Klik Yer!! Mekasih...

Friday, February 28, 2014

Muke Terselit Dalam Majalah Hijabista

Teheeeee.....first time muke ahkak tepek dalam Majalah Hijabista..hewhew.. Yerla sape la daku yang tak sampai setahun berhijab ni masuk dalam majalah paling dikenali di Malaysia HIJABISTA..cewah! Alaaa muke sekeping jer pon, tu pon nak bagitau ker.. Perlu ker....kekeke

Cover depan Majalah ni Vivy Yusof.. Aku pon macam die jugak baru setahun berhijab dan paling suke tengok fesyen hijab die semua simple dan klasik.. Sape yang suke baca blog mesti tau die ni salah seorang blogger yang dikenali..

Cari2 di mana saya itu..hewhewhew

Tak sangka pegi event Hijabista aritu tengok terselit muke sendiri yang ala2 tak brape nak gorjes dalam ruang Lensa..

Debab betul aku masa ni.. Tu kat bahagian lengan tu dah macam sama saiz ngan peha aku tengok..kekeke.. Hari tu aku simple jer kata thema artsy attire..

Hai Leera Noh nama baru ke..hahaha.. Macam comel jer manjer nama ko Leera.. =P

Yana pon ada jugak..

Ok korang jangan lupe beli Majalah Hijabista keluaran Mac 2014 yang berada di pasaran sekarang.. =)


piece : kathyjem

Thursday, February 27, 2014

Arabian Nights SYABAS

Lamanye tak update.. Ari ni baru free sikit.. 2 3 ari kelam kabut kat ofis dengan masalah air sana sini dengan akunye bercuti ngi wedding ila kat Kedah..Baru ni ada kesempatan nak update blog.. =D

Ok la tak nak membebel panjang mai aku kongsikan kegembiraan kami menyambut Majlis makan malam SYABAS.. Bayangkan SYABAS dah beroperasi 9 tahun baru la ni nak buat dinner.. Sedih tak sedih tak...hahaha Sedih la jugak company lain setiap tahun buat Annual Dinner.. SYABAS first time baru nak buat.. Nak buat macam mane SYABAS kan sentiase komited dengan kerja..gitew..hahaha Tak sempat nak fikir dinner2 semua ni..hehehe Kira ni majlis perpisahan la ni..sob sob sob...

Malam tu tema Arabian Night.. Satu hal lagi la nak cari baju Arabian.. Kalo boley nak sewa jer malas nak beli kang kalo beli sure lepas tu tak pakai.. Save duit sewa jer... Adalah 2 kedai aku ngan Hanis servey.. Kat Century Fiesta Sri Hartamas ngan Wisma Centre sebelah KLCC.. Yang kat Hartamas tu  costume die banyak macam2 tema ada tapi masa aku ngan Hanis datang kedai tu dorang tengah kemas nak susun2 baju, dorang suruh datang hari lain pulak... Pulak dah nak kena datang balik tapi ada la 3 4 pasang baju aku ngan Hanis try tapi tak memenuhi citarasa ku.. huhuhu..

So search dalam google terjumpa Adonish & Dash Costumes.. Sampai butik tu tengok ada yang memenuhi citarasa ku.. Aku kalo boley nak simple tak nak sarat2 sangat macam ala2 penari arab tu tak suke..hahaha Dapat la sewa rm110 kalo tak rm120 nego dapat diskaun 10 hengget.. Boley la.. Tapi kat Hartamas lagi murah sewa 60-80 hengget ko boley dapat.. Rasenye kat Century Fiesta Hartamas lagi banyak pilihan..

Hanis dan saya...

Makeup semua sendirian berhad.. Tak koser nak suruh orang makeupkan nanti nak kena keluar duit lagi.. Bukan tak tau langsung nak makep tau cume tak brape nak cun jerla..muahaha Boley la setakat nak bagi kelopak mata tu hitam bertajam..mihehe

Hamboiii Cik Hanis kite jadi femes malam tu.. Akak.. Akak ker yang kat screen tu tadi..hehehe Hanis dah malu2.. =P

Sebelum majlis bermula ucapan dari CEO SYABAS..

Abis ucapan makan time.. Lauk die ok la yang aku rase sedap kari ikan tu je kot..hehehe

Persembahan tarian arab..

Hanis, Nasreeq dan Aishah dapat jugak kami satu tebal..(Nasreeq betulkan eja nama ko tu)

Geng Corporate Communications.. (CCPA)

Adira masa ni elok jer dia berdiri depan aku.. Persembahan Adira paling sweet sangat dengan suara die yang power tu.. Putih giler Adira ni.. Badan alahai kecik jer nampak dalam tv kemain tingginye.. Rendah daripada aku upernya.. hehehe Tapi baju die sangatla lawa ok.. Rase macma mane nak tanya Adira tempah baju tu kat mane..mihehehe..

Ada lagi kumpulan forteen, Aizat, Rahman Mega tapi semua tu aku tak ambik gambar malas nak ke depan.. Tapi Rahman Mega pon best jugak persembahan die tak busan suara mantap legend kot..

Malam tu ko tengok macam2 gaya arabian dorang pakai.. Kebanyakkan ramai yang pakai jubah hitam jer aku  tengok kes malas nk pikir cari baju la ni..hehe

Kami CCPA..

Sempat buat treadmarks SYABAS bagussssss..kekeke..

Kami bertiga gambar gambar.. Gambar sampai pengsan.. muahahaha

Wife Meor sudah berhijab cantik! Aku rase Meor sorang je bawak pasangan yang lain semua tak bawak termasuk aku..Nasib Affan mmng tak nak ikut dari awal.. Demam denggi kot die malam tu..

 

 Nasreeq nak jugek tutup mulut..

 Sewa 110 kan harusla ambik gambar banyak lusa nak kena pulang dah.. =P

 Cantik betul Aishah malam tu selalu tengok die simple jer..

Hanis dah macam minah arab padang pasir..

 
Backdrop yang sangat menarik..

Patung Egypt..kuangkuangkuang...

Bersama En. Halem bos saya..

Priscilla bos saya jugak..

Perempuan2 paling cun malam tu..hehe

Tahniah pada team CCPA coz berjaya melaksanakan Majlis Makan Malam SYABAS yang sangat happening dan hebat.. Tahniah jugak pada yang terlibat.. Tahun depan jgn lupe buat lagi.. =)

piece : kathyjem

Friday, February 21, 2014

4 Langkah Mudah Menggunakan Losyen Badan Bilas NIVEA

Sekarang ni tengah musim panaskan.. Siang malam pasang kipas.. Pasang nombor 5 pon still berpeluh-peluh jugak.. Malam pasang aircond pon rase panas jugak.. Bangun pagi tengok kulit dah kering sebab setiap malam dok la pasang aircond jer.. Malam sebelum tido lupe pulak nak pakai losyen kat badan dapat pulak jenis aku yang pemalas bin pelupa lagila..hahaha

Sekarang ni aku tengah cube satu produk baru dari NIVEA iaitu NIVEA In-Shower Skin Conditioner.. Produk ni sangat sesuai dan mudah untuk mereka yang tertutama wanita moden dalam penjagaan kulit.. Sebab kulit aku ni jenis cepat kering sebab jenis lupe sesajekan nak pakai losyen.. So aku cube la produk ni..

Bersandarkan kepada kajian di Eropah yang mendapati 2 daripada 5 orang, yang sama ada jarang atau tidak pernah menggunakan losyen badan kerana kekurangan masa atau tidak suka merasa melekit pada badan..

Ujian ini juga telah dibuat di negara ini dan kebanyakkan wanita di Malaysian tidak mengamalkan losyen badan setiap hari dan 70% memberi pandangan yang sama.. Tu termasuk aku la tu..kehkehkeh.. Kebanyakkan orang hanya menggunakan losyen dibadan sekali sekala kerana mereka tidak mendapat masa yang sesuai untuk sapu losyen dibadan mereka sehingga kering.. Pada sesetengah tu tidak selesa jika dipakai ketika cuaca panas dan akan merasa melekit..

Produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner adalah yang pertama kerana komposisi intipati bahan-bahannya adalah berbeza, berbanding dengan losyen badan yang biase.. Tenik formula yang diaktifkan oleh air direka bentuk untuk digunakan selepas gel mandian, menjadikan kulit terasa lembut licin dan lembap walaupon selepas dikeringkan..

Ramuan khas yang diperkayakan untuk memulih 10 tanda kulit kering dan rosak untuk menampilkan kulit yang licin, lembut sutera dan lembap berkilau.. Losyen ini diaktifkan oleh air dan segera menyerap ke dalam kulit.. Ia meninggalkan lapisan berkhasiat pada permukaan kulit tanpa rase melekit..

4 langkah yang mudah untuk kulit yang lembap :

Langkah 1 : Bersihkan badan dengan gel mandian seperti biasa dan bilas dengan air

Langkah 2 : Sapukan NIVEA In-Shower Skin Conditioner pada seluruh permukaan badan semasa kulit masih basah

Langkah 3 : Bilas NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Tidak perlu biarkan seketika sebelum di bilas)

Langkah 4 : Keringakan badan dan boley pakai pakaian serta-merta..

NIVEA In-Shower Skin Conditioner (putih) ni sesuai untuk kulit normal dan mengandungi Mineral Laut yang membolehkan kulit menjadi lembut dan sentiasa terhidrat..

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner (biru) ni sesuai untuk kulit kering dan mengandungi khasiat dari Almond Oil (minyak badam) untuk kelembapan tahan lama..

Boleh cari produk NIVEA ni di semua farmasi utama atau pon pasaraya di seluruh negara.. Satu botol pek kandungan 250ml dengan harga rm16.90..

Korang juga boleh tengok video apa yang berlaku apabila seorang ratu cantik dan seorang hos tegap berkumpulan dalam The sexy in-shower experiment

http://www.youtube.com/watch?v=KwempUfpaqs

Start eksperimen untuk mengetahui cara revolusi baru untuk kulit lebih licin & seksi!

Maklumat di Facebook:

1. Korang nak mencuba produk secara percuma? Lawati NIVEA Malaysia Facebook untuk 10ml percubaan pek secara PERCUMA : https://www.facebook.com/mynivea
2. Buat satu ikrar dengan NIVEA untuk berpeluang memenangi satu tahun penuh produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner dengan 3 BFFs anda!

piece : kathyjem

Affan Semakin Sihat

Ramai yang kata sup ketam bagus untuk demam denggi..

Pagi ahad tu gigih aku cari ketam kat pasar tani area rumah mak.. Tak ingat brape kilo tapi semua 6 ekor ketam ni dalam 16 hengget murahlah kan.. Balik dari pasar bagitau kat mak.. Mak pakcik tu bagi murah 6 ekor ketam jer, kalo tak rm22 hengget tapi pakcik tu bagi diskaun murah 16 hengget.. Pandai la ko murah memang tu la harga die standard 6 ekor ketam harga die cam tu.. Ko yang tak pandai kira..hahaha Ok yeker ok dah kena tipu.. -____-  Tula rajin sangat pegi pasar kennnn...

Patutla pakcik tu bersungguh-sungguh suruh aku ambik semua ketam yang ada tu kebetulan ketam memang tinggal 6 ekor jer.. hahaha Mak Tijah tertipu upernyeeee.. Macam mane tak tipu tengok kilo pon tak reti..muahaha

Ni la hasil ketam mak saya masak.. Harap2 Affan abis hirup sup ketam ni.. Kalo tak nangis dah la kena tipu beli ketam ni..

Hari ke 3 Affan di wad.. Muke nampak bengkak.. Tanya die b kenapa muke nampak bengak.. Tah tak tau pulak.. Maybe air dalam badan ni kot tu pasai nampak sembab..

Tengok Raiisah dengan nak makannye dengan nak tengok tv nye..

Susah nak hirup pakai tangan kiri.. Huny suapkan ekkk..Alololo..hehehe

Susah sangat macam ni makan die..hahaha.. Paksa abiskan sup ketam tu nak bagi cepat baik..

 Tak nak duduk nak bangun..

 Makan sambil berdiri suruh duduk menangis.. Okla makan la sambil diri janji awak diam..

 Affan tengah dengar Raiisah membebel masa ni..

 
 Suap Raiisah pulak.. Lapar ye pagi tu dah la tak makan apa2..

Sementara tu bawak Raiisah main playground kat dalam sepital.. Masa letakkan die atas gajah tu kemain suke.. eh eh dah berani la anak mummy ni.. Ingat nak nangis.. Setahun 4 bulan baru berani naik benda alah ni semua.. Clap clap clap!!!

 Dah puas naik nak main lain pulak..

Papan gelongsor.. Yeaaa ni pon dah berani turun.. Kalo tak melalak sesajer.. Stress nak bawak die tempat2 macam ni.. Sekarang tidak lagi ewah! hahaha

Affan letak benda biru tu nak kasi kurang bengak tangan tu..Raiisah marah daddy kena kacau ngan daddy..

Petang tu anta Raiisah ngan Mak balik.. Pastu datang balik ke TMC.. Sian Affan sunyi kat sepital kalo ikutkan nak datang lewat skit tapi die dah call datang la..

Demam denggi pon dah kurang maybe esok lusa leh discharge..

Sebelum balik belikan die aiskrem.. Teringin katanye..

piece : kathyjem