Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 12, 2019

Resepi Roti John Paling Mudah

Since ada yang minta aku sharekan resepi Roti John ni. Nah! ni dia kawan2. Ni pon first time aku buat. Takde la susah sangat boleh tahan la senang dia. hehehe Tu pon tengok Kedai Google ye..hahaha Kebetulan roti mak bagi hari tu, buat je la kann. Dari berkulat tak buat apa2. Lagi pon seminggu dua ni tekak mengidam nak makan roti john pulak. Asyik ternampak je iklan roti jon tepi jalan.


Jom tengok cara2 nak buat Roti John paling mudah.


Bahan :

- 4 biji telur
- Tomoato dipotong dadu
-Daging cincang (Brand Ramly)
-Kobis
-1 biji bawang besar dipotong dadu
-2 biji bawang putih dipotong dadu


-Kepingan keju
-Sos cili
-1 sudu serbuk kari daging
-1 sudu kecil serbuk lada putih
-Mayonis
-Planta
-Gula & Garam secukup rasa


-Roti panjang. Nak sedap kena pakai roti panjang sosej tu. Roti jenis tu lembut. Yang hat aku punye ni keras sikit. hehehe Boleh la tu je yang hado.


Ok mula2 sekali. Cairkan planta dalam satu sudu besar.


Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. Biar seketika jap sampai kekuningan.


Pastu masukkan daging cincang.


1 sudu serbuk kari daging.


Serbuk lada putih, garam dan gula tapi gula aku tak masukkan.


Gaul sampai masak dan angkat letak inti ke tepi dulu.


Pecahkan telur 4 biji dan isi daging.


Kacau sampai sebati.


Belah roti kepada dua bahagian tapi jangan belah sampai putus roti tu. Sapukan permukaan roti dengan planta.


Tuang telur bersama isi daging atas kuali leper.


Pastu taburkan kepingan keju.


Ambik roti yang dibelah tadi tu dan telangkapkan atas inti. Bila dah masak inti telur daging tu, terbalikan roti seketika dan angkat untuk dihidang.


Last sekali taburkan kobis, tomato dan sos cili dan mayonis.


Siap! senang dan cepatkan. Serius makan panas2 memang layang abis. Perghhh rasa kalah roti john pasar malam tau. hahaha

Selamat mencuba korang!

piece : kathyjem

1 comment:

Ein lanabulu said...

meghecik..meleleh tngok..senang sungguh nk buat..tp lg senang klu pi beli..hehe