Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, September 19, 2019

Celebrate Birthday Mummy

Halo selamat petang..

15 September hari tu besday kuuu yang ke 25 tahunn.. hahahaha Korang caya ek umur aku 25..Tu kedut2 kat muka tu 25 apa nye.. hahaha Jangan nak perasan muda sangat kathyyyyy hoii..

Ingat macam maleh la nak celebrate2 ni, dah kertu ni kuasa la nak celebrate beriakan sekali Mekcha bising nak tiup kek lilin birthday mummy. Dari pagi sampai ke tengahari dia tanya mana cake.. Mummy jom kita makan cake nak tiup lilin besday mummy.

Petang tu daddy dia kata moh la kita keluar bawa anak jalan2 cari kek awak..Ingat nak beli je cake secret recipe tapi still kena keluar jugakkkk..Bersiap cantik la kita anak beranak petang tu..Dah masuk kereta baru Affan bagitau nak pergi ke mana..Bini dia ok jer..


Uitt lagi berapa tahun ku akan masuk ke alam 40an..haaa kantoii bukan 25.. kekeke

So kitaorang decide ke cafe ustaz Ebit Lew di Paramount Coffee House, Shah Alam.. Dia ada lagi satu branch di Bangi..

Tempat luas jugak agak sesuai nak buat party ke or celebrate apa2 ke.. Parking pon senang dan  banyak kosong..

Jom tengok menu dia..

Untuk dessert aku rasa harga dia ok lagi tapi masuk bahagian makanan macam nasi goreng ke, yang bergoreng2 ke agak mahal la jugak..

Tapi tengok dari segi portion dengan harga mungkin la kot berbaloi tapi tak tau la tak oder kan so tak tak tau la portion dia banyak mana.. Nak intai meja sebelah makan apa takde orang pulak..

Sempena birthday mummy, daddy pilih Triple Choc Waffle.

Mummy teringin coffee latte..


Yeaa cake waffle mummy dah sampai.. Ni pon budak2 tunggu. Nak tiup lilin seketui kat waffle tu jer..


Masa tengah nyanyi lagu happy birthday si Afif beria gelak sampai keluar air mata.. Tak tau apa yang kelakor sangat tu sampai mengekek ngekek..Pastu dia yang tiup lilin pastu dia yang gelak sakan..

Thank you daddy bawak sini..

Sebenarnya Affan dari dulu teringin nak rasa makanan kat Cafe Ustaz Ebit Lew ni.. Idola kiteorang kot.. Suka tengok video2 Ustaz Ebit Lew bila dia sampaikan ceramah dan nasihat..Rasa tenang je bila dengar sebab ustaz Ebit Lew ni bercakap sebab dia bukan jenis paksa orang untuk dengar nasihat dia ke apa.. Kata2 dia tu sangat lembut je bila berbicara dengan orang yang baru dia kenal..Aku dari dulu follow ustaz Ebit Lew sebelum dia famous lagi..Suka baca status2 dia berkaitan rumahtangga..Nanti korang pon boleh follow Facebook Ebit Lew.. 1juta dah kot pengikut dia..

Ni je satu2 gambar Afif dengan Mekcha duduk tenang dengan mummy.. hahaha Si Afif jangan cakap la satu saat tak boleh dok diam..

Nampak nampak si Afif tengah buat apa tu.. Tutup muka la. pandang tepi la, pandang bawah la, muka blur la.. haihhh~

Dah kenapa kakak muka terkejut.. hahaha

Affan cakap waffle ni resepi arwah mak dia.. Mak Ebit Lew memang pandai masak.. Kebanyakkan menu2 kat Paramount Coffee House ni adalah resepi arwah mak Ebit Lew..Tapi tak tipu Triple Choc Waffle ni memang super sedap.. Waffle dia ranggup dan ada coklat kat tengah2 waffle tu.

Raiisah nak waffle kosong.. Tapi sayang waffle Mekcha oder ni agak keras sikit.. Kesian Mekcha sampai cabut2 gigi dia kunyah.. hahaha Ok tipu..😝 Keras2 pon abis gak dia makan..


Ni Affan oder Apple Crumble..Kureng sikit la mungkin terlalu banyak oat kot..Apple crumble dia hancur sangat.. Kalau keras sikit ok kot..Aku rasa 2 sudu je pastu tak mampu dah nak telan..

Kebetulan masa kiteorang tengah makan staff cafe tengah setup meja untuk celebrate birthday, mungkin la kot.. Aku tak tau berapa pakej kat sini.. So korang boleh la kot call atau wassap paramount coffee house ni..


Paramount Coffee House, Shah Alam

Alamat :
F-G-28,
Vista Alam,
Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Waktu beroperasi dari 10 pagi - 10.30 malam..


Lepas tu kami ke Central I-city..Ingat nak bawak anak2 ke i-city tengok lampu bercahaya.. gitewww sekali tengok cuaca macam tak ok jerebu terus bawa anak2 masuk Central i-city.. Dalam mall selamat sikit..

 Raiisah & Afif.. Afif tahun depan nak masuk school dah.. Tak pilih lagi nak hantor dia sekolah mana..

 Mek ni suruh pakai kasut tak nak.. Nak pakai selipar jepun..

Cuci2 mata je tak beli apa2 pon.. Bawak anak yang suka berlari pecut ni memang mata ko tak pandang apa2 la pandang dia je.. hahaha

piece : kathyjem

No comments: