar..waahhh! hebat sangat ni satu jam jer beranak..

Masa ni Qaiser tengah tidur sekali preeekkk!!! berak la pulak iaaa..hahaha Pas makan harus la yak kan!! Bila tengok Qaiser berak masa ni teringat Raiisah masa baby.. setiap kali die nak berak mesti nangis yang beria2 sampai muka merah..mula2 tak tahu ingat dia menangis sebab apa ker, rupanya nak berak..sebab tu jer menangis beria-ia..sabar jer la Mek Echa hoii...

Bersama kawan ofis paling sayang Pn. Hanis..eh puan dah ko nok...hahaha dan juga Madiha..Kawan2 ofis yang lain, last minit tak ikut ada hal, next time dorang datang nak ikut la.. boleh main dengan Qaiser lagi..tak puas nak peluk cium dia..

Lepas yak kena la tukar diaper..

Ok Qaiser mummy Kathy nak balik...nanti mummy Kathy datang melawat awak lagi ok sayang..bye2.. Ermmm best dapat bau baby ni..rindu terubat dapat bau baby.. ^_^

piece : kathyjem

Tuesday, April 21, 2015

Kamera Baru!

Alhamdulillah tercapai hajat nak beli kamera hasil titik peluh sendiri..sebelum ni asyik pakai kamera ofis jer tak pon pinjam kamera Ayu atau Eira..hehehe Sampai bile nak pinjam kamera orang jer, lama2 orang pon naik menyampah..Dah kata blogger kena la ada kamera sendiri..Dulu tak kisah sangat bab kamera ni asal ada kamera jalan yang penting angle kena menarik..gambar gelap sikit boleh la edit2 bagi terang, touchup2 bagi cantik..tak pon guna pakai iphone pon boleh yang penting time edit tu kena pandai agar kualiti gambar setanding dengan kamera dslr...gitew..hehe

Ni pon pening2 lalat nak beli kamera mana yang bagus..yerla saya bukan orang susah yang boleh beli barang beribu-ribu sekelip mata, hari ni nak besok dah dapat..tak dapat macam tu..tak mampu kak..gaji pon cukup2 makan nak bayar hutang dengan GST sekarang ni..kena saving gile2 dalam tabung, baru dapat beli benda yang di hajati..ingat nak beli kamera compact dslr ni sebelum GST tapi tak sempat.. T_T Lepas GST baru ada duit macam mane?? sob sob..terpaksa la bayar GST 6% tu..

Aku memang nak cari kamera yang ringan, kecik dan kualiti setanding dengan kamera dslr..Nape tak beli kamera dslr jer?? tak suka gedebab, besar, nak selfie sakit tangan, susah nak bawak ke mana-mana, nak simpan dalam handbeg pon payah, beratkan handbeg jer jadi baik takyah beli lama..kualiti gambar memang kedebom la kan kalah kamera compact dslr..takper penting kamera compact dslr ringan..hehe..Budak2 ofis aku racun suruh beli gopro hero 4..lagi tak nak..tak suka jugak..mula2 jer ghairah lama2 mesti tak pakai..tu tunggu gopro hero 10 la baru aku beli..bahahaha

Nasib ada kawan2 photographer..dorang rekemen kamera compact dslr brand Sony Alpha a5100 ni paling terbaik di abad ini..hehe..Terus survey kat Digital Mall..ingat nak beli kat Lowyat..member aku tak recommend beli barang kat Lowyat takut barang tiruan..sana kan banyak barang tiruan..dah la sana besar, nak cari barang original bukan senang kena pandai tengok..kata ori bila beli rupanya barang local..huh tu yang tak suka tu..

Suka sony a5100 ni sebab ada Wifi..ambik gambar boleh terus upload kat handphone tu yang suka.. ^_^ Bile ambik waktu malam memang dan kurang pencahayaan pon, Sony Alpha a5100 dapat mengatasinya..Digabungkan dengan sensitiviti maksimum Sony Alpha a5100 sehingga ISO 100-25600, flash akan memastikan gambar yang indah dengan cahaya yang sedikit atau pada waktu malam..

Tengok kat Sony Centre mahal dalam RM23++..beli kat Digital Mall baru dalam RM1750 + cover lense RM100 + GST 6% RM111 = total RM1961..menangis tengok GST sampai 100 lebih kena bayar.. Pak Jib tengok sampai seratus lebih saya kena bayar GST tau!..ini tidak patut Pak Jib! Bile nak hapuskan GST ni!.. huh! marah ni..hahaha

piece : kathyjem

Monday, April 20, 2015

Lunch Di Gajah Saya

Sabtu hari tu kelam kabut masak nasi lemak untuk Affan dengan Raiisah..Pagi tu ada hal dengan Ayu ngan Kak Ti..so senang masak nasi lemak boleh dorang makan sampai tengahari, kot2 la aku balik lambat ker..Aku cakap dengan Affan nak masak nasi lemak..dia ok jer..Raiisah pon suka makan nasi lemak..Ayam goreng wajib ada tu feveret Raiisah makan dengan nasi..

Lepas subuh terus kentung-kentang kat dapur..Ayu call dah bangun ker..Mesti la nak masak nasi lemak untuk Raiisah ngan Affan..Apa u nasi lemak?? sempat ker?? sempat la senang jer masak nasi lemak..kekeke..Ewah senang konon padahal satu benda tak prepare lagi..Tengok jam aiyoo kat kol 8 dahhh, mandi pon tak lagi..sambal dah masak, nasi ngan telur pon dah masak..tinggal ayam ngan ikan bilis jer..

Affan continue masak ayam ngan ikan bilis..sementara tu aku mandi siap..tengok jam kol 8.30 *dalam hati, apsal Kak Ti tak sampai2 lagi ni..Sekali Ayu call.. Kathy kat mana..Kak Ti dah sampai bawah la..Laaa awat tak bagi tau..Tengok Wassap bengong tak masuk notification patut senyap jer handphone aku niii..Nasib Ayu call kalo tak berjinggut Kak Ti tunggu..sib baik tak kena maki..hahahaha Lepas ambik aku terus ambik Ayu pulak..Kiteorang naik satu kereta..

Harap2 misi untuk mencari barang berjaya..Ayuk!

Selesai cari barang kiteorang singgah My Eelephant Thai Restaurant kat Sri Hartamas..Aku nak ajak dorang makan ada satu kedai masakan melayu sekali dorang tak nakkk sebab kedai tu takde air cond..huh! ngada sangat panaih sikit tak boleh.. Padahal aku yang teringin Mee Bandung kat situ..behehee

Ayu dan Saya..

"Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan. Semakin ramai sahabat membimbing seorang pemimpin, semakin berjaya mereka suatu hari kelak."

Kak Ti..Kak Long kawasan..kakaka

Aku ngan Kak Ti diet, kitaorang oder Salad jer..

 Ni Kak Ti punye som tam..terbaik som tam dia..demmm kecur air liur tengok som tam niii!!

Ni nama dia miang kham...sedap la jugak tapi aku makan sehelai jer sebab tergigit cili padi tu pedasssss!! tak boleh tahan..Lagi pon dah kenyang makan salad..

Tak boleh makan banyak balik kang nak makan nasi lemak yang aku masak tu..pagi tadi tak sempat nak jamah..Eh!!! kata diet...masakan sendiri mana boleh diet.. =P

Ayu sorang jer makan nasi semangkuk..hahaha Aku ngan Kak Ti cuit2 jer makan nasi Ayu..

Cepat hantar i balik tak sabar nak makan nasi lemak..hahaha Ok besok boleh diet, hari ni takper dimaafkan.. >_<

piece : kathyjem

Friday, April 17, 2015

Pelajaran Penting untuk Anak

--Scroll down for new entry--

Pejam celik, pejam celik tak lama lagi umur Raiisah 3 tahun. Sejak umur dia 1 tahun, dia mula berjalan aku dapat rasa pembelajaran seseorang itu akan bermula..

Sebagai ibu bapa, kami ada mengajar Raiisah mengenai "gestures" body language..bagaimana Raiisah boleh mengexpresikan kasih sayang kepada orang-orang di sekelilingnya seperti bersalaman, ciuman, ber"high five" dan hug2..

Simple je kan, bila mummy bagi cakap jer "Raiisah salam nenek," dia terus capai tangan nenek dan cepat-cepat nak cium sampai melekat air liur kt tangan nenek,,hehe..Tingkah laku Raiisah sebenarnya mempengaruhi dari perbuatan kita sendiri sebagai ibu bapa..Budak-budak kan cepat mengikut apa yang diorang tengok kt tv atau apa yang diorang baca...Contohnya macam perbuatan 'High Five', sebagai tanda perhargaan ke atas perlakuan dirinya yang positif atau sebagai penghargaan mummy pada Raiisah sebab Raiisah berjaya buat sesuatu seperti menghabiskan susu botol yang diminumnya, membuang sampah ke dalam tong sampah atau memasukkan mainan yang berselerak ke dalam kotak semula..

Selain daripada itu juga, "gestures" yang positif itu kami selitkan dalam perbualan setiap hari bagi memudahkan Raiisah faham dan dijadikan pembelajaran seperti perkataan yang mudah Raiisah faham dan boleh ikut bercakap seperti Good, sedap, habis, pandai, tak nak...


Raiisah dengan ABC memang tak lekang kat mulut si kenit seorang ini..Firstly, kami kenalkan Raiisah dengan alphabet melalui flash card sahaja tapi sekali sejak Raiisah tengok 'ABC Song, Easy Beaver' kat tv terus si kenit ni terbawa-bawa lagu ABC dalam tidur..Kelakar bila tengok dia tidur pun boleh mengigau nyanyi lagu ABC.. hehehe.. Raiisah Raiisah..hebat sangat anak mummy ni macam jadi cikgu Tadika pulak dalam mimpi tu..

Pasal nombor dan Alf Ba Ta..Alhamdulilah Raiisah dah boleh baca dan kenal nombor 1,2,3 sampai 10.. Huruf Alif Ba Ta sampai Ya  Raiisah dah bole tahu dan pandai sebut.. cuma ada sikit-sikit huruh Alif Ba Ta jer tak berapa nak kenal lagi..Takper pelan-pelan kayuh mummy boleh ajar Raiisah lagi dan Raiisah akan hafal semua huruf-huruf Alif Ba Ta semua tu ok...Mummy tak nak paksa sangat lagi pun Raiisah baru nak masuk 3 Tahun dan ada masa lagi dia boleh belajar semua tu..

Selalunya bila hari weekend keluar pergi jalan-jalan kat mana-mana..dah masuk parking kereta kat basement shopping complex, Raiisah akan nampak huruf H kat parking kereta, Raiisah akan cakap, tunjuk dan bagitahu "Mummy H' 'Mummy 7' ..Terharu Mummy dengar spontan Raiisah cakap macam tur sebab Raiisah dah kenal abjad dengan nombor yang dia nampak kat tiang tur...'Excellent Raiisah, Good Girl'

Baru -baru ni kami ada bawa Raiisah ke Zoo Negara untuk dia kenal binatang..Kanak-kanak memang sukakan binatang..Raiisah dapat tengok macam-macam binatang yang ada kat Zoo aritu macam Gajah, Harimau, Burung-burung, Panda..kadang tu ada juga binatang yang dia kenal tanpa kita bagitau..Pandai anak mummy dah kenal binatang..Paling kelakar bila tengok harimau, siap buat bunyi harimau tu aum..aum..aum...hehehe..


Sepanjang melihat perkembangan Raiisah dari 1 hingga hampir nak masuk 3 tahun ini kami sebagai ibubapa akan teruja melihat Raiisah dapat mempelajari 'Basic Education' di rumah.. Kami sebagai Ibu- Bapa amat berharap dengan sedikit pengetahuan yang kami berikan itu Raiisah minat mengikuti pembelajaran dan dengan sendirinya ada naluri belajar di sekolah suatu hari nanti..

Teringat kata seorang rakan sekerja, Kalau nak mendidik anak ini seperti "flying a kite", tarik benang pengikat layang-layang dengan perlahan-lahan supaya layang-layang dapat terbang dengan mudah ke awan...gitew..

Sebagai ibu pula rasa bertuah dapat memberikan keperluan asas dan peluang untuk Raiisah belajar dan meneroka pelbagai pengalaman baru setiap hari. Tak kiralah sedikit manapun, asalkan dapat mengajar Raiisah erti kehidupan and pendidikan asas pun dah kira beruntung. Tapi dalam semua perkara yang kita buat setiap hari kita perlulah ingat terdapat anak-anak yang tidak dapat menikmati kemudahan dan nasib seperti yang kita ada. Lebih-lebih lagi apabila terdapat sekurang-kurangnya 1 daripada 25 anak warganegara Malaysia yang dikatakan tidak dapat menyambung pelajaran ataupun tidak mempunyai akses untuk memulakan pendidikan rendah.

Inilah masanya kita harus bersyukur dilahirkan dan duduk di bandar penuh dengan adanya bermacam- macam kemudahan asas. Cuba kita lihat bagaimana dengan nasib anak-anak penduduk orang asal di Kampung Chuweh, Tasik Banding Grik, Perak. Jauh di pedalaman tanpa kemudahan asas yang tidak mencukupi dan serba kekurangan. Bayangkan betapa sukarnya untuk anak-anak ini melalui hidup setiap hari dengan kemudahan yang tidak seberapa, apatah lagi peluang pendidikan.

Tetapi dengan adanya, Program Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks membuka peluang pendidikan kepada kanak-kanak ini dengan kerjasama dengan masyarakat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Malaysia Association of Social Workers (MASW) bagi membantu pelbagai cabaran yang menghalang kanak-kanak daripada mendapat daripada mendapat akses penuh kepada pendidikan. Harapan Horlicks dengan program perintis ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua rakyat di Malaysia dan menyebarkan kepentingan pendidikan kepada semua kanak-kanak Malaysia dan yang lebih penting dapat memberi manfaat kepada seluruh kanak-kanak orang asal Kampung Chuweh, Grik, Perak untuk mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak lain di bandar. Penempatan penduduk Kampung Chuweh terpisah kira-kira 100 meter dengan Tasik Banding, akses melalui bot menjadi pilihan penduduk di sini.


Jadi dengan inisiatif perjalanan ke sekolah bersama Horlicks dapat memberikan pendidikan kepada kanak2 di Kampung Chuweh ini untuk mereka menjejaki kaki ke sekolah dan bercita-cita untuk menjadi doktor, guru dan sebagainya lagi..Ibu bapa dan pemimpin masyarakat perlu sedar bahawa pendidikan penting untuk mengetengahkan potensi sebenar anak-anak ini setaraf dengan kanak-kanak di bandar.. Berikan peluang dan perhatian kepada kanak-kanak di Kampung Chuweh ini dan bantulah mereka dengan usaha bersama Horlicks.

Dengan melihat kanak-kanak Di kampung Chuweh ini mendapat pendidikan dapat memberi kesedaran bahawa pentingnya pelajaran untuk anak-anak kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program Kampung Chuweh ini anda boleh klik di pautan di bawah ini.

http://www.horlicks.com.my/schooljourney
http://www.horlicks.com.my/schooljourney/projects



Untuk maklumat terkini mengenai program ini, sila klik  mengetahui lebih lanjut di halaman (Horlicks Inisiatif Perjalanan Sekolah Facebook) dan marilah kita sama-sama kongsi tentang program ini di laman sosial anda supaya lebih ramai yang tahu tentang inisiatif murni : https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia

piece : kathyjem

Selamat Tinggal Bos...

Semalam kat ofis ada buat assembly dan semalam jugak hari terakhir bos kami iaitu En. Halem bersama CCPA (Corporate Communication & Public Affairs).. T_T

Sebelum assembly start..

Semua kena hadir..nak dengar sepatah dua kata ucapan terakhir dari En. Halem sebagai ED (CCPA)..

Ok kawan2 sediakan tisu jap lagi air mata akan mengalir..hehehe

Kata2 terakhir En. Halem sebelum ke department baru.. Masa ni macam2 En. Halem cakap & luahkan..Yerla, hampir 10 tahun kot En. Halem bersama CCPA.. Daripada 7 orang staff CCPA sampai sekarang ni jadi 40 lebih, mau tak banyak kenangan..

Susah senang En. Halem bangunkan CCPA sampai jadi macam ni..Aku dulu masuk kerja pon En. Halem yang interview..hehehe Ingat lagi masa tu tahun 2007, aku di interview dengan En. Halem.. dengan seluar slack ketat nyer, baju kemeja ketat nyer, atas bawah nk ketat..hahaha dengan rambut blonde budjet mat salleh konon masa tu..Terketar-ketar masa interview dengan En. Halem..Apa la En. Halem nak tanya aku masa tu..jangan tanya soalan pelik2 sudah kang nangis aku kat situ..Nasib soalan2 En. Halem tanya aku boleh jawab.. Kalau tak, tak kerja la aku kat SYABAS ni ha..hehe

Kebetulan masa tu memang SYABAS nak cari graphic designer & photographer perempuan..Rezeki masa tu, Alhamdulillah dapat..Ingat lagi masa tu jawatan En. Halem sebagai General Manager jer, sekarang En. Halem salah seorang Executive Director di SYABAS..Bila turn aku pulak nak pegang jawatan ED tu..bahahaha..memang tak kan la kann..jauh sangat perjalanan nk ke Executive Director, cakap depan orang pon gagap2 ada hati nak jadi ED..kekeke

Sedih jer muka korang..

Dapat makan hepi terus..

Masa ni En. Halem dah gerak sebab Dato' CEO nak jumpa dia.. Tak sempat nak breakfast sekali dengan kiteorang..

Diakhiri gambar2 En. Halem bersama CCPA dari tahun 2005-2015.

Uwaaa tak boleh tengok gambar niiii!! Masa ni baru lepas jamuan raya CCPA..rindu suasana ofis lama..best kerja masa ni..makan jer kerja kiteorang masa tu..Bos2 pon suporting, tak kisah janji kerja buat..

Dulu masuk CCPA cekeding jer badan aku ni, sekarang dah debab..hahaha..Nak dapat balik badan macam tu memang tak dapat la..lagi2 dah kawen anak sorang..Dulu CCPA kat bangunan HQ..Ofis lama tu kecik boleh muat dalam 20 orang jer..sebab dah ramai staff baru masuk, tu yang pindah ke Wisma Goshen sebelah bangunan TM..

Tahun 2008 masa ni..lain muka En. Halem tak pakai spec mata..En. Halem masa ni cuba2 nak menjinakkan diri nak pakai contact lens..En. Halem tanya, ok ke saya tak pakai spec mata..Ok En. Halem sesuai sangat nampak lainnn..nampak hencem..hahaha *dalam hati, tak sesuai la En. Halem.. lagi ok pakai spec mata.. =P  Last2 spec mata juga yang En. Halem pakai sampai la ni..hehehe

Celebrate birthday En . Halem yang ke 24 tahun..kekeke Percaya la tu.. =P

Yang berdiri sebelah kanan En. Halem tu la bos paling aku sayang..Cik Shahrul nama dia..yang pakai kemeja putih tu..Tu la Manager aku masa tu..Manager paling best dan suporting giler yang pernah aku jumpa dan bekerja..Sayang Cik Shahrul berhenti sebab dapat offer kerja dengan Rosmah Mansor (bini Najib)..Masa tu sedih giler dapat tahu Cik Shahrul nak berhenti..banyak aku belajar dengan dia..Masa wedding aku pon Cik Shahrul ni datang..Tu la last aku jumpe dia.. T_T

En. Halem masa ni takut nak bukak hadiah, sebab kiteorang menyakat, kata ada ular dalam tu..hahaha Percaya tu En. Halem sampai berkerut-kerut muka nak buak hadiah..kekeke

Birthday Card yang En. Halem pegang tu aku yang design..weheee.. Cik Shahrul yang bagi idea suruh buat card bentuk tali leher..Nasib baik En. Halem suka..

En. Halem ni susah nak tengok die marah.. Sepanjang 8 tahun aku kerja dengan dia tak pernah tengok dia maki staff..paling kuat pon ayat dia guna 'Mangkuk' hahaha tu ayat paling pedih la pernah aku dengar dari mulut dia..and kalau salah kita pon dia tak kan mengamuk, terjerit, terlolong tak tentu pasal..tu yang respect dia sebagai bos yang sangat cool..

Masa ni celebrate birthday Eija, En. Halem and Kak Shima..Kak Shimaaa..kurus giler akak masa ni..hehehe Bad kat belakang tu kurus keding macam orang tak cukup makan aku tengok..hahaha..

Ofis lama ni banyak betul kenangan best bersama staff CCPA yang lain..sekarang ni takde dah moment giler2 macam tu.. ramai yang dah berhenti..ada berapa orang je yang masih setia dengan CCPA termasuk la aku..

Bersama arwah Ali Mamak.. En. Halem ni ramai kawan artis..kalau ada apa2 jamuan kat CCPA En. Halem mesti jemput kawan2 artis dia..Ada sekali tu Hans Isaac datang CCPA..terbeliak-beliak biji mata tengok Hans Isaac masa tu..hensem giler kottt...hahaha Dapat la bergambar dengan Hans Isaac masa tu..mana tah gambar aku simpan dalam external hard disk tah, cari2 tak jumpa..

En. Halem muda remaja masa ni..hehehe Yang baju hijau belakang En. Halem tu secretary En. Halem.. Kak Liza nama dia..Rindu dengan Kak Liza bile nak datang CCPA ni??

Dulu kiteorang rajin bersukan..Badminton la bowling la futsal la..ada jer aktiviti kiteorang akan buat lepas abis kerja..dulu2 ramai yang suporting sekarang semua dah malas nak bersukan..faktor usia kot..hahaha Kira2 jari dah nak masuk 8 tahun aku dengan CCPA..Alhamdulillah..

Ok En. Halem saya doakan En. Halem berjaya dan sukses di tempat baru.. Jangan lupa kami di sini tau..Walaupun En. Halem bukan lagi bos saya, En. Halem tetap Bos di hati saya..ewah!! Bye En. Halem..kami semua pasti akan merindui senyum En. Halem..  T_T

piece : kathyjem