Selesai sudah pendaftaran kemasukkan Raiisah ke tadika..Bincang punye bincang aku ngan Affan decide hantar Raiisah ke Little Caliphs Sg. Buloh..Survey antara Genius Aulad, Brainy Bunch atau Little Caliphs ni sebab ramai bagi good feedback 3 pre-school ni bagus..memang nak ambik yang ada islamic english..
Macam Genius Aulad tu ada kat area Sg. Buloh tapi jauh la pulak..pagi2 nak hantar Raiisah jenuh nak patah balik ke belakang..Lagi satu Genius Aulad takde day care..aku kalau boleh nak ambik tadika yang ada day care sekali..balik kerja tu senang boleh ambik die terus..
Setelah membuat pembandingan ketiga-tiga pre-school ni aku pilih Little Caliphs sebab yuran Little Caliphs murah compare dengan Genius Aulad & Brainy Bunch..macam Brainy Bunch ada daycare tapi bapak mahal weii, sebulan 600 lebih..huhu tak mampu oden nak membayornya..Genius Aulad pulak kelas untuk 4 tahun start kol 8.30 sampai kol 11.30 jer..aku kalo boleh nak yang sampai petang..biar petang tu ada aktiviti macam solat berjemaah ramai2, buat kerja sekolah ke..kalau boleh nak macam tu la..Biar lama sikit dia dok school..kalau dok rumah nenek pon sehari asyik ngadap kartun jer..
Since Affan kerja nun di negara jiran, aku pindah duduk kat Sg. Buloh rumah mak abah..dok sorang kat Tropicana tak berani la pulak..kang apa2 jadi kang payah pulak takde orang teman dalam rumah..at least duduk ngan mak abah apa2 hal ada teman dalam rumah..
Awal bulan Oktober ari tu dah booked nama Raiisah siap2 kat Little Caliphs..takut penuh ke apa ke kan booking siap2 nama Raiisah..bulan Disember bayar yuran and ambik uniform jer..
Jumlah yuran Little Calips untuk umur 4 tahun dalam RM1282.50..Monthly fee RM400..kalau ambik half day baru dalam RM250..rasanya lain branch lain yurannya..macam kat Shah Alam member office bagitau harga dia mahal sikit compare Little Caplihs Sg. Buloh ni..
Lepas buat payment akan dapat 2 uniform, 2 tudung, 1 baju sukan, and 1 buku pasal Little Caliphs..itu sajer..Yuran kena bankin kat dorang siap2, dorang tak bagi bawak duit masa nak ambik uniform tu..kelas start dari 8.30 pagi -12.30 tghari..pastu mana yang ambik day care sampai 6.30 petang..lebih dari 6.30ptng kira OT, OT lak sejam RM7..hari2 nak bayar OT 7hengget pengsan gak nak membayornya..hehehe mana yang nak hanta anak seawal pukul 7 pagi pon boleh..
Uniform Raiisah besar gile padahal size S tu..terpaksala kena oter nanti..bukan sikit banyak pulak..hahaha Raiisah badan halus sangat..seluar sukan pon sama besar giler..tu tak tau nak oter macam mana tu..
Hari yang aku datang tu khas untuk anak2 umur 4 tahun ambik uniform..5 & 6 tahun waktu lain rasanya kot..nampak adik yang pakai baju belang2 hijau putih tu..tu bakal jadi kawan baik Raiisah tu...hahaha 2 3 kali Raiisah datang kat dia nak berkawan, siap tunjuk mainan lagi..adik tu lari2 tengok Raiisah..takut tengok rambut Raiisah macam hantu kot..hahaha
Lepas ni no kartun2 ye mekcha..kalau tak celik mata jer, nenekkkkk nak kartunn!!! pagi siang malam kartun kartun kartun..pas ni mengadap buku pulak..
Ni kelas untuk budak umur 5 tahun..besar gak kelas2 kat sini..Yang pakai baju biru tu teacher yang mengajar budak 5 tahun..
Lepas ambik uniform ingat nak terus balik sekali Raiisah elok dok diam main kat situ..haa ok la bagi dia lama sikit dok sini..sementara tu suapkan dia beehun..banyak gak dia makan..pagi tu tak sempat brekfast..dorang sediakan breakfast untuk ibu bapa yang ambik uniform hari tu..
Untuk baya Raiisah ni teacher dia cakap just bagi dorang minat dengan buku, macam mana nak pegang pensil, ajar simple2 words untuk berkomunikasi, aktiviti menari & menyanyi, buat homework..takde la tekan sangat pembelajaran semua tu..nanti dah masuk 5 tahun baru belajar bab2 akademik lebih detail lagi..
Tangga ni la setiap pagi akan ku hantar Raiisah ke sini..hehehe Raiisah ok kan suka kan masuk school..setiap hari aku cakap ngan dia pasal school ni..dia angguk jer..tah faham tak idak school tu apa..hahaha Takper mummy yakin Raiisah boleh buat punya..Raiisah kan berani tak takut orang..harap2 ok la dia nanti..ishhh deborrrrr la pulak..jangan hari pertama teriak sudah..4 Januari tu siap2 dah ambik cuti dah..excited pulak nak hantor dia hari pertama sekolah..hehehe
Lepas settle payment yuran Raiisah dapat beg, tudung, uniform, baju sukan..tengok anak nak masuk school rasa tua sangat dah ni..hahaha
Macam mana ni tak nak pakai tudung..nanti kat school hari2 kena pakai tudung tau..
Jenuh pujuk dia suruh pakai tudung..
Siap umpan phone nak bagi dia pakai tudung punya pasal..heyy mekcha ni..tudung longgar sikit nanti nak jahit sikit kat bahagian dagu tu..
haaa kan comel pakai tudung macam tu..payah nau nak suruh pakai tudung..
Hajjah Mekcha sangat ni..sejuk hati mummy nengok dia tutup aurat macam ni..hehehe
piece : kathyjem