Klik Yer!! Mekasih...

Friday, May 29, 2015

Telur Goreng Keemasan Tanpa Minyak Masak

Hari tu Kathy diberi peluang untuk merasai sendiri ramuan rahsia telur goreng Planta yang berlansung di One Utama Shopping Centre..Semua pon tahukan Planta adalah jenama marjerin terkenal dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak dulu lagi yang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi..

Bersama talent manager Nuffnang, Sammy..Ni second time jumpa dia..Kecik molek orangnya.. =)

Ok sebelum event start ada live dari TV10..erk TV10 ada ker?? buat lawak pulak emcee hari tu..yo yo aku percaya live..hahaha..hampir2 percaya..

Irma Hasmie pon ada juga.

Artis jemputan iaitu Sharifah Sofia yang turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng..Sharifah Sofia juga berkongsi pengalaman menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana suka makan nasi dan sandwic..

Bersama orang kuat Planta iaitu Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd..

Di situ jugak dorang memasak telur goreng untuk dihidang kepada tetamu jemputan..

So kami diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur goreng yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak..Jom rasa!!

Tutup mata pon boleh bau aroma telur mana yang menyelerakan..

Jom kita rasa telur A atau telur B yang digoreng dengan Planta..

Saya pilih telur B..Diakhir event nanti kita akan tahu siapa yang ramai mengundi telur A atau telur B..

Besarnya telur belakang ni..behehehe

Bersama Kak Red..banyak kali dah jumpa Kak Red kat event tapi tak sempat nak berborak dengan dia..

La ni baru dapat berborak dengan Kak Red..Apa rahsia Kak Red makin kurus? Amboii dah macam reporter sangat..hahaha..Kak Red kata jaga makan..kurus giler kot badan Kak Red..jeles aku tengok..Aku ni jer badan macam di pam pam..hahaha

 Bersama Kak Red, Babysumo dan saya bertudung biru..Ikut tema Planta sangat ni..hehe

Pemenang untuk telur goreng paling sedap ialah TELUR GORENG PLANTA!!!! Dah agak mesti la telur goreng Planta kan..Sebab apa disukai sebabbbb tekstur garing berserta aromanya yang menyelerakan..

 Bersama Sharifah Sofia dan anaknya Sharifah Ariana berumur 4 tahun..

Bersama Kak Irma yang sangat cantik..Dapat jugak bergambar dengan Kak Irma..

Selesai sudah event Planta..

Besok pagi tu terus semangat nak masak telur goreng Planta untuk Raiisah.. Nasib baik Raiisah ni jenis makan tak memilih sangat..masak telur goreng je pon dia boleh layan..asal ada makan jalan..Kalau tak ada makanan boleh jadi amukan di pagi hari minah kenit tu..

Planta ni selalu orang guna untuk masak kuih-muih, buat biskut or bakar roti jer kan, sebenarnya banyak kelebihan memasak dengan Planta ni..

Planta ni ada 2 packsizes iaitu 240g dan 480g dan boleh disimpan dalam tempat yang kering dan sejuk..Selalu aku beli size 240g jer sebab saiz kecik pon boleh tahan lama guna..

Simple resipi nak kongsi..Satu sudu Planta + 1 bji telur = 1 hidangan telur goreng Panta yang sedap!

Jom saksikan cara-cara masak telur goreng Planta paling mudah dan sedap untuk anak..

Sebelum cedok pastikan sudu yang digunakan bersih dan kering bagi memastikan produk Planta tahan lama..

Panaskan kuali dan cairkan 1 sudu Planta..

Then pecahkan telur..Telur goreng yang dimasak bersama Planta menjadikan lebih aromatik, lebih sedap, tepi rangup keemasan, tidak berminyak serta warna kuning dan putih telur yang menarik..Minyak masak kalau kita masak mesti terpercik-percikkan tapi dengan menggunakan Planta tidak terpercik..

Siap telur goreng untuk sarapan pagi Raiisah..Laa telur goreng jer Mummy..Eh ehhh..jangan tak tahu, telur goreng ni banyak khasiat dia tau..

Breakfast paling mudah, cepat dan sedap..Kadang-kadang masak simple begini boleh bagi selera untuk anak makan..Nak sedap lagi makan dengan roti bakar or nasi panas..layan!! hehehe

Nak tahu lebih lanjut pasal Planta ni korang boleh ke facebook Planta untuk maklumat lebih menarik:
www.facebook.com/plantamalaysia
www.youtube.com/resepiplanta

piece : kathyjem

Wednesday, May 27, 2015

Pulak Dah Tak Halal...

Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius.

“Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Menurut Hakimah lagi,pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini.

Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.

“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.

“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.

*Ok kena tunggu sijil Halal dari pihak Jakim keluarkan baru boleh makan kat Secret Recipe ni balik..Macam2 hal la, sekejap Halal sekejap tak..Ingat lagi dulu2 masa Secret Recipe baru buka, makan untuk 2 orang tak sampai 50ringgit pon..Sekarang hurmm takyah cakap dengan segala mak nenek GST dekat 80 hengget kot 2 orang, tu baru dua orang kalau bawak satu family ada 5 orang, rasa2 berapa kena keluar duit tu?? Apa2 pon kipidap Malaysia! (muka manyak senyum) ^_________^

piece : kathyjem

Monday, May 25, 2015

SYABAS vs NSTP

Jumaat hari tu ada friendly match SYABAS dengan NSTP..Sampai NSTP perasaan tu masih rileks lagi naik bangunan NSTP terus jantung getar laju2..nervous giler kot dah lama tak main tup tup tup kena lawan dengan NSTP..dengar kata dorang baru lepas friendly match dengan RTM..mesti terer giler main..

Nasib sehari sebelum nak main turun gym nak bagi ada stamina sikit..kalau tak pancit kot aku rasa..dah berbulan tak bersukan..

Wajah-wajah permain Netball SYABAS..korang sudah ready?? jom kita buat stretching dulu bagi longgarkan urat..

Tibe2 rasa nak kencing pulak..macam tu la dia setiap kali nak berlawan setiap kali tu rasa nak terkucil..

I pemain simpan jer..kejap lagi kang baru main sebab kalau main first mesti tak boleh perform dengan baik..kekeke alasan.. =P

Tengok pemain2 NSTP dah gugup2..confem dorang ni main lincah..agegegege tengok badan pon dah  takut weii..ok jangan takut, jangan menilai rupa luaran, kita main dulu baru tau macam mana.. =D

Main bersungguh-sungguh wahai warga SYABAS! ko masa ni terjerit terlolong aku kat sebelah gelanggang..suara aku ni kadang2 boleh buat jaringan tau..kekeke

Commonnnn Rina!! Yes masuk pon..macam tu la..

Sebelah tu budak laki main bola tampar pulak..Antara SYABAS Lelaki atau Wanita, mana yang jadi juara..Rasa2 boleh agak mesti budak lelaki SYABAS menang..Sebab dorang memang terer tahap pemain dunia..kekeke..Chaiyok team Lelaki SYABAS!

 Cik Nad kita..pemain tengah..

 Akma pemain untuk WA..nanti penat tukar dengan aku okey..hehehe

Tengah sedap main Nora terseliuh pulak..

Sudahnya aku kena ganti..agegegege..Watcha! Kathyjem sudah marii!! lai lai lai hiiyak!.. *pengaruh kartun Naruto Shippuden sangat ni..behehehe

Pemain saling ganti menganti, saling bantu-membantu, saling tukar menukar..Weeii penat masa ni..dengan training nye takde, tak prepare apa2 terus main..tak cukup oksigen nak bernafas dibuatnya..rasa nak pecah dada..

Semangat team SYABAS bermain..cayalah korang..Walaupon masa ni ada sedikit confius dengan juri mana nak dengar..bedal kita belasah jer..

Siti..Orang kuat WD dengan GD..

 Kak Yaz..Kalau dapat bola kat Kak Yaz memang tak dapat la..

 Rina..pemain paling banyak jaring bola..Rina ni salah seorang pemain Netball paling lama di SYABAS..kan Rina?

Nurul..ni pemain paling kuat SYABAS..Nurul  ni nampak jer macam ni.. Badminton terer, futsal boleh jadi goalkeeper pon boleh..

 Ni tak payah..posing jer lebih main ke laut..

 Suhaila..pemain defender terbaik..giteww..

Penat yer Azah..abis dah perlawanan kita..Pas ni usaha keras nak lawan RTM pulak..

Heyy la haiii nyerr ponnn..tengok mata jaringan masa ni geram pon ada..siapa mulut gatai kata masa dah abis..belum lagi la..cuba dok perhati jer mata tu, jangan gatai mulut kata masa dah tamat..tak pasal2 tenagh sedap main stop macam tu jer..dah tak tau siapa Juara, siapa Naib Juara..

Team SYABAS Lelaki memang bola tampar!

Selesai perlawanan, bagi hadiah makan dan terus pulang..Bangun pagi besok tu, terus kram satu badan..ni la akibat dah lama tak bersukan..

piece : kathyjem