Bagi bakal ibu khususnya yang baru pertama kali macam aku mengalami kehamilan, tentu nak tahu kan apakah tanda-tanda kehamilan..
Kat sini aku saje nak kongsi
Tanda2 Awal Kehamilan.. Kot2 la korang kat luar sana tu masih tak tahu nak tahu apa tanda2 mengandung tu selain dari period tak datang.. Boleh tengok di bawah ni..
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang
tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan
bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku
disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk
membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya
kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah
pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi
disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan
kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya
janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan
pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa
seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa
awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa
letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal
kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya
anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada
sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada
anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian
hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin
berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8
hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan
dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga
mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda
sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya
anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali
selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa
mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari
mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya
anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas
anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten
melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya
haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari.
Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya
anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada
ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah
doktor untuk kepastian dan... Tahniah anda berjaya..! hehehe
Kalo 10 pertanda hamil tu kena dengan korang cepat2 la berjumpe doktor.. Confirm korang pregnant.. =D
piece : kathyjem