Klik Yer!! Mekasih...

Friday, February 27, 2015

Trip Ke Tokyo Part 2

Hello dan selamat pagi semua..hari pertama dah puas kaki berjalan, malangnya hati tak puas lagi menerokai bandar Tokyo, jadi mari mulakan dengan membuka mata sambil mengeliat badan! hiiiyakkk! macam biaserla mata ni kalau dah terbiasa 6.30 pagi bangun, memang automatik terbuka ibarat macam jam loceng "Kringgg kringgg kringgg"!!! Bangun Kathy Bangun!!!!!

Bukak mata terus ke bilik air la..Subuh dorang pukul 5.00 pagi..Dah selesai mandi siap turun bawah breakfast..mandi pon tak boleh mandi beria sangat yer sebab kat luar tu sejuk..Sekadar basuh muka, berus gigi dan basahkan sedikit badan dengan air suam..sehari mandi sekali cukup jangan mandi berulang kali takut badan boleh jadi kering..kalau kering tu faham-faham jer la, boleh jadi gatal..

Muka pon nampak sembab awal pagi kena bangun..Dapat makanan muka terus segar..

Boleh tahan breakfast Shijuku Prince Hotel ni..Blur nak ambik mana semua pon nampak menarik..

Makanan kat hotel ni kebanyakkan healthy breakfast..patut la sihat-sihat orang Jepun ni..

Buah-buahan..paling best buah laici tu.. kat Malaysia hotel 5 star pon belum tentu dihidang buah laici gemuk macam tu..Hotel yang kami stay ni 3 star jer tapi makanan dia macam hotel 5 star..puas hatila breakfast macam ni.. =)

Ikan salmon dia rasa fresh..berketul-ketul jugak la aku makan..sedap..balik KL teringin nak makan ikan slamon pergi Shusi King la jawabnya so makanla sampai puas-puas..haha

Orang Jepun suka makan ni sebab dorang kata Natto ni boleh mencantikkan kulit dan juga kesihatan dalaman..nak try la rasa dia macam mana, macam menarik jerr..

Ni pon sayuran jugak..Yang bulat macam fish ball tu tak sure apa pulak..

 Sup..

Ok makan ni dulu..kebanyakkan breakfast Hotel Jepun ni banyak makanan yang kita boleh makan sebab ia terdiri daripada ikan dan sayur-sayuran, so jangan risau..

 Bubur..apa tah nama yang hitam2 tu, sedap..

Miso soup ni ampunn sedap betul..kat Malaysia selalu jugak makan soup ni tapi tak sesedap macam kat Jepun..

Ko macam2 air ada kat hotel ni..jus ada coffee ada, tea semua ada hanya dengan tekan sajer keluar la air itu dengan sempurna..hehehe

Yang merah tu bukan jus tembikai, tu jus tomato ok..dasyat tak..rasanya dorang blend jus tomato mentah2 kot..nampak macam pekat jus tomato tu..napa tak minum?? erk!!! tak boleh telan..

Jus collagen pon ada tau..mampu kat hotel dapat minum jus collagen..hahaha Kat Malaysia nak minum jus collagen kena beli sebotol seratus hinggit baru dapat minum kan..hahaha

Air putih tu nama dia Calpis..sedap sangat air tu, tak tau nak cakap macam mana rasa die..tapi memang sedap la..hahaha Pink tu la air collagen..

Walaupun nampak macam ramai tapi time makan orang-orang Jepun ni senyap jer..tak nampak pon time makan dorang borak-borak or sibuk dengan handphone.. kalau kita gonggeng gonggeng bising macam langau..hahaha

 Telur dadar..

Natto ni merupakan salah satu makanan tradisi bagi orang Jepun..Rasa lebih kurang macam tempe la.. Natto ni bahan utama dia ialah kacang soya yang diperam..

Makan tak abis tak boleh telan pahit kot dan bau pon rasa pelik..Natto ni dorang kata sedap makan dengan nasi..No wonder la kulit orang2 Jepun ni halus dan cantik-cantik belaka..

Ok tak sempat abis makan laici, sumbat dalam bag..lapar kan ada makanan..hehehe Bus sampai kol 8 pagi..

Hari ke 2 ni kami naik Hato Bus..Orang Jepun ni sangat punctual..kalau kata pukul 8 bertolak, pukul 8 la bas ni bergerak..jangan la jalan macam nak pergi pasar ok silap2 ada yang kena tinggal bus nanti..

Kami akan ke Asakusa & Nakamise Street..Masa ni suhu 3c..

Dalam bus..

Eh Tokyo Tower..sempat snap dalam bas..Lepas pergi Asakusa & Nakamise Street kami akan ke Tokyo Tower!

 Beli tiket di Hamamatsucho station bus..

Kat sini tempat meeting point for Hato Bus Tour..

Yeaa dapat gift..pen magic nama dia sebab apa magic sebab boleh padam kalau dah tulis di atas kertas..magic la tu..bahahaha *ok tak lawak

Hato Bus ni la yang akan bawak kami sepanjang hari..

Hato Bus ni menyediakan tour yang berkonsep Muslim dan Halal..so pakej ni menyediakan tempat-tempat menarik di Tokyo dan disediakan restoran makanan Halal dan juga tempat untuk beribadah..boleh check kat sini Laman web rasmi Hatobus

Ni la tourist guide kami untuk hari ni..nama dia Kozo..fasih berbahasa inggeris so takde masalah nak communicate dengan dia..

 Hanya kami berlima sajer..boleh lari2 dalam bas..hahaha

 Dalam bas ni ada map pasal Tokyo.. so boleh dijadikan panduan..

Kozo sedang brief kami untuk destinasi mana yang akan kami pergi..

Ok 5 tempat nak kena pergi sebenarnya..so kaki sila la behave ok jangan buat hal macam semalam sudah..

 Tercengang tengok keindahan bandaraya Tokyo..

Tak terkata..

Uniknya pokok tu..

Kalau korang nak tahu sebelah kiri tu adalah rupa asal sebelum dimodenkan..pokok tu di tanam dari zaman nenek moyang lagi dah ada..Sebelah kanan tu semuanya setelah pembangunan di bina..nampak perbezaan di situ..Lama dan Baru..gitew

Lori sampah pon bersih..tak ada bau busuk sebab sampah dorang diurus dengan baik..dorang ada jadual mengangkat sampah mengikut hari..

Sepanjang berada di Tokyo tak pernah tengok jalan raya dorang bersesak-sesak macam kat KL..tenang aman jer jalan dorang ni..bawak pon tak kelam kabut, rileks jer..

Ok sampai Asakusa nanti berpandukan map yang dorang beri kot2 la tersesatkan ada map ni nak jalan keluar..

Haa ce teka apa ni?? Ni la tahi..eh silap, hahaha suka hati aku panggil tahi kann..ni la dia Golden Flame..Building Asahi Beer..Orang Jepun panggil Tahi Golden..

Dah sampai Asakusa & Nakamise Street..Ni tempat parking bas, seluas-luas alam..

Nama bas kami Aladdin..

Suka tengok driver bas ni sepanjang masa sentiasa senyum dan setiap kali kami turun dia akan cakap arigatou gozaimasu sambil tunduk kepala..sampai dah nak balik pon dia still senyum..

Ok ingat nombor plate bus jangan tersalah bus sudah..kebetulan ada 2 3 Hato Bus kat situ..

Sensoji Temple juga dikenali Asakusa Cannon Temple..Ia adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa.. Sensoji Temple ni merupakan kuil yang tertua di Tokyo sebab dia masih kekalkan oldies vibe contohnya bangunan dia..

Depan Main Hall of  Cannon Temple..

Orang disana percaya, dengan mengibaskan asap tersebut ke bahagian tubuh mereka maka penyakit akan sembuh atau mencegah pelbagai penyakit..

Hozo Mon (Middle Gate)

Pisang disalut dengan coklat pelbagai perisa..harga dalam 200yen (RM6)..

Eh Takoyaki..nak laaa teringin...takper nanti kita cari kat tempat lain..

Macam sedap jer macam nak beli jer..hehehe

Macam ni la suasana kat dalam..Kebanyakkan pelancong la yang datang sini..Hari tu aku jumpe orang Malaysia, orang India, orang Thailand, orang Korea..Yang lain tu orang Jepun la..Yang dalam gambar kat atas ni, adalah pintu gerbang kedua..Kemain lagi sampai dua pintu gerbang koo..hehe

Deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakamise Street..Deretan kedai ni semua jual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik..Kalau nak beli cenderahati bagi mak, ayah, kakak abang sesuailah beli kat sini..nak kata murah tak la murah sangat..kali dengan duit kita faham2 jer la..

Teringat Abah ada suruh beli satu baju Kimono untuk Raiisah..tengok harga tak jadi la..hahaha

Keychain..

Comel hiasan selipar jepong..

Dapat beli souvenir murah kat sini..

Ramai jugak orang masa ni..berlaga-laga bahu jugak la waktu jalan tu..

Rasa-rasa kalau aku bawak handbag ni ada orang pandang tak.. >_< hehehe tapi macam cute kan..

Cantikkan handbag ni rasa macam nak beli..tengok harga ermmm takpela..

Kuih Hello Kitty..chumelnya..Aime kata boleh makan kuih Hello Kitty ni..

Dekat sini korang jangan try sesuka hati ok, betul-betul nak beli baru boleh cuba..kalau tak jadi macam aku kena sound setepek dengan uncle Jepun kat situ..hahaha "Uncle saya mahu cuba sajer loo, jangan marah lorr" larikkkk..

Cantik dan simple cotton bag ni..beli 2, satu untuk Mak & MIL..

Eh ada icecream!

Pelbagai corak dan colour baju kimono.

Nak fridge magnet yang cantik sikit harga dalam 450yen ke atas..

Japanese sandal ni harga dalam 4990yen (RM150) sepasang..uwaaa nangis tengok harga selipar macam tu..nak jugak try tapi tak jadi, takut kena marah macam kat kedai kasut tadi tu..hehehe

Cantik pulak hiasan dalam dia..ukiran dragon tak silap aku..

Ok dah sampai kat gerbang kuil!

Bergambar di hadapan Kaminari Mon (Main Gate), simbol utama Asakusa..

Snow..dapat jugak tengok snow secara live walaupon tinggal serpihan sajer..

Dapat jugak sentuh ais kepal..eh..hahaha

Ce bayangkan atas tanah ni penuh dengan snow mau guling2 hindustani aku atas tu..hahaha

Selesai kunjungan di Asakusa..now nak lunch..

Design bangunan Jepun yang unik..

Ingat kedai apa la rupanya kedai nursing & maternity wear.. bulat-bulat tu apa benda yer tuuu.....larikkkkk..

Macam tak kedai maternity kan..Masa ni baru tahu tourist guide kami Kozo, wife die tengah pregnant..dia cakap nanti nak beli baju pregnant untuk wife dia dan baby dalam kandungan..alololo sweet jer..

 Kami lunch di Malaysian Cuisine..

Jangan main2 restoran ni pernah di rasmikan oleh Pak Lah tau..

Best part is waiter pun boleh cakap Melayu..Orang Malaysia yang datang Tokyo ramai makan kat sini..

 Nasi campur..semua sedap lagi-lagi daging black pepper tu terangkat badan dapat makan wooo..hehe..

Jemput makan semua..muka tak sabar nak makan tu.. best jer sampai-sampai makanan kami dah terhidang takyah tunggu lama..

 Aime oder original mojito..

Sambal..Bagi orang Jepun dah kira pedas tahan keluar air mata, berpeluh satu baldi..kalau kita alaaaa celah gigi jer pedas dia..hahahaha

Berpeluh2 si Kozo ni makan makanan kita.. hot hot kata dia..Jap2 lap peluh..kekeke

Menu2 ni semua adalah makanan2 famous di Malaysia..

Harga makanan adalah standard harga Jepun dalam 1000 yen per plate (RM30)..


Dessert kami mango pudding!

Teh tarik gelas besar satu! hahaha kemain tarik nya..

Chef yang masak lauk kami tengahari tu..Chef ni berasal dari Pulau Perhentian..Ooo orang Ganu kita rupanya..Chef tu tanya aku pernah tak pergi Pulau Perhentian..eh mesti la pernah..hehe

The interior sangat cantik dan simple..

Bergambar bersama owner Malaysian Cuisine..

Last sekali minum teh tarik.. Baru la anak jati Malaysia!

Teh mamak versi jepun..hehehe

 Lepas lunch kami ke Tokyo Tower! ni yang di tunggu-tunggu!

Angle ni Kozo tu yang ambik..cantikkan..dia dulu pernah belajar photography..ooo patutlah pandai ambik gambar..

Di sinila tempat untuk membeli tiket Tokyo Tower..

Seorang hanya 900yen (RM27)..

Brochure dalam bahasa Jepun tak faham...ada jugak disedikan brochure dalam BI..

Dapat sweets! sampai KL baru teringat gula ni..hahaha Lupa nak makan..

Dalam lif sedang menuju kemuncak.. Ok ok jangan nervous tarik nafas panjang2..hehe

Sampai je kami atas terus terpegun tengok kepadatan Tokyo! Perghhhh sangat luas okeh!

Full with buildings..yerla dah nama pon Tokyo takkan pandang pasir pulakkan.. Bila datang Tokyo, mostly view adalah bangunan yang tingg-tinggi dan jalan-jalan yang penuh dengan manusia..No gunung ganang or bukit bukau takde okey..Tapi tu la if datang Jepun tak pergi Tokyo rasa macam datang Malaysia tak pergi KL jer, macam pergi Kelantan tak pergi Kota Bharu..boleh ker macam tu..hahaha Feel tu penting kan!

Rasa macam tengah tengok lukisan..

Bola ni menjadi misteri sampai sekarang sebab masa tengah bina Tokyo Tower ni kat bahagian antenna Tokyor Tower tu dorang jumpe bola ni waktu nak tukar anntenaa baru..dah turunkan bola tu tetap dia muncul atas antenna Tokyo Tower tu..tak tau siapa punya kerja sudahnya bola misteri tu dorang simpan untuk pelawat yang kunjung ke sini..

Boleh nampak Mount Fuji uolssss!! Gambar Mt Fuji tu tak jelas sebab terang sangat..

Gigil lutut tak tengok bawah ni?


Peace yo! hehehe bestnya dok atas ni sambil tengok pemandangan di bawah..

Tak gayat..lalalalala..

Nyah muka dah cuak..hahaha

Aime pon gayat tapi muka control ayu di situ..hehehe

Habiskan masa dalam 15-20 minit je kat atas dan kami pon beredar dari situ..

Sejarah penubuhan Tokyo Tower..

Hello kitty..nak beli ker?? takyah la..

Banyak gak souvenir jual kat sini..

On the way nak pergi solat tu kami di beri penerangan cara-cara nak pakai yukata..Dia lebih kurang macam kimono la tapi yukata ni kain dia nipis sikit dan dorang akan pakai yukata ni pada musin panas dan kimono pulak dipakai untuk upacara formal..

Nak pakai ni ada cara dia tak boleh main lipat jer kain kat pinggang tu..pemakaian dia memang kena ikat ketat2..

Badan sampai melentik-lentik nak pakai kain kat kepala tu..hahaha

Eh macam ni jer lipat dia, senang jer rupanya..

Hiyakk dah siap!

Ni lah satau-satunya masjid di Tokyo (Tokyo Camii).. Bangunannya subhanallah cantik dan nampak gah sangat. Kami stopped by solat di sini..masjid ni ada 2 tingkat dan tingkat atas adalah dewan solat utama..

Ada juga jual produk Halal dalam Tokyo Camii ni..

Barang perhiasan..

Dewan ceramah..

Tempat ambik wudhu..

Kena turun tangga nak ambik wudhu..

Pintu masuk bahagian atas..

Senibina masjid ni bercirikan Turki kerana penyumbang terbesar bagi pembinaanya adalah dari Kerajaan Turki..

Ruang solat untuk wanita yang terletak di tingkat atas..

Selesai solat kami ke Shibuya Scramble Crossing untuk basahkan tekak dah rehat sebentar..

Suhu masa ni sejuk..2c tak silap aku..

Dapat lagi tengok Shibuya Scramble Crossing sambil minum tea..abis secawan ni sambung destinasai perjalanan kami ..

Ehem ehem nasib dah kawen..hahaha

Mamat yang pakai baju purple tu nama dia Ni Iguchi San..dia la client kami yang menguruskan sepanjang kami berada di Tokyo..sangat cool.

Sambung minum tea..

Ni patung anjing paling famous di Jepun iaitu Hachiko .

Ada cerita sedih disebalik patung anjing sebelah kami ni..Pada zaman dulu ada seekora anjing nama dia Hachiko..Setiap hari Hachiko akan teman tuannya pergi kerja dekat Shibuya station dan bila sampai waktu petang, Hachiko akan datang semula ke Shibuya station untuk sambut tuannya balik dari kerja..Sehingga satu hari tu, tuan dia tak balik lagi ke Shibuya station sebabnya sudah meninggal dunia..Hachiko ni setiap hari tunggu tuan dia pulang dengan harapan dapat berjumpa tuan dia walaupon tuan dia dah meninggal selama 9 tahun..uwaaa sedihkan anjing tu hari-hari tunggu tuan dia kat situ..setia betul dengan tuan dia..

Ni la keretapi yang Hachiko tunggu tuan dia selama 9 tahun..

Dapat masuk dalam keretapi hijau..

Faham ker tu..buat-buat faham jer la..hahaha

Eh eh sempat main cak2 pulak dia..Supporting dapat tourist guard macam ni..hahaha Layan kami macam VVIP..

Kami pon nak jugak..

Sejuk masa ni suhu 2 degree celcius kot..

Ni la tempat untuk orang2 Jepun melepaskan segala tekanan..tekanan kerja, tekanan rumahtangga, melepaskan geram, masalah dalaman, ha semua kat sini..tapi kebanyakkan yang datang sini orang-orang tua, orang-orang muda tak ramai pulak aku tengok..ni kira tempat judi dorang la..

Kumpul seberapa banyak biji silver tu nanti boleh tukar dengan wang..gitew

Tempat ni kalau musim spring penuh dengan bunga..

Tourist guard kami drop disini sebab tu lepas tu kami nak dinner..belakang kami tu Tokyo Station..nanti nak ke situ ambik gambar..vaavaavaa!

Singgah sekejap KITTE Department Store dekat jer dengan Tokyo Station sebelah tu jer..

 Belakang tu la Tokyo Station..Rekabina ada unsur inggeris sikit..bangunan lama..

Berlatarkan pemandang bandar Tokyo di waktu senja..baru pukul 5 petang kot masa ni..

Kami bertiga sudah lapar jom cari makanan..tak boleh lama-lama kat sini sejuk hoii!

Lupa pintu dia touch, jenuh la cari button nak tekan..hehehe

Siap ada music lagi..orang Jepun kan pemalu setiap kali dorang nak shishi dorang akan bukak lagu so takde la orang sebelah dengar kita tengah shishi..shishi tu apa??!! shishi tu kencing la..hahaha bahasa yang diguna untuk Raiisah...kekeke

Kat Midvalley pon ada butik pakaian ni, MUJItoGo..

Small Bean Bag, dalam kain tu ada kacang..Buat batu seremban boleh gak ni..

Gile la kat shopping mall pasang karpet merah dah macam tangga hotel..

Masa ni kaki rasa macam tercabut lenguh gile kottt.. T_T Sekali terpandang tempat duduk..tengok-tengok loo bukan tempat duduk, tempat simpan pemadam api..awat letak macam tu kalau kat Malaysia dah hilang dah ni..kat Shopping Mall Jepun susah nak cari tempat duduk..so kalau pegi shopping mall dorang ni make sure kaki korang sihat walafiat ok..

Dalam toilet sempat lagi sawan cermin..hehe

Jepunkan memang terkenal dengan vanding machine so hanbag pon dorang jual dalam mesin ni..Technology canggih sangat..

Dari Tokyo Station nak ke JR Chou Line untuk balik ke Shinjuku..

Lapar nasib bawak bekalan..sejuk2 ni faham jer la cepat nau lapar..

Pastu terus cari tempat untuk dinner..

Tak faham pulak apa nama restoran ni.. Aime yang pilih restoran ni..aku ngan Nyah ok jer yang penting menu dia semua nampak menarik, semua nampak macam nak oder..hahaha Laparkan.

Pilihan menu hanya oder di sini..takpayah lambai-lambai tangan kat waiters.. =D

 Macam biaser sebelum makanan lain sampai kami di hidang Edamame dulu..

 Aime dengan Nyah pilih makanan mana yang sedap..aku ok jer, janji makanan tu sedap dan kenyang..

Dah lapar rasa semua nak oder..ada sotong, ikan, salmon, salad macam2 lagi la..aduhh pening mau pilih apa.

Bagus restoran ni pekerja dia semua boleh berbahasa English..kebanyakkan restoran kat Tokyo banyak yang tak pandai bahasa English jadi kalau korang nak makan dekat rstoran Jepun make sure kena research alamat dan nama restoran lagi senang print nama kedai tu dengan alamat sekali..nanti sesat ker tak jumpe boleh tanya orang2 Jepun kat situ..

Sushi salmon..

Yeaaa dapat jugak makan Takoyaki..antara 8 ketul ni, satu jer yang pedas..yes aku dapat yang pedas..hoii memang betul2 pedas berasap telinga makan..kalah cili padi Malaysai..hehehe

 Kicap tu letak sikit chili powder sikit baru la sedap..

 Tahu goreng, lembut betul..makan macam tu pon dah sedap..

 Sutung bakar..

Salad..Nampak simple rasa mengancam jiwa ko..hahaha

Air Calpis..sedap air ni suka la..rasa masam-masam sikit..korang datang Jepun wajib cuba air Calpis ni tau sebab rasa dia memang takkan mengecewakan korang semua..ewah!

Puas hati la dinner kat sini..Tq Aime, memang sedap n recommended untuk siapa yang tercari kedai makanan sedap di Tokyo..alaaa lupa pulak nak ambik gambar depan restoran ni..

Kedai makanan Halal tu agak payah sikit di Tokyo sebenarnya..Dalam Islam, bab makan semasa melancong ada ramai bahaskan..Aku pernah terbaca, apa yang kita makan di restoran yang mana bekas sama digunakan untuk masak babi..Cukup sekadar basuh. begitulah lebih kurang..korang boleh buat research sendiri berkenaan hukum hakan tersebut di En. Google.. =D

Last sekali kami oder Cream Puff Tower (590yen).. sedap okey bawah tu ada pudding..first time makan cream puff dalam dia ada icecream..

Balik tu singgah 7E, aku nak tapau Onigiri..dari Malaysia dok teringin nak makan onigiri kat sini..orang kata kalau datang Tokyo wajib cuba Onigiri kat 7E..

Ambik yang Tuna sedap, salmon pon ok jugak..2 tu jer yang kita boleh dimakan..Yang lain jangan jangan tak boleh..

Kat dalam 7E dorang ni penuh dengan makanan instan..

Smoking area..tak boleh merokok sesuka hati..

Cumelnya kereta..

Ingat nak massage kaki, lenguh giler kot kaki masa ni..kaki tu rasa nak seret-seret jer.. T_T Seharian berjalan kot..

Sekali tu dia harga diaaa 106 hengget.. T_T  Takper la massage sendirian berhad kat hotel jer la..

Ingat apa rupanya ruang iklan rumah sewa..

Kedai gunting rambut versi mamak moden..kekeke

On the way nak balik hotel masuk jap Labi Shinjuki branch nak cari jam tangan untuk Affan..dalam ni kedai gadget dan barang-barang elektronik..

Lif..

Cari jam tangan Affan kat sini tak ada, dorang kata jam tangan yang Affan nak tu dah takde stock..kalau ada pon design lain dan mahal..celah mana la Affan dapat info jam tangan Casio RM30..B semua jam Casio dalam 200 ke atas ok..

Tak sure ni permainan apa..rasanya drum games kot..Aime cakap permainan ni tengah famous kat Jepun..

Aime tanya.. "Akak nak massage free tak..haaa free?? ada ker.. ye ada kak.. Jap ek dia kat bahagian atas..Dalam hati biar betul Aime ni, dalam kedai elektronik macam ni ada massage free..hahaha

Ingat Aime main2.. betulaaa ada tempat massagge free..

Lega dapat massage kaki.. Cube kat KL macam ni..adik nak massage free sila keluar dari shopping mall ni..sekian..Kat Jepun jer dorang bagi free trial selama setengah jam tau..Lepas dah trial massage kaki..massage pulak satu badan..perghhhh! memang terbaik la..

Balik dari massage free singgah jap beli coklat paling sedap di Jepun..

Cukuplah satu bakul borong, kang banyak-banyak jenuh nak packing bawak balik..

Ok coklat Melty Kiss ni korang wajib okey kalau datang Jepun sedap giler kot!

Ni sajer yang diambil..

Tercari-cari jugak strawberry putih tak jumpa..bukan musim kot..yang ada strawberry merah..

Hurmm ni kalau ada kat Malaysia tinggal mesin jer tu..hahaha Rokok kot dalam tu..benda paling disukai oleh kaum Adam.. *angkat kening sikit

Shusi..Yes, is our favourite!! tapi dah kenyang mampu tengok je..

Teka apa dalam ni..ni la restoran shusi..takyah pakai tingkap, pintu kayu, pakai plastik jer tutup kedai pon boleh..hahaha kreatif orang Jepun ni..aku dok la terginta-gintai ingatkan kedai apa..kedai shusi rupanya..

Besar gile roti dia..tak sure dalam roti tu ada apa tapi bahagian atas tu boleh tau la apa dia..nampak macam menarik..kalau makan rasanya kena kongsi 4 orang baru abis, besar kot portion dia..

Sedang menuju balik ke Hotel..katil, tilam dan bantal sudah memanggil-manggil..

So setakat ni dulu aku share..next aku update pasal Disneysea dan Premium Outlet! enjoy reading! tatata! =D

piece : kathyjem