Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 25, 2017

Pangkor Sandy Beach Resort part 2

Hari ke 2 di Pangkor aktiviti kami atas pantai sajer..memang tujuan datang sini nak gembirakan anak2..

Awal pagi celik mata terus siap2 untuk breakfast..

Cafe untuk breakfast..Pilihan makanan ok la takde banyak sangat tapi semua sedap2..

Ada budak sudah tidak sabar makan..pandai usik sudu mummy suruh mummy suap cepat..

Raiisah pagi tu makan pancake jer..bagi makanan lain tak nak..popia tu tak terusik..

Nasi goreng cina dia sedap..suapkan Afif, banyak dia makan..mujur nasi dia lembik..lenyek2 suap terus ke mulut..

Makanan kat sini semua sedap2..puri dia sedap giler kot..rasa macam puri NZ Curry house..hehehe Affan sampai 5 keping dia hadap sorang..confident ingat besok tu ada puri lagi sekali menu lain..kempunan nak makan puri lagi..balik KL besok2 tu terus cari mamak, puri punya pasal..

Settle makan terus balik bilik tukar baju..Tengah tunggu daddy bersiap masa ni..Elok semua dah bersiap sakit perut pulak daddy nye punnn.

Amboii kakak kemain posing melentik senget pandang bawah..hahaha asyik berzikir kat telinga mummy nak swimming nak swimming..kita tak pergi swimming pool la kakak pagi ni, kita nak mandi laut..terus muka jebek..

Ingat nak lepak depan laut sambil guling2 atas pasir laut je sekali ada abang tu offer naik boat, dia bawak 3 tempat charge dalam RM150..kalau ikutkan aku malas nak naik boat..Affan la beria-ia, nak bawak Raiisah merasa naik boat..Raiisah pon macam teruja jer tengok boat..Last kami naik boat masa pergi Langkawi dengan manjers 3 tahun lepas..masa tu pon umur Raiisah 2 tahun lebih..

Nampak Afif boleh dia bantai tido..Afif kat mana2 pon dia boleh lelap..yerla waktu dia tido pon time ni..Tengah ambik gambar tiba2 dah pejam mata atas riba daddy..

First sekali abang tu bawak Turtle Bay..

Cuba cari mana turtle tu berada..Raiisah masa ni menjerit2 nangis takut boat tu terlanggar batu..aduhh mekcha drama sungguh..buat mummy daddy suspen jer, ingat nak hantu ke apa..rupanya takut boat tu langgar batu..

 Ok next pulau..

Bagi ikan makan..sini tak boleh berenang hanya boleh tengok ikan sajer..

Ikan pon dah jemu dengan roti..campak roti dia buat dek je..renang2 sambil jeling roti tu..

Abang yang bawak kami ni kata, bulan puasa ikan2 ni pon puasa..pengujung tak ramai..la ni baru pengunjung ramai sikit..

Raiisah sepanjang perjalanan atas boat kemain happy jer, siap hai2 kat boat sebelah..

Pulau yang ke 3 Teluk Nipah..abang ni stop kami kat sini..dia bagi masa untuk kami nak buat aktivit bebas..

 Kakak jom turun..

 Aduhh Raiisah tak nak turun pulak..takut kata dia..jenuh pujuk..

Siap nun jauh duduk kat tepi tu ..bila Affan nak bawak mandi kemain laju dia lari, tak nakkk..Haa menangis la kat situ ye kakak..tak koser mummy nak layan..dah satu pulau tengok dia teriak kat situ..nak balik nak balik kata Mekcha..stress jugak la masa ni..atas boat kemain enjoy, sampai sini hurmmm urut dada..

 Adik jugak rileks..Eh masa sampai ni Afif boleh pulak yakk..dah la pampers tak bawak..masa basuh tu dok usha keliling takut orang perasan aku basuh yak Afif..hahaha aku perasan la ada sorng brother tu usha je aku de jauh, rasanya dia perasan aku basuh yak Afif kot..siap jeling buat muka pelik pulak..Bang sori ye bang, darurat masa ni. cari toilet tak jumpa.. 😆

Masa kiteorang sampai pulau ke 3 ni nak dekat kol 12 lebih..matahari pon dah mencacak atas kepala..aku lak lupa nak sapu sunblock kat muka tangan..abis la hitamm..Dok sibuk sapu kat anak, diri sendiri lupa nak sapu..

Disebabkan stress tengok Mekcha melalak tak henti2 so kami pon dapat la
berendam 10 minit..jadi la nak lama2 pon tak best, sebab matahari memancar atas kepala..

Semua dah kehitaman..Afif takper kulit dia memang dah tan..hehehe

 Adik always buat mummy senang hati..

 Kakak dah lapar mintak roti..muka baru lepas melalak selama 10 minit..hahaha

Pastu sambung mandi depan chalet..

Mujur mummy dah bagi susu makan kenyang2 so takde la meragam..korang mana yang ada anak kecik kalau nak bawak mandi laut kasi dorang kenyang2 dulu, kudap-kudapan untuk mereka jangan lupa..mandi laut ni memang cepat lapor..

Afif takleh lepa sikit, kang tau2 penyedok tu dalam mulut..gusi tengah gatai semua benda nak dimasukkan mulut..masa mula2 dia pengang pasir aku biarkan je sambil jeling tengok dia main pasir..elok dia ramas2 sekali ngap laju masuk mulut..hoii berderau darah mengalir..berapa kali pasir masuk mulut..

Afif dan Affan.. 

Ok dah lapar nak mamam..

Dah kasi mamam sambung mandi..mamam apa? kasi biskut baby bites..

Ni sampai bilik confirm tido terus..adik bertambah hitam la adik..hahaha

Daddy ni la kerja dia, dok kutip sampai..Pangkor laut banyak sampah la weii..sayang la tak jaga..ni nak sihat sikit, korang2 yang dok berkelah kat pantai cuba la jaga kebersihan sikit, lepas makan tu simpan la sampah tu bawak balik..jangan la dok buang sesuka hati..geram tau tengok pantai cantik macam ni penuh dengan sampah..

Siap ikan pon boleh membesar sihat dalam plastik sampah ni..

Sedar tak sedar pukul 2 dah weii..giler lama kami atas beach..Ok la adik jom la kita naik..

Dah hujung2 baru perasan gambar aku dengan Affan takde..hahaha yerla dok sibuk melayan anak sampai terlupa selfie gambar berdua..sejenis pulak dapat suami yang kurang peka bab2 gambar ni..hahaha Jadi la gambar Mummy dengan Daddy terselit jari Raiisah di situ..dari takde kan..haha Thank you kakak..sikit lagi dah boleh jadi photographer mummy ni..hehehe

Lepas mandi makan zaaaa terdampar atas katil..tido sampai ke petang..memang tak ke mana la..malam tu macam biaser lepak dalam bilik je..Affan lari pegi tapau makan kat depan chalet kami..jangan risau kat area Chalet kami stay ni ada kedai tomyam..Affan tapau nasi goreng kampung sedap gak..Raiisah tapaukan sup dengan telur dadar..pon layan..malam tu tido awai sebab masing2 kepenatan di siang hari..hehehe Last entry esok ok..

piece : kathyjem

Monday, July 24, 2017

Pangkor Sandy Beach Resort part 1

Fuhh update jugak entry Pulau Pangkor ni..Ok cerita straight to the point..Aku dengan Affan memang plan nak bawak Raiisah dengan Afif ke pulau..Kira ni first time la ni bawak Afif pergi pulau since dia pon dah 8 bulan berani sikit la nak bawak jalan jauh..Dah alang2 aku cuti raya lama, ni la masa beristirehat dengan family kecik kami..giteww..

Hari tu masa pergi holiday dengan manjers dekat Melaka Affan tak dapat join kerja..lagi pon dah lama tak berholiday dengan suami dan anak2..nampak perkataan anak2 tu, coming soon anak anak anak anak..hahaha huih seram..

So hari raya ke 3 kami bertolak ke Pangkor..sebelum tu stay kat Teluk Intan kami singgah beraya di Tangjung Malim..So bermalam la kami di Teluk Intan sebelum pagi esok bertolak ke Pangkor..Kalau ikutan aku nak stay Pangkor Island Beach Resort, tapi sayang tarikh yang kiteorang nak pergi tu sudah penuh..Mujur Pangkor Sandy Beach Resort masih ada kekosongan..so kiteorang stay 3 hari 2 malam..

Lama gile tak mai Pulau Pangkor..last aku jejak kat sini tahun 2006, masa tu ada company trip, company lama..gile lama kan..banyak dah perubahan kat Pulau Pangkor ni..

Masa ni kat Teluk Intan..Pagi tu lepas checkout kami cari breakfast..Affan teringin nak makan Mee rebus Mastan Ghani..Ya ampun lama sungguh tak makan Mee Rebus Mastan Ghani ni..siapa pergi Teluk Intan wajib makan mee rebus ni dengan rojak dia ok..terbaik kot..tapi kiteorang makan mee rebus je, nak oder rojak macam tak mampu pulak..yerla dah biasa perut ni sebulan puasa..

 Dalam kol 11 lebih macam tu kami sampai di Jeti Lumut..

Ada orang tu excited naik boat..nak besor ni bawak jalan senang sikit, banyak dengar kata..

Adik pon excited jugak ke..masa ni tak ramai orang lagi naik, so sempat la snap 1 2 keping kat atas boat..tak lama kejap je, panaihhh..elok dalam beberapa minit kami masuk duduk balik, tu dia penuh atas boat orang dok ambik gambar..

Duk sebelah pintu, keluar masuk keluar masuk orang nak bergambar atas boat..aircond pon dah tak rasa..balik tu dah tau kiteorang dok bawah sejuk sikit..

Setengah jam lebih jugak la perjalanannya..

Dari jeti nak ke Sandy Beach Resort tak jauh pon..dalam 10 minit sampai..naik van, tambang RM10 untuk 4 orang..

Kiteorang dah book siap2 kat Trivago..dapat murah compare booking.com dengan Traveloka..3 hari 2 malam dapat dalam 5++ sekali dengan breakfast..Korang kalau nak hotel murah boley try booking kat Trivago, murah dan berbaloi..Aku siap request nak chalet depan laut dan katil King..senang Raiisah dengan Afif tido atas katil sekali..

Ini budak tak boleh kena tinggal sikit, mula la teriak..Afif sekarang ni manja terlebih, tak leh langsung aku tinggal 1 saat, mula la melalak..nak pergi toilet shi shi pon tak dan..dia tak boleh aku hilang, daddy hilang takper jangan mummy..yerla anak mommy kan, kepit je bawak ketiak mommy..

Amboii bang kemain panjang kaki menjulur ke atas..

 Bilik air ok la boleh sumbat 4 orang..hehehe

Pemandangan bilik dari pintu..depan tu laut..petang karang ke situ ye, kasi rehatkan badan dulu..

Kakak yang manja sejak ada adik ni..kita layan adik dia lebih sikit mula la, mummy saya sayang mummy, mummy love u, mummy saya nak toys, mummy saya nak tengok kartun..ada je nak alih perhatian kalau mummy dukung adik..

Adik jeling apa tu??

Lepak rileks2 dulu, petang sikit baru terjun..

Tapi memang puas hati la chalet yang kami tempah ni..nak kata besar boleh la takde la besar sangat..untuk family kecik macam kami ni ok la ambik chalet macam ni..kalau family ramai kena ambik hotel depan swimming pool..

Usha2 pantai dulu, hirup sikit udara laut dulu..besok baru berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..tibe2 ayat peribahasa pulak keluar..behehe >_<

Daddy dan Afif..besok besar boleh main bola sepak dengan daddy atas pasir..

Muka minta nasi..Lunch kiteorang makan kat situ..oder nasi putih, ayam sweet sour, sup sayur & telur dadar..mencari2 gambar makanan, tak jumpa pulak dalam phone..ke dah terdeleted..semua sedap kecuali sup sayur dia kureng sikit..macam air letak sayur campak2 dah siap..hahaha

 Lepas makan tengahari, bawak anak2 tidur dulu, petang baru bawak dorang mandi pool..

 Kakak seperti biasa, di situ je dia berani..dalam sikit menjerit..menjerit di dalam kolam bukan Mekcha la tu..ingat nak masukkan Raiisah kelas swimming la, nak bagi dia hilang fobia dengan air laut, pool segala mak nenek kolam2 ni..

Adik jugak rileks..daddy dia bawak ke mana2 rileks je tersengih-sengih..mula2 masukkan dia dalam pool ingat melalak macam kakak dia..rupanya tidakkkk..macam ni la anak mummy..

Raiisah punya takut adik dia lemas, jatuh..jap2 pegang adik dia.."Mummy adikkkk".."Mummy nak jatuh"..ye adik takda apa2, jangan risau. mummy ada ni..dia takut adik dia tergolek..meckha mekchaaa..

 Sampai tak bernafas Afif dibuatnya..

 Adik rileks je terjelir lidah sambil kocal-kocak air..Raiisah masa baya Afif ni jangan cakap la dia punya melalak takut dengan air..macam nampak hantu tengok swimming pool..

 Terpaksa tutup badan daddy yang sado tu..hehehe

Setiap kali adik dok tepi main air, setiap kali tu la Raiisah datang menyelamatkan adik dia..

Lama gak la budak kenit dua orang ni berendam..esok pagi kita main air laut pulak naa..hari ni kasi puas mandi pool..

Malam tu kami dinner simple je, tah rasa macam kenyang lagi..Affan pon rasa macam nak makan simple2 je..mujur depan hotel kami ada kedai2 makan, kedai runcit..dapat la beli jajan2 untuk kudap-kudapan malam tu..

Amboii dik sedap sangat ke biskut tu..sampai juling2 mata dapat makan..

Wajah Afif yang sentiasa happy bila ada makanan di mulut..

Makan sambil ltengok tv..

Malam tu tak buat apa sangat pon..lepak2 jap kat luar. pastu balik ke bilik sambung makan dalam bilik pulak..

piece : kathyjem