Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, August 22, 2019

Rindu Mee Mastan Ghani Teluk Intan

Hari tu Umi pegi Teluk Intan ziarah kubur..Cakap pasal Teluk Intan mesti teringat Mee Mastan Ghani..Siapa orang Teluk Intan mesti tahu Mee Mastan Ghani ni kan.. Kuah mee dia tu yang buat teringat-ingat..

Malam sebelum tu lupa nak pesan kat Umi mintak tapaukan Mee Mastan Ghani..Umi tolak sebelum subuh so tak sempat jumpa dia awal subuh tu..Pagi tu baru call Umi tanya dah sampai ke Teluk Intan..Terus mintak tapaukan Mee Mastan Ghani..hehehe

Sebenarnya kat Teluk Intan ni banyak je tempat makan yang sedap2..Yerla tempat Affan membesar kot kat Teluk Intan ni.. Affan la yang ajar bini dia Mee Mastan Ghani. Kalau tak bini dia sampai la ni tak tau apa tu Mee Mastan Ghani..hahaha Nama je macam wow mee mastan ghani apa tu, mesti ada sesuatu menarik?? alaa mee rebus macam biasa kita makan tu je..

Nama kedai pon memainkan peranan ye supaya orang mudah tertarik dan ingat pada nama kedai anda itu.. gitewww

 Setelah bertahun tak makan Mee Mastan Gahni akhirnyaa!!!! Rindu teruk ni..

Ada lagi satu famous, rojak tapi kuah dia aku termasuk sekali masa tengah panas kuah Mee Masta Ghani..adehhhh

Kuah rojak pon termasuk sekali dalam ni. hahaha Tak perasan sebab rupa , colour kuah lebih kurang sama..Cuma kuah rojak ada kacang tu je la yang beza..Aku tak perasan lak Umi beli rojak, ingat semua mee rebus..Dah panaskan atas kuali sekali Umi bagitau ada 1 bungkus rojak.. terus aku erkk!

Affan cakap kuah mee mastan ghani ni dorang rebus malam sebelum tu.. Rebus sotong dan udang sampai sotong hancur.. Kuah air sotong udang tu yang buat sedap.. Siapa alergi seafood tak digalakkan makan kuah mee mastan ghani..

Umi beli 4 bungkus..1 bungkus rojak..

Puas hati dapat makan..Bila nak makan gado-gado Teluk Intan pulak ni.. Hari tu Umi tak sempat beli sebab kedai Gado-Gado buka petang.. Umi lepas zohor terus gerak balik KL..

Ada 2 kedai Mee Rebus Mastan Ghani ni.. 

1. Mastan Ghani
Alamat : A151, Taman Antek Avenue, 36000 Teluk Intan, Perak

2. Abdullah Mastan Ghany Mee Rebus & Rojak
Alamat : Jalan Ah Cheong, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Negeri Perak

So siapa nak mai boleh waze or google maps je nanti..

 
Promo Super DD Cushion RM49 guys!!!

FB & IG @kaay cosmetics

piece : kathyjem

4 comments:

Kisah Tatie said...

nak cubalah babe. nampak cam sedap

Suria Amanda said...

Ya allah Khathy oiiiii...sedapnyaaa...akak suka mee2 macam ni la....kat Kuala Pilah ada satu...sedap...

Gja said...

wuiyooo

tengok gamnbar pun tau sedap.

kuah x cair. tuan kedai x kedekut ni.

Thanks review. Boleh try pegi nanti.

Ana Lyana said...

owhhh affan orang teluk intan ye... ana pun kat area sana tapi kat kg gajah. tapi selalu la makan mee mastan ghani tu dulu masa sekolah2, ayah g Tlk intan je, balik mesti tapau mee tu... affan area mana?