Klik Yer!! Mekasih...

Monday, February 6, 2012

Cara Masak Paling Ringkas Spaghetti Aglio Olio

Sajer nak kongsi bahan Spaghetti Aglio Olio ni kat korang.. Setakat Spaghetti Aglio Olio ni kan jelah gigi jer kan.. Xper2 kot2 kat luar sana tu nak tahu bahan2 yer... Haa kat sini aku ada lampirkan.. Ceh lampir la sangat.. hahaha

100 g spaghetti
6 ekor udang dan kepah
Sosej dan fish ball
Minyak zaitun (olive oil)
4-5 biji cili padi
3 ulas bawang putih (dihiris)
Chili flakes
Oregano flakes
Parsley flakes
1 kiub pati ayam
1 sudu formaggio da pasta
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1.      Rebus spaghetti sampai lembut dan ketepikan dulu . Masa merebus letakkan sedikit
     minyak supaya spahetti  yang di rebus tidak melekat.          
2.     Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. 
3.      Masukkan seafood, sosej dan fish ball. Kacau hingga masak. Kemudian  masukkan spaghetti yang di rebus tadi.. 
4.      Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam, pati ayam dan cili padi. Cili padi ni untuk siapa yang kuat pedas. Kalo tak makan pedas takyah letak.
5.      Siap untuk dihidangkan. Ohh jangan lupe letak 1 sudu formaggio da pasta untuk menambahkan kesedapan spaghetti aglio olio anda! 

Sempat snap masukkan bawang putih jer.. Lepas tu lupe..kekekeke

Siap untuk di makan..

Affan suke aku masak spaghetti aglio olio ni..Die cakap kalo ari2 aku masak spaghetti ni pon xper.. hahaha Giler ker bee nk kembang cepat boley la huny masak spaghetti olio ni hari2.. =D

SELAMAT MENCUBA!!!

piece : kathyjem

7 comments:

Chekgu Azrine said...

Nanti nk cuba.!!

kathy jem said...

wajib cube.. =)

Unknown said...

sedapnyer...

Unknown said...

cantik presentation tu..lapar tengok la...

cha said...

google resepi olio ni jmpe blog u hee. selamat kenal :p

Unknown said...

Dap dap.. Patut cuba.. Simple tp delicious

Unknown said...

Thanks atas resepinya.
Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..