Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, January 29, 2019

Siapa Nak FREE Hand Lotion Perisa Tembikai & Strawberi!!!

Hi sayang2 semua. Cewah sayang2 pulak ko Kathy pagi ni. hahaha Harus la kena beri sayang mmuah mmuah dekat i punye kawan2 dalam blog ni.. Kata semangat nak update blog hari2 kan. 😊

Nak bagi tau kesayangan-kesayangan semua. Korang nak FREE tak hand lotion bau sedap giler rasa nak makan jilat2 tangan. Amboi kemain ko nak jilat tangan tu. hahaha Mesti la bau sedap kot. Bau apa yang sedap sangat sampai nak jilat tu?? hahaha

Sebelum tu cuba tengok kotak Chinese New Year mekapup set dari Kaay Cosmetics yang Kathy pegang ni. Comel lote tak? Gigih ko mendesign nak bagi kesayangan2 semua suka dengan set makeup ni.

Mekap set ni harga sebenar RM163 tapi lepas tolak sana sini siap bagi kurang dengan bagi lagi harga kasih sayang terus jadi RM120 untuk 3 item iaitu DD Cushion + Refill Pack DD Cushion +  1 Lipmatte.

Macam DD Cushion ada 2 colour, Natural dengan Medium. So korang boleh pilih colour mana yang sesuai dengan warna kulit muka.

Lipmatte pon sama korang boleh pilih salah 1 colour dari 6 colour lipmatte yang Kaay ada.

Ni la rupa hand lotion bau starwbery dan watermelon rasa nak jilat2 tangan tu. Serius weeiii hand lotion yang korang tengok Kathy pegang ni, taruk sikit je tapi ya ampun dia punya bau rasa nak gigit2 tangan tu. Rasa macam tengah gigit tembikai slurppp slurppp di bawah cahaya matahari giteww. Aduii kecur liur la pulak cakap pasal tembikai. hahaha Rasa macam lama nau tak makan tembikai. Esok nak cari tembikai la.. Sendiri cakap sendiri terliuq. kekeke

Sesuai nak bagi hadiah kat kawan2 kerja, kawan2 sekolah sama2 membesar or jiran tetangga sebelah rumah pon boleh. Untuk diri sendiri punya lagi bagus.

Sebab set mekap ni khas sempena Chines New Year je lepas tu tak dapat dah set mekap dan harga macam ni. Sebab setiap bulan Kaay Cosmetics akan bagi Free Gift berlainan bersama set mekap berlainan jugak. Maksudnya abis Chines New Year ni abis la set mekap CNY ni. Pastu tunggu bulan February pulak set mekap apa pulak Kaay akan bagi Free Gift.

RM120 jurrrr korangggg... JIMAT RM51 dah kat situ. Siap kita kasi FREE POSTAGE sekali. Bukan setakat hand lotion je korang siap dapat Free Masker lagi. Rugi bebenor siapa yang tak grab sekotak.

Siapa nak CNY Mekap Set ni korang boleh whatsapp dan klik terus nombor ni  01137019733 Kaay Cosmetics sekarang!!! Sementara stock masih ada. 😊

piece : kathyjem

Monday, January 28, 2019

"Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut"..

Semalam lepak tengok tv, tengah tengok tv mata tertengok fb kejap, saje la scroll phone sekali terbaca tajuk kat Facebook Page Rotikaya. "Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut". Aduiii macam ni pon ada jugak ye dalam dunia ni. hahaha Terus tunjuk kat Affan. B cuba baca ni! Lepas Affan baca terus pandang Afif. Terus kami pon tergelak-gelak sebab terbayang kalau macam tu. Huii mintak jauh.

Sebab apa aku dengan Affan terus pandang Afif pastu kiteorang gelak?

Sebab ni la.. hahaha Kalau korang ikut perkembangan Afif mesti tau dia dengan kain busuk memang tak boleh dipisahkan. Keluar je dari perut mummy terus melekat dengan baby napkin. Ke hulur hilir dengan kain busuk tu.

Bukti kain napkin dengan Afif sejak lahir. Masa ni Afif baru 5 hari melihat dunia. Mekcha 24 jam melekat nak dengan Afif. Tengah nak biasakan ada adik.

 Adik kecik2 ni comel la dengan kain busuk tu. Besok dah besar nak dating dengan gelpren tak kan nak bawak kain busuk gak. Lari tak pijak tanah gelpren tu nengok nanti.

 Atuk terlebih kreatif. Bukan takat kain di lilit kat badan tu, dengan kepala sekali atuk lilit. Baju sari atuk kata. Hahaha Bila tengok Afif ni teringat adik aku Fahmi, masa dia kecik2 aku selalu buat dia dengan gaya fesyen pelik2. haha Baya ni memang seronok la kena buli, buat apa pon dorang diam ikut je.

Nak tidur wajib kena ada kain busuk ni ye kalau tak memang Afif tak boleh tidur. Mau melalak satu malam. Sebab tu ke mana2 memang kena standby kain napkin. Macam Raiisah nak tidur kena ada dua jari tengah tu. Senang takyah pening kalau tertinggal ke apa? sumbat terus jari dalam mulut. hahaha

Minum susu pon sama kena ada kain busuk.

So cerita hari ni pasal kain busuk Afif je la ek. hahaha Azam tahun ni nak update blog sekerap mungkin. Tak nak update sebulan sekali. Asyik bersawang je blog Kathyjem ni. Jenuh setiap kali buka nak cuci habuk. Nak naikkan aura blogging balik. Gitewww..

Kat blog sesuai la ko nak cerita apa2. Rasa macam takde tersekat. Enjoy je nak menaip. Kat dalam FB Instagram macam tak sesuai je ko nak cerita panjang lebor. Lagi2 kat Instagram, orang suka tengok gambar je, cerita panjang orang tak banyak sangat. Zaman sekarang ni orang dah malas nak baca blog kan. Tah aku suka je baca, suka je menaip.

Sebab tu kalau ada apa2 cerita menarik ke apa ke ko nak bebel panjang2 ke aku suka lagi cerita kat dalam blog. Rasa puas hati dapat karang panjang2. Ni pendapat aku la, kalau korang rasa syok, best dan suka menaip panjang lebar dalam Fb teruskan. Ikut pendapat dan citarasa masing2. Yang penting ko seronok je apa yang ko buat.

Bukit dengan kain busuk lagi ye.

Afif ni kat mana2 pon dia boleh tidur. Mak cakap macam mummy masa kecik2. Atas tanah tengah main pasir pon boleh tidur. hahaha

Haa ni gambar semalam, setelah bertengkar dengan kakak nak tengok kartun. Bagi kain senyao terus. Tu la ubat dia, kalau dia melalak semua tak kena bagi kain terus diam. Ubat penenang dia.

Afif esok besar jangan macam ni tau, kang takde gelpren nak kat awak jangan nak kawen dengan kain pulak. hahaha Dunia dunia, semakin pelik zaman sekarang ni kan. Yerla mau tak pelik siap ko buat hubungan intim dengan kain selimut tu. Apa kejadahnya.... Pastu siap nak buat majlis perkahwinan besar-besaran dengan boypren dia "Selimut" tu dan siap nak panggil kawan2 saudara mara lagi. Kan ke tak pelik namanya tu. Yerla orang barat kan tak mustahil takde yang pelik. Kita sebagai orang islam jangan la terikut-ikut sangat benda2 pelik ni. Mintak jauh la semua perkara2 ni yer.

Sekian terima kaseh.


piece : kathyjem

Thursday, January 17, 2019

Preloved Baju Mekcha Mur Mur

Dua hari settle kan baju preloved Raiisah. Lama sangat dah duk dalam almari. Baju Mekcha masa baby dah sedekah kat orang. Tinggal hat yang setahun ke atas.

Konon nak simpan la tak nak bagi orang, jual ke apa ke. Konon nak bagi adik Mekcha la kalau dapat gegirl. Sekali dapat lelaki la. Serius Kathy masa tau pregnant nombor 2 tu kalau boleh nak anak perempuan. Hari2 doa nak anak perempuan nombor 2 ni. Affan pon suka anak perempuan. Tah sejenis suka anak perempuan ramai kot. Senang nak suruh lipat kain, mop lanai, masak, urut kaki. hahaha Tapi Allah is perancang terbaik. Dah Allah kata nak bagi lelaki kita terima je yang penting sihat tubuh badan, cukup sifat. Tu paling utama.

Dari sehari ke sehari nak jual baju2 Mekcha ni tapi tu la sehari ke sehari nanti la nanti..hahaha Sampai Afif nak masuk 3 tahun baru tergerak hati nak geledah almari dan jual. Kalau ikutkan sayang gak nak jual sebab kebanyakkan baju Raiisah boleh kira berapa jari pakai. Yerla anak first kan ghairah la ko menyoppingnya. Asal keluar je mesti beli baju Raiisah. Baju girl, tau la kan gerammmm je nengok. Tengok spender pon ko kata comel..hahaha Kadang tu nak beli baju aku alih2 baju Raiisah jugak yang dibeli. Tu yang sampai senget almari. hahaha

Dress biru ni boleh kira tak sampai 5 kali Raiisah pakai. Condition baju tip top lagi.

Ha baju ni lagi la, 2 kali je aku rasa pakaikan untuk Raiisah pastu dah tak pakai2 dah. Yerla budakkan cepat besar.

 Baju ni beli masa birthday Raiisah yang ke 2.. Pon sama pakai 2 kali je. RM35 jer.

Semalam settle post baju preloved Mekcha kat Ig story. Senang siapa nak beli DM terus kat Ig Story Kathy. Harga semua murah2 aku bagi. Harga start dari RM10-RM35.


Ni yang ada kat rumah mak. Kat rumah aku ada gak tapi tak banyak la. So kalau korang nak beli baju preloved Mekcah yang comel2 ni boleh tengok kat Ig Storay @kathyjem. Siapa cepat dia dapat. 😊

piece : kathyjem

Tuesday, January 15, 2019

Hari Pertama Mekcha ke Sekolah Kafa & Kebangsaan

Salam Selasa.. Ewah! Blur pulak nak taip apa..hahaha Hampir 2 minggu lebih dah Mekcah masuk alam persekolahan yang sebenar. Kalau ikutkan malas nak story pasal Mekcha masuk darjah 1 ni tapi ramai suruh share pengalaman Raiisah masuk darjah 1 ni macam mana. Harusla Kathy tunaikan. Lagi pon esok besar Raiisah boleh tengok blog mummy ni macam mana muka teriak awak tu masuk sekolah.

Biasa la Mekcha kan setiap kali nak masuk sekolah dia la budak paling excited pastu buat drama Melayu yang tak sudah-sudah. Seminggu sebelum nak start sekolah tu dia dok zikir je bila nak sekolahhhhh bila nak sekolahhhhh. Bila dah pergi sekolah tak nak pulak.

Hari pertama tu macam biasa gerakkan dia bangun pagi walaupon cuti sekolah sebulan kadang2 tu dia dah biasa bangun pagi so masa mandi hari pertama sekolah tu takde la menangis susah bangun ke apa. Tapi mummy debor sikit pagi tu sebab 2 bulan sebelum start sekolah mummy baru daftarkan dia sekolah kafa. Masa daftar tu ustazah tanya kenapa baru daftar, sepatutnya kena daftar awal tahun hari tu. Pastu ustazah cakap kena tengok dulu ada kekesongan ke tak sebab daftar lambatkan. So mummy pasarah je la. Kalo penuh tunggu je la kosong.

Aku ingat daftar macam sekolah agama dulu2, 2 bulan sebelum sekolah start baru boleh daftar.. Huiii zaman dah lain Kathy oiiii. Ko ingat ko hidup 80 an lagi, esok sekolah hari ni baru nak daftar. hahaha

Mujur la hari pertama sekolah kafa terus ke pejabat then ustazah check mana kelas yang kosong.. Fuhh nasib baik ada kosong. Mujur la abah kenal seorang ustaz dalam sekolah kafa Raiisah ni. Mudah sikit urusan.


Pastu dah sampai sekolah mummy terlupa nak bawak phone sebab dok kalut2 siapkan dia pagi tu. Malam sebelum sekolah dia request nak nasi goreng sebab excited nak bawa bekas makanan Omar & Hana. Opah dia belikan.

Nasib baik atuk Jem ikut. Pinjam la phone atuk untuk ambik gambar Mekcha hari pertama kat sekolah kafa. ada la kenangan sekeping dua.


Duduk paling depan sekali. Ingat nak bayar yuran sekali beratur panjang giler.. Esok je la bayar dengan beli buku sekali.


Eh tau2 je dah waktu rehat. Budak darjah 1 pihak sekolah bagi rehat awal tak campur dengan budak darjah 2 3. Ruang kantin pon kecik je. Ewah Mekcha dok depan sekali tuuu. Atuk dia ada memang dia suruh cucu dia beratur depan sekali. Raiisah blur2 masa nak beratur pergi ke kantin. Datang atuk dia terus tarik tangan Mekcha suruh beratur depan.


Hari pertama Mekcha makan di kantin sekolah. Lepas ni semua kena buat sendiri ye kakak. Masa kat Little Caliphs boleh manjer anjer dengan teacher2. Dah masuk sekolah kafa kebangsaan sendiri kena buat. Mula2 mummy fikir boleh ke tak Mekcha ni pergi beli makanan kat kantin, pandai ker tak nak tukar duit. Duit pon tak pandai lagi nak guna. Takper la slow2 belajar ye kakak.. Nanti lama pandai la tu.

Hari pertama sampai hari ke 2 je parents boleh masuk dalam sekolah. Hari ke 3 dah tak boleh. Parents boleh hantar anak sampai pagar je. So masa rehat hari ke 2 tu, bawakkan dia bekal donut. Mekcha memang suka makan donut selain By Hulk (karipap). Siapa baca blog aku dari awal mesti tau kena Mekcha panggil karipap By Hulk. hahaha Tah la kome jenuh mummy ko ngajor dari umur 2 tahun karipap karipap karipapppp. Tetap dia panggil By Hulk by hulk.

Settle ambik dia kat sekolah kafa terus siapkan dia sekolah kebangsaan pulak. Masa hari pertama sekolah masa beratur kat dewan dia dah start menangis. Padahal ok je sebelum tu, excited nak sekolah la, nak jumpa teacher la, nak jumpa kawan la sekali teriak jugak. Masa berdiri nak nyanyi lagu Negaraku. Masa tu dia dah start toleh kanan kiri cari mummy dia. Mujur la ada Cikgu sebelah dia terus pujuk2 Mekcha. Diam sekejap. Nasib baik nangis tak lama. Mummy pon tak faham kenapa dia tiba2 menangis. Takut kot rasanya.

Masa ni baru sampai kena beratur kat dewan dulu. Budak darjah 1 jer kena beratur dalam dewan. Darjah 2 3 boleh terus masuk ke kelas.

Harap2 jangan la menangis Mekcha yerr dalam kelas ni.. Dah la satu meja dengan dia ada budak menangis. Sian adik tu menangis kat 3 jam non stop kot. Sampai Mak Ayah dia kena nyorok tak nak bagi dia nampak, kalau nampak lagi dia menangis kuat. Aku pon cuba2 pujuk gak supaya adik tu berhenti menangis. Tak jalan.. hahaha Rasanya dekat waktu rehat kot baru adik perempuan tu diam tak menangis.

 Eleh senyum konon. Macam ni la senyum takmo nangis2. Kakak dah besar malu kat kawan2. Mujur la takde drama dalam kelas hari pertama hari tu. Pastu Mek ni cakap kuat2 masa aku tunggu dia kat tepi tingkap

Mekcha : Mummy!!! Kenapa saya tak pakai tudung. Tengok kawan semua pakai tudung.
(Haiyoo Mekcha ni tak boleh nak cakap kuat lagi ke?)
Mummy : Ok esok mmmy pakaikan Kakak tudung. *sambil tunduk kemaluan di situ.

Bukan mummy tak nak pakaikan Mekcha tudung, buat masa ni tak pakaikan dia tudung sebab sekolah petangkan. Mekcha ni dia ada ekzema dia tak boleh panas. Kalau panas dia akan start mengaru, kadang tu sampai boleh keluar darah. Mummy pon dok risau gak ni darjah 1 ni macam mana la dia nanti dalam kelas, masa kokurikulum. Sekolah tadika takper la ada aircond. Ni sekolah kebangsaan ni semua berkipas. Memang sekarang ni setiap malam sebelum tidur sapukan dia cream ekzema.

 Hari pertama sekolah kebangsaan bawak bekal roti. Duit belanja bagi 2 ringgit. Tu pon tak guna sebab nak ajar dia makan makanan bekal. Tapi kena ajar dia gak guna duit kang tak pandai guna payah pulak nak beli nanti.

 Hari ke 2 mummy hantar dia sekolah kafa. Esok dah tak boleh hantar. Pandai2 la kakak esok ye.

Oo teringat last week ada satu hari tu aku tak bagi dia duit belanja sebab nak ajar dia, kalau bawak bekal tak payah belanja simpan duit tu. Makan je makanan yang nenek or mummy bekalkan. Sekali korang tau apa atuk dia cakap masa petang aku balik kerja tu. Mekcha mintak ustazah duit okey, dia kata mummy tak bagi duit. Korang rasa macam mummy. Mekcha Mekchaaaa, mesti ustazah ingat mummy ko kedekut nak bagi duit belanja atau pon terlupa la kan. Tepuk dahi mummy dia masa atuk cerita tu.

Sekarang ni bawak bekal ke tak bawak ke duit mesti abis. Ada sekali tu atuk terbagi 3 ringgit. Abis 3 ringgit tu dia belanja padahal bekal dah bawak siap pesan kat dia, Raiisah jangan beli makanan sebab dah bawak bekal. Lagi pon kat sekolah takut dia beli sosej nugget semua tu. Kan tak elok makan hari2 fast food semua tu. Sekali tau apa dia tunjuk masa aku ambik petang tu. Erasers ok erasers..... Pemandan bentuk donut, fries comel2 tu die pergi beli. Bila aku tanya berapa ringgit? 2 ringgit dia cakap sambil tunjuk jari.. 1 ringgit lagi beli apa? Saya beli air oreng mummy.. Aduihhh urut dada mummy dibuatnya. Apa lagi masuk kereta kena bebelan la dengan mummy. Bekal dah bawak air dah bawak kenapa nak beli air benda bukan2 ni.

Sejak dah tau guna duit sehengget dua ni, asyik nak belanjaaaaaa jer. Cuba simpan duit tu. Sekarang ni mummy tengah train dia mana keperluaan atau kehendak nak guna duit. Kalau tak macam2 nak beli kat sekolah tu. Ni petang semalam dia tunjuk beli pencil sharpener bentuk smile face.

 Bawak bekal donut. Makan seketul. Bila tanya kenapa tak abis kakak. Saya beli sosej seringgit mummy. Haii la Mek ni kan dah cakap jangan beli sosej. Esok tu dia beli lagi. Apo lagi mummy nak kato ni?!!!

Hari ke 2 melalak lagi.. Macam biasa masa sampai semuanya ceria. Bila time duduk beratur dia dah start dahhhhh. Mummy mumyyyy nangis sambil lambai2 tangan nak mummy. Nak mummy nak mummy. Dah semua parents pandang mummy. Anak awak ke tu? a'ah anak saya la yang menangis tu.. Tak sebab tadi perasan Cikgu tanya kenapa nangis, dia tunjuk budak belakang tu buat dia. Yeker. saya rasa budak tu nak pegang dia kot, mungkin dia ingat budak tu nak buat dia kot. Terus aku pon laju2 panggil dia. Masa kejadian Cikgu tanya dia tu aku nyorok belakang pintu tak nak bagi dia nampak.


Tanya dia kenapa kakak menangis. Sambik tunjuk tangan, kawan cubit. Yerla tu kawan kakak cubit. Tah2 dia cuit panggil kakak kot.

Mood Mekcha ni anytime boleh bertukar 90 darjah ye. Mummy syak dia penat or mengantuk. Ok la mummy faham. Cikgu pujuk pon tak layan, sudahnya mummy panggil dia pujuk2 tak jalan menangis jugak. Haa mummy dapat idea nak bagi dia diam dan masuk ke dewan balik.

Kalau kakak diam tak nangis nanti mummy belanja kakak toys. Terpaksa la mummy ko cakap macam tu. Ting! dia dengar toys terus dari muka limau puru terus bertukar muka strawberi pinkish. hahaha  Ok mummy saya nak toys Mcd. Sebab tu mummy cakap Mekcha ni kalau masuk pertandingan best actress in the world mesti boleh menang. Pelakon sangatttttttt.

Mummy kalau ingat balik masa hari pertama masuk sekolah kebangsaan darjah 1 pon ada sejarah jugak. hahaha Ko ingat mummy ko berani sangat. Gaya je berani, nampak anjing lintang pukang lari. Lebih kurang macam Mekcha gak la. hahaha

Ingat lagi masa tu dah masuk kelas, abah tunggu kat luar kelas. Sekali Cikgu masuk. Masa Cikgu masuk tu aku dah start cuak takut. Bila Cikgu datang kat aku tanya aku kenapa nangis. Terus cakap sakit perut. Padahal jantung rasa nak tercabut, takut punya pasal. kakaka

Masa ni hari ke 3. Bawak bekal tapi dia lupa nak bawa turun. Bila tanya, mana bekal kakak. Saya lupa nak bawak mummy.

Ok la masa ni la kot sesuai nak ajar dia guna duit. Masa hari pertama kedua tak sempat ajar sebab bawak bekalkan.

Masa suruh dia beratur ok molek dah beratur sekali dia tunggu lama terus tak nak beli. Panas, pastu pulak budak berebut2, dia rimas terus tak nak beli. Pastu dia pulak suruh kita beratur belikan untuk dia. Bertuah punya anak.. hahaha. Pujuk2 baru  la dia nak beratur. Ajar dia macam mana nak cakap beli makan semua tu, guna duit bagi berapa kat makcik kantin. Dia nak ayam crispy. Kalau ikutkan aku tak bagi dia makan benda2 macam tu tapi dah dia teringin bagi je la. Esok2 aku takde mesti dia beli punye. Budak kan kalau kita halang lagi dia nak buat.


Hari ke 3 baru dapat geng. Tu pon kawan dia yang tegur. Ok la mummy lega dia dah dapat kawan.

Siap mummy pesan kat kawan dia, nanti waktu rehat, turun sama2 dengan Raiisah tau. Kawan2 dia angguk je. Mesti dalam hati, pahal makcik ni nak suruah aku rehat dengan anak dia kan.hahaha

Uwaa Mekcha mummy tak sangka kakak dah masuk darjah 1. Rasa macam kakak masih sekolah preschol lagi. hahaha over mummy ko.

Next week tu dah start kerja, atuk dia ambik lepas sekolah kafa dan hantar waktu sekolah kebangsaan. Mummy ambik dia waktu petang. Tadi atuk ada hal so mummy la kena ambik hantar dia. Kemain mengada tak nak pergi sekolah, saya nak mummy saya mengantuk, saya penat. Macam2 alasan dia bagi. Dengan atuk ok je dengan mummy pulak dia mengada tengahari tadi.

Ok dah tu jer cerita pengalaman Mekcha di hari pertama sampai la hari ni ke sekolah. hehehe Harap korang enjoy cerita Mekcha ni.. 😅

piece : kathyjem