Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Sambal Indonesia Menggunakan Lesung Batu

Hari tu MIL bagi lesung batu khas diterbangkan dari Indonesia.. Orang Indonesia panggil lesung batu ni apa ek..rasanya panggil lesung batu jugak kot..apa lagi gigih la nak buat sambal indonesia! Kalau korang suka makan Ayam penyet, ni la cara2 dorang buat sambal Indon tu..Ada setengah tu dorang letak belacan..macam aku hari tu buat tak letak belacan nanti gatal satu muka..aku ni la resdung kat muka..nanti mengenyam-genyam muka..

Memang ada beza buat sambal Indon menggunakan lesung leper ni..ada jugak lesung batu Indonesia ni diperbuat dari kayu..lagi sedap makan dengan bebek goreng..aduhhh teringat pulak bebek goreng makan kat Jakarta hari tu..lembut jer bebek goreng tu, dengan tulang2 sekali boleh makan..bebek tu apa?? bebek tu itik... =)

Ok bahan dia cuma guna 3 bahan ajer.. Cili padi, tomato dan garam..dah itu sajer..

Cara dia mudah sangat..Masukkan kesemua cili padi merah & hijau..

Lenyek cili sampai lumat..Ni memang kena pakai tenaga dalaman sikit..hahaha aku hari tu lenyek2 tak hancur, last2 kena pakai tenaga Affan baru hancur cili tu..hehehe..dia ada cara dia nak lenyek..kayu tu kena tekan2 sikit kat cili tu sambil pusingkan kayu tu.. ada kat 7 minit jugak la lenyek cili tu baru hancur..maklum la first time buat..lepas hancur cili baru masukkan garam sedikit..secubit jer tau jangan segemgam pulak.. pastu sambung lenyek sampai cili tu lumat hingga sebati bersama garam..last sekali masukkan tomato..

Lenyek sampai rata, dah siap! Makan dengan nasi panas bersama ayam goreng kunyit dan cap kipas udang! ko menjejeh air liuq.. Lauk simple macam ni jugak yang sedap..3 kali tambah tu..hehehe Tak payah dah naik airasia ngi makan kat Indon buat sendiri pon boleh.. Selamat Mencuba!

piece : kathyjem

6 comments:

lia ummiirfan said...

sedap sambalnya..

Hafiz Hafizol said...

wuuu.. nak buat lah nanti.. macam ginie ke rupanya cara dia haha

Rina Ellisa said...

Terliurrr habisss kakkkk!! Y__Y

Mona Lea said...

sedpa tu kathy. baru berangan nak buat sambal tomato ni. tengok blog ni lagi berkobarlah semanagt nak buat

Azreen Zunairah said...

dappppnyeee terliur iollsss

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
waaaaaaaaaaa
nampak sedap ditenyeh2 gaya itu ya :P