Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, August 22, 2019

Rindu Mee Mastan Ghani Teluk Intan

Hari tu Umi pegi Teluk Intan ziarah kubur..Cakap pasal Teluk Intan mesti teringat Mee Mastan Ghani..Siapa orang Teluk Intan mesti tahu Mee Mastan Ghani ni kan.. Kuah mee dia tu yang buat teringat-ingat..

Malam sebelum tu lupa nak pesan kat Umi mintak tapaukan Mee Mastan Ghani..Umi tolak sebelum subuh so tak sempat jumpa dia awal subuh tu..Pagi tu baru call Umi tanya dah sampai ke Teluk Intan..Terus mintak tapaukan Mee Mastan Ghani..hehehe

Sebenarnya kat Teluk Intan ni banyak je tempat makan yang sedap2..Yerla tempat Affan membesar kot kat Teluk Intan ni.. Affan la yang ajar bini dia Mee Mastan Ghani. Kalau tak bini dia sampai la ni tak tau apa tu Mee Mastan Ghani..hahaha Nama je macam wow mee mastan ghani apa tu, mesti ada sesuatu menarik?? alaa mee rebus macam biasa kita makan tu je..

Nama kedai pon memainkan peranan ye supaya orang mudah tertarik dan ingat pada nama kedai anda itu.. gitewww

 Setelah bertahun tak makan Mee Mastan Gahni akhirnyaa!!!! Rindu teruk ni..

Ada lagi satu famous, rojak tapi kuah dia aku termasuk sekali masa tengah panas kuah Mee Masta Ghani..adehhhh

Kuah rojak pon termasuk sekali dalam ni. hahaha Tak perasan sebab rupa , colour kuah lebih kurang sama..Cuma kuah rojak ada kacang tu je la yang beza..Aku tak perasan lak Umi beli rojak, ingat semua mee rebus..Dah panaskan atas kuali sekali Umi bagitau ada 1 bungkus rojak.. terus aku erkk!

Affan cakap kuah mee mastan ghani ni dorang rebus malam sebelum tu.. Rebus sotong dan udang sampai sotong hancur.. Kuah air sotong udang tu yang buat sedap.. Siapa alergi seafood tak digalakkan makan kuah mee mastan ghani..

Umi beli 4 bungkus..1 bungkus rojak..

Puas hati dapat makan..Bila nak makan gado-gado Teluk Intan pulak ni.. Hari tu Umi tak sempat beli sebab kedai Gado-Gado buka petang.. Umi lepas zohor terus gerak balik KL..

Ada 2 kedai Mee Rebus Mastan Ghani ni.. 

1. Mastan Ghani
Alamat : A151, Taman Antek Avenue, 36000 Teluk Intan, Perak

2. Abdullah Mastan Ghany Mee Rebus & Rojak
Alamat : Jalan Ah Cheong, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Negeri Perak

So siapa nak mai boleh waze or google maps je nanti..

 
Promo Super DD Cushion RM49 guys!!!

FB & IG @kaay cosmetics

piece : kathyjem

Tuesday, August 20, 2019

Sate Haji Samuri Pon Boley

Kat rumah Opah Kajang ni memang sentiasa ada satay sebab cucu2 opah memang suka makan satay.. Lagi2 Mekcha memang hantu satay dia tu.. Dah siap masak nasi sekali mek tu kata tak nak nasi.. Tanya dia nak makan apa? dia jawab nak satay..Apa lagi masak satay dalam oven je tapi tu la jenuh nak tunggu satay tu cair sebab simpan dalam peti ais kan..

Kekeke cerita pasal satay pon boleh masuk dalam blog kan. hahaha Saje bagi hiburan petang2 ni kat korang.. Tau mesti ada mata tengah kuyu layuuu je tu depan pc kannn sebab aku dulu2 pon macam tu gak masa kerja office.. Asal masuk kol 3 4 je mula la mata memanggil-manggil mintak katil bantal.. hahaha

Siapa suka makan Sate Haji Samuri..Kita geng.. Dulu aku macam tak berapa suka sangat satay Haji Samuri ni.. Wah jujur ni..hahaha Tapi tu dulu la sekarang dah suka sebab selalu makan..Mungkin dulu bukan pengemar satay kot tapi sebab anak2 suka makan jadi mak nye pon jadi tersuka la..hahaha

 Ni Affan buat masa raya Qurban hari tu.. Aku tak tahu apa fungsi dia tapi Affan cakap nak bagi satay lagi sedap.. Masa raya qurban hari tu Affan buat kuah ni pekat, la ni jadi macam cair pulak..Mungkin dah lama kot tapi still boleh makan lagi..Just golek2 kan satay dalam tu.. Bahan bawang besar, bawang putih, halia, serai & lengkuas..

 Dah celup semua boleh masukkan dalam oven.. Tu je yang cepat takkan nak bakor pulakkan..Jenuh nak cari arang..

Masak dalam 15-20 minit macam tu..Pastu boleh ngap makan..

 Kuah kacang frozen.. panaskan sajur atas kuali..

Kalu suka kuah kacang pedas boleh letak sambal.. Sambal kat sate haji samuri ni memang pedas ok, letak sikit je dah berasap mulut..hahaha siapa tak tahan pedas jangan seronok sangat letak banyak2 ye, awas masa ko makan nanti..

Untuk Mummy, Afif  dan Mekcha.. Mummy makan 2 cucuk je, Afif sebab dia makan roti banyak so dia pon makan 2 cucuk je yang lain Mekcha abiskan.. Kagum kan tengok 7 cucuk Mekcha boleh bedal..

Ok tu je cerita santai petang untuk kawan2 semua..Sambung buat kerja ok.. Tataaaa~~

piece : kathyjem

Monday, August 19, 2019

Mykori Dessert Cafe Shah Alam

Halohaaa.. Selamat tengahari.. Hari mood rajin nak update blog..Wuhuuu..

Rasa lama tak entry dalam blog pasal jalan2 cari makan..Asyik tengok orang makan kat Mykori Dessert ni moh le cuba..Kebetulan Sabtu hari tu ada Taklimat Pembiayaan Perniagaan kt Shah Alam..Taklimat tu pon tak lama sampai kol 2 je..Sebeleh tu ada Subway, ada Family Mart..Sebelum taklimat sempat breakfast nasi lemak dengan kuih muih je pagi tu..Masuk kol 12 tengahari perut dah meminta-minta makanan la kan..Dalam kepala apa nak makan ni??

Ingat nak lepak Family Mart nak try Oden perisa baru tapi tengok tempat duduk jenis kerusi tinggi tu je yang ada tak jadi la..Takkan nak berborak mengadap dinding pulakkan.. hahaha Lepak kat Mykori la..Nak lepak Subway macam tak lalu pulak nak makan roti..

Kita kasi jamu mata dengan dessert2 menarik dari Mykori dulu.. Nanti bawah aku cerita sedap ke tak makanan kat Mykori ni..


Geng dengar taklimat.. hahaha


Ya Allah Mak Aji ni lama giler tak jumpa dia..4 tahun rasanya tak jumpa dia..Kebetulan rezeki jumpa dia kat sini.. Kenapa panggil Mak Aji? hahaha Ke sebab dia dah pergi Haji...hehehe tak la main2 je..aku tak ingat sebab apa kawan2 panggil dia Mak Aji tapi nama sebenar dia Wahida, orang panggil Dida.. Kawan2 rapat je panggil Mak Aji.. Sebab lama tak jumpakan harus la abis taklimat kita lepak mengopi sambil2 cerita bisness juta2 million2..hahaha Mak Aji ni buat bisnes Baju Bundle..


Ni kawan sorang gak tak sangka dari kenal sebagai Teacher kesayangan Mekcha masa Little Caliph terus rapat jadi kawan.. Siapa perasan dulu aku selalu update kat blog pasal Mekcha dengan Teacher Khaira ni..Sekarang Khaira dah tak mengajar dah buat bisness Pest Control dengan husband dia.. Siapa nak sembur anai2 serangga ke boleh whatsapp nombor ni 018-2041065 Khaira..

Selesai taklimat terus laju2 pegi Mykori Dessert Cafe..

 Kami oder Mont Mauve Kakigōri..Dia ada size large: RM25 / mini: RM17.

Bahan dia mix berry ice, fresh strawberries, blueberries & raspberrys..Atas dia whipped cream & kuriaro rose powder..

Dalam ada buah..

Staff situ cakap Mont Mauve Kakigōri ni ramai suka makan so aku oder la..Sekali tu dia mashammm hahaha Tapi masham2 sedap la kan, rasa berries la kan takkan rasa manggo pulak.. hahaha Aku ambik size mini tu pon terkulat2 kiteorang bertiga nak abis..

Yang ni  Chicken Slice & Cheese Taiyakie.. Satu lagi Chocolate Banana Taiyakie..dua2 sedap..Seekor ikan tu harga dia RM7..hehe Bapak mahal kan.. hahaha Rasa dia ranggup2 macam roti croissant..

Ni Khaira oder, Chocolate Banana Toast. Ambik ice cream matcha & ice cream thai tea.. Ice cream thai tea tu sedap giler.. Harga RM19.. Ok la puas hati gak, roti pon besar tebal, sesuai makan untuk 2-3 orang..


 Khaira, Mak Aji dan saya tokeh mekap..

Khaira tak lepak lama sebab ada wedding katanya. Aku dengan Mak Aji berdua je la lepak sembang sampai tak ingat.. Al maklum la bertahun tak jumpa..Abis lepak berborak terus cabut balik..

Jangan lupa korang Promo Qurban Merdeka Kaay Cosmetics still onz lagi..

Boleh oder di Instagram Kaay Cosmetics @ Facebook pagi Kaay Cosmetics.

piece : kathyjem