Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 22, 2015

Kenapa Pilih Little Caliphs?

Selesai sudah pendaftaran kemasukkan Raiisah ke tadika..Bincang punye bincang aku ngan Affan decide hantar Raiisah ke Little Caliphs Sg. Buloh..Survey antara Genius Aulad, Brainy Bunch atau Little Caliphs ni sebab ramai bagi good feedback 3 pre-school ni bagus..memang nak ambik yang ada islamic english..

Macam Genius Aulad tu ada kat area Sg. Buloh  tapi jauh la pulak..pagi2 nak hantar Raiisah jenuh nak patah balik ke belakang..Lagi satu Genius Aulad takde day care..aku kalau boleh nak ambik tadika yang ada day care sekali..balik kerja tu senang boleh ambik die terus..

Setelah membuat pembandingan ketiga-tiga pre-school ni aku pilih Little Caliphs sebab yuran Little Caliphs murah compare dengan Genius Aulad & Brainy Bunch..macam Brainy Bunch ada daycare tapi bapak mahal weii, sebulan 600 lebih..huhu tak mampu oden nak membayornya..Genius Aulad pulak kelas untuk 4 tahun start kol 8.30 sampai kol 11.30 jer..aku kalo boleh nak yang sampai petang..biar petang tu ada aktiviti macam solat berjemaah ramai2, buat kerja sekolah ke..kalau boleh nak macam tu la..Biar lama sikit dia dok school..kalau dok rumah nenek pon sehari asyik ngadap kartun jer..

Since Affan kerja nun di negara jiran, aku pindah duduk kat Sg. Buloh rumah mak abah..dok sorang kat Tropicana tak berani la pulak..kang apa2 jadi kang payah pulak takde orang teman dalam rumah..at least duduk ngan mak abah apa2 hal ada teman dalam rumah..

Awal bulan Oktober ari tu dah booked nama Raiisah siap2 kat Little Caliphs..takut penuh ke apa ke kan booking siap2 nama Raiisah..bulan Disember bayar yuran and ambik uniform jer..

Jumlah yuran Little Calips untuk umur 4 tahun dalam RM1282.50..Monthly fee RM400..kalau ambik half day baru dalam RM250..rasanya lain branch lain yurannya..macam kat Shah Alam member office bagitau harga dia mahal sikit compare Little Caplihs Sg. Buloh ni..

Lepas buat payment akan dapat 2 uniform, 2 tudung, 1 baju sukan, and 1 buku pasal Little Caliphs..itu sajer..Yuran kena bankin kat dorang siap2, dorang tak bagi bawak duit masa nak ambik uniform tu..kelas start dari 8.30 pagi -12.30 tghari..pastu mana yang ambik day care sampai 6.30 petang..lebih dari 6.30ptng kira OT, OT lak sejam RM7..hari2 nak bayar OT 7hengget pengsan gak nak membayornya..hehehe mana yang nak hanta anak seawal pukul 7 pagi pon boleh..

Uniform Raiisah besar gile padahal size S tu..terpaksala kena oter nanti..bukan sikit banyak pulak..hahaha Raiisah badan halus sangat..seluar sukan pon sama besar giler..tu tak tau nak oter macam mana tu..

Hari yang aku datang tu khas untuk anak2 umur 4 tahun ambik uniform..5 & 6 tahun waktu lain rasanya kot..nampak adik yang pakai baju belang2 hijau putih tu..tu bakal jadi kawan baik Raiisah tu...hahaha 2 3 kali Raiisah datang kat dia nak berkawan, siap tunjuk mainan lagi..adik tu lari2 tengok Raiisah..takut tengok rambut Raiisah macam hantu kot..hahaha

Lepas ni no kartun2 ye mekcha..kalau tak celik mata jer, nenekkkkk nak kartunn!!! pagi siang malam kartun kartun kartun..pas ni mengadap buku pulak..

Ni kelas untuk budak umur 5 tahun..besar gak kelas2 kat sini..Yang pakai baju biru tu teacher yang mengajar budak 5 tahun..

Lepas ambik uniform ingat nak terus balik sekali Raiisah elok dok diam main kat situ..haa ok la bagi dia lama sikit dok sini..sementara tu suapkan dia beehun..banyak gak dia makan..pagi tu tak sempat brekfast..dorang sediakan breakfast untuk ibu bapa yang ambik uniform hari tu..

Untuk baya Raiisah ni teacher dia cakap just bagi dorang minat dengan buku, macam mana nak pegang pensil, ajar simple2 words untuk berkomunikasi, aktiviti menari & menyanyi, buat homework..takde la tekan sangat pembelajaran semua tu..nanti dah masuk 5 tahun baru belajar bab2 akademik lebih detail lagi..

Tangga ni la setiap pagi akan ku hantar Raiisah ke sini..hehehe Raiisah ok kan suka kan masuk school..setiap hari aku cakap ngan dia pasal school ni..dia angguk jer..tah faham tak idak school tu apa..hahaha Takper mummy yakin Raiisah boleh buat punya..Raiisah kan berani tak takut orang..harap2 ok la dia nanti..ishhh deborrrrr la pulak..jangan hari pertama teriak sudah..4 Januari tu siap2 dah ambik cuti dah..excited pulak nak hantor dia hari pertama sekolah..hehehe

Lepas settle payment yuran Raiisah dapat beg, tudung, uniform, baju sukan..tengok anak nak masuk school rasa tua sangat dah ni..hahaha

 Macam mana ni tak nak pakai tudung..nanti kat school hari2 kena pakai tudung tau..

Jenuh pujuk dia suruh pakai tudung..

Siap umpan phone nak bagi dia pakai tudung punya pasal..heyy mekcha ni..tudung longgar sikit nanti nak jahit sikit kat bahagian dagu tu..

haaa kan comel pakai tudung macam tu..payah nau nak suruh pakai tudung..

Hajjah Mekcha sangat ni..sejuk hati mummy nengok dia tutup aurat macam ni..hehehe

piece : kathyjem

38 comments:

Liyana Anuar said...

okla harga utk bulanan tu..insya'Allah nanti Adam dah 4 thun nk antar little caliph jugaklah :)

Anonymous said...

bukan Hajjah ke kak

FadMN said...

murah sangat tu little caliph situ.kat kota damansara ni harga mahal la pulak.huhuhu.

Ainul Mustafa said...

anak saya di LC sejak dr 2tahun. daycare smpi la tahun depan 6tahun dah. Alhamdulillah so far puas hati

cahayahidupku.blogspot.my said...

Adik ipar akak pun pilih LC ni.. Khaty
Sebab utama pun ada day care..
Selamat memasuki alam persekolahan ye Raisha
Comel dia pakai tudung.. mula2 mcm tu lah dorang.. rimas

kathy jem said...

Yana Libra : kan harga dia murah and ramai kata ok LC ni..hehe nnti adam pon boleh hanta kat situ gak.. =)

kathy jem said...

Nor Afidah : hahaha tu la dlm pala ingat haji pulak..hajjah patutnya..hahaha tq bgtau..

kathy jem said...

FadMN : yeker..kat kota damansara berapa harga dia??

kathy jem said...

AHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) : mula2 je harap2 nnti dia ok la..hahaha mekasih doakan Raiisah.. =)

Zaza Abdul Latif said...

boleh tahan gak harga bulanan.. zaman Kharine dulu baru RM100+ tapi tu tahun 2009 hihi.. Raiisah belajar rajin2 tau.. jangan ponteng sekolah macam Mummy dulu2.. hihihii ;P

Nur Aishah said...

kathy, tetiba perut i plak rasa sejukk tgk mekcha pakai tudung. huaaaa.. baguss sgt..zaman skrag parents dah ada kesedaran hantar anak to islamic basic school. nanti doang hafaz doa lagi advance dari kita taw. huhu..

Unknown said...

Alhamdulillah..comel mekcha pkai tudung...geng kakak arissa la nanti...kakak arissap un thn depan 5 thn kt little caliphs jgk..tp kat sini mahal...1hari termsuk daycare rm450...huhu...tp tak pe la..tmpt lain lagi mahal...selamat bersekolah kakak mekcha...hehehe...

miss eimanhikmah said...

Selamat bersekolah mekchaaa

Unknown said...

wah murah little caliphs sana kak,anak kite hantar kat gombak bln bln include daycare rm400,total yuran tahun rm1450..apapun selamat bersekolah mekcha yg comel tu hehehe

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : wow dulu lagi murag giler..seratus lebih jer..

kathy jem said...

Nur Aishah : tu la tak sabar nak dengar Raiisah mengaji nnti..hehehe

kathy jem said...

Ayu : sampi 450..mahal tu..dia ikut branch kan..takper la janji dia dpt pembelajaran bagus..

kathy jem said...

Thank you auntie miss eimanhikmah..hehehe

kathy jem said...

cik allord : mahalnya LC Gombak..hehehe mekasih doakan Raiisah..

Pretty Sweets said...

Waahh.. selamat bsekolah Raiisah.. heheh..comel je btudung..mmg debor kathy 1st time anta ank tadika.. hehe. Ank i mgu pertama melalak je time nk g schl.. kekeke..

A m m i said...

alololo..cutenya dia. Rasa cam baru je baca cerita awak pregnant, bersalin, dah nak masuk school dah budak tecit ni.

LC best sebab akak anta 2-2 anak kat situ. Anak-anak nampaknya agak laju development dari segi membaca, menulis, menghafal. Insyaallah..by April/May nanti dah buleh dengar Raiisah baca Ayat Qursi in full.

Chekgu Azrine said...

Sy hanta dak aish tahun 2017 nti la kot..tahun depan msh dok dgn pengasuh dia lg...huhu

sarah said...

saya pun hntr anak ke little caliphs..memang yuran berbeza..kulim rm380..sampai petang..lambat amik caj rm10..kalau sana rm7..ok lah jugak..sana ada econ tak?sini takdak..

Unknown said...

banyak cantik, mampir di warung kita ya sablon gelas plastik murah bandung

LuluNurulFadzil said...

Anak sy kat LC Bandar Sri Permaisuri..fullday gak, RM450 sorg..hantar dua org, so dorg bg discount rm10...����
Masa registration aritu, yg 4yrs old RM1283.30
Yg 6yrs old RM1322.50... ����

Masa nak carik preschool utk dorg, sy pun target LC, Genius Aulad and Brainy Bunch.. Tp disebabkan masa bekerja, so kena Genius Aulad reject awal² sbb masa dia smpi 5pm only..mmg x sesuai dgn waktu kerja..
Brainy Bunch ok jugak..7am-7pm..tp harga RM630/m..
Nak hantar 2 anak, so sy pilih LC..review pun ok...anak² seems excited setiap kali suh bangun pg nak g school.. Alhamdulillah...

adianazulhilmistory said...

tq 4 ur review...sy tgh cari tadika yg sesuai utk anak...
comel ank sis pki tudung.hihi
jemput ke blog sy
adianazulhilmistory.blogspot.com

nurul jannah said...

Anak ok x kt LC? Sy plan nk htr dia kesana la..memula plan nak gt ke BB,tp kureng.. So nk thu di LC, anak oke ke x.pembelajaran,cikgu2.?

parityme said...

LC terima budak yang masih pakai pampers x?

Unknown said...

Sy nk tnya..area kajang yuran utk budak 5 tahun rm brape ye?

Unknown said...

Sy nak tnya..yuran utk budak 5 tahun brape ye skrg..utk yg half day..di area kajang

Unknown said...

System pembelajaran LC mmg bagus. Anak saya ke situ juga tetapi dah berhenti bila ada perselisihan faham antara teacher and anak saya, the headmaster n headmistress of LC alam impian langsung tidak beri kerjasama malahan menuduh saya sebagai parents tak percayakan teacher and memaksa saya memilih antara teacher and anak saya yg mana saya percayakan lebih. Saya boleh katakan sangat tidak professional mengatasi masalah. Headmaster turut tidak ada hormat langsung dengan parents muda macam saya malah mengutuk dan menghina saya dan memalukan saya siap boleh kata dia nak dengar saya reti selawat dan menguacp atau tidak. Dia nak dengar ok. Sikap buruk headmaster dan headmistress LC alam impian telah menyebabkan saya berhentikan anak saya bersekolah di sana walaupun memang ank ada improvement sejak bersekolah. No body deserved to be treated like how the headmaster treated me. They were rude and disrespectful as well as dishonest and were not fair in our situation we had. Didnt care to listed to my explanation terus tuduh menuduh. The headmaster juga yg cakap jika saya tak suka cara mereka handle perkara ini, headmaster itu suruh saya cari sekolah lain untuk anak saya. Kata kata mereka langsung tidak melambangkan cara seorang guru islam. Saya sedih kerana dihina begitu sekali. Percayalah anak masing masing, kalau kita tak percayakan anak kite, sapa lagi yang boleh ana kite percaya jika berlaku apa apa di sekolah. Saya yang hanya pergi berjumpa headmaster hanya inginkan kebenaran dan ini yang saya dapat. Dihina, diberi kata kata pedas.

HJ said...

i ada hantar anak i kat XX dkat rumah i kat Shah Alam. Lepas 2 tahun, tak brapa pandai nak baca, tulis & mengira. Naik gelabah terus bila terfikir mcm maner anak i nak masuk sek rendah. pastu terdgr member i hantar anak gi Q, pastu i pun cuba jgak. dlm 3 bln je, nampak beza positif yg besar. bab pendidikan islam, boleh tahan jugak la. basics covered. anak i pun tiba2 bersungguh2 nak blaja.

sad to say, XX tak brapa relevant dr segi akademik utk menyediakan anak-anak masuk sek rendah. nasib baik ada Q, kalo tak, rasanya tak anak i tak konpiden masa kat sek rendah!

Farah Hazwani said...

To HJ, Maaf bertanya, Q tu preschool apa ye?

HJ said...

haha Q-dees la

Unknown said...

xx tu tadika apa

PN SUE DAYAH_TASNEEM NATUREL HQ said...

LC terima yg masih pakai pempes ke

amira said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam,

Untuk mencari Tadika berhampiran anda , Boleh layari pautan laman web yang berikut


1. Little Caliphs Sungai Ara
55, Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 420 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: sa@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-sungai-ara/

2. Little Caliphs Bayan Baru
32, Lorong Mayang Pasir 2, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 417 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: bb@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-bayan-baru/

3. Little Caliphs Balik Pulau
1, Solok Simpang Jaya, Balik Pulau, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 781 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: bp@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-balik-pulau/

4. Little Caliphs Ukay Perdana
19, Ground Floor, Jalan UP 1/2 , Ukay Perdana, 68000 Ampang Selangor
No. Telefon: 016 925 9485 | 010 234 9485