Klik Yer!! Mekasih...

Monday, February 16, 2015

Beberapa jam sebelum ke Tokyo, Jepun

Assalamualaikum dunia! hehehe lamanya tak update blog..sori kawan-kawan, 2 minggu ni i cuti berblogging kejap..sekali sekali kasi blog ni berehat jap sian dia asyik berkerja siang malam..hahaha

Ni pon ramai kawan2 tanya, awat Kathyjem lama tak update blog..bukan tak nak update nakkkkkk cuma masa tak mengizinkan..Balik dari Tokyo, lusa tu dah masuk ofis..2 hari lepas tu, terbang ke Jakarta pulak..Pergi ke Jakarta ni memang dah lama beli tiket nak tak nak kena jugak pergi kalau tak membazir la kan..balik dari Jakarta tu, besok tu dah masuk ofis..memang tak sempat la nak update blog..harap2 minggu ni kat ofis boleh la bernafas sikit..hehehe *harap2 la kan..tapi macam takde harapan jer macam banyak kerja je.. =P

Hari tu masa nak pergi Tokyo, Affan dengan Raiisah teman hantar ke KL Sentral.. naik ERL terus ke KLIA..mula2 Affan nak hantar aku ke KLIA sekali Nyah kata dia nak naik ERL..senang naik situ, boleh terus drop luggage..dekat sikit dengan rumah..Flight pon lewat malam, pukul 11.30 malam..Pukul 8 lebih kami dah kena ada kat KL Sentral..biar sampai awal tak nak kelam kabut..perjalanan nak ke KLIA mengambil masa dalam 40 minit..tiket untuk seorang RM35..

Masa ni Raiisah hepi lagi, dia tak tahu kejap lagi dia kena tinggal..abis dia tawaf satu KL Sentral.. Dia ingat nak bawak dia la tu happy semacam..

Lepas checkin bag bersalaman2 dengan suami dan anak..First time travel tanpa suami dan anak..rasa nak nangisssssss.. T_T ok2 jangan nangis Kathy nanti abis makeup cair..sob sob..nak sedapkan hati..

Bye2 Raiisah..dengar perkataan bye-bye terus berlari-lari kat mummy..masa ni aku dengan Nyah dah masuk nak gerak dah..air mata dok tahan lagi walaupon dah terkeluar sikit..uwaaa tak sanggup tengok anak menangis macam ni..dah la kena tinggal 5 hari..

Mummy mummy... nak mummy..Menjerit satu bangunan dengar suara dia..

Daddy dia dukung pon tak nak, nk turun nak kat mummy..

Panggil mummy lagi..sepanjang aku nak turun escalator tu, sepanjang tu Raiisah jerit nama mummy..alaaa tengah taip ni sedih pulak..teringat kejadian malam tu.. T_T

Tengok dia menangis macam ni terus rasa bersalah holiday tanpa bawak anak..Mummy pergi Japan ni atas kerja sayang.. Raiisah jangan nangis sayang..balik dari Japan mummy bawak Raiisah jalan2 okey..siap cakap macam tu kat dia..huhuhu macam la dia faham kan..takper la balik dari Japan mummy bawak Raiisah pegi Zoo ok..dah jangan nangis2 sayang mummy sikit..bye mmuah sikit! uwaaaa nangis lagi..

Daddy nanti breakfast untuk Raiisah macam biaser masak telur hancur untuk dia..tengahari nanti masak nasi & sup ayam untuk dia.. tu la pesanan aku kat Affan sebelum berlepas..first time Affan jaga Raiisah semalam tanpa aku..selalu Affan jaga Raiisah paling lama pon pagi aku keluar kerja petang tu dah ada kat rumah.. Ingat nak hantar rumah mak sekali Affan kata takper dia nak jaga Raiisah sendiri..Lagi pon Raiisah dah besar takde masalah nak jaga dia..

Sedih meninggalkan anak & suami tercinta..dalam pada tu berdoa selamat pergi dan selamat pulang..

Sebelum berlepas sempat beli air apple (tropicana twister), bapak mahaiii! sebotol RM15..nak tak nak beli jerla dah hauskan..nak beli air mineral RM14..beza seringgit baik ambik air apple sedap sikit..ok fine KLIA kan!

Bersama Nyah.. Kalau korang nak tahu Nyah ni kakak kepada Yana..Yana yang mana?? Yana i punya geng manjer-manjer la..hehehe

Sementara menunggu flight sempat selfie ke 10 juta kali..hahaha..nak hilangkan rasa nervous..

Masa untuk berlepas..sempat whatsapp Affan bagitau dia aku nak berlepas..sempat videocall dengan Raiisah tanya dia tengah buat..hai bye2 kat dia..mata tu tengah menahan sedih..huhuhu

Masa nak berlepas tu dalam fikiran macam2 dok fikir..yerla kan, baru lepas kes pesawat penerbangan AirAsia terhempas mau hati ni tak fikir macam2..hanya doa menjadi peneman dan penguat di kala hati terasa resah dan takut..Hanya Allah yang dapat memberi ketenangan ini..

Ok kami sudah ready..perjalanan ke Tokyo, Japan mengambil masa selama 7 jam.. bertolak pukul 11.30 malam, dijangka sampai pukul 7.15 pagi waktu Tokyo..

Ehem hemm hensem pulak mat salleh sebelah ni..nasib bukan dok sebelah kalau tak aduh aduh terlentok pulak kepala ini..bahahahaha sempat lagi.. =P

Lepas bertolak dalam 1 jam lebih kami di beri tuna sandwich..

Lepas makan sambung tido balik..tengok jam ok baru kul 2 pagi..ada 4 jam lagi..

Tido pon tak brape lena..kejap kang pusing ke kanan kejap kang ke kiri..Aku tengok Nyah tido tak gerak2 jeles jap..yang aku ni dah macam cacing kepanasan..hahaha Dah la aku ni jenis tido lasak memang tak bolah la tido statik tegak macam tu..boleh kram satu badan..

Baru melepasi negara Taipei.. tinggal lagi beberapa jam nak sampai Tokyo..

Sebelum landing kami di beri sarapan pagi Nasi Lemak.. wahh ada ikan bilis dengan kacang laaa banyak pulak tu..baru la Nasi Lemak kalau tak dulu nasi, telur dengan lauk jer.. cayalah MAS!

Dan last sekali isi borang imigresen sana, senang dah sampai airport takdela baru hegeh2 nak isi borang..Ok bye2 nak sambung tido balik ngantuk lagi..Eh mat salleh sebelah Nyah tu muka dia macam pelakon filem Rambo & Rocky la..serius sebiji macam Sylvester Stallone..hahaha sempat lagi.. =P

piece : kathyjem

6 comments:

dya said...

kathy nmpk muke awak kesedihan dek mata n hidung yang merah tue.penangan mek ecah leteww. !

Farah Aishah Abdul Aziz said...

nampak mat aakak mrah..:(….rindu mek cah ..kalau kite pun mesti sediiihh….nangesss!!

Hafiz Hafizol said...

Next entry please !!!! \0/

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
iols dah nak ternangeh hokeyh
sian mek echa
Fayyadh pun kena tinggai dah thn lepaih iols pi china
masa tu tak reti apa sangat lagi
tahun ni taaaaaaaaaak taaaaaauuuu la
sob3

Mommy Cici said...

alahai sedihnyaaa. actually I pun kekonon plan nak holiday dengan suuami, ke perhentian je pun . sana kan macam tak sesuai bawak budak. penat teran oi -,-

I dah booking, cancel. masuk web booking, cancel lagi. berbelah bahagi.takut dia menjerit jerit satu aiport pulak. ada jugak pikir waktu dia tidur cepat cepat lari . kang rindu lak. atok nenek bukan reti video call bagai =.=

btw seronoknya pergi jepun. :)

Ain Shaklee said...

hai kak kathy. =) sedehnya tinggal anak kan. best kan gi tokyo? ain pn dah g last year. jemput bw http://strawberrykebun.blogspot.com/