Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, September 10, 2019

La Juiceria Superfoods di Atria Mall Bersama Ceera

Halo halo..Aci la kan seminggu sekali update.. hahaha Selalu angan angan mat jenin nak jadi blogger tegar kononnnn.. Update pon maleh.. kekeke

Tak plan pon nak jumpa Ceera sebab tau masing2 tengah busy.. Malas nak plan plan kang kalau plan kang takut ada hal pulak.. Pagi tu wassap Ceera tanya dia free tak hari ni nak jumpa.. Dia cakap esok la jumpa, last minit sangat.. I ok jur.. Alright kita jumpa esok..Dah tua2 senang nak bawak bincang.. hahaha

So bertemu la kita di Atria Mall.. Fisrt tima ahkak sampai kat Atria Mall ni.. Masuk2 wowww besaq jugak Atria Mall ni.. Ingat macam takde apa sangat rupanya banyak gak kedai2 famous dalam ni.. Kedai makan pon ok la ada KFC, Subway, Papparich macam2 lagi la..

Last jumpa Ceera masa kat Mood Republik bulan puasa hari tu.. Lama kan kita tak meet macam ni.. Rindu gile kat pompuan dia.. Masa sampai peluk rasa nak nangis..Biasa la lama tak jumpa kan..Tapi i cover di situ.. hahaha

Jom cari tempat Brunch..Pagi tu ada kelas.. Abis kelas terus ke sini, tu yang tak sempat breakfast tu.

Ceera sampai dulu dari aku..dia servey cafe yang tempat kiteorang nak makan ni sekali Ceera bagitau sini tak Halal..Beria aku google cari tempat makan sedap kat Atria Mall ni sekali tak halal daaa.. Dalam IG semua makanan2 menarik.. Why tak Halalll?? hahaha

Nasib ternampak sebelah Papparich ada satu cafe.. La Juiceria Superfoods..Nampak macam best je menu2 dia.. memang best pon.. Ada satu makanan dia memang aku teringin sangat2 nak rasa..

Cuci mata dengan menu2 menarik dari La Juiceria Superfoods..

 
Baru ingat nak oder jus blended tapi tak ada daa.. Paksa la oder jus Love W nama dia..Watermelon, Apple, Beetroot.. Jus sihat kannn mana sedap sangat.. hahaha Air hijau tu tah apa kebenda nama dia..lagi tak sedap..hampeh rasa dia, tak boleh telan langsung..Ceera langsung tak minum.. hahaha Ceera macam biasa kopi dengan dia memang tak boleh lari..

Ni la yang hampir setahun aku teringin nak makan tu.. hahaha Acai Beery Bowl nama dia.. Hoiiiii sedap sangat Acai Berry ni.. macam tak cukup je oder 1 mangkuk.. Kalau boleh jilat mangkuk lama dah jilat.. hahaha Untuk orang nak diet sesuai makan makanan macam ni.. Dulu i nak kurus rajin la buat makan2 sihat macam ni.. eh! rindu pulak nak buat eat clean..hehehe macam nak kena buat balik je..

 Ni saya punye Taj Mahal nama dia.. Tu kuah tu rasa macam kual dal kari tapi super sedap.. Kalah kari dal Nz Curry House.. Tiber!!!

Ni Ceera punye, Eggs Benedict add on Smoked Salmon..Eggs dia keras.. Patut masa potong tu telur kuning dia cari melimpah ruah sekali takde la teluq dia keras naa.. terlebih masak.

Jom makan.. Tak breakfast lagi masa ni.. Memang licin abis la aku makan kan..hahaha sedap hokey!


Ramai dm aku kat ig tanya napa Ceera kurus sangat.. Eh dia tak kurus sangat la korang.. ok just nice bentuk badan dia.. Dalam gambar je nampak dia kurus macam pensil hahaha..hakikat badan dia tak kurus sangat.. adoii la korang ni..😂 Pensil pon jadi..Ceera macam tu korang panggil pensil kalau aku korang panggil tiang lampu ekk. hahaha

Siapa yang windu tuan blog ni.. Say Hiiiiii! hahaha Hoii jangan hi hi..kang ada orang kata ko feeling retis followers acah-acah ratus ribu raban pulak.. 😒

3 jam je jumpa Ceera.. rasa sekejap nau, rasa macam 13 minit sembang dengan dia.. Macam2 hal duniawi la kami bincangkan.. Yerla lama tak jumpa kan mesti la macam2 nak disembang nye..Dengan Ceera baru je kehilangan abang kandung, dengan adik ipar dia excident motor baru-baru ni dengan aku pasal dunia bisness yang tak abis2..

Biasa la tu lumrah kehidupan kan. Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain.. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah berbaik dengan semua orang.

Berbaik dengan semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan..Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita..InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya. (copy ig kathyjem)

Thank you sekali lagi Eira sentiasa ada untuk aku.. 💕

piece : kathyjem

2 comments:

Suria Amanda said...

Ceera dah tak aktif blog eh...lama tak nampak dia kat blog...akak pun dah lama giler tak jumpa Khaty

Tangan Gebu said...

Both of you is so beautiful la. Tringin nak minum la juiceria tp xdak pulak kt klantan ni. minum juicework pon sodaap.
Btw, jemput lawat blog sy. http://tangangebu.blogspot.com